CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
 Author| Post time 7-3-2010 01:18 PM | Show all posts
719# fatehana

heheheh kawan baru tak takut...
buat benda alah tu takut....

btw, dua dua pung dah takde skrg nehhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2010 02:00 PM | Show all posts
this thread posted by syd on 7 feb 2007...
last comment was posted by syd on 7 mar 2010...
so, today, genap ar thread nie diperbincangkan selama 3 thn 1 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 08:46 PM | Show all posts
this thread posted by syd on 7 feb 2007...
last comment was posted by syd on 7 mar 2010...
so, today, genap ar thread nie diperbincangkan selama 3 thn 1 bulan

HaMiZiE Post at 7-3-2010 14:00

rajin hang dok kira tu semua..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 09:01 PM | Show all posts
rajin hang dok kira tu semua..
alahai Post at 7-3-2010 20:46


secara kebetulan jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 09:38 AM | Show all posts
722# HaMiZiE

heheheheh tak sangka.. dah lama rupanya..
tq laaa sbb sudi mengira
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 11:28 AM | Show all posts
da khatam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2010 04:07 PM | Show all posts
721# Syd

yealah dua-dua dah xde
cuma cam x sangka je si arwah tu tt vvvip tu nye mistress
dah jadi sejarah pun kedua2nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 09:00 PM | Show all posts
http://dayaka.co.cc

Centre of information all here: http://www.volsite.blogspot.com  Its verry important

Get free money $10235 everymonth from yuwie, guide here :
http://earn-money-yuwie.blogspot.com
           
all about healthy visit here: http://www.healthy.net16.net

Free strategy get free of dollar: $200 free an hours
DOLLAR Libertyreserve free on http://www.dollar-free.50webs.com

Pusat belajar internet, Blog dan Bisnis online Gratis untuk anda di www.mediaki.blogspot.com
All information here. Please visit here: http://www.mediaki.blogspot.com
DOLLAR Gratis, Gratis $200 perjam, hanya di http://www.dollar-free.50webs.com

Tinggalkan FACEBOOK, Pindah KE yuwie.com. anda dapat uang gratis 90juta tipa bulan, klik ini:
http://earn-money-yuwie.blogspot.com

LAPTOP GRATIS
Laptop GRATIS, tanpa bayar, cukup KLIK IKLAN  20 kali,
dalam 20 hari aja,dapatkan di sini: http://www.flaptops.50webs.com

Jimat HypNotis Termasyhur:
Ramalan gratis, JIMAT JUDI ampuh, Minyak cinta ajaib, Penyinar aura kecantikan.
penarik pengasihan popularitas. beli di http://www.dayaka.co.cc

Program Uang-Hibah Yaitu: Uang Hibah Gratis, Laptop Gratis, Motor Gratis, Mobil Gratis, Rumah Gratis
Hanya daftar aja di: http://uang-hibah.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2010 10:16 PM | Show all posts
macam2 kes. macam manalah pembunuh2 ni tegar nak membunuh orang
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 09:35 AM | Show all posts
Syed,

adalagi nak tahu tentang peristiwa kapal korek terbalik di puchong sekitar tahun 1984 yang mengorbankan puluhan orang, termasuk ayah salah sorang pengacara AF8. Selain itu.  Penduduk Puchong digemparkan dengan kemalangan kapal terbang kargo milik syarikat antarabangsa di sebuah bukit yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Chemina sekitar tahun 1986 kot.. kalau tak salah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2010 10:18 AM | Show all posts
bapak Jimmy shanley...yeszz..aaa.. kan?

http://lifebeautiful.blogspot.co ... hanleyyeszzaaa.html
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 10:24 AM | Show all posts
731# Syd

yes i know..but this is not detail as i want. he..he.anyway..thanks so much..syd.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 10:28 AM | Show all posts
1984-1985

Sebuah kapal korek pernah terbalik di Puchong sekitar tahun ni. Kejadian malang ni berlaku kalau tak silap aku disebabkan oleh tali/rantai pengikat kapal tersebut terputus dan mengakibatkan kapal hilang keseimbangan lalu terbalik. Ada juga mengatakan lebihan muatan pekerja di dalam kapal sewaktu kejadian menjadi faktor penyumbang kepada tragedi ni. Kejadian ini meragut puluhan nyawa pekerja syarikat perlombongan terbabit akibat lemas. Banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada tragedi ni yang tak dapat diceritakan. Namun kejadian yang berlaku sedikit sebanyak telah memberi kesan positif tentang keselamatan pekerja-pekerja lombong di seluruh Malaysia pada waku tersebut. Langkah-langkah positif yang diambil kerajaan telah menjadikan kes ini antara kes terakhir sehingga kini yang melibatkan kemalangan dalam industri perlombongan.

