CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
 Author| Post time 29-7-2008 10:02 AM | Show all posts

Reply #148 Syd's post

Polis dihukum kes bunuh Along Spoon buat rayuan

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi yang menyabit dan menjatuhi hukuman gantung terhadap seorang lans koperal atas tuduhan membunuh penyanyi kumpulan Spoon tidak sepatutnya menerima percakapan beramaran anggota polis itu sebagai keterangan.

Peguam Markhan Singh yang mewakili tertuduh Mohamed Ya’cob Demyati berkata, Mahkamah Rayuan perlu menolak percakapan beramaran anak guamnya kerana ia mengandungi perkataan yang tidak sepatutnya diterima sebagai keterangan.

Katanya, perkataan itu juga tidak merujuk secara khusus kepada fakta kes, sebaliknya ia digunakan untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob, 42, terhadap pertuduhan.

Markhan Singh berhujah dalam rayuan anak guamnya terhadap hukuman mati dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Seremban, 10 April 2002, terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along.

Beliau berkata, tindakan mahkamah menerima percakapan beramaran anak guamnya yang mengandungi perkataan “Mayat Along yang saya isi dalam guni telah saya campak ke tepi jalan ke Kuala Klawang dan saya setuju tunjukkan tempat itu” prejudis anak guamnya.

Katanya, berdasarkan kepada urutan gambar tempat kejadian yang dirakam jurugambar, polis terlebih dulu mengetahui tempat mayat Along ditemui sebelum keterangan mengenai kawasan itu diperoleh daripada Mohamed Ya’cob.

“Walaupun mengetahui dulu lokasi mayat, polis menggunakan Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob dengan pembunuhan bagi menunjukkan seolah-olah dia yang membawa mereka ke situ,” katanya.

Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.

Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu-Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, 6 Januari 2000.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Wan Adnan Muhamad dan Datuk Ahmad Maarop akan mendengar hujah pendakwa raya hari ini. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2008 10:02 AM | Show all posts
Along spoon;

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 01:30 PM | Show all posts
thread yg menarik. terutama kisah k.terbang yg jatuh kt tg. kupang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2008 01:43 PM | Show all posts
kemendapan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 02:17 PM | Show all posts
Dia sure ade ilmu ape2 nih. Tak pun, mmg nyawa dia panjang lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2008 03:09 PM | Show all posts

Reply #153 edmundo's post

hehe
semalam pun ada gak terdetik hati pikir mcm tu

dia ada bela sthing eh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2008 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by edmundo at 29-7-2008 14:17
Dia sure ade ilmu ape2 nih. Tak pun, mmg nyawa dia panjang lagi.


sapa..?..King Ghaz ke...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-7-2008 10:02 AM
Polis dihukum kes bunuh Along Spoon buat rayuan

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi yang menyabit dan menjatuhi hukuman gantung terhadap seorang lans koperal atas tuduhan membunuh penyanyi kumpulan Spo ...


aku menagis kehilangan nya...
aku minat kat arwah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2008 09:48 AM | Show all posts

Reply #155 revolusi_30's post

hehe

yelah..

ada orang mati semua

dia luka sikit pun idak
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 03:58 PM | Show all posts

Reply #155 revolusi_30's post

Revo dah lama tk sembang serius kat CI...knapa ye..?
Tgh "berehat" dulu ke...??

By the way, tdi ternampak toyota Vios yg baru tu...ade yg kata bentuk mcm dugong. Tetiba aku teringat satu cerita gempar area johor dimana sorang nelayan ni selamatkan satu dugong. Mmg jinak gila dugong tu dgn penjaga dia.

Tapi pihak berkuasa arahkan dia lepaskan dugong tu sbb spesis terancam. Masa dia lepaskan, mmg sedih time tu....cuaca pun tetiba mendung ribut taufan (agknye lah)....tak lama lps tu...dugong tu ditemui mati..........

Sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 04:18 PM | Show all posts

Reply #151 jazz4luv's post

Psl tragedi k/terbang terhempas di Tg. Kupang, my office colleague kat ofis nih ada sorang kakak dia termasuk sorang dari penumpang pesawat tu.

