CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 5-8-2008 06:41 PM | Show all posts
syd.. my request..

citer r0mpakan p0mpuan yg kena tembak kat giant batu caves. kalau boleh nak tau dia keje apa dan sbg apa..

note: aku kalau gie giant lalu em ar ar tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2008 12:47 PM | Show all posts
Kalau kat europe tu dah lama dah kena letak jawatan ketua2 penagrah tu semua... bodoh piang... jadi pengarah apa kalau bodoh.... tu la dapat jawatan bukan sbb kredibiiti...

kalau citer pasal bas accident ni paling buat aku trauma... jadi tahun 95 kot dulu... naik bas TRANSNASIONAL dari Kota Bharu ke Lumut, Perak. Sampai kat kg. Kati, Perak.. tiba2 bas terbalik.... masa tu aku tgh tido.. tp masa terbalik tu aku terjaga dan dapat merasakan bagaimana bas tu terseret di lereng bukit kat situ...

Aku sempat terfikir lagi... kalau gaung habis la aku.... aku tercampak dr sebelah sini ke sebelah sana... muka penuh dgn serpihan kaca.. (nasib baik tak dlm sgt)

Puncanya? Drebar bawak bas tu laju... sbb ada brader yg tak tido tu citer... nasib baik takde yg mati, tp yg parah ada la 2-3 org....

Aku terima rawatan pesakit luar je...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 12:48 PM | Show all posts
1 lagi trajedi yg menggemparkan... Tanah runtuh kat Bukit Mandi, Terengganu. Time orang nak semayang Jumaat kalau tak silap... dibantainya carik emas.... konon takut org lain dapat la tu kot.... lupa tahun bila... tahun 80an kalau x silap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2008 01:12 PM | Show all posts
Originally posted by casper_cute1 at 5-8-2008 03:22 PM
syd

citer pasal botak chin dan penjara pudu tu???


ni pasal botak chin

http://eforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=249597&highlight=botak%2Bchin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2008 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by mziskandar at 5-8-2008 06:41 PM
syd.. my request..

citer r0mpakan p0mpuan yg kena tembak kat giant batu caves. kalau boleh nak tau dia keje apa dan sbg apa..

note: aku kalau gie giant lalu em ar ar tu..


Wanita maut, lelaki parah ditembakOleh YAP LEE YING

ANGGOTA polis memeriksamayat Siti Shamiza Abu Zarim yang ditembak mati oleh seorang lelaki ditempat letak kereta Giant Batu Caves, semalam. - Gambar Bernama.


GOMBAK 19 Mac - Setiausaha sulit kepada pengarah urusan sebuahsyarikat pembinaan maut manakala seorang lelaki cedera parah setelahditembak seorang perompak sebelum melarikan diri dengan sebuah keretaPerodua Kancil di tempat letak kereta Pasar Raya Giant, Batu Caves, disini petang ini.

Mangsa, Siti Shamiza Abu Zarim, 30, yang bertugas di syarikat BumiHiway mati di tempat kejadian setelah terkena sedas tembakan pada dadakanan dalam pergelutan dengan perompak terbabit pada pukul 1.30 petang.

Dalam pada itu, pengurus sebuah syarikat aluminium di Gombak yanghanya dikenali sebagai Wong, 30, cedera pada leher ekoran dua dastembakan yang dilepaskan perompak terbabit.

Beliau yang dikejarkan ke unit kecemasan Pusat Rawatan Tawakal dekat sini, dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, Wong masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Tawakal untuk rawatan lanjut.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten KomisionerII Hadi Ho Abdullah berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa pertama(Siti Shamiza) telah diserang suspek semasa keluar dari kereta ProtonWaja miliknya di tempat letak kereta pasar raya terbabit.

``Mangsa yang dipercayai singgah membeli-belah telah bergelut dengansuspek yang kemudian melepaskan satu das tembakan pada bahagian dada.