1986-1987

Penduduk Puchong digemparkan dengan kemalangan kapal terbang kargo milik syarikat antarabangsa di sebuah bukit yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Chemi. Bukit ini terletak bersempadan dengan hutan simpan milik UPM yang mana kawasan tersebut di kelilingi estet getah dan kelapa sawit. Terdapat juga perkampungan orang asli ( Puak Rasau ) disekitar kawasan tersebut. Aku tak berapa pasti jumlah mangsa yang terkorban tapi yang aku tau kurang dari sepuluh orang yang berada dalam kapal terbang tu.

credit to this blog thansk so much:[url]http://puchonghebat.blogspot.com/2009/08/menarik-untuk-diketahui.html#comment-form[url]
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 05:21 PM | Show all posts
Korang perasan tak...

Kes2 sprt yg gemencheh dgn kt terengganu yg pmbunuh2 ni bunuh bpak, atuk, nenek, adik semuanya melayu...??

Dn alasan yg diorang bg diorang "tak sedar"..? "halunisasi"...???

Knp mesti mlayu yg buat bnda2 bodoh mcm ni..? .....

Kecewa la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 02:36 PM | Show all posts
Death for 'tudung strangler'
Submitted by pekwan on Monday, March 22nd, 2010


Man to hang for killing girlfriend with her headscarf
Darshini Kandasamy
Monday, March 22nd, 2010 13:20:00



Sentenced to death: Shahrul Nizam Mohd Shah (centre) being led away



SHAH ALAM: Enraged that his girlfriend was planning to marry another man, a store worker strangled her with her own tudung.

He then claimed the two of them drank poison in a suicide pact.

For taking Nurul Hazira Bharum's life two years ago, a High Court judge sentenced 38-year-old Shahrul Nizam Mohd Shah to death by hanging.

Judge Datuk Wira Mohtarudin Baki found Shahrul guilty of causing the death of Nurul, then 26, on Oct 7, 2008 between 9am to 10am at a house in Batu 19, Kampung Gombak, Kuang in Rawang.

Dressed in light brown pants and a red-blue collared t-shirt, Shahrul appeared calm when the death sentence was pronounced.

In his defence, Shahrul claimed that, he and Nurul tried to commit suicide. He drank the poison first after being forced to do so by her and subsequently passed out.

However, a pathologist found out that Nurul died of "asphyxia due to strangulation". There was also no poison in the deceased's body.

In his judgement, Mohtarudin said he found Shahrul's defence to be an "afterthought" and not consistent with the suicide-pact story.

"The claim that the deceased wanted to kill herself is not consistent as even the testimonies of her co-worker, parents and new fiance did not state so," Mohtarudin said.

Thus, he found the defence had failed to raise any reasonable doubt on the prosecution's case.

Prosecution stated Shahrul tried to use Shakepeare's "Romeo and Juliet" double-suicide excuse to cover up his strangling of Nurul at his home as she wanted to marry someone else. Both the accused and the victim used to work in the same company.

Deputy Public Prosecutor Harris Ong Mohd Jeffery Ong prosecuted while counsel Azizzul Shariman Mat Yusoff represented Shahrul.

In all, 15 prosecution witnesses and one defence witness were called during the trial.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 02:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 22-3-2010 14:40
LAPORAN KEPUTUSAN KES BICARA MAHKAMAH TINGGI
DI SHAH ALAM, SELANGOR
PERBICARAAN JENAYAH NO: 45-194-2008

PENDAKWA RAYA
lawan
SHAHRUL NIZAM BIN MOHD SHAH


KORUM :
        

Hakim   :     Y.A DATUK WIRA MOHTARUDIN BAKI
TPR       :    TPR HARRIS ONG
P/BELA  :    EN. AZIZZUL SHARIMAN MAT YUSOFF
        

PERTUDUHAN

Bahawa kamu pada 7 Oktober 2008 antara jam 9.00 pagi hingga jam 10.00 pagi di rumah No Lot 2584-1, Batu 19, Kampung Gombak, Kuang, Rawang, dalam Daerah Gombak, dalam Negeri Selangor, telah membunuh Nurul Hazira binti Bharum No KPT: 821008-14-5908, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
TARIKH KEPUTUSAN : 3 Februari 2010

FAKTA KES:

   1.      Menurut keterangan SP-8, ibu kepada mangsa, beliau mengenali OKT sejak 2003. Ini kerana mangsa pernah membawa OKT ke rumah. SP-8 dan OKT mempunyai hubungan baik dan dan menganggap OKT seperti anak sendiri. SP-8 melihat OKT seorang yang baik dan tidak menyinggung perasaan SP-8.