Adalah dia khabaq govt ada kumpul semua family terdekat utk mendengar rakaman kotak hitam yg dijumpai. Tapi rakaman audio tu tidak memberi gambaran lengkap apa yg benar2 terjadi.

Walaupun ada khabar angin kata ada salah seorang penumpang yg cuba menjadi hero utk mematahkan pesawat tu dari kena hijack....and something went wrong !

Dan satu lagi...semua family penumpang yg terbunuh tu mendapat pampasan yg agak lumayan dari govt.

Tu jer yg aku nak tambah. Dah jangan tanya apa2. Sekian terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2008 05:03 PM | Show all posts

Reply #157 edmundo's post

Pak Atan kan..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2008 05:06 PM | Show all posts
Petikan Berita Harian (Malaysia)
Edisi 9hb Mac 1999

       

Dugong dilepaskan dengan tangisan.

Sayang tidak ada batas sempadannya...



Tangisan mengiringi si dugong pergi menemui kebebasan

PASIR GUDANG, Isnin - Keluarga Atan Husin menitiskan air mata petang ini apabila mereka akhirnya terpaksa akur dengan arahan Jabatan Perikanan supaya melepaskan ikan dugong ke laut, selepas 43 hari memeliharanya.

Suasana rumah rakitnya yang ceria sejak penemuan mamalia marin itu pada 25 Januari lalu, bertukar menjadi muram sehinggakan anak lelakinya, Roslan, 25, pengsan sebelum melepaskan dugong itu ke air.

Sebelum itu, keadaan agak tegang apabila Atan, 50, merayu kepada pegawai perikanan yang datang ke kelongnya di Pantai Sungai Chupak dekat sini, membenarkan mereka memelihara ikan itu sehingga kecederaannya pulih.

Rombongan pegawai perikanan itu menyampaikan arahan Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Mohd Mazlan Jusoh dan Ketua Pengarah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Musa Nordin, supaya melepaskan dugong berkenaan.

Arahan itu disampaikan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Perikanan Johor, Wan Azman Mamat serta Timbalan Pengarah Perhilitan, Faudzi Ahmad, yang datang menemui Atan kira-kira jam 1 petang.

Rombongan berkenaan turut disertai Ketua Balai Polis Pasir Gudang, Cif Inspektor Abu Bakar Mad Yassin bagi menguatkuasakan arahan melepaskan mamalia marin itu yang dijumpai Atan tersangkut pada jaring udangnya.

Berikutan keengganan Atan, rombongan berkenaan memberi tempoh empat jam kepadanya supaya melepaskan dugong itu dan keluarga berkenaan menggunakan kesempatan itu untuk bersama-sama ikan terbabit.

Dalam keadaan hujan lebat, keluarga terbabit turun ke sangkar di kelong berkenaan, tempat ikan itu dipelihara.

Bagaimanapun, Roslan tiba-tiba pengsan dan terpaksa dibawa ke atas kelong sebelum pulih kira-kira 15 minit kemudian.

Atan sebelum ini bertekad untuk memelihara dugong yang dijumpai luka akibat terkena kipas botnya dan bersedia melepaskannya apabila kecederaan itu sembuh.

Bagaimanapun, pada jam 4.10 petang, Wan Azman sekali lagi menyerahkan surat arahan kepada Atan dan membacakan Akta Perikanan 1985 Seksyen 27 (4) serta hukuman denda RM5,000 jika arahan itu tidak dipatuhi.

Atan akhirnya menerima surat itu dan menandatangani buku pengesahannya sebelum bersama anak-anaknya melepaskan dugong berkenaan kira-kira 50 meter dari kelongnya, pada jam 4.30 petang.

Suasana sedih kembali menyelubungi kelong Atan apabila dia dan keluarganya menitiskan air mata sambil memerhati dugong yang selama ini menjadi 'penghibur' keluarganya berenang-renang di kawasan perairan itu sebelum hilang dari penglihatan.

