CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
 Author| Post time 19-7-2009 11:55 PM | Show all posts
hik hik hik

usaha tangga kejayaan katanya...

happy reading.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2009 08:45 AM | Show all posts
wow..tenkiu syd sebab posting byk kes2 yg kite pun tak tau ataupun dah terlupe...mmg syok bc and akhirnye khatam gak...harap bleh tambah lagi kes2 yg menarik especially yg berlaku 20-30 tahun dulu..mesti best!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2009 02:55 PM | Show all posts
Mokhtar bebas dari tuduhan bunuh setiausaha di Giant, Batu Caves
20/07/2009 2:32pm

KUALA LUMPUR 20 Julai — Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pemandu teksi atas tudduhan membunuh dengan menembak seorang setiausaha, Siti Shamiza Ab Karim, di Pasar Raya Giant di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas medapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mokhtar Mohd Zin, 47, pada akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Zaharah berkata terdapat beberapa keraguan dalam kes itu termasuk pengecaman tertuduh, kaitan sebuah kereta dengan peluru yang ditemui dan tiada pistol yang dijadikan bahan bukti.

“Mahkamah mendapati lima saksi yang memberi keterangan melihat tertuduh adalah dalam keadaan sekali lalu sahaja. Tiga saksi (daripada lima saksi) tidak melihat tertuduh dalam keadaan tenang dan seorang daripadanya melihat dalam keadaan tertuduh berpaling dan ketika dirempuh.

“Manakala seorang lagi melihat tertuduh dari belakang. Salah seorang daripada mereka melihat tertuduh ketika diacukan pistol kepadanya. Selepas teliti semua keterangan adalah tidak selamat untuk saya terima pengecaman keempat-empat saksi. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 04:25 PM | Show all posts
374# Syd
ingat lg kes ni.. bermula dr hr tu mcm takot2 gakla nak shop kat sana.. tp pehtu.. mana ade choice lg.. kene redah gak la giant... pasal trdekat ngn tpt study... huhu.. cuak seh.. kiri kanan pandang ms kuar kete.. huhu...
thanks tuan tanah..........
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2009 06:46 PM | Show all posts
akhirnya epat jam 6.40pm 25/07/09 bersamaan hari sabtu.....aku khatam gak tred ni....
bersekang mata dari pagi......


bess tred ni berinformative.....ada kes2 yg berkurun pun kluar...zaman black n white....
aku pun takde lagi masa tu kut...

thanks 4 all the info....

rajin2 lah update info lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 12:26 AM | Show all posts
penat baca. tp puas ati. byk info lengkap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-7-2009 11:18 PM | Show all posts


Abu Bakar Musa (menutup muka) dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor kerana didapati bersalah membunuh pelajar tingkatan tiga, Syafiqah Mohamad Borhan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru tiga tahun lalu. Dia turut dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan 15 kali sebatan kerana merogol mangsa. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2009 11:29 PM | Show all posts
Pemuda dihukum mati bunuh pelajar perempuan

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pemuda kerana membunuh pelajar perempuan tingkatan tiga Syafiqah Mohamad Borhan, tiga tahun lepas.

Abu Bakar Musa, 25, yang turut dikenali dengan panggilan "kapak" turut dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan 15 kali sebatan kerana merogol mangsa.

Hakim Datuk Azhar Mohamed membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Ian Shang Kuan Chou.

Peguam Norman Fernandez yang mewakili tertuduh berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Abu Bakar dituduh melakukan perbuatan tersebut di antara 5.45 pagi, 25 Jan 2006 dan 3.30 petang pada 27 Jan tahun yang sama di longkang Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda di sini.

Dia ditangkap pada 16 Feb dan didakwa di mahkamah pada 27 Feb 2006.

Mayat Syafiqah, pelajar Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim ditemui oleh orang ramai pada 27 Jan, dua hari selepas pelajar itu dilaporkan hilang ketika di dalam perjalanan ke sekolah pada waktu pagi. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2009 04:00 AM | Show all posts
Pembunuh Shafiqah mengamuk dijatuhi hukuman mati

Oleh HAMDAN TAWADI

JOHOR BAHRU 31 Julai - Seorang pemuda mengamuk dan menghamburkan kata-kata ugutan terhadap barisan pendakwaan setelah dijatuhi hukuman mati atas kesalahan merogol dan membunuh seorang remaja tiga tahun lalu.

Bukan setakat menyepak meja dan kerusi, Abu Bakar Musa, 25, (gambar) turut memaki hamun ibunya serta pihak polis yang cuba mententeramkannya.

Tertuduh yang sebelum itu kelihatan tenang di kandang tertuduh tiba-tiba mengamuk sebaik sahaja keputusan hukuman dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed.

"Saya tidak akan lepaskan tuan," katanya sambil menuding jari ke arah Timbalan Pendakwa Raya, Ian Shang Kuan Chou Chuen dan Juanita Mohd. Said yang mengendalikan kes itu.

Pihak polis mengambil masa kira-kira lima minit untuk menenangkan tertuduh.

Abu Bakar yang merupakan pekerja restoran dituduh membunuh Shafiqah Mohamad Borhan, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah (P) Sultan Ibrahim antara pukul 5.45 pagi 25 Januari hingga 3.30 petang 27 Januari 2006 di dalam longkang Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Abu Bakar turut dihukum penjara 20 tahun dengan 15 kali sebatan selepas didapati bersalah merogol mangsa.

Fakta perbicaraan menunjukkan pada pukul 5.45 pagi, 27 Januari 2006, mangsa berjalan kaki ke sekolah untuk menghadiri majlis persaraan pengetuanya.