   2.      SP-8 juga telah menerangkan bahawa mangsa bekerja di Rawang sejak tahun 2002. Kebiasaannya, di waktu pagi, ayah mangsa iaitu SP-10 akan menghantar mangsa ke Stesen Komuter Kepong untuk pergi ke tempat kerja.

   3.      Pada 6 Oktober 2008, SP-10 seperti kebiasaannya telah menghantar mangsa ke stesen komuter untuk pergi ke tempat kerja. Fakta ini telah disokong oleh keterangan SP-3 yang merupakan rakan sekerja mangsa dan OKT. Ini kerana, pada 6 Oktober 2008, SP-3 turut juga bekerja. Tambahan, SP-3 telah menyatakan bahawa OKT tidak datang bekerja pada 6 Oktober 2008. Selain itu, menurut SP-3, beliau berasa hairan kerana mangsa telah hadir ke tempat kerja tanpa OKT seperti kebiasaannya. Ini kerana, mangsa dan OKT sering datang ke tempat kerja bersama.

   4.      Pada 6 Oktober 2008, apabila mangsa pulang dari temapt kerja, mangsa telah dijemput oleh SP-12 iaitu kekasih mangsa dan dibawa pulang ke rumah SP-12. Kemudian, SP-12, ibu SP-12 dan mangsa telah pergi ke rumah mangsa untuk datang berhari raya dan sambil berbincang berkenaan hubungan antara mangsa dan SP-12 yang merancang untuk berkahwin. Selesai perbincangan SP-12 dan ibunya pun kembali semula kerumah.

   5.      Apabila SP-12 telah sampai kerumah, SP-12 dan mangsa telah berhubung melalui telefon dan bersembang selama lebih kurang 30 minit mengenai apa yang telah terjadi pada malam itu. Menurut SP-12, beliau dan mangsa merasa gembira pada malam itu berkenaan persetujuan dan restu keluarga mereka berkenaan hubungan mereka berdua.

   6.       Pada 7 Oktober 2008, mangsa ada hubungi SP-12 melalui telefon lebih kurang jam 6.45 pagi untuk mengatakan telah bangun Subuh, kemudian mangsa telefon lagi SP-12 lebih kurang pukul 8.30 pagi mengatakan sedang bersiap untuk pergi kerja.

   7.       Pada 7 Oktober 2008, pada waktu pagi, SP-10 terpaksa pergi awal ke tempat kerja dan tidak dapat menghantar mangsa ke Komuter Kepong. Pada pagi tersebut SP-8 telah melihat mangsa memakai baju kurung warna merah bunga, tudung warna kuning air dan melihat mangsa pergi ke bus stop untuk pergi ke tempat kerja seperti kebiasaannya.

   8.      Seterusnya, SP-12 telah menghubungi mangsa pada jam lebih kurang 9.00 pagi dan mangsa menjawab masih dalam perjalanan ke tempat kerja. Pada jam 9.30 pagi, SP-12 telah menerima satu SMS dari mangsa mengatakan yang mangsa mencintai SP-12 sehingga akhir hayat walau apa pun terjadi. Selepas itu SP-12 gagal menghubungi mangsa.

   9.      SP-7 merupakan tuan rumah dimana OKT tinggal menyewa. OKT mula menyewa disana lebih kurang dua (2) tahun lapan (8) bulan. OKT hanya tinggal seorang sejak awal lagi di rumah sewa SP-7. OKT merupakan seorang pembersih, tidak bergaul dengan orang lain, buat hal sendiri dan tidak mengadu masalah rumah.

  10.      Pada 7 Oktober 2008, jam lebih kurang 10.00 pagi, ketika SP-7 sedang sidai kain, SP-7 telah nampak OKT bersama mangsa. Apabila OKT buka pintu rumah, SP-7 telah tegur OKT dan OKT menjawab dia nak masuk dalam rumah kerana hendak mengambil ada barang yang tertinggal.