``Lelaki itu terus berlari ke luar tempat letak kenderaan tanpasempat mengambil barang-barang milik mangsa, dan seterusnya cubamenyamun seorang lelaki lain yang ketika itu sedang memandu keretajenis Proton Wira.

``Suspek menyekat sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandumangsa kedua iaitu Wong, ketika mangsa sedang mencari parkir untukkeretanya.

``Wong yang tidak mengendahkan arahan tersebut telah menyebabkansuspek bertindak melepaskan dua das tembakan ke arahnya,'' katanya disini hari ini.

Menurut Hadi Ho, suspek kemudian melarikan diri ke arah pintu keluarpasar raya, menghala ke Jalan Samudera sebelum menyekat sebuah keretaPerodua Kancil berwarna perak yang dipandu seorang wanita.

``Wanita yang diugut menggunakan pistol oleh suspek telah memberhentikan kenderaannya.

``Suspek mengarahkan wanita itu keluar dan kemudian melarikan diridengan kereta tersebut. Suspek masih gagal dikesan hingga kini,'' jelasbeliau.

Hadi Ho memberitahu, mangsa yang enggan memenuhi tuntutan suspek  dipercayai ditembak dengan pistol jenis Revolver.
``Kami juga menemui sebuah telefon bimbit dipercayai milik Allahyarham berhampiran keretanya.

``Polis kini sedang mengesan kereta kancil bernombor pendaftaran KBD5626 berwarna perak yang berjaya dilarikan suspek,'' ujarnya.

Tegas beliau, mengikut keterangan daripada saksi-saksi terbabit, suspek dipercayai berketurunan Melayu dan berumur 30-an.
`
`Semasa rompakan, suspek tidak memakai topeng atau sebarang kenderaan,'' katanya.

Tambah Hadi Ho, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebutdiminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada talian03-61385222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2008 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by UnicornBerapi at 6-8-2008 12:48 PM
1 lagi trajedi yg menggemparkan... Tanah runtuh kat Bukit Mandi, Terengganu. Time orang nak semayang Jumaat kalau tak silap... dibantainya carik emas.... konon takut org lain dapat la tu kot....  ...


Lubuk Mandimengandungi emas yang sudah diterokai penduduk tempatan sejak tahun1986 tanpa lesen. Kerajaan mula mengeluarkan lesen pada tahun 1988apabila beribu-ribu orang dari seluruh Terengganu dan dari luar negeriini datang mendulang siang dan malam. Biasanya setiap yang mendulangdapat paling kurang RM100 sehari.

Setelah berlaku tanah runtuh diRusila dan mengakibat 10 orang mati, Kerajaan di waktu itu menutupnyakepada orang ramai. Usaha melombong diambil alih oleh PerbadananMemajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) kemudian diswastakan.Kerajaan baru kini menunaikan janjinya untuk membuka lombong itu kepadarakyat.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2008 07:16 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-8-2008 01:16 PM


Wanita maut, lelaki parah ditembakOleh YAP LEE YING
http://utusan.com.my/pix/2005/0320/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_02_big.jpg
ANGGOTA polis memeriksamayat Siti Shamiza Abu Zarim yang di ...




