CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 24-10-2008 11:36 AM | Show all posts
waa..
sungguh byk info yg leh bace dlm thread nie...
thanks for sharing this...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2008 11:52 AM | Show all posts
syd, update lagi kalau ada ye     aku tengah nak khatamkan ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2008 10:17 PM | Show all posts

Balas #181 Gemukkkkkkk\ catat

a ah
aku tgh dok cari nih

mana2 lagi citer yang aku aku patut tepek kat thread nih


wehhh..kalau u ols ada citer2 yang teringat, kasik tau laa

aku try carik info nye
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 10:59 AM | Show all posts

Reply #165 Syd's post

yg ni pon pernah dengar. kalo tak silap thn 1988 ke 1989 kot. cemana tah kapal terbang tu nak terlanding kat jalan raya. tak igt sgt laa citer tu. tp mmg mati aa org2 dlm keta tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 01:50 AM | Show all posts
peristiwa kapal terbang terhempas kat tg kupang ni ada di buat novel..

lips baca masa darjah 6 dulu kat library skolah, tajuk dia...
Tragedi 4 Disember - penulis x ingat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2008 10:17 AM | Show all posts

Reply #184 lipsofanangel's post

Kejadian aneh selepas kapal terbang terhempas

HAMPIR 30 tahun kejadian berlaku, namun sehingga kini masih menjadi igauan dan ingatan penduduk sekitar Kampung Ladang, Gelang Patah, Johor Bahru, kawasan kapal terbang MH 653 milik Penerbangan Malaysia (MAS) terhempas dan mengorbankan 93 penumpang dan tujuh anak kapal pada 4 Disember 1977.

Sehingga kini, punca nahas itu tidak diketahui, walaupun MAS mengesahkan ia dirampas. Menurut laporan, pesawat itu dirampas sebaik saja berlepas dari Pulau Pinang dan cuba mendarat di Lapangan Terbang Subang, tetapi terpaksa meneruskan penerbangan ke Singapura sebelum terhempas.

Bagaimanapun, kejadian itu terus mewujudkan pelbagai andaian, cerita dan kenangan. Pelbagai cerita aneh turut diceritakan pelbagai pihak selepas kejadian itu.

Antaranya, kisah seorang pemandu teksi mengambil penumpang wanita muda bersama seorang anak kecil di kampung itu, tidak jauh dari kawasan kemalangan. Penumpang berkenaan meminta dihantar ke Jalan Kebun Teh iaitu tanah perkuburan khas bagi menempatkan mangsa tragedi.

Apabila sampai di situ, wanita itu meminta keluar sebentar untuk menziarah makam dengan menumpangkan anak kecilnya di tempat duduk hadapan teksi.

Bagaimanapun, sebaik berpaling melihat wanita itu berjalan ke arah makam, anak kecil di sebelah tempat duduknya bertukar menjadi batu nisan dan wanita itu turut ghaib.

Sehingga kini, tidak ada pokok termasuk pokok bakau dapat hidup di kawasan kapal terbang terhempas itu.

Ketua Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Abu Bakar Mohd Ali (gambar), 58, berkata beliau masih teringat kira-kira lima hari selepas kejadian, dia menerima kedatangan seorang pelanggan, seorang anggota polis hutan yang membeli barangan keperluan di kedai runcitnya.

Beliau berkata, ketika itu, dia perasan, wang yang digunakan untuk membeli barangan adalah wang kertas RM5 yang banyak ditemui di lokasi kemalangan serta berbau darah.

"Saya mengesyaki wang berkenaan milik mangsa yang terbabit dalam nahas itu. Saya mencium wang berkenaan untuk memastikannya selepas pelanggan berkenaan meninggalkan kedai dan saya yakin ia berbau darah," katanya.

Abu Bakar berkata, berikutan kejadian itu, dia menjadi gelisah dan tidak dapat tidur semalaman.

“Bagaimanapun apa yang menakutkan ialah bayangan lembaga hitam mengganggunya sehingga dia berasa seolah-olah ada benda berat menindih badannya.

"Saya tidak dapat melihat dengan jelas lembaga hitam itu sama ada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, saya percaya ia disebabkan saya menerima wang milik mangsa kemalangan berkenaan.

