CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
 Author| Post time 11-7-2007 03:30 PM | Show all posts
SEPERTI juga pelbagai bencana alam yang berlaku di negara ini termasuk banjir besar di Johor, baru-baru ini, tragedi Ribut Tropika Greg yang mengorbankan lebih 200 mangsa di Sabah, sedekad lalu dipercayai berpunca daripada kepanasan global.

Aktiviti penebangan hutan dan pelepasan gas rumah hijau di seluruh dunia menyebabkan kitaran alam tidak lagi mengikut 憀andasannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2007 03:35 PM | Show all posts

Reply #27 villossa_blue's post

Jejak - kilang mercun meletup

FAKTA NOMBOR:
Tragedi letupan kilang mercun
# 07.05.1991tarikh kejadian
# 3.45 petanganggaran masa letupan
# 26 mangsa maut
# 83mangsa cedera
# RM935,688.18jumlah kutipan derma tabung bencana

Oleh Nasron Sira Rahim

LETUPAN paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor.

Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar 慔iroshima Sungai Buluh
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 15-4-2007 07:29 PM
1. Kemalangan Trak FRU di Lebuh Raya Karak pada sekirat tahun 1988


trak FRU langgar bas ekspress tu ke? berlaku tahun 1990 tu bukan 1988 bulan Januari (tak ingat tarikh bila)...aku tau sebab time tu aku darjah 5....the worst Karak Highway Disasters, 15 orang terbunuh.

[ Last edited by  AzusaFuyutsuki at 11-7-2007 08:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 09:44 AM | Show all posts

Balas #8 matjawasp\ catat

yeah... skrg bukit yg si Inspektor buang mayat Arwah Salbiah di kenali sebagai Bukit Salbiah dikalangan org penang... juga dikenali sebagai Mount Eerskine... Tp yg menarik dan peliknya, kat atas tgh2 bukit tu ada terpampang "signboard" yg tulis "Jika Ada Sesiapa Berjumpa atau Berselisih Dengan Perkara2 Pelik, Sila Hubngi Talian Tertera" (lebih kurang gitula ayatnya)... Aku rasa kat mesia ada 1 signboard pelik mcm nie ja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 03:37 PM | Show all posts
Man sentenced to death for killing seven members of a family

By BEH YUEN HUI



JOHOR BARU: Bangladeshi Md Masud Rana Md Mofizuddin has been sentenced to death after the High Court found him guilty of killing seven members of a family six years ago.

Judge Datuk Azahar Mohamed has ordered Md Masud to be hanged to death for the seven charges of murder under Section 302 of the Penal Code.

The 33-year-old accused remained calm and did not show any emotion when an interpreter translated the sentence to him.

In his judgement, Azahar said the prosecution had proven beyond doubt that the accused had committed the crime and the defence failed to create reasonable doubts on the evidences presented to the court.

He said it was his finding that Md Masud was fully conscious of what he was doing and not suffering from any mental illnesses, based on psychiatrist examinations.

"After considering the injuries on all seven deceased and post mortem report, it is my finding that the accused possessed the intention of causing such injuries which were sufficient to cause death,'' he said.

He also commended the Johor Baru Selatan police investigating team led by the then CID chief Supt Zainal Rashid Abu Bakar for a job well done.

Md Masud is jointly charged with Razaul Karim Mohd Soleman Ali Fakir, 38, for murdering seven people at a house in Taman Johor Jaya here, between 1.41am and 7.43am on July 28, 2001.

Razaul was acquitted on June 2, last year, on the grounds that there was no evidence against him.

The victims were K. Mangala Gowri, 42, S. Muniandi, 71, B. Vasagi, 27, S. Suppiah Amudavalli, 45, S.S.S. Perumal, 49, S.S. Letchimee, 51, and S. Ramaiee, 65.

In the prosecution team were Deputy Public Prosecutor Abdul Rasid Sudin, Mohd Nordin Ismail and Ahmad Akram Gharib while the accused was represented by the assigned lawyer S. Vijayaretnam.