  11.      Lebih kurang 45 minit kemudian, OKT datang ke rumah SP-7 secara terkejut dan OKT terus rebah ke lantai rumah SP-7. OKT berguling-guling diatas lantai dan meminta tolong SP-7. OKT mengatakan ‘orang rumah saya dah mati minum racun dekat dalam rumah saya’, ‘betul kak, saya pun dah minum racun ni kak, orang rumah saya paksa saya minum racun’.

Selepas itu mangsa tunjuk reaksi tidak sedarkan diri, lemah, nafas satu persatu dan tidak berkata apa-apa. SP-7 telah pergi dapatkan bantuan orang awam dan apabila diberi minum air, OKT telah muntah lebih kurang tiga (3) kali dan kemudian dibawa ke hospital melalui ambulans. Kemudian pihak polis pun sampai ke tempat kejadian. OKT telah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan kerana disyaki telah minum racun.


PEMBELAAN TERTUDUH:

   1.      Tiada keterangan terus atau keterangan ikut keadaan dikemukakan bahawa OKT adalah orang yang telah melakukan jerutan di leher simati.

   2.      Tiada saksi melihat, mendengar atau mengetahui apa yang terjadi di dalam rumah tersebut.

   3.      Tiada sebarang pergelutan berlaku sama ada di dalam bilik tempat simati ditemui atau dimana-mana bahagian dalam rumah tersebut.

   4.      Tiada sebarang kecederaan pada mana-mana bahagian badan simati yang boleh menunjukkan adanya pergelutan berlaku. Pakaian simati tiada sebarang kesan koyakan atau kesan darah.

   5.      Keratan kuku simati tidak mengandungi DNA OKT.

   6.      Wujud ‘circumstantial evidence’ yang kuat dan munasabah untuk dibuat kesimpulan bahawa simati telah membunuh diri.


HUJAHAN PENDAKWAAN:

   1.      Keterangan yang diberikan oleh SP-7 adalah penting untuk pihak pendakwaan membuktikan bahawa satu prima facie kes telah berjaya dibuktikan terhadap OKT. Ini kerana, sebagai seorang tuan rumah yang telah lama mengenali OKT, kehadiran OKT semasa kejadian tersebut berlaku tidak dapat disangkal sama sekali. Ini dapat dilihat melalui keterangan SP-7 yang konsisten mengatakan bahawa telah melihat OKT dan mangsa pada jam 10.00 pagi semasa kejadian. Ini ditambah lagi dengan tindakan SP-7 bertanyakan OKT tujuan apa balik ke rumah pada pagi tersebut. Dan OKT menjawab dia nak masuk dalam rumah nak ambil barang tertinggal.

   2.      Lebih kurang 45 minit kemudian, OKT telah pergi ke rumah SP-7 dan meminta bantuan. Perbuatan OKT semasa meminta pertolongan di rumah SP-7 menunjukkan bahawa mangsa telah berada bersama OKT di tempat kejadian.

   3.      Helah OKT dengan mengatakan bahawa mangsa telah mati meminum racun telah disangkal sama sekali. Ini kerana tiada bukti penemuan racun dalam badan mangsa ditemui.

   4.      Apatah lagi punca kematian simati adalah akibat ‘asphyxia’ yang disebabkan oleh jerutan di bahagian leher mangsa. Ini disokong kerana pada muka simati terdapat pendarahan dan muka simati ‘congested’ dengan bintik-bintik darah. Selain itu, terdapat calar berukuran 7 x 0.2 cm pada paras halkum simati telah dikesan.

   5.      Melalui SP-9, telah berpendapat, simati ada memakai tudung dan kain tudung tersebut telah digunakan sebagai ‘ligature’. SP-9 juga menyatakan bahawa hanya 30 saat akibat jerutan di leher boleh sebabkan kematian.

   6.      Ibu mangsa ada menerangkan bahawa pada pagi kejadian mangsa telah pergi kerja dengan memakai tudung. Ketika mangsa ditemui di tempat kejadian, kain tudung mangsa masih terlilit di sekeliling leher mangsa. Apabila bedah siasat dijalankan, SP-9 telah serahkan kepada pihak polis tudung yang didapati pada leher mangsa tersebut.