actually red kenal arwahyarhamah kak shamiza ni ..dia kije ngan astu komp ngan red....tapi dia kije kat HQ KL...( ni kalo red ckap nama komp ni gerenti semua tau ....)..memang kiteorg terperanjat ngan kematian dia yg tragis tu...lagi tragis dia mase tu pi giant coz nak beli barg2 untuk pergi ke misi bantuan ke ACEH ( mase tu Tsunami berlaku )...memang sayu jek ...dia anak kesayangan kuarga masih belum berkahwin n sorang yg periang ...red pun tak sempat kenal rapat ngan dia...but sampai la ni macam tak caya dia mati camtu ....Al-Fatihah Tuk Arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 07:17 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-8-2008 01:16 PM Wanita maut, lelaki parah ditembakOleh YAP LEE YINGANGGOTA polis memeriksamayat Siti Shamiza Abu Zarim yang di ...
actually red kenal arwahyarhamah kak shamiza ni ..dia kije ngan astu komp ngan red....tapi dia kije kat HQ KL...( ni kalo red ckap nama komp ni gerenti semua tau ....)..memang kiteorg terperanjat ngan kematian dia yg tragis tu...lagi tragis dia mase tu pi giant coz nak beli barg2 untuk pergi ke misi bantuan ke ACEH ( mase tu Tsunami berlaku )...memang sayu jek ...dia anak kesayangan kuarga masih belum berkahwin n sorang yg periang ...red pun tak sempat kenal rapat ngan dia...but sampai la ni macam tak caya dia mati camtu ....Al-Fatihah Tuk Arwah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2008 05:03 PM | Show all posts

Reply #175 redchilie's post

Saya pernah terbaca dalam satu buku yg mengatakan jika sesorang itu terkorban dek kerana melindungi harta atau ahli keluarganya dari dicerobohi, dia adalah dikira sebagai syahid.

Kuat semangat arwah ni lawan perompak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 10:45 AM | Show all posts
pertama kali aku masuk thread nie....takut,sedih...semua ada.....mintak dijauhkan dari berlaku perkara2 cam ne...takut sangat
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 08:34 AM | Show all posts
takut plak bace thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 08:42 AM | Show all posts
Pembunuhan di Balai Polis Bukit Kepong 23 Februari 1950..semakin di lupakan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 11:56 AM | Show all posts
wah banyak giler info .... maklum la zaman belum lahir lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 12:06 PM | Show all posts
bagi aku walau jahatmana pun norita pembunuh dia mesti dihukum. macammana malu family dia bila kes ini diselongkar ke akar umbi. malu beb. anyway doakan arwah diampunkan dosa dan dicucuri rahmat
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 12:44 PM | Show all posts

Reply #171 Syd's post

dah lama aku cari..tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2008 02:36 PM | Show all posts

Reply #236 faridali's post

ni thread pasal bukit kepong tu

jap eh, nak upkan balik thread tu


rupanya farid ali pun banyak contribute dalam thread tu



[ Last edited by  Syd at 12-8-2008 02:37 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2008 04:53 AM | Show all posts
dlm2 byk2 kes...kes rogol n bunuh budak bawah umur n buang bayi paling menyayat hati .....kejammm sungguh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2008 09:42 AM | Show all posts

Reply #239 faridali's post

sbb dia melibatkan budak kecik

yang tak berdaya

yang tak mampu sama sekali melawan kesakitan


takde akal tul dorang ni

lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 01:51 PM | Show all posts
syd,
tau tak detail ada satu kes tu student yg tgh buat master kt ukm (or baru keje, aku pon dah ingat2 lupa kes tu)kena bunuh dek tunang dia.motif jealous kot..tahun 2004 (rasanya).kl tak silap,tunang dia pecahkan pintu umah sewa ppn tu and stabbed her few times kotz..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2008 02:03 PM | Show all posts

Reply #241 aiharanaoki's post

Title: Cinta tidak berbalas punca Norzi Ayu dibunuh
Description: Utusan Malaysia, JUly 29th, 2004


KLANG 28 Julai - Suspek dalam kes pembunuhan Pegawai Penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Norzi Ayu Md. Noor, dipercayai bertindak membunuh mangsa kerana cintanya tidak berbalas.

Adik mangsa, Noorziana Md. Noor berkata, tidak wujud cinta tiga segi dalam kes ini, cuma cinta suspek tidak berbalas dan cemburu.

Kata beliau, kakaknya menganggap suspek sebagai kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Katanya, bapa mereka, Md. Noor Dahari juga mengetahui masalah Norzi Ayu dengan suspek.