Vijayaretnam would be filing for an appeal at the Court of Appeal soon.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 10:23 PM | Show all posts

Reply #66 rosa_canina's post

aku xpercaya la..kwn abg aku slh seorang penyelamat dlm tragedi ni..xde unsur mistik
sume rekaan nk menyedapkan cerita je..hutan are situ mmg tebal sgt..dats y ade mslh nk mencari..kwnsan berkabus n angin kuat menyukarkan operasi tu je..
xde unsur2 mistik pn..sume rekaan semata2..tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2007 04:31 PM | Show all posts

Reply #49 piot's post

Mangsa tsunami hilang 5 anak, timang cahaya mata baru
Oleh ROKIAH ABDULLAH



Zulkifli Mohd. Noor.
--------------------------------------------------------------------------------

BALIK PULAU 29 Jun - Doa pasangan suami isteri, Zulkifli Mohd. Noor dan isteri, Jamilah Majid, yang kehilangan lima anaknya dalam kejadian tsunami dua tahun lalu untuk menimang cahaya mata baru, termakbul apabila Jamilah selamat melahirkan anak lelaki baru-baru ini.

Kehadiran bayi, Mohd. Zakri 26 Mei lalu, yang hampir serupa nama Allahyarham abangnya, Mohd. Shukri, 12, yang terkorban dalam kejadian menyayat hati itu, begitu dinanti-nantikan oleh Zulkifli, 44, dan Jamilah, 41.

憫Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana Allah memakbulkan permintaan saya dan isteri untuk memiliki seorang anak lelaki bagi mengubati kepedihan dan kesedihan hati kami, setiap hari kami berdoa memohon diberi seorang anak lelaki.

憫Anak ini saya namakannya Mohd. Zakri, dekat-dekat nama abangnya yang telah tiada. Kehadirannya membuat saya merasakan Shukri masih hidup dan berada bersama dengan kami dan dialah penawar hati kami,
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2007 12:28 AM | Show all posts
thanks Syd for the great info...
byk yg ku tau dari thread ni...:handshake:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2007 09:24 AM | Show all posts
Nuri dijumpai, 6 terbunuh



TINJAU LOKASI: Helikopter Nuri berlegar di kawasan pesawat terhempas
kira-kira 5 kilometer dari Lebuhraya Karak berhampiran terowong
Genting Sempah, semalam.

Pesawat terhempas di lurah sedalam 200m tetapi tak terbakar, kipas tertanggal

GENTING: Semua enam pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang bersama helikopter Nuri sejak Jumaat lalu, terkorban dengan pesawat itu ditemui terhempas di lurah bukit, kira-kira lima kilometer dari terowong Genting Sempah dekat sini, petang semalam.

Pesawat yang dipercayai menjunam sebelum terhempas di lurah sedalam lebih 200 meter itu, ditemui sepasukan lapan anggota Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dari Kem Terendak, Melaka pada jam 1.24 petang.


DETIK PILU: Md Yassin Jaafar bapa kepada Sarjan Udara,
Mohd Azmie ketika di temubual wartawan di rumahnya di Batu Berendam.

Difahamkan, helikopter itu tidak terbakar tetapi kipasnya tertanggal manakala empat mayat mangsa ditemui di dalam bangkai pesawat berkenaan, manakala dua lagi di luar.

Bagaimanapun, sehingga operasi dihentikan jam 8 malam tadi, jenazah semua mangsa masih gagal dikeluarkan berikutan cuaca buruk dan hutan tebal.

Selain juruterbang pesawat itu, Kapten Nor Azlan Termuzi, 29, dan pembantunya, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27, empat lagi mangsa dikenali Sarjan Udara Khusnizaim Ariffin, 34, Sarjan Udara Mohd Azmie Md Yassin, 35, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28, dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad, 27.


HADAPI DUGAAN: Mohd Arof Arifin dan Masnah Nopiah,
ibu bapa Kapten Nor Intan Asykeen menerima berita kematian
anak mereka dengan tenang.