   7.      Melalui fakta yang diberikan oleh SP-9, adalah mustahil mangsa boleh menjerit untuk meminta pertolongan dan melawan OKT apabila dijerut. Tambahan pula saiz badan OKT yang lebih besar berbanding mangsa. Ini kerana dalam tempoh 30 saat sahaja, mangsa boleh menemui ajal selepas dijerut.

   8.      OKT dan mangsa saling mengenali antara satu sama lain malahan mempunyai hubungan cinta sepertimana keterangan oleh SP-3. Selain itu, SP-7 juga pernah melihat mangsa sebelum ini pergi ke rumah OKT. Keadaan dalam rumah OKT adalah tidak asing lagi bagi mangsa. Tindakan OKT menjerut simati adalah tidak disangka sama sekali oleh simati, ini menjelaskan mengapa tiada kesan pergaduhan atau cubaan untuk melarikan diri ditemui di rumah tersebut. Ini kerana, apabila mula dijerut, simati akan mati dalam tempoh 30 saat sahaja. Bagaimana mungkin simati dapat menjerit meminta pertolongan dalam keadaan panik dan lemah akibat jerutan tersebut.

   9.      Melalui SP-3, yang merupakan rakan sekerja mangsa dan OKT telah dapat memberikan gambaran berkenaan hubungan antara mangsa dan OKT. Mangsa dan OKT selalu datang bersama ke tempat kerja dengan menaiki motor OKT. SP-3 turut berasa hairan apabila mangsa datang bekerja pada 6 Oktober 2008 dengan menaiki bas tanpa ditemani OKT.

  10.      Berdasarkan keterangan saksi iaitu ibubapa mangsa sendiri, OKT sememangnya tahu dimana mangsa tinggal dan juga bagaimana mangsa pergi ke tempat kerja setiap hari. Ini dapat dilihat melalui keterangan SP-3, SP-8 dan SP-10.

  11.      Inferens yang dapat dibuat ialah OKT mempunyai peluang (opportunity) untuk membunuh mangsa. Melalui perhubungan mangsa dan OKT sepertimana yang diterangkan oleh SP-3, adalah tidak janggal untuk mangsa menaiki motor OKT untuk pergi ke rumah OKT pada pagi kejadian.

  12.      Tujuan mangsa untuk pergi ke rumah OKT tidak dapat diketahui. Namun, kesimpulan yang boleh dibuat ialah tujuan mangsa pergi bertemu OKT adalah untuk menjelaskan tentang status perhubungan mereka. Ini kerana, pada malam sebelum kejadian, keluarga Nadzrul (SP-12) telah datang untuk berhari raya di rumah mangsa sambil berbincang tentang perancangan untuk mangsa dan SP-12 berkahwin. Ini disokong oleh keterangan SP-3 yang menyatakan bahawa mangsa akan menjelaskan kepada OKT tentang perhubungan mereka, selepas mangsa membuat keputusan untuk berkahwin dengan siapa.

  13.      OKT tidak serius dalam menjalinkan hubungan dengan mangsa. Ini diakui sendiri oleh bapa mangsa iaitu SP-10. Kali terakhir SP-10 melihat OKT, apabila datang ke rumah dan meminta maaf dan mengatakan beliau tidak ada apa-apa hubungan dengan mangsa. SP-10 berpesan kepada OKT, ‘kalau dah tahu jangan diapa-apakan mangsa’.

  14.      SP-12 merupakan orang terakhir berhubungan melalui mangsa pada hari kejadian, SMS yang diterima SP-12 dari mangsa ialah “Saya Nurul Hazira Bharum amat mencintai Nadzrul Nadzir sehingga akhir hayat walau apa pun terjadi.”

  15.      Adalah tidak munasabah mangsa cuba membunuh diri dengan meminum racun bersama OKT pada hari kejadian. Ini kerana, melalui keterangan SP-12, mangsa adalah dalam keadaan gembira selepas keluarga SP-12 datang berhari raya dan berbincang tentang perkahwinan mereka. Tambahan, SP-3 diberitahu oleh mangsa bahawa mangsa telah membuat keputusan dan akan bertunang dengan SP-12. Menurut SP-3, mangsa nampak gembira.

