CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 11-12-2009 02:38 PM | Show all posts
syd.. pasal KPN-3 Malaysia dah ade ker? yg mati kene tembak tuh kat Jalan Tun perak.... tahun 1970++...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2009 06:57 PM | Show all posts
penah tulis dulu..
rasanya dalam thread2 KPN
jap, nak kasik up
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 03:53 PM | Show all posts
thanks syd. dh jumpa....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 05:44 PM | Show all posts
Syd, ape nasib mokhtar hashim skrg..?
Masih ade di dunia ni lagi ke..?
Senang2 je kan dia leh di beri pengampunan, then di reduce ke 1o tahun.
Tp tu semua hukum dunia.
Kes dia ni ade dijadikan case study dn authority utk subjek criminal student2 law.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2009 12:54 PM | Show all posts
nak kena tanya orang nogoghi yang sekampung ngan dia nehhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 07:18 AM | Show all posts
.....bnyk sgt pembunuhan skang nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2009 09:14 AM | Show all posts
dari posting Iscol (thread bunuh-bunuh tuhh)



14 April 1982: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Taha Abdu ...
Syd Post at 9-12-2009 09:51



oo camni ropa mokhtar tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 10:05 AM | Show all posts
Kes serang balai polis BP tu..aku tengah tunggu bas nak ke sekolah...jiran aku balik kata 'dah takyah pergi ada orang serang balai!' ...aku orang suruh balik aku on ajer...heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 08:48 PM | Show all posts
huu...sedih bc kes bunuh psl ju tuh...lg2 bc blog kwn dia tuh...

hurm..time aku kecik2 dulu..ada satu kes bunuh kat ipoh ni...macam popular jer...
yang aku ingat....
mayat gurl tu kene potong beberapa kerat then dibuang kt tempat sampah belakang satu shopping complex dkt dgn JJ tuh...
apa nama shopping complex tuh aku xingat...hehe
sampai sekarang nih....kalo lalu situ...mesti teringat pasal kes bunuh tuh...huu~

sapa tau kisah tuh ek?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 09:04 PM | Show all posts
yang ni...kes bunuh ustaz kat ipoh....ustaz ni kawan mak aku...huu~

Thursday, 04 December 2008 11:10am
©Utusan

IPOH 3 Dis. – Polis menahan dua lelaki berumur 30-an bagi membantu siasatan kes bunuh seorang juruwang sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini, 11 November lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supritendan Ibrahim Abu Bakar berkata, seorang daripada lelaki itu ditahan di Bukit Mertajam pukul 6 petang semalam manakala seorang lagi ditahan di Menglembu di sini, pukul 1 petang tadi.

‘‘Kedua-dua mereka ditahan di sini dan akan direman di mahkamah esok bagi membantu siasatan polis,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



IPOH – “Saya bersyukur apabila mendapat berita suspek yang membunuh suami saya, Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, 42, telah berjaya ditangkap dan hukumlah mereka dengan sewajarnya selepas diadili.”
Demikian kata Narjes Moktar, 38, yang ditemui di rumahnya di Halaman Meru Permai, Bandar Meru Raya berikutan penangkapan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan suaminya yang bergelar Ustaz baru-baru ini.
Katanya lagi, walaupun reda dengan pemergian arwah suaminya yang sudah lapan hari meninggal dunia, namun mengakui masih keberatan untuk memaafkan kesalahan semua penjenayah terbabit.
“Syukur kepada Allah kerana pembunuh terbabit akhirnya berjaya dikesan.
“Saya harap biarlah suspek terbabit diadili dengan seadil-adilnya dan seterusnya mendapat hukuman yang wajar dengan perbuatan mereka yang kejam dan tidak berperikemanusiaan,” katanya.
Kosmo! 12 November lalu melaporkan Mohd. Khairuddin yang baru dua minggu bekerja sambilan di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar untuk membiayai pengajiannya dibunuh pada 11 November.
Dalam kejadian kira-kira 6.50 pagi itu, mangsa yang juga merupakan pelajar tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda Syariah Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi sedang bersiap-siap untuk menamatkan syif lapan jamnya yang berakhir pukul 7 pagi.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, semua suspek yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bercham dekat sini kira-kira pukul 5 petang Jumaat lalu.
“Pihak polis percaya mereka terlibat dalam kejadian samun di stesen minyak berkenaan yang turut mengorbankan seorang pekerja sambilan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 09:10 PM | Show all posts
Balu ustaz mangsa bunuh mahu semuka penjenayah
IPOH: Balu kepada mangsa rompak dan bunuh, Mohd Khairuddin Mohamed Isa, 42, di stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini, awal pagi kelmarin, mahu polis segera menahan penjenayah terbabit kerana ingin bersemuka dengan mereka.

