CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 15-9-2008 02:28 PM | Show all posts

Reply #263 JUSTcircle's post

Cute la avatar u nih...

Mungkin sekadar hearsay saja. Kita patut ade kepercayaan terhadap pasukan polis kita.

Anyway, dgrnya keluarga arwah mangsa telah berpindah ke tempat lain selepas kejadian itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2008 06:56 AM | Show all posts

Reply #258 JUSTcircle's post

datuk mazlann la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 12:54 PM | Show all posts

Reply #264 edmundo's post

tq sb puji avvie aku.. tuh akira dlm drama nobuta..

oh. keluarga mangsa dah pindah ker? siannya...
mesti dorg sedih raya nanti kan? tukpertama kali beraya tanpa mak dor!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 12:55 PM | Show all posts

Reply #265 pruep3's post

yer.. dah ingat dah.. dah ada forumer gtau!! tq sbb sudi gtau lagik!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 01:59 PM | Show all posts
Syd, ada tak info tentang pembunuhan adik beradik yg berlaku kat Triang Pahang pd ujung 70an atau awal 80an? jiran sebelah rumah adik beradik tu mengamuk & abih ditebas adik beradik ni....kejadian berlaku blkg rumah saye je....masa tu kecik lg tak pandai membaca...keesokannye kuar paper muka dpn nampakla gambar adik beradik2 yg terselamat ni, salah sorang tu rakan sepermainan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2008 05:13 PM | Show all posts

Reply #268 forselab's post

lom jupe lagi

kalau dapat nama orang tu

buleh gak cari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2008 10:44 AM | Show all posts
a'ah, kes kat triang tu macam pernah dengar.  dedulu tahun end-70an, rajin ke sana ikut arwah tokwan menjenguk pakcik sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 18-9-2008 05:13 PM
lom jupe lagi

kalau dapat nama orang tu

buleh gak cari

ala....tak ingatlah nama org yg mengamuk tu....kejadian berlaku kat kuarters JKR....adik beradik yg kena bunuh tu anak2 pakcik Hussein.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2008 02:48 PM | Show all posts
aku baru keluar dari mahkamah tinggi alor star.. kes bunuh kerat 8 pada tahun 2001... 3 okt terlibat dalam kes ini yg membunuh sorg cina...

hakim dato' wan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada tertuduh pertama anuar dan melepas serta membebaskan tertuduh 2 dan 3 dari tuduhan... hakim meminta tertuduh bersabar dan memaklumkan terdapat 4 lagi peringkat yang mana tertuduh boleh merayu... yang bebas tuh muka seronok tak sangga... keluar mahkamah naik kereta laju menyerit...

[ Last edited by  schumacher at 21-9-2008 02:49 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2008 09:51 AM | Show all posts

Reply #271 schumacher's post

Bunuh, kerat lapan: Seorang dihukum gantung, dua lagi bebas

MUHAMMAD Zaidi Mohd. Salleh (kiri) yang dibebaskan sempat berbual dan melambaikan tangan kepada rakannya, Khairul Anuar Zakaria, 48, yang dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di Alor Star, semalam.

ALOR STAR 21 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang jurujual setelah didapati bersalah membunuh seorang tukang besi, Chuah Leng Hai, 38, tujuh tahun lalu, dengan tubuh mangsa dikerat kepada lapan bahagian.

Bagaimanapun, dua lagi tertuduh dalam kes itu, Ariffin Ahmad, 47, dan Muhammad Zaidi Salleh, 42, dibebaskan setelah didapati tidak bersalah.

Tertuduh pertama, Khairul Anuar Zakaria yang kini berusia 48 tahun didapati melakukan kesalahan itu di sebuah rumah No. 46 Taman Datuk Kumbar di sini antara pukul 5 pagi hingga 6.35 pagi, 4 Jun 2001.

Dia, yang melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, kelihatan tenang ketika Hakim Datuk Wan Adnan Muhamad membacakan keputusan terhadapnya.

Sebelum keputusan dibacakan, tertuduh pertama, Khairul Anuar memohon untuk menyatakan sesuatu kepada mahkamah supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Anak lelaki tunggal dalam keluarganya itu telah bersumpah dengan melafazkan: "Wallahi, Wabillahi, Watallahi bahawa saya tidak berniat untuk merancang pembunuhan si mati. Saya berada dalam keadaan tidak sedar semasa kejadian.

"Saya juga ingin memohon maaf kepada keluarga mangsa, sesungguhnya saya tidak berniat melakukannya," ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Wan Adnan, mahkamah membuat keputusan berdasarkan keterangan kedua-dua belah pihak tanpa mengambil kira sumpah yang dibuat.

"Keputusan yang dibuat hanya berdasarkan keterangan yang tidak menimbulkan keraguan yang munasabah dan undang-undang semasa," katanya.

Beliau turut melepas dan membebaskan Ariffin dan Muhammad Zaidi kerana berdasarkan keterangan Khairul Anuar, kedua-dua tertuduh itu tidak terlibat kerana tidur waktu kejadian.