  16.      Melalui keterangan saksi yang rapat bersama mangsa, tiada tanda-tanda kemurungan atau menunjukkan reaksi bahawa mangsa sanggup membunuh diri. Kesimpulan mudah yang dapat dibuat oleh mahkamah ialah, tindakan mangsa yang dikatakan meminum racun di rumah OKT pada hari kejadian adalah rekaan semata-mata untuk menutup perbuatan OKT yang tidak berperikemanusiaan.

  17.      Pihak Pendakwaan berhujah bahawa OKT telah menyebabkan kematian simati pada tarikh kejadian berlaku sepertimana pertuduhan. Untuk membuktikan elemen ini, dengan rendah diri memohon agar Mahkamah yang mulia ini untuk membuat penemuan fakta dan seterusnya membuat satu inferens dan kesimpulan yang konklusif berdasarkan penemuan fakta ini bahawa OKT terlibat dalam perbuatan membunuh tersebut tanpa melibatkan mana-mana orang lain


KEPUTUSAN MAHKAMAH:

   1. Pihak pendakwaan telah berjaya mengasaskan satu prima facie kes terhadap OKT dan OKT dipanggil membela diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2010 03:44 PM | Show all posts
Guru muzik dituduh bunuh teman lelaki warga Britain
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

2010/03/11


KAREN dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam selepas didakwa atas tuduhan membunuh.

PETALING JAYA: Seorang guru muzik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan membunuh teman lelakinya seorang warga Britain minggu lalu.

Tertuduh, Karen Khaw Phaik Ean, 35, dituduh membunuh Andrew Michael Murchie, 46, di sebuah rumah beralamat 161, SS2/2 Sea Park, di sini, di antara jam 8 pagi dan 9 pagi, 5 Mac lalu.

Khaw didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Majistret Ho Kwong Chin yang tidak membenarkan tertuduh dijamin menetapkan 13 April depan untuk sebutan semula kes bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah manakala Khaw diwakili peguam Chan Weng Keng.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 03:51 PM | Show all posts
Murdered foreigner in SS2: He was a quiet man, says wife
Submitted by pekwan on Monday, March 22nd, 2010


Widow and young daughter now live a hard life
Teoh El Sen
Monday, March 22nd, 2010 11:36:00


HAPPIER TIMES: Chua with Murchie on their wedding day

       
ALONE TOGETHER: Chua with her daughter Rhyannan — Pic: ARIF KARTONO

PETALING JAYA: Seventeen month-old Rhyannan Murchie-Chua Hui Yan may not be old enough to understand someone killed her father with a six-inch hunting knife, but she “knows” he is gone.

Her father, 46-year-old Scotsman Andrew Michael Murchie, was found dead, naked, with a stab wound to the neck in a room of a rented house in SS2/2, Taman Seapark here on March 5.

Murchie’s landlady, 36-year-old divorced music teacher Karen Khaw Phaik Ean, has been charged with his murder.

Speaking exclusively to The Malay Mail, Rhyannan’s mother and  Murchie’s widow, Catherine Chua, said her baby started acting strangely after her father’s death.

“I think she knows. When we go places we’ve been before, she murmurs softly to herself ‘Daddy…daddy’,” Chua, a 35-year-old marketing consultant, said.

“She wakes up and cries at odd hours. Strangely, it  will always be about 1am and 5am, like she’s trying to tell me something.

“One night, I saw that she was having a dream but she was smiling to herself, and when I asked her ‘Is that daddy playing with you?’, she turned and smiled at me in her sleep. “Then she woke up and cried loudly before running to look for something and when she found it, it was a special Christmas CD that her father had asked me to give her if ‘anything happened to him’, which I had forgotten about.

It was weird as she didn’t know about it.”

Chua also told The Paper That Cares she is fearful for her and her daughter’s life.

“I too am having sleepless nights. I am afraid the woman did not do it on her own as she is small and my  husband was big. Maybe there were three or four others? They could be after us,” she said, claiming police are keeping her in the dark about their investigations.

“I asked the police if I’m protected, and they said ‘yes’. But in what way?” For Chua, life has not been getting easier since her husband’s murder.

“It’s been hard, but I thank God for my friends, who have kept me sane. But I still feel lonely. My husband was a good friend. I miss him a lot. I miss talking to him,” she said, adding the last time she saw him was late last month.

“The whole thing is shocking. I was talking to him on the phone the night before (his death), and he was telling me how he would take care of me and our daughter. The next day, the police told me about his death.”

Chua had to wait until the following day before she could identify her husband’s bloodied body in the University Malaya Medical Centre mortuary.