"Kejadian itu menyebabkan saya menjadi seperti tidak tentu arah dan sentiasa terperanjat hampir seminggu," katanya.

Seorang nelayan, Sulaiman Othman, 58, berkata kawasan nahas berkenaan berhampiran sebuah pangkalan nelayan.

Katanya, dia sering berulang-alik di kawasan itu termasuk pada hari kejadian apabila turun ke laut untuk menangguk udang kira-kira jam 7.30 malam bersama dua lagi rakan.

"Kira-kira jam 8.45 malam, kami terdengar bunyi bising. Pada mulanya, kami ingat bunyi kapal terbang Singapura menjalani latihan. Bagaimanapun, bunyinya pelik dan berdesing seperti wisel.

"Tidak berapa lama kemudian, kami melihat sebuah pesawat terbang rendah dan terdengar bunyi dentuman sebelum satu letupan kuat dan api menjulang beberapa puluh meter ke udara," katanya.

Sulaiman berkata, kejadian itu menyebabkan pelbagai dokumen dan barangan turut tercampak ke laut.

“Saya amat terkejut dan bersama seorang rakan kembali ke darat untuk melihat apa yang terjadi. Saya dapati pelbagai barangan bersepah berhampiran tempat kejadian seperti pakaian, makanan, kertas dan sebagainya.

"Kami juga melihat satu daripada sayap kapal terbang berkenaan tercacak pada benteng manakala tayar di kawasan bakau. Selain itu, banyak wang kertas RM5 turut ditemui bertaburan di atas tanah serta perut manusia.

"Semua mayat sudah hancur dan tidak lagi kelihatan bentuk. Apa yang kami dapat lihat ketika itu hanya gumpalan daging saja," katanya.

Beliau yang dipercayai penduduk kampung pertama sampai di tempat kejadian mendakwa menemui ikan kurau kering masih elok di dalam sebuah bakul yang biasa dibawa masyarakat Cina pada masa itu.

Katanya, tidak lama kemudian, satu helikopter dari Singapura sampai di tempat kejadian dan mula menyuluh ke tempat kejadian.

"Mereka juga mengikuti pergerakan kami di lokasi berkenaan untuk tempoh beberapa minit menyebabkan kami meninggalkan lokasi berkenaan.

"Mungkin mereka menyangka kami antara mangsa terselamat dalam nahas berkenaan," katanya yang mendakwa tidak lama kemudian berpuluh-puluh ambulans dan jentera bomba datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa nahas.

Sulaiman berkata, tiga hari selepas kejadian, dia memasuki kawasan tragedi dan cuba mengambil sebelah kasut kulit yang ditemui di tempat kemalangan berkenaan.

“Saya sungguh terkejut apabila mendapati ada kaki manusia di dalam kasut berkenaan. Saya juga ada mendengar cerita seorang penduduk kampung mengambil kasut di kawasan kemalangan tetapi terpaksa memulangkan semula apabila tidak dapat tidur," katanya.

Bagaimanapun, Sulaiman dan Abu Bakar kesal kerana janji untuk membina peringatan di atas kawasan nahas berkenaan tidak ditunaikan.

Kawasan itu kini diambil alih dan menjadi sebahagian tanah milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Tragedi itu mengorbankan 73 rakyat Malaysia, tiga rakyat Australia, Inggeris (lima), Jerman (empat), Afghanistan (satu), India (tiga), Thailand (satu), Jepun (satu), Singapura (satu), Kanada (satu) dan tiga rakyat Indonesia, Amerika Syarikat (satu), Cuba (dua) dan Greece (satu).