"Jadi keraguan munasabah timbul dan mereka dilepas serta dibebaskan," kata Wan Adenan.

Pada 4 April 2001, ketiga-tiga tertuduh didapati telah melakukan pembunuhan kejam ke atas seorang tukang besi, Chuah Leng Hai, dengan memotong tubuh mangsa kepada lapan bahagian di sebuah rumah No. 46 Taman Datuk Kumbar antara pukul 5 pagi hingga 6.35 pagi.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Murtazadi Amran, manakala peguam G. Ravishankar mewakili Khairul Anuar dan Burhanudeen Abdul Wahid mewakili Ariffin serta Muhammad Zaidi.

Sementara itu, selepas keputusan dibacakan hari ini, suasana di mahkamah agak kecoh apabila ibu tertuduh tidak dapat mengawal perasaannya.

Ibunya menyembah kaki Timbalan Pendakwa Raya, Murtazadi Amran yang hendak keluar dari mahkamah itu dan memohon hukuman ke atas anaknya diringankan.

"Tolonglah... hari baik bulan baik, bebaskan anak mak cik. Mak cik dah tua," rayunya kepada Murtazadi hanya terpaku berdiri.

Melihatkan situasi itu anak-anak wanita berkenaan menariknya dan kejadian tersebut berlaku ketika hakim telah memasuki kamarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2008 09:54 AM | Show all posts
Ghastly murder: One man gets death, two are freed
By EMBUN MAJID

ALOR STAR: The trial of three men charged with the murder of an ironsmith who was found beheaded and his body cut into pieces ended Sunday with one of the accused found guilty and sentenced to death by the High Court here while the other two were freed.

Justice Datuk Wan Adnan Muhamad said the court found that the prosecution had proven the case against Khairul Anuar Zakaria, 48, who was charged with murdering Chuah Leng Hai, who was 38 when he was murdered, at a house in Taman Datuk Kumbar here on June 4, 2001.

He freed farmers Ariffin Ahmad, 47, and Mohd Zaidi Salleh, 42, after finding that they had managed to produce reasonable doubt against the proseuction’s case. The duo, had in their written defence statements, said they were sleeping during the incident.

Wan Adnan said the court could not accept the defence by Khairul, who was unemployed, as his story of Chuah trying to kill him was not plausible.

He said there was a possibility that Khairul was hallucinating due to the influence of drugs when he said that Chuah had tried to attack him with a machete (parang).

“I also cannot accept that the various wounds found on Chuah’s body were made by Khairul in an act of defence when the other two accused were inside the room during the incident. Why didn’t he call for help?” asked Wan Adnan.

He said although the pathology expert had testified that the wounds found on Chuah could be inflicted by more than one person, the court could not decide which of the other two accused was involved.

Furthermore, he said Khairul, in his statement, had stated that Ariffin and Mohd Zaidi were sleeping during the whole episode.

Prior to his sentencing, Khairul shocked the court by swearing that he did not plan to kill Chuah but that the incident took place because he was unaware of what was happening.

He also asked for forgiveness from Chuah’s family.

Khairul Anuar’s mother also gave the court a shock when she broke down and sobbed uncontrollably when Wan Adnan delivered the sentence.

The woman, in her 60s and clad in blue baju kurung, shouted to Wan Adnan to release Khairul because he was her only son.

Wan Adnan told Khairul that he could appeal the decision at a higher court.

Chuah’s murder made headlines in 2001 for the manner in which he was killed. It was revealed during the course of the trial that Chuah was decapitated and his penis cut off while his lower limbs and hands had also been severed. Chuah’s stomach and intestines were also cut into multiple pieces.

Deputy Public Prosecutor Murtazadi Amran prosecuted. G. Ravishanker represented Khairul while Burhanudeen Abdul Wahid appeared for Ariffin and Mohd Zaidi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2008 09:58 AM | Show all posts
Album Mona Fandey laris

SUDAH 16 tahun kejadian ini berlalu, namun pembaca tentunya masih ingat kes pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris yang dilaporkan hilang hampir tiga minggu sebelum ditemui mati dibunuh di Raub pada 23 Julai 1993. Mayat tokoh politik dan ahli perniagaan disegani itu ditemui dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam dalam stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, kira-kira jam 4.30 pagi hasil maklumat yang diterima pihak polis.

Polis turut menemui sebilah kapak dan dua bilah parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, selain sepucuk revolver .38 dan sebuah telefon bimbit milik mangsa, selain beberapa alat pemujaan di tempat kejadian.

Berita pembunuhan itu mendapat liputan meluas media tempatan dan asing ketika itu, lebih-lebih lagi ia diklasifikasikan sebagai kes berprofil tinggi apabila mangsa membabitkan seorang kenamaan, dengan mayatnya ditemui dalam keadaan luar biasa.

Kes itu bertambah menarik apabila tiga suspek, termasuk pasangan bomoh suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu turut membabitkan seorang bekas pelakon dan penyanyi terkenal, Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey.