She said the whole incident took a more disturbing turn as reports started linking her husband to the landlady charged for the murder as a “couple”.

“I am sure there was no relationship between him and the landlady, not then, not ever. In the beginning, I thought there was but I confronted her and things were cleared,” Chua said, adding although Murchie had moved out due to personal problems, they were still on good terms and often met. They were also planning to buy a house and move back in together later in the year.

She described her late husband as a loner, a quiet man who kept to himself.

“He was a man of principle who trusted and helped people whenever he could. He was a simple man who had lived a hard life,” Chua said. Murchie had been an orphan since he was 17.

She said Murchie had several odd jobs but mostly worked in the security line, the last being a security consultant before being laid-off in 2008.

Murchie, from Glasgow, Scotland, and Chua were married in Malaysia in August 2007 and moved to the UK.

They returned here in 2008. Chua said clearing out his belongings at his SS2 home was the last thing she had to do before she could “get away” to the UK for a “fresh start” and fulfil her promise to Murchie to scatter his ashes in the Scottish Highlands.

“There are a lot of unanswered questions on my mind. Was he killed in his sleep? I know he sleeps like a log and doesn’t lock the door, even though he sleeps naked. Why would somebody do this?

“All I want is justice. I just want whoever had done this to be responsible.” Khaw, who lived with Murchie, had pleaded not guilty after she was charged with allegedly committing the murder between 8am and 9am at the house in SS2/2, Taman Seapark.

The case is set for mention at the High Court on April 13.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 07:45 PM | Show all posts
63# pinkflush
aha,dl2 polis x bg lalu kat jln tu atas kul 12.(siap ada sign bord.)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 09:24 PM | Show all posts
Prison officer gets death for murdering teen inmate

2010/03/22


PUTRAJAYA: A prisons officer was Monday given a date with the hangman when the Federal Court here upheld his conviction and death sentence over the murder of a teenage prisoner about six years ago.

Chief Judge of Malaya Tan Sri Arifin Zakaria and Federal Court judges Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff and Datuk Seri Md Raus Sharif unanimously dismissed Azhar Che Will's final appeal to quash the sentence and conviction.

Md Raus said the fatal injury that caused Mohd Shukri Mohd Yusof's death was inflicted by Azhar, the former Penor prison security unit head.

He said that assaults by the other prison warders at three other places could not have caused Mohd Shukri's death.

Azhar, 37, and six other prison warders were jointly charged with the murder of the 19-year-old at the Penor prison, Kuantan between 4pm and 7pm on March 1, 2004.

The Kuantan High Court convicted Azhar but freed five warders -- Teyun Thian Eim, Suhaimi Nordin, Mohamad Hamdan Mohd Yaakob, Ahmad Rizal Abdul Halim and Ismail @ Mat Daud Deris -- without calling for their defence.

The same high court had also freed warder Shamsul Darniza Ismail before commencement of submission at the close of the prosecution's case when the prosecution conceded no prima facie case had been made out against him.

Azhar brought the matter up to the Federal Court for appeal after he was unsuccessful at the Court of Appeal which had on May 5, last year, affirmed his death sentence and conviction.

Meanwhile, the acquittal of the five warders was also upheld by the Court of Appeal and Federal Court, respectively.

Md Raus, in his 19-page judgment, said the court was satisfied that Azhar was not prejudiced when the High Court did not amend the charge against him (Azhar) to delete any reference in the charge to the co-accused.

He said the non-deletion of reference to the co-accused did not render the charge bad in law, adding that the fact that the other co-accused were acquitted, did not have any bearing on the case against Azhar.

Evidence adduced at the trial in the High Court was that in 2004, Mohd Shukri, a remand prisoner at Penor Prison, attempted to escape but was apprehended and assaulted by a few prison personnel in three areas of the prison.

Mohd Shukri was then taken to the bilik unit kawalan keselamatan penjara (security control room) and made to sit on the floor handcuffed.

A prosecution witness, prisons officer Razali Fauzi, testified that he saw Azhar putting on a pair of rubber gloves and kick and stomp Mohd Shukri in the head and chest several times, causing the latter's head to hit against the concrete wall and floor of the room.

Razali also testified that he saw blood oozing from Mohd Shukri's mouth.


Mohd Shukri went into a seizure and lapsed into a coma. He died on March 10, 2004, without regaining consciousness. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.176369 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list