Namun ketika melalui jalan tersebut, dia didatangi tertuduh dan rakannya, Mohd. Razis Ruslan Supura Maniam.

Tertuduh dan rakannya itu mengaku pada mulanya hendak melakukan ragut di kawasan Bandar Baru Uda, namun hasrat terbantut setelah ternampak sebuah kereta peronda polis.

Kemudiannya mereka ternampak Syafiqah yang berbaju kurung seragam sekolah berjalan berseorangan lantas mengekori mangsa yang berhenti di sebuah perhentian bas.

Mangsa cuba melarikan diri tetapi dikejar sebelum ditangkap dan ditolak ke dalam longkang di tepi jalan.

Rakan tertuduh bagaimanapun beredar dari situ.

Tertuduh sebaliknya merogol mangsa selepas menekan kepalanya hingga air longkang memasuki mulut dan rongga hidung sebelum mati lemas.

Seorang pelajar lelaki menjumpai mayat mangsa pada 27 Januari 2006 ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Hakim mendapati tertuduh bersalah membunuh mangsa berdasarkan laporan Pakar Patologi Forensik Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur, Dr. Siew Sheue Feng yang mengesahkan kematian Syafiqah disebabkan bahagian mukanya terendam di dalam longkang hingga menyebabkan air memasuki mulut dan hidung mangsa.

Ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong mengesahkan melalui analisis asid deoksiribonukleik (DNA), air mani tertuduh ditemui dalam kemaluan mangsa.

Bersandarkan bukti tersebut, hakim menolak dakwaan tertuduh kononnya tidak merogol kerana mangsa didatangi haid.

Sementara itu, bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh, Mohd. Borhan Awang, 51, bersyukur kerana pembunuh dan perogol anaknya mendapat pembalasan atas perbuatan kejam itu.

"Siang malam saya berdoa agar pembunuh dan perogol anak sulung harapan saya mendapat balasan setimpal. Tiga hari, tiga malam saya tidak tidur ketika menemani ibunya di saat melahirkan Shafiqah.

"Namun saya kesal kerana dia (tertuduh) mengamuk sehingga saya dan isteri terpaksa 'disembunyikan' sedangkan dia tahu siapa yang bersalah," katanya.

Ibu mangsa, Nora Abu Bakar, 48, bagaimanapun enggan ditemuramah kerana masih dalam keadaan terkejut namun setelah keadaan tenang, dia menghulurkan tangan bersalaman dengan para wartawan.

Peguam bela tertuduh, Norman Fernandez memberitahu, anak guamnya itu masih boleh membuat rayuan terhadap keputusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2009 08:09 AM | Show all posts
samseng tayek kuceng




ABU BAKAR

idup menyusahkan orang, memalukan mak bapak
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 03:11 PM | Show all posts
pada muka dia...mampus lagi baik...{:2_66:}
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 12:01 PM | Show all posts
syaitan ni dah buat salah nak mengamuk bagai lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 12:24 PM | Show all posts
kes yg aku akan ingat...

kes canny ong... najib aris tu kawan aku...
kes bunuh anak warden kat melake... yg terlibat tu salah sorang kenalan aku.. abng nyer kawan aku
kes bunuh along kat muor.. mayat dijumpai kat genting.... kawan aku pon terlibat same...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 04:51 PM | Show all posts
ramai tul kawan ko terlibat kes bunuh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 07:32 PM | Show all posts
384# muor76

kwn ko tu terlibat camne?

sbg saksi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 08:10 PM | Show all posts


dah le ber bf ngan laki org (wat malu jek)

kalo dh laki org ni, senang nak kena gula2 la......sbb laki org pandai pujuk nak dpt tuttttt

pastu suh bf dia rogol kawan lak

senang citer jangan caye kawan la.......

wallahua'alam.......apa2 hal, akhirat nanti tau la sape salah sape yg benar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2009 10:23 PM | Show all posts
mase kes mona fendy ni aku kecik lg...seram ow mase tu coz ade org kate roh dato mazlan tu merayau rayau..
dh ar dkt ngan area umah aku....so scary.....tgk muke mona fendy tu pn dh tkot...
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 09:14 AM | Show all posts
384# muor76

kwn ko tu terlibat camne?

sbg saksi ke?
iza_yuss Post at 4-8-2009 19:32


yg kes canny ong tu najib aris tu kawan aku... sekampung.. sebaye.. aku selalu lepak umah keluarge dia dulu mase sekolah menengah...
yg kes bunuh anak warden tu.. salah sorang yg ikot tu.. abang dia kawan aku.. so secare otomatik... aku kenal ler adik dia yg terlibat..
yg kes bunuh along tu.. ok yg nih tak yah cite ler..  antare org yg dibicarekan tu aku kenal ler... kekek sib baik tak cukup bukti..

ermm kat tempat aku ntah dah bape kes ntah along kene bunuh...
pelik tol.. along pon kene bunuh... kekekek
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 10:20 AM | Show all posts
mmg patut kena bunuh pun..sebelum org lain kena bunuh dgn dia olang
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 05:25 PM | Show all posts
http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/hukum.jpg

Abu Bakar Musa (menutup muka) dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor kerana didapati bersalah membunuh pelajar tingkatan  ...
Syd Post at 31-7-2009 23:18


kes nih memang aku akan ingat sampai bila2 psl syafiqah ni budak sekolah aku dan aku tinggal dekat sgt dgn bandar baru uda..memang terasa sgt ms kes tu mula2 kuar berita even though aku tak pnah jumpe syafiqah ni...sedih bile bace..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.156568 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list