Ketika kejadian itu, semua mangsa dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan. Pesawat itu berlepas jam 9.25 pagi sebelum dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan 10 minit kemudian ketika berada udara Gombak.

Pasukan mencari dan penyelamat yang menemui pesawat berkenaan pada operasi hari kelima semalam, sebelum itu turut menghadapi kesukaran menghantar isyarat berikutan cerun terlalu curam.

Isyarat asap pelbagai warna yang dilepaskan dikatakan tidak dapat dikesan beberapa pesawat peninjau termasuk Nuri serta helikopter bomba dan polis akibat kabus tebal.


SABAR MENANTI: Keluarga dan jiran Laskar Udara
Muhammad Ridzuan Ahmad bersabar menunggu jenazah di Kampung
Kelut Mukim Jabi, Pokok Sena, semalam.

Lebih 1,000 anggota serta pesawat daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk Sea Hawk Tentera Laut Amerika Syarikat dan helikopter peribadi Sultan Pahang menyertai operasi itu sejak lima hari lalu.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan siasatan awal mendapati pesawat itu terhempas berikutan cuaca buruk sejurus selepas berlepas dari Pangkalan TUDM Sungai Besi.

Dalam sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata, Lembaga Penyiasat sudah memulakan siasatan dan akan mengemukakan laporan dalam masa sebulan.

Mengenai kelewatan pasukan mencari dan menyelamat menemui helikopter itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, cerun yang curam, hutan tebal dan cuaca buruk serta masalah komunikasi menyebabkan pesawat itu sukar dikesan.

Najib juga berkata, pasukan khas TUDM (Paskau) dan anggota komando sedang berusaha menggunakan kaedah terbaik bagi membawa keluar jenazah enam mangsa terbabit.

揌utan tebal umpama kanopi semula jadi di kawasan itu perlu ditebang untuk memudahkan jenazah dikeluarkan mengikut jalan udara,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2007 09:25 AM | Show all posts
jom listkan kemalangan yang melibatkan nuri..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2007 11:46 AM | Show all posts
July 17, 2007 23:00 PM                                                    
                 Nuri's 18th Crash In 39 Years
               
                KUALA LUMPUR, July 17 (Bernama) -- The Nuri crash on Friday is the 18thfor the Royal Malaysian Air Force (RMAF) in 39 years of service.

  Most of the crashes involving Nuris, said to be among the safest aircrafts in the world were due to bad weather.

The Nuri death tally stands at 95, the worst being that on Nov 14,1989 when 21 people including 15 Police Field Force members were killedin a crash between Gunung Gerah and Gunung Bilah on the Kelantan-Perakborder.

Barely a month later on Dec 18, 1989, 16 army and Royal MalaysianNavy (RMN) personnel were killed in a crash near Sungai Lundu inSarawak.

Those perished include 2nd Division Commanding Officer, Mej JenDatuk Mustaffa Awang and 3rd Infantry Brigade Commander Brig Jen DatukHasbullah Yusoff.

The government bought 40 Nuris or Sikorsky S61 Sea Kinghelicopters in 1968 from US-based Sikorsky Aircraft Corporation toprovide logistic support for search and rescue (SAR) operation.

The Sikorskys which saw action in the Vietnam war uses two 15,000horse-power engines by General Electric can reach a speed of 220 km/hr.

The RMAF wanted to replace the Nuris in Oct 2004 with newhelicopters costing between RM76 and RM95 million each under the NinthMalaysia Plan (9MP) but financial constraints forced it to be deferredto the Tenth Malaysian Plan.

  The RMAF has 30 Nuri helicopters involved in various operations.

  In Nov last year, the Ministry of Defence signed a RM55.8 million contract with Airod Sdn Bhd to upgrade the choppers.



Chronology of Nuri crashes and near misses since 1969.

  April 25, 1969 - First Nuri crash when four RMAF men were killed in Kuching, Sarawak.

