CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 19-4-2008 09:52 PM | Show all posts
Originally posted by exclusive_vvip at 19-4-2008 04:39 PM
antara yg paling sadis n sedih yg ev penah dengar, kes pembunuhan eksekutif petronas(dibunuh oleh suaminya sendiri)....x tau apa crita sebenarnya, tp bila tringat anak2 dia sedih sgt rasa...


Rasanya yg ni laki dia dibebaskan kan? Cam tak leh disabitkan guilty sbb tak waras ke apa kan? Katanya dia bunuh bini dia sbb dia found out that bini dia ada affair ngan org lain ke apa... tp ada org kata tak pon, dia jeles gila katanya.....
Itula.. kesian anak2 dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2008 02:46 AM | Show all posts

Reply #5 Syd's post

ada betul.tapi,kes tu berlaku kat penang.saderi tu dah pun dihukum gantung.semoga menjadi pelajaran pada org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 02:47 AM | Show all posts

Reply #138 exclusive_vvip's post

aaaaahhh.tapi,suami dia bebas kan?macam mana la nasib anak2 arwah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 06:01 PM | Show all posts
takut baca kejadian2 bunuh nih semua...mintak2 dijauhkan Allah dari khianat manusia
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 08:09 PM | Show all posts

Reply #142 Fallal's post

ya.minta dijauhkan ALLAH dari semua ni.AMIN.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 08:10 PM | Show all posts

Reply #128 Syd's post

kesian kat arwah bapa noritta kan.semoga dia bersemadi dgn aman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2008 04:04 PM | Show all posts
Aku paling sedih klu dgr kisah bunuh yg melibatkn kanak2.mcm dh xde otak je org yg trgamak buat mcm tu.camne la perasaan derang bila dgr budak tu nangis,jerit minta tlg....

Naper kes pnderaan kanak2 x msuk skali.byk gak kes ni kt malaysia yg aman damai ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 09:03 PM | Show all posts
:tea: kita minum dulu. khusyuk dok bace...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2008 12:59 PM | Show all posts
nanti aku carik pasal along spoon
eksekutif petronas etc tu

kalau dapat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 01:14 PM | Show all posts

Reply #136 cronicle86's post

DNA test confirms body was singer抯

KUALA LUMPUR: DNA (tissue) tests have confirmed the decomposed body found in a sack in a ravine in Jelebu on Jan 6 was that of Sabi抲l Malik Shafie, singer with the group Spoon.

Inspector General of Police Tan Sri Norian Mai said a Police Lance Corporal implicated in the case will be charged with murder in the Jelebu Magistrate抯 Court Tuesday.

揥e were informed the DNA tests positively identified Along (Sabi抲l Malik),
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by exclusive_vvip at 19-4-2008 04:39 PM
antara yg paling sadis n sedih yg ev penah dengar, kes pembunuhan eksekutif petronas(dibunuh oleh suaminya sendiri)....x tau apa crita sebenarnya, tp bila tringat anak2 dia sedih sgt rasa...



Eksekutif Petronas dibunuh -- Suami mangsa, ahli geologi Petronas Carigali menghilangkan diri

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Seorang eksekutif pentadbiran Petronas ditemui mati dengan 14 kesan tikaman di bilik mandi rumahnya di Bukit Damansara dekat sini, petang semalam.

Mangsa, Faezah Mohd. Arshad, 37, dipercayai masuk ke bilik air tingkat bawah rumah untuk mandi kira-kira pukul 3.40 petang.

Pembunuhan itu dikatakan berlaku selepas perselisihan faham dengan suaminya.

Suami mangsa, berusia 39 tahun yang merupakan ahli geologi Petronas Carigali, anak syarikat Petronas yang berpejabat di Menara Berkembar Petronas menghilangkan diri sejak kejadian itu.

Polis kini sedang melancarkan gerakan mencari suami mangsa, Mohd. Suhaimi Abdul Aziz untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Mat Zain Ibrahim yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan sama ada ia berunsur cemburu atau sebagainya.

Dalam pada itu jurucakap polis ketika dihubungi berkata: ''Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat ditikam 14 kali di bahagian badan, hampir seluruh muka, perut dan tangan.

''Laporan bedah siasat juga mengatakan yang punca kematian mangsa ialah tikaman di bahagian paru-paru.''

Jelas beliau, suami mangsa dikatakan menendang pintu bilik air sehingga pecah.

Menurut beliau, ketika kejadian pembantu rumah mangsa, seorang warganegara Thai berumur dalam lingkungan 30-an berada di dalam kediaman tersebut bersama-sama tiga anak pasangan berkenaan iaitu Mohd. Faris, 8, dan Mohd. Shafiq, 3, dan Sarah, 6.