``Ayah sering menasihatkan kakak supaya berhati-hati, malah ayah sering menziarahi kakaknya di Bandar Baru Bangi bagi memastikan keselamatannya,'' katanya.

Tambahnya, suspek itu juga dipercayai terlalu marah dan kecewa melihatkan kakaknya membawa bakal tunangnya selama tiga hari berturut-turut ke satu pertandingan silat yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak Jumaat lalu.

``Kakak menjadi juri dalam pertandingan itu dan dia tidak menyangka tindakannya membawa teman lelakinya itu mengundang rasa marah suspek kerana suspek pada masa itu sudah tidak ada sebarang hubungan lagi dengan kakak,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Maznah di sini hari ini.

Semalam, Norzi Ayu, 27, mati setelah ditikam pada perut dipercayai oleh bekas teman lelakinya selepas diikat dengan tali pinggang baju silat di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Bangi dekat sini.

Sebelum ditikam dalam kejadian pukul 3 petang kelmarin, Norzi Ayu yang berasal dari Klang dikatakan bertengkar dengan suspek berkenaan di Pangsapuri Seri Tanjung, Taman Seri Tanjung, Bandar Baru Bangi.

Akibat kejadian itu, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang tetapi meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 malam kelmarin.

Berikutan itu, suspek yang berusia 23 tahun dan merupakan bekas penuntut UKM dalam jurusan ekonomi di tahan di Hospital Kajang pada malam kelmarin apabila dia dibawa oleh abangnya untuk melawat mangsa.

Noorziana yang sering berkongsi masalah dengan kakaknya itu berkata, pada hujung bulan lepas, kakaknya telah diminta oleh suspek membuat keputusan sama ada memilihnya atau orang lain.

``Kakak berkata dia memilih orang lain (bakal tunangnya).

``Kakak saya juga ada bertanya perkara itu kepada saya dan saya kata, kakak harus mengikut kata hati.

``Kakak akhirnya memilih untuk memutuskan hubungan dengan suspek kerana berpendapat tiada keserasian antara mereka,'' katanya.

Noorziana juga terkilan kerana kakaknya itu tidak pulang ke rumah pada hujung minggu lalu seperti biasa kerana demam.

``Kakak kata badannya terasa lemah serta letih selepas mengendalikan pertandingan silat berkenaan,'' katanya.

Malah, katanya, Norzi Ayu turut merancang mengambil cuti kecemasan pada hari kejadian untuk berehat dan kembali ke rumah keluarganya di sini pada sebelah petang.

``Jika kakak sihat, dia bukan sahaja akan pulang ke sini (rumah keluarganya) dan terlepas dari kejadian itu tetapi juga mungkin dapat melawan suspek kerana Norzi Ayu sudah mencapai tahap jurulatih dalam Seni Silat Gayung yang disertainya itu,'' jelasnya.

Mengenai suspek, Noorziana berkata, seluruh ahli keluarganya mengenali lelaki itu kerana dia telah beberapa kali datang ke rumah mereka.

Malah katanya, keluarga suspek dari Kelantan juga pernah datang berhari raya di rumah mereka.

``Arwah kakak memang agak rapat dengan suspek kerana sama-sama menyertai silat gayung,'' katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Puziah Hassan, 52, masih sebak dengan kehilangan anak sulungnya itu kerana mangsa merupakan anak yang ceria, baik hati, suka menolong orang, sangat rapat dengan ahli keluarganya serta menjadi contoh kepada adik-adiknya.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya itu ialah pada 18 Julai lalu semasa Norzi Ayu bersiap untuk ke Melaka bagi membentangkan kertas kerjanya untuk melengkapkan keperluan ijazah sarjananya.

``Dia anak tidak bercakap banyak, rapat dengan adik-adiknya dan sentiasa berterus terang apabila menghadapi masalah.

``Kami semua sayangnya dan kami reda dengan pemergiannya,'' katanya dengan nada perlahan menahan sebak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.065663 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list