  March 11, 1972 - Another four men were killed in a crash in Gambang, Pahang.

  April 26, 1976 - 11 crew and passengers were killed when a Nuri was brought down by communist fire in Gubir, Kedah.

  July 19, 1980 - A Nuri crashed near Ipoh, Perak but 18 people survived.

April 25, 1981 - Two RMAF men were killed and 13 others escapedwith injuries when a Nuri crashed near the Kuching Airport in Sarawak.

  July 11, 1981 - A Nuri crashed near Batu Melintang, Perak. 11 people survived.

  Nov 14, 1989 - 21 people perished in a crash between Gunung Gerah and Gunung Bilah on the Kelantan- Perak border.

  Dec 18, 1989 - 16 men were killed in a crash near Sungai Lundu, Sarawak.

  Aug 28, 1990 - 9 men training for Merdeka celebration survived an emergency landing near Rawang, Selangor.

Jan 16, 1991 - A Nuri from Sungai Besi to Kluang made an emergencylanding in Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 men cheated death.

  June 10, 1991 - 6 men were killed when a Nuri crashed and exploded in Banding, Perak.

  July 11, 1991 - 7 men were killed when a Nuri crashed during landing also in Banding, Perak.

  Oct 16, 1996 - 2 men were killed when a Nuri crashed in Muka Head, Penang.

  March 19, 1997 - 11 RMAF men were killed when two Nuris crashed near Gunung Lumaku, Sipitang in Sabah.

  March 5, 2004 - 2 men were killed in a crash in Taman Udara, Butterworth.

  March 30, 2004 - 3 pilots survived an emergency landing in Bukit Kalam near Labuan, Sabah.

  Aug 15, 2004 - 3 men were killed in a crash at Long Seridan, Sarawak.

July 13, 2007 - 6 RMAF personnel perished when a Nuri crashed atGenting Sempah, Pahang. Their bodies were recovered four days later.

  -- BERNAMA

Link - http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=273932
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2007 05:25 PM | Show all posts
Berikut adalah kronologi melibatkan nahas dan pendaratan cemas Nuri sejak 1969:

25 April 1969:  Nahas pertama Nuri menyebabkan empat anggota TUDM terbunuh setelah pesawat itu terhempas di Kuching, Sarawak.

11 Mac 1972:  Empat anggota terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Gambang, Pahang.

26 April 1976:  Sebelas krew dan penumpang terbunuh selepas helikopter Nuri ditembak komunis sebelum terhempas dalam hutan di Gubir, Kedah.

19 Julai 1980:  Sebuah helikopter Nuri terhempas di kawasan hutan dekat Ipoh, Perak tetapi semua 18 penumpangnya terselamat.

25 April 1981:  Dua anggota TUDM terbunuh dan 13 lagi cedera dalam nahas helikopter Nuri ketika ribut di 30 batu nautika dari Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
11 Julai 1981:  Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak, tetapi semua 11 penumpang dan krew terselamat.

9 Nov 1989:  Nahas terbesar membabitkan Nuri, apabila 21 orang termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh selepas helikopter Nuri terhempas di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak.

18 Dis 1989:  Sebuah helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentera Darat dan TUDM, termasuk Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mej Jen Datuk Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brig Jen Datuk Hasbullah Yussoff.

28 Ogos 1990:  Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam latihan pertunjukan udara sempena perayaan Hari Merdeka terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sebuah sekolah berhampiran Rawang, Selangor.

16 Jan 1991:  Helikopter Nuri dalam perjalanan dari stesen TUDM Sungai Besi ke Kluang, Johor, terhempas ketika membuat pendaratan kecemasan di sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor. Semua 12 anggota terselamat.

10 Jun 1991:  Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di kawasan operasi tentera di Banding, Perak kira-kira pukul 5.20 petang.

11 Julai 1991:  Tujuh orang maut apabila helikopter Nuri terhempas ketika cuba mendarat di Banding, Perak.

16 Okt 1996:  Dua orang terbunuh manakala dua lagi selamat selepas helikopter Nuri terhempas di perairan Muka Head, Pulau Pinang.