Turut ditahan suaminya, Nor Affendy Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Husin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Berikutan publisiti meluas mengenai dirinya, album Mona yang dianggap gagal ketika dipasarkan pada 1987 `meletup' semula, malah orang ramai berpusu-pusu ke kedai muzik berhampiran untuk mendapatkan albumnya ketika itu.

Malah, baki 500 kaset berjudul `Diana I' yang masih ada dalam simpanan pengedarnya, Warnada Music Production (Warnada Music), habis dijual dalam tempoh yang singkat.

Malah, beberapa pembekal turut mendesak agar album tunggal Mona Fandey itu yang mengandungi sembilan lagu, diulang cetak untuk memenuhi permintaan ramai.

Eksekutif Pemasaran Warnada Music, Roslan Mansor, ketika itu dipetik sebagai berkata, saki-baki

kaset yang tidak terjual itu ditemui ketika pihaknya mengemaskan stor syarikat berkenaan untuk tujuan pengubahsuaian.

“Ketika berkemas, kami menjumpai 500 kaset lama Mona Fandey yang belum dijual tetapi akhir-akhir ini ada permintaan. Kini kami tidak mempunyai simpanan kasetnya lagi kerana semuanya habis dijual," katanya kepada pemberita ketika itu.

Menurutnya, kaset berkenaan yang hanya diedarkan di sekitar ibu kota, habis dijual dalam beberapa hari.

"Tiba-tiba saja albumnya mendapat sambutan di luar jangkaan. Tetapi kami tidak boleh mencetak semula albumnya kerana khuatir dikecam cuba mencari keuntungan. Lagipun, kami tidak pasti apakah mereka benar-benar ingin memiliki album itu atau sekadar ingin mendengar suaranya," katanya.

Sejak album tunggalnya itu dipasarkan pada 1987, Mona pernah muncul dalam rancangan Muzik Muzik terbitan TV3.

Beliau dilaporkan menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang pada November 2001 apabila didapati bersalah melakukan pembunuhan itu bersama suami dan pembantunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 02:02 PM | Show all posts
Bunuh dan rogol pelajar 10 tahun : Bekas pengawal keselamatan TNB terlepas tali gantung
16/10/2008 1:30pm

PUTRAJAYA 16 Okt. - Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan terhadapnya atas kesalahan membunuh seorang pelajar, Nurul Huda Gani, 10, empat tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi memutuskan demikian setelah membenarkan rayuan peringkat akhir Mohd. Abbas Danus Baksan, 52.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Mohamad bagaimanapun mengekalkan sabitan dan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan 24 sebatan ke atasnya atas kesalahan merogol mangsa.

Perayu dituduh membunuh Nurul Huda antara pukul 9.20 pagi dan 1 petang, 17 Januari 2004, di pondok pengawal pencawang masuk utama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, dekat Johor Bahru, Johor. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:52 AM | Show all posts

Reply #275 Syd's post

aku hangin tul.. apsal mamat ni terlepas... katanya sbb ada gap dlm penyiasatan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 11:44 AM | Show all posts

Reply #276 alangGIRL's post

sbb buat keje tu ramai2
tak tahu sape yang bunuh budak tu sebenarnya
rogol tu mmg dia

kena pahami undang2 tu

polis pun tak dapat cekup yang lelain tu

mamat tua nih sorang je yang kena
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 04:37 PM | Show all posts
kesian kat budak tu kan... org2 terlepas tu, tunggula pembalasanNya nnti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2008 08:45 PM | Show all posts
Ada satu kes kat Ampang beberapa tahun sudah mengenai seorang kanak kanak wanita berumur lima tahun anak kepada penual yong tau fu
dibunuh oleh remaja india.
Puncanya budak india tu bergaduh dengan abang budak pompuan tu .dia pun lepas geram pi bunuh budak tu .
zalim betul..tapi kesudahannya budak india tu bawah umur hanya dihantar ke sekolah pemulihan akhlak  tak kena hukum gantung.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by matjab at 18-10-2008 08:45 PM
Ada satu kes kat Ampang beberapa tahun sudah mengenai seorang kanak kanak wanita berumur lima tahun anak kepada penual yong tau fu
dibunuh oleh remaja india.
Puncanya budak india tu bergaduh d ...



kalau bawah umur memang tak kena hukuman mati -
macam kes kat England - 1992 -  2 budak umur 11 tahun
bunuh budak umur 2 tahun dengan kejam (culik kat mall
bawak pergi dekat railway track - hentak dengan batu kuat
kat kepala sampai mati with no reason at all -

masuk pusat detention jumpa psychologist - dah keluar pun
after 10 years -  now jalani hidup biasa aje -

kat malaysia - kalau pembunuhan - murder of nurin tu memang
nobody will ever forget -
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 09:40 PM | Show all posts
macam mana lah diorang tuh sanggup buat semer keje gitu..bunuh..langsung takde perasaan belas kesian..mengalahkan binatang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 02:46 PM | Show all posts

Reply #175 redchilie's post

not arwahyarhamah..Allahyarhamah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.084972 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list