Petikan: Berita Minggu 9/7/06
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2008 03:09 AM | Show all posts
frankly..BG mmg suka benang cenggini yang bagi info2 yang Bg sendiri pun tak tahu pernah berlaku kat Msia ni.. yelah benda jadik 2-30 tahun lepas so mmg belum lahir or kecik lagi...
congrats kat SYD sbb wujudkan thread ni...mmg berbaloi surf kat CARI ni..
byk betul tragedi2 besar yang berlaku yer....

keep up d gud work SYD...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2008 09:58 AM | Show all posts

Reply #186 biggirlduncry's post

kalau ada apa2 nak share, nak tanya ke

sila lah. kot2 yang lain pun buleh kasik infor gak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2008 04:19 PM | Show all posts
best baca thread ni..hbs terbengkalai kerja aku
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 05:21 PM | Show all posts
bnyk maklumat yg dolehi.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 05:30 PM | Show all posts
inagt tak seorang artis pompuan tu yg mati kena rogol dan bunuh? mayat dia kna campak dlm hutan. masa jumpa tu mayat dah dimakan biawak tak ingat la siapa dia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2008 05:33 PM | Show all posts

Reply #190 sekngucing's post

uiks...

artis mana nih

nak kena tanya emak laa
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 05:14 AM | Show all posts
oh yer penulis buku Tragedi 4 Dis tu Dzulkarnain Ithnin
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 05:17 AM | Show all posts
Thanks SYD bg info cenggini esp tragedi ni happened kat negara kita sendiri..
Lips mmg copy n save citer2 cenggini lam museum, nak baca sekaligus mana sompek kan... so bila dah save, bila2 leh baca... senang nak refer gak...
Last 2006, lips kerja di PTP, x teringat lansung pasal tragedi 4 dis tu, rugi nya x melawat tapak kejadian, walhal hari2 lalu tg. pelepas, tg. kupang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 05:22 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-10-2008 06:17
Kejadian aneh selepas kapal terbang terhempas

HAMPIR 30 tahun kejadian berlaku, namun sehingga kini masih menjadi igauan dan ingatan penduduk sekitar Kampung Ladang, Gelang Patah, Johor Bahru, ...


nak tambah pasal tragedi Tg. Kupang...


The aircraft cockpit voice recorder was recovered and the following was established:

After seizing control, at a point shortly before the crash, the offender locked himself in the
cockpit with the two pilots. From the conversation, it appeared that all tension was gone, the
hijacker talking amiably to the pilots. Suddenly, two gunshots
occurred in rapid succession, followed a short time later by a third and final shot.

At this stage, the aircraft was on autopilot in a stable flight attitude. Noises suggestive of the cockpit
door being broken into are heard, along with screaming and cursing.No noises are
heard from within the cockpit to indicate any of the three occupants were conscious.

The autopilot disconnected, possibly due to a pitch input by someone entering the cockpit and trying
to control the aircraft without knowing how to do it properly. An investigator speculated
that someone pulled back on the column, causing a pitch up, done in such a fashion that positive feedback
occurred; e.g., reaching over a pilot unsupported and falling back as the plane pitched up; i.e., a pilot-induced
oscillation. This rapidly developed into a high amplitude phugoid oscillation, resulting in the near-vertical
impact into the swamp.

The hijacker spoke with a Japanese accent. It was speculated that the Japanese Red Army was responsible
for the hijacking and subsequent murder of the pilots.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 10:21 PM | Show all posts
kisah pasal tragedi simpang pulai xde ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2008 02:37 PM | Show all posts

Reply #195 yusri191090's post

ni kes yang mana satu?

studen mati lemas ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 04:18 PM | Show all posts
tahniah buat Syd sebab buat thread yg amatlah informative & seronok baca.
serius ni first time aku baca psl kes kapal terbang hijacked ni..ngeri je dengar

sampai sekarang kita takkan tau apa sebenarnya yg berlaku dlm flight tu, apa motif hijacker tu..misteri masih belum terjawab..:funk

banyak info yg aku tak tau selama ni..cam arkeb negara la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 05:04 PM | Show all posts

Reply #197 JerryJemima's post

meh lah sesama tambah isik arkib cari

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 10:23 PM | Show all posts
salam tuan rumah & forumers

ada tak berita pasal ..... sorang laki ni yg sembelih family dia?
jadi kat johor kot ...... dalam 2 atau 3 tahun lepas?

aku just ada gambar2 je, tapi takde keratan beritanya
tadi terfikir nak post gambar2 tu, tapi tak jadi sbb disturbing sangat

tolong ek, sesapa yg ada info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.067725 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list