19 Mac 1997:  Seramai 11 anggota TUDM terbunuh apabila dua helikopter Nuri terhempas berhampiran Gunung Lumaku, Sipitang, Sabah.

5 Mac 2004:  Dua anggota TUDM maut selepas helikopter Nuri terhempas di Taman Udara, Butterworth.

30 Mac 2004:  Tiga termasuk juruterbang terselamat apabila helikopter Nuri mendarat cemas di Bukit Kalam, kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandar Labuan, selepas mengalami masalah teknikal pada enjin sebaik berlepas dari Pangkalan TUDM Labuan.

15 Ogos 2004:  Tiga daripada 10 anak kapal terbunuh apabila Nuri terhempas di Long Seridan, Sarawak ketika dalam perjalanan dari Miri ke Ba'Kelalan, Sarawak.

13 Julai 2007:  Helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang dan enam anak kapal disahkan terbunuh pada 17 Julai 2007. BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2007 05:26 PM | Show all posts

Reply #78 Syd's post

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2007 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 17-7-2007 03:25 PM
jom listkan kemalangan yang melibatkan nuri..


perasan tak kat Malaysia ni kes helikopter nuri terhempas yg paling byk kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2007 09:24 AM | Show all posts

Reply #83 narvmarishka's post

kalau tgk berita utama malam semalam
lagi sinis kata2 kiriman email sorang penonton

keranda buruk terbang ke apa dia ckp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 10:12 AM | Show all posts
Butchered like animals
By : Tan Choe Choe




(From left) Nor Affendy Abdul Rahman, Mona Fandey and Juraimi Husin were found guilty of murdering Datuk Mazlan Idris.


MURDERS are gruesome regardless of the manner they are committed.

In the last 35 years, there have been four horrific murders, including the body-in-refrigerator case in Mont Kiara, Petaling Jaya last week, where the victims were cut into pieces.




Colombo Plan expert, Kingsley John Lewis, killed his Kenyan wife, Maria Theresa (inset), and was sentenced to three years
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2007 10:27 AM | Show all posts
A mother抯 nightmare
By : Lee Shi-Ian, Alang Bendahara and V. Shuman





KUALA LUMPUR: The mother of Goh Yoke Seng, the Singaporean who was killed and cut into 11 pieces, had always thought that he was well and happily married.

It therefore came as a great shock when a DNA test showed that the body parts found in a refrigerator in a condominium in Mont Kiara last Sunday was that of her son.

He is believed to have been killed in 2005.

The woman, a widow, of Serangoon, Singapore, was at the city police headquarters in Jalan Hang Tuah yesterday to have her statement recorded.

She later went to the Kuala Lumpur Hospital mortuary with her youngest son to collect Goh抯 remains, which were later taken to the Cheras crematorium.

They took the ashes back to Singapore yesterday.

It is learnt that Goh抯 family had disapproved of his marriage in 2002 and that was the last time they saw or heard from him.

Goh抯 mother had tried to lodge a missing person report, but was unable to do so as she did not know whether her son was in Singapore or Malaysia.

A 34-year-old woman, now in police custody, is the prime suspect in the murder, a source said.

The source added that she had been sent for psychiatric evaluation.

It is learnt that a year into their marriage, the couple moved to Europe before settling in Malaysia.

The source said the two got into frequent quarrels shortly after their marriage and living abroad apparently did not help.

Goh抯 remains were discovered by the new owner of the condominium when he went to take possession of the property, which he bought at a bank auction for RM400,000.

A woman surrendered herself at the city police headquarters the next day.

She is being remanded for seven days.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 04:27 PM | Show all posts
Tragedi terburuk: 19 maut dalam bas ekspres
13-08-2007 03:37:32 PM  


TAIPING:  Seramai 19 orang terbunuh manakala 10 yang lain cedera, tiga daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di KM 229 Lebuhraya Utara Selatan, di Bukit Gantang dekat sini hari ini.