Katanya, perbuatan suami mangsa disedari oleh anak perempuan mereka yang mendengar suara jeritan ibunya dan kanak-kanak itu terus memanggil pembantu rumah.

Beliau berkata lagi, pembantu rumah terbabit meninjau bahagian dapur selepas mendengar kanak-kanak itu meminta bantuan dan ternampak majikannya sedang memegang pisau.

''Pembantu rumah terbabit kemudian terus berlari ke rumah jirannya untuk meminta pertolongan.

''Selepas pulang semula ke rumah bersama beberapa orang jiran, pembantu rumah terbabit nampak mayat terkulai di bilik air dengan berlumuran darah,'' kata beliau.

Menurutnya lagi, ketika itu suami mangsa telah pun menghilangkan diri dan dipercayai ketika melarikan diri dia telah merempuh pagar rumahnya dengan kereta jenis Citroen berwarna kelabu.

Difahamkan jiran yang turut melihat mangsa terus menghubungi polis untuk melaporkan kejadian.

Mayat Faezah kemudian dibawa ke Hospital Universiti, Petaling Jaya untuk bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada petang ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 02:14 PM | Show all posts
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

DI KUALA LUMPUR

(BIDANGKUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO.  W-05-39-2001

(WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH BIL. 45-04-2000)

ANTARA

PENDAKWA RAYA                                            
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 02:16 PM | Show all posts
16.           The learned Judge correctly stated the burden and standard of proof to be discharged by the accused when a defence of insanity is raised by an accused person.  In his grounds of judgment he said
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 02:16 PM | Show all posts
24.           In the present case the learned Deputy contended that the learned Judge committed an error of law firstly, in failing to properly evaluate the evidence of the medical expert as against the other evidence before the court and secondly, the expert in this case in giving her opinion did not provide any reason to support it.  This the learned Deputy contended is a serious deficiency in the testimony of the expert which the learned Judge failed to consider.



25.           Before we proceed further we should remind ourselves of the position of the appellate court where the judgment under appeal is based on the findings of the facts by the trial judge.  The right approach to be taken by the appellate court is as expressed by Edgar Jospeh Jr. SCJ in Yusoff bin Kassim v. PP (1992) 2 MLJ 183  at 188
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 02:19 PM | Show all posts
33.           The other criticism levelled at the judgment of the learned Judge is that he failed to consider other evidence, apart from the medical evidence, in coming to his finding.  With respect to the learned Deputy, again we find his contention wholly unjustified.  Upon close scrutiny of the grounds of judgment it is clear that the learned judge had in fact done so.  This is reflected in  the  following  passage of the judgment which reads
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 04:03 PM | Show all posts
Kes bunuh jadi tumpuan

Oleh: NOOR AZAM SHAIRI

SEJAK kita digemparkan dengan laporan meluas media tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang dikatakan ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan di satu kawasan hutan di Shah Alam, setiap seorang daripada kita bertanya-tanya: Siapa bunuh perempuan rakyat Mongolia itu, dan kenapa?

Soalan-soalan itu pasti akan terjawab tidak berapa lama lagi.

Ekoran penahanan beberapa orang anggota polis untuk membantu siasatan, termasuk penganalisis politik terkenal, Abdul Razak Baginda, pihak berkuasa yakin mereka berjaya merungkaikan misteri kes itu.

Dua anggota polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar kemudiannya dihadapkan ke mahkamah pada 15 November lalu atas tuduhan membunuh Altantuya. Sehari kemudian, Abdul Razak turut dituduh bersubahat melakukan pembunuhan itu dengan dua anggota polis itu.

Ketiga-tiga mereka berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati, sekiranya sabit kesalahan.

Kalau misalnya suatu hari nanti ada orang menulis sebuah buku tentang perbicaraan-perbicaraan mahkamah di negara ini yang menarik perhatian umum, kes pembunuhan Altantuya ini pasti tercatat dalam buku itu.

Tumpuan ke atas kes ini mungkin tidak dapat menandingi perhatian yang pernah diberikan oleh umum bukan saja di dalam negara malah di kalangan masyarakat antarabangsa terhadap perbicaraan kes rasuah dan liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar tahun 1999 dahulu. Tetapi setidak-tidaknya ia akan duduk dalam kelompok yang sama dengan beberapa perbicaraan kes bunuh yang pernah menjadi tajuk-tajuk utama akhbar tempatan.

Ini termasuklah kes pembunuhan ngeri wakil rakyat, Datuk Mazlan Idris pada tahun 1994 yang ditetak dan dipotong 18 yang berakhir dengan hukuman gantung yang dijalani oleh Mona Fandey dan suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Hussin dan perbicaraan kes bunuh Norita Samsudin dua tahun lalu.