Narjes Moktar, 38, mahu penjenayah terbabit mengetahui penderitaan yang terpaksa ditanggung beliau sekeluarga selepas kehilangan suami tempat bergantung hidup.

Narjes kini bersendirian untuk membesarkan enam anak mereka yang berusia lima bulan hingga 14 tahun.

"Saya mahu mereka (penjenayah) terbabit segera ditahan dan saya mahu bersemuka dengan mereka dan meluahkan penderitaan yang saya sekeluarga hadapi.

"Saya tidak sangka suami saya akan pergi buat selama-lamanya dalam keadaan yang sangat tragis dan memilukan," katanya ketika ditemui di rumah mereka di sini, semalam.

Beliau yang mengajar di Tadika Sedas, Lorong Hillview, Jalan Ampang dekat sini dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) An Nuriah, Taman Meru 2B, Jelapang mendapat tahu berhubung kejadian itu melalui pengetua tadika tempat dia bertugas.

"Lazimnya, saya akan tunggu suami pulang bekerja dari stesen minyak sebelum pergi ke tempat kerja namun pada hari kejadian (kelmarin), saya ke tempat kerja agak lewat.

"Sebaik tiba di tadika kira-kira jam 8 pagi, pengetua memberitahu suami saya dimasukkan di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana cedera akibat terbabit dalam rompakan," katanya.

Narjes berkata, arwah suaminya itu baru empat hari bekerja di stesen minyak berkenaan dan dia seorang yang rajin bekerja, manakala setiap Jumaat hingga Ahad ke Bangi untuk menghadiri kuliah kerana mengikuti pengajian peringkat Ijazah Syariah Usuluddin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Arwah suami tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, malahan dia sangat peramah dan sikapnya disenangi rakan-rakannya. Selain itu, arwah juga dilantik sebagai Pengerusi Masjid Meru Raya di sini," katanya.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi kelmarin, mangsa seorang pembantu tadbir di Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) ditetak sehingga mati oleh empat perompak bersenjatakan parang yang melarikan wang tunai hampir RM1,000 dari stesen minyak berkenaan.

Mohd Khairuddin yang bekerja sambilan sebagai juruwang di stesen minyak itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Anak sulung mangsa, Zaidatul Akmal Mohd Khairuddin, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Raja Perempuan Taayah berkata, dia hanya mengetahui berita kematian bapanya selepas dimaklumkan gurunya jam 12 tengah hari kelmarin.

"Pada mulanya, saya nampak bapa saudara berjumpa dengan guru kelas kira-kira jam 9 pagi kemudian dia terus pergi tanpa meninggalkan pesan.

"Hati saya mula mengesyaki ada sesuatu perkara berlaku ke atas keluarga namun fikiran saya lebih tertumpu kepada peperiksaan yang sedang diduduki pada ketika itu,” katanya. - Bharian
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 12:59 AM | Show all posts
sape2 igt x ade satu kes bunuh ni
pnh keluar kat mastika mayb 10+ tahun ke ats kot
muke pompuan ni kne cincang or sumtink
smpai polis bawak pic muke tu to seorang pelukis kt pasar seni kot\
nk mintak pelukis tu create blk muke pompuan tuh
cz she's unrecogniseable
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 11:29 AM | Show all posts
423# phiyya

ingat.
nak kena carik..
indon kan? eh, tak silap laaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 11:38 PM | Show all posts
bagus la si geologist petronas tu tak dapat harta isteri dia... bukan main lagi, masa nak bunuh , tak siuman bagai, bila bab tuntut harta tak pulak sewel...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2009 10:50 AM | Show all posts
Pembunuh ke hospital gila - Dilepas daripada pertuduhan rogol, bunuh kerana sakit mental

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my


Bashrah yang dibebas dan dilepaskan daripada hukuman gantung atas tuduhan merogol dan membunuh Syazwani dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.




ALOR SETAR - Seorang lelaki terlepas daripada hukuman mati di tali gantung dan sebat apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan merogol dan membunuh Siti Syazwani Ahmad Dasuki lima tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak memutuskan demikian terhadap Mohd. Bashrah Akbar, 40, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut pada akhir kes pembelaan.