Kesemua 19 mangsa termasuk pemandu bas dan dua lelaki, dipercayai rakyat Indonesia, terbunuh di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira 4.30 pagi tadi.

"Ini kemalangan paling buruk dalam sejarah negara," kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy kepada pemberita sejurus selepas melawat tempat kejadian dan menziarah mangsa yang dirawat di Hospital Taiping.

"Tiga mangsa telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping, enam dimasukkan ke wad dan hanya seorang sahaja cedera ringan dan menerima rawatan pesakit pesakit luar. Ini kemalangan yang sangat serius," katanya.


Polis sedang mengenal pasti 19 mayat yang telah dialihkan ke atas jalan raya dekat kawasan kemalangan. (foto The Star oleh Saiful Bahri)

Bas itu yang membawa 29 orang, termasuk pemandu dan pembantu pemandu, dalam perjalanan dari Melaka ke Butterworth.

Menurut jurucakap polis, kemalangan ngeri itu berlaku semasa bas ekspres "Super" itu sedang menuruni bukit sebelum terbabas, merempuh penghadang jalan sebelah kiri dan terjunam ke dalam parit sedalam kira-kira lima meter.

Jurucakap polis itu berkata kebanyakan penumpang maut berikutan bas ekspres itu remuk dan bumbungnya tercabut, mengakibatkan ada penumpang tercampak dan sebahagiannya tersepit di dalam bas itu.

Anggota bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu berjaya mengeluarkan sebahagian penumpang yang cedera dan memberikan rawatan kecemasan sebelum menghantar mereka ke Hospital Taiping yang terletak kira-kira 20km dari tempat kejadian.

Bomba juga terpaksa menggunakan kren bagi mengangkat bas itu yang dalam keadaan senget untuk mengeluarkan mayat penumpang yang tersepit.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Raja Musa Raja Razak memberitahu pemberita di sini identiti kesemua mangsa sedang disiasat kerana dokumen pengenalan diri mereka bertaburan di tempat kejadian.

Bagaimanapun, maklumat awal polis mendapati dua rakyat Indonesia yang terbunuh dikenali sebagai Abu Bakar Ali dan Mohd Yazid Mohd Yusof.

Lapan lagi mangsa yang terbunuh ialah Fadle Ahmad, 21, dari Melaka; T. Krishnan, 46; Rohizan Abu Bakar, 37; Josle Arshad; Pang Tee Win, 58; P. Basi; Kamis Said, 62; dan Nazri Nordin, 35.

Antara mangsa yang cedera ialah seorang warga Nepal, Chnapati Ejam, 24 dan seorang warga Vietnam Nguyen Hyu Vina, 27, kedua-duanya lelaki, dan dua lagi warga tempatan Mohd Zahidi Che Ahmad, 22 dan Siew Ken Ming, 27.


Bas ekspres tersebut tiada bumbungnya lagi selepas berjaya dikeluarkan dari kawasan tragedi terburuk sejarah kemalangan jalan raya. (foto The Star)

Ini nahas bas ekspres paling buruk di negara ini selepas kejadian ngeri yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan 28 penumpang apabila dua buah bas bertembung di Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, Pahang pada November 2003.

Menteri Pengangkutan berkata siasatan awam mendapati kemalangan hari ini dipercayai akibat kecuaian manusia.

"Punca kejadian daripada siasatan awal adalah kecuaian manusia tetapi ia belum dapat dipastikan. Siasatan terperinci telah dimulakan oleh semua jabatan dan agensi terbabit seperti polis, bomba dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)," katanya.

Beliau berkata siasatan akan dijalankan bagi mengetahui aspek kesihatan pemandu yang kemungkinan keletihan, mengantuk atau membabitkan penggunaan dadah.

Siasatan terperinci itu turut melibatkan keadaan struktur bas dan reka bentuk jalan, katanya.

Chan berkata bas yang terlibat dengan nahas itu telah didaftarkan pada 1987 dan dimiliki oleh Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd dari Taiping.