Pegawai Pengurusan dan Perlindungan Sumber Perikanan Johor, Ahmad Saktian Langgang, yang turut berada di situ berkata dugong berkenaan sepatutnya dilepaskan minggu lalu, tetapi ditangguhkan berikutan beberapa masalah.

"Dugong ini adalah mamalia akuatik dan spesies ikan yang makin pupus. Berdasarkan ukuran panjangnya kira-kira 1.5 meter, ia masih bayi dan perlu mendapatkan susu dari ibunya," katanya.

Sementara itu, Faudzi berkata mengikut Akta Perhilitan dan Perlindungan Hidupan Liar 76/72 Seksyen 64 (2) (e), mereka yang menyimpan dugong, memelihara dan sebagainya b
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2008 05:07 PM | Show all posts
TheStar
Thursday, March 11, 1999

Tenang, the dugong, found dead
By Shahar Yaacob
The news in Malay

PASIR GUDANG: Tenang, the female baby dugong which caught the attention of the public, was found belly-up yesterday, 100m from fisherman Atan Hussin's kelong where she was kept almost as a family member for 42 days.

Her nose was swollen, there were several new cuts on her body and blood had oozed from an old wound above her left eye.

Atan's friend and fellow fisherman Zahid Mohamad, 50, who was shocked to see the dugong floating at about 9am, plucked it out of the water and brought it to Atan's home.

Tenang is dead


SAD LOSS ... Pak Atan being consoled by his son Dino (left) when he broke down upon seeing the lifeless dugong in Kampung Pasir Puteh yesterday. More pictures..
News of the sea mammal's demise stirred emotions in the quiet fishing village of Pasir Puteh.

The village folk, still engrossed over the week-long tug-of-love between Atan's family who wanted to keep the mammal and government department officials who wanted to free her, were numbed by the news of her death.

As the news spread, crowds of people started arriving to "pay their last respects" to the loveable creature which they had seen swimming in the cage.

Officers of the Fisheries Department arrived at about 1pm after being informed of the find.

Tenang was released on Monday after the the Fisheries Department and National Parks and Wildlife Protection Department officials were pressured by the Convention of Wild Fauna and Flora and local conservation groups.

The baby dugong was believed to have died several hours before the carcass was found, based on the condition of the carcass.

Atan, 50, and members of his family who appeared to be deeply saddened by the death, placed the dugong in a plastic fish container, filled the sides with ice and covered it with a white towel.

"What else is there for me to say now that Tenang is dead? All I ask from the authorities is to allow me to bury her on the shore. This is the least we can do to remember her," Atan said.

Unfortunately his wish was not granted.

At about 3.45pm when the family was about to bury the dugong, they were stopped by Fisheries Sources Protection Unit chief Wan Azman Mamat, who had earlier given his go-head for the "funeral."

"I am very sorry to inform you that I have just received a directive asking us to take control of the carcass and bring it back to Johor Baru.

"The department will carry out a post-mortem to determine the cause of death," he told Atan and his family before taking Tenang away.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 09:08 PM | Show all posts

Reply #161 Syd's post

Cakap Pak Atan tu dia orang tak mau dengar. Sekurang-kurangnya kalau tak mau Pak Atan bela, tanggungjawab Jabatan Perikanan untuk pelihara si Tenang utk satu tempoh yg tertentu sebelum dilepaskan ke laut.:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2008 09:57 AM | Show all posts

Reply #162 joey_mcintrye's post

Mahathir suh lepas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 11:30 AM | Show all posts
SYD
citer yg kapal terbang jatuh kat tgh pekan tu ada x? yg jatuh atas keta ker apa. ton 1980an time tu me kecik lagi. citer ni dgr bila nenek dok ulang sbut benda tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2008 02:39 PM | Show all posts

Reply #164 casper_cute1's post

kapal terbang jatuh atas keter?

kat mana?

ada try belek page sebelum nih tak?

kot2 dah ada tepek
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 03:21 PM | Show all posts

Reply #165 Syd's post

tu lah syd time tu kecik lagi. dgr2 gitu jer lah. x amik pot pun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 03:22 PM | Show all posts
syd

citer pasal botak chin dan penjara pudu tu???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.670874 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list