Malah kalau kita menyelak sejarah lebih jauh, perbicaraan kes pembunuhan Altantuya ini akan mendapat perhatian yang sama seperti mana masyarakat memberikan perhatian kepada perbicaraan kes S. Karthigesu dan kes seorang anggota polis, Inspektor Saderi Abdul Samat yang dituduh membunuh teman wanitanya, seorang gadis kilang di Pulau Pinang sekitar tahun 1980-an dulu.

Ada beberapa sebab kenapa kes Altantuya ini menjadi perhatian umum. Pertama, cara pembunuhan itu dilakukan atau barangkali lebih tepat bagaimana bukti-buktinya cuba dimusnahkan. Kedua, ia melibatkan anggota polis dan seorang penganalisis politik yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin tinggi negara. Ketiga, latar belakang kes itu yang membayangkan unsur-unsur skandal.

Kalau jenayah itu dikatakan sebagai jenayah yang paling dahsyat di negara ini sejak kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris, perbicaraannya pula berpotensi menjadi perbicaraan paling popular tahun ini. Setiap apa yang berlaku di dalam dan di luar mahkamah sepanjang perbicaraan ini nanti akan menjadi tumpuan media, daripada gerak-geri mereka yang terlibat sampailah kepada baju apa yang dipakai oleh tertuduh.

Siapa yang tidak berminat dengan skandal?

Kes pembunuhan Altantuya ini juga mendapat liputan yang meluas oleh media di Mongolia. Lebih kurang 10 wartawan dari negara itu juga dijangka datang bergilir-gilir untuk membuat liputan perbicaraan itu nanti.

Tanda-tanda bahawa kes ini tidak ubah seperti cahaya lampu yang memikat kelkatu sudah nampak begitu jelas sejak media mula melaporkan penemuan tempat mayat Altantuya dikatakan dibom sehingga hancur berkecai.

Di mana-mana saja orang bercakap tentang kes itu. Satu majlis diskusi tidak formal untuk meneliti keputusan pilihan raya Kongres Amerika Syarikat pada 8 November lalu tanpa disedari tenggelam dengan perbualan-perbualan mengenai nasib yang dilalui oleh Altantuya dan hubung kaitnya Abdul Razak dalam kes itu apabila media melaporkan penangkapannya pada hari yang sama.

Malah ketika masyarakat negara ini dihadapkan dengan persoalan yang besar tentang definisi Bangsa Malaysia pun, di merata tempat kalau berjumpa orang lebih berminat berbual tentang Altantuya.

Hari-hari berikutnya, media menghidangkan kepada masyarakat pelbagai laporan sekitar pembunuhan itu dengan memetik beberapa sumber yang diyakini dapat memberikan latar belakang mengenai wanita Mongolia itu serta perkembangan siasatan pihak polis. Media memburu sesiapa saja yang boleh memberikan bayangan kepada umum dan menjawab teka-teki tentang Altantuya.

Malah sebuah akhbar sampai menghantar seorang wartawannya ke Mongolia untuk menjejaki keluarga dan rakan-rakan wanita berumur 28 tahun itu.

Apabila bapa Altantuya, Shaariibuu Setev datang ke Kuala Lumpur untuk membantu siasatan polis dua hari selepas cebisan-cebisan tulang yang dipercayai anaknya ditemui tumpuan masyarakat makin melekat kepada kes itu.

Dua hari selepas itu, dalam sidang akhbarnya yang dihadiri oleh wakil-wakil media tempatan dan antarabangsa yang datang dalam jumlah yang agak besar, Shaariibuu bertarung melawan kesedihan dan beliau melahirkan suara hatinya mengharapkan anaknya masih hidup.

Pensyarah di National University of Mongolia di Ulan Bator itu datang membawa contoh DNA ibu Altantuya untuk dipadankan dengan cebisan-cebisan tulang manusia yang pada ketika itu belum diketahui tuan tubuh asalnya.

Tetapi sebesar mana sekalipun harapannya dan setinggi mana sekalipun doanya beliau tidak dapat melawan ketentuan Tuhan, bahawa anaknya telah mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 08:12 PM | Show all posts
Syd, banyaknya info kau. Kau simpan keratan akhbar ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 11:05 AM | Show all posts

Reply #155 the_none's post



surf je kat internet

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 11:11 AM | Show all posts

Reply #155 the_none's post

hehe
ada apa2 kes pembunuhan yang u nak tau lagi tak?

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 02:39 PM | Show all posts

Reply #157 Syd's post

syd .. ade tak cerita ttg rompakan or gangster2 yg bole di anggap kelas A di Malaysia ni?.. maaf salah thread.. tp kalu Syd bole buka thread berkenaan tu.. lagi baguss...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.070029 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list