"Bas ini sudah berusia 20 tahun. Bas telah diperiksa dan mendapat kelulusan Puspakom pada Mei lepas," katanya.

Chan berkata bas berkenaan bertolak dari Melaka kira-kira 10.30 malam tadi dan telah melakukan perjalanan kira-kira 400 kilometer.

"Bas ini mempunyai pemandu dan pembantu pemandu. Kita akan siasat sama ada pertukaran pemandu telah dilakukan kerana mengikut peraturan, pertukaran perlu dibuat selepas perjalanan lebih dua jam," katanya.

Chan juga berkata beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai nahas tersebut.

"Perdana Menteri telah mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini," katanya.

Chan berkata kementerian akan melaksanakan segera beberapa program meningkatkan keselamatan jalan raya yang telah dirancang sebelum ini seperti cadangan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang kenderaan persendirian.

Sementara itu, operasi mengeluarkan semua mayat yang terperangkap dalam bas itu mengambil masa kira-kira tiga jam.

Pasukan bomba terpaksa mendapatkan bantuan kren untuk mengangkat bas sebelum mengeluarkan mayat yang tersepit dan terperosok.

Pegawai penguatkuasa Balai Bomba Taiping Mazlan Zainal berkata anggota bomba dari Taiping dan Kuala Kangsar tiba di tempat kejadian kira-kira 4.50 pagi.

Beliau berkata pasukan itu telah mengeluarkan mangsa yang cedera daripada bas sebelum dibawa dengan ambulans ke Hospital Taiping.

PLUS turut menutup lorong sebelah kiri lebuh raya bagi membolehkan operasi mengeluarkan mangsa dijalankan. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 08:24 AM | Show all posts
kalau bas2 eksiden, mmg lah ngeri..
sepatutnya k'jaan mengambil langkah drastik utk semua pengusaha2 bas yg ada kat m'sia
nie. semua bas mestilah elok dan selamat utk dinaiki..esp pemandu2 bas tue, anto le kursus
keselamatan dan bertanggungjawab sket. jgn dok pk untung jer. nyawa pun penting...
nie, most of the bus driver(bkn smua), smua belagak mcm dia jer yg hero kat jln raya..x kira la bas express ke, bas bandar ke apa ke..huh!!:@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2007 03:23 PM | Show all posts
Ragut paling banyak nyawa


Anggota polis dan petugas PLUS memeriksa mayat 20 mangsa kemalangan bas ekspres Super di Kilometer 229 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, Taiping, Perak, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

Negara pernah digemparkan dengan nahas ngeri yang mengorbankan 17 nyawa dan mencederakan 15 yang lain apabila sebuah bas membawa pelancong terbabas dan terjunam ke dalam gaung di KM1 Jalan Genting Highlands pada 15 Julai 1996.

Angka korban besar sekali lagi berlaku apabila dua buah bas bertembung di Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, Pahang menyebabkan 15 penumpang maut manakala 29 lagi cedera pada 30 November 2003, hanya selepas beberapa hari sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Antara kemalangan ngeri lain yang membabitkan bas ekspres di negara ini sejak 2001 ialah:

* 20 April 2001 di BALING: Sebanyak 13 penumpang termasuk dua kanak-kanak maut apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di Batu 7, Jalan Pengkalan Hulu-Baling. Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, bas yang membawa anggota Amanah Ikhtiar Malaysia dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Langkawi.

* 30 Julai 2006 di NIBONG TEBAL: Sebelas penumpang maut manakala 35 lagi cedera termasuk sembilan parah dalam nahas melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 46 penumpang terbalik sebelum terbabas ke dalam parit di Kilometer 160.8 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Jawi.

* 9 Mac 2007 di KUALA KANGSAR: Enam penumpang terbunuh manakala 20 yang lain cedera parah apabila bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik ke dalam sebuah gaung di Kilometer 254, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran kawasan rehat dan rawat Sungai Perak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.064230 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list