Dalam penghakiman tersebut, Hakim Mohd. Sofian menyatakan, walaupun tertuduh didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan dan rogol, namun ketika kejadian itu berlaku, Mohd. Bashrah bertindak di luar batasan kerana hilang akal.

"Mahkamah memang mendapati orang kena tuduh (OKT) bersalah kerana melakukan pembunuhan selepas merogol Siti Syazwani pada 21 Disember 2004.

"Tetapi ketika melakukan perbuatan itu, OKT hilang akal kerana tertuduh mempunyai rekod pesakit mental sebelum ini," kata beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 04:43 PM | Show all posts
terlepas hukuman gantung...patut kena potong je anu tu..mental la sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 11:49 AM | Show all posts
mental sampai nak merogol org? makcik i yg mental kureng takde pun gi wat mende tak senonoh tak tentu hala... lg org yg tak dikenali, nak masuk dekat pun dah kene renungan tajam gituw...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2009 10:31 PM | Show all posts
Polis Tahan Seorang Teman Wanita Bantu Kes Mangsa Bunuh



Mangsa bunuh Fazlina Ahmad, 39, bersama anak keduanya Mariam, 5, yang ditemui mati di dalam sebuah almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay di sini, semalam. Polis hari ini menahan wanita yang dipercayai teman kepada suami mangsa bagi membantu siasatan. Malah pihak polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan adalah berkaitan masalah keluarga, namun sepanjang enam tahun perkahwinan mereka polis tidak menerima sebarang laporan berkenaan suami mendera isterinya itu. -Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita, dipercayai teman kepada suami wanita yang ditemui mati dalam sebuah almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay di sini semalam bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata wanita berusia 22 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara pada kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

"Polis menjejaki wanita itu yang dipercayai ada bersama suami mangsa pada kira-kira pukul 9 malam di sekitar ibu negara selepas dia (suami mangsa) menghilangkan diri ketika mayat isterinya ditemui di rumahnya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mayat Fazlina Ahmad, 39, ditemui dalam almari bilik tidur utama rumah teres dua tingkat oleh sepasukan anggota polis pada pukul 9 malam semalam selepas menerima laporan daripada rakan mangsa yang mengadu mangsa gagal dihubungi.

Amiruddin berkata polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan adalah berkaitan masalah keluarga.

Beliau berkata Fazlina dipercayai mati akibat kelemasan dan mayat mangsa tidak mempunyai sebarang kesan luka mahupun pergelutan.

"Kita masih menunggu keputusan bedah siasat dan polis sedang mengesan suami mangsa yang sehingga kini gagal dikesan untuk membantu siasatan," katanya.

Teman wanita itu dipercayai mengenali suami mangsa sejak awal tahun lepas atas urusan perniagaan makanan yang dijalankan bersama Fazlina.

Sementara itu, suasana sedih dan pilu menyelubungi Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dipenuhi anggota keluarga Fazlina termasuk kenalan rapat yang menunggu untuk menuntut mayat sehingga bedah siasat selesai.

Kakak mangsa, Faezah, 40-an berkata kali terakhir beliau menemui adik bongsunya pada Sabtu lepas ketika beliau pulang bercuti selama sehari di kampung di Jelutong, Pulau Pinang.

"Adik ada balik kampung (di Pulau Pinang) pada 26 Dis lepas. Dia ada beritahu akan kembali pulang ke kampung pada 30 Disember (semalam) untuk menceritakan masalah yang menimpanya... saya syak mungkin masalah rumahtangganya," katanya.

ketika ditemui pemberita di Rumah Mayat HKL.Faezah berkata kejadian yang menimpa adik bongsu daripada empat beradik itu suatu tragedi yang tidak disangka boleh berlaku dalam keluarganya.

"Kami sekeluarga tidak tahu masalah yang berlaku ke atas Fazlina dan suaminya. Kami terkejut mendapat berita kematiannya tengah malam semalam dan pagi ini baru tiba dari kampung. Jenazah akan dikebumikan di Pulau Pinang," katanya sayu.

Fazlina meninggalkan dua anak perempuan berusia lima dan tujuh tahun yang kini dijaga ibu mentuanya. -BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 10:35 PM | Show all posts
ya Allah...bunuh org macam main2 je la ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2009 10:53 PM | Show all posts
Bunuh suami isteri: 3 tertuduh amal ajaran Ashaari hidupkan si mati


KUALALUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu tiga remaja bersaudara yang didakwa membunuh pasangan suami isteri pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu mengamalkan ajaran Abuya Ashaari Muhamad.

Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin, berkata berdasarkan keterangan beberapa saksi, pembunuhan yang dilakukan oleh Muhammad Ilyas Abdul Razak, 22; Muhamad Fauzi Abdul Razak, 21 dan Muhammad Nizam Mohd Ibrahim adalah bermotifkan rasa kepercayaan mereka bahawa orang yang mati boleh dihidupkan semula.

Dalam ucapan pembukaannya itu, Aidatul Azura berkata, motif pembunuhan itu akan dibuktikan menerusi rakaman klip video yang akan dikemukakan semasa perbicaraan kelak.
        
"Pihak pendakwaan akan membawa keterangan dari saksiawam yang akan membuktikan niat dan perbuatan tertuduh sehingga berlakunya pembunuhan tersebut. Bukti juga akan dikemukakan melalui rakaman klip video di mana rakaman tersebut dibuat melalui telefon bimbit milik Muhammad Nizam.

"Rakaman klip video tersebut menunjukkan beberapa adegan, transaksi dan perbuatan susulan selepas kedua-dua si mati dipukul.Rakaman klip video ini dibuat secara bergilir-gilir oleh mereka,"katanya.

Muhammad Ilyas dan Muhammad Fauzi adalah adik beradik dan sepupunya, Muhammad Nizam Mohd Ibrahim didakwa bersama-sama membunuh bapa tertuduh ketiga, (Muhammad Nizam) Mohd Ibrahim Kader Mydin, 48, dan ibunya, Rosina SM Mydin Pillay, 42, di rumah No 5-7C, Blok A, Flat Seri Sarawak, Jalan Kenanga, di sini pada 1 Oktober 2008 antara jam 12 tengah hari hingga 8 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Aidatul Azura berkata, pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa benda-benda seperti topi keledar, meja kayu, kaca serta batang pengelap lantai digunakan oleh mereka untuk memukul ahli keluarga mereka sendiri sehingga akhirnya menyebabkan kematian terhadap Mohd Ibrahim dan Rosina.

"Di dalam kes ini, tertuduh pertama bertindak sebagai ketua yang memberi arahan kepada tertuduh kedua dan ketiga untuk memukul anggota badan ahli keluarga mereka yang berada di tempat kejadian pada ketika itu.

"Kejadian berlaku pada hari raya pertama Aidilfitri iaitu pada 1 Oktober 2008. Kesemua ahli keluarga yang menjadi mangsa akibat dipukul oleh tertuduh adalah seramai tujuh orang termasuk kedua-dua simati," katanya.

Tambahnya, laporan bedah siasat mengesahkan bahawa punca kematian kedua-dua mangsa adalah 搆ecederaan di kepala akibat pukulan dengan objek tumpul".

Sementara itu, saksi pertama yang dipanggil untuk memberikan keterangan pada hari pertama perbicaraan kes itu, hari ini, seorang sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam, V Vickeneswaran, berkata ketika beliau masuk ke rumah tempat kejadian, beliau melihat lantai sudah dibersihkan tetapi terdapat beberapa percikan darah di bahagian dinding serta berbau hanyir.

揗ula-mula masuk rumah saya nampak dua mangsa, seorang pakcik berumur, seorang perempuan dan dua orang budak lelaki. Saya tidak usik apa-apa. Saya lihat dua mayat di ruang tamu iaitu seorang mayat lelaki di atas kerusi sofa dan seorang mayat perempuan di bahagian bawah kerusi sofa," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Aidatul Azura.

Vickeneswaran berkata, selepas ke ruang tamu, dia kemudiannya bergerak ke sebuah bilik (disebut bilik kedua) dan berjumpa dengan dua orang perempuan (seorang yang sudah berumur dan seorang lagi gadis remaja) dan seorang lelaki remaja yang mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan lebam pada matanya.

Katanya, di sebuah bilik lagi (disebut bilik pertama) seorang remaja perempuan pula terbaring dan mengalami kecederaan parah.

Sepanjang prosiding, ketiga-tiga tertuduh yang berada dikandang tertuduh kelihatan bersahaja dan sesekali tersenyum sesama mereka.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah disambung esok.

Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Supramaniam Kasia Pillay manakala Aidatul Azura dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.073133 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list