CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
 Author| Post time 7-4-2010 04:58 PM | Show all posts
Man convicted of killing his children causes a stir in court
By DESIREE TRESA GASPER

JOHOR BARU: A security guard who was sentenced to hang to death at a High Court caused a stir when he stood up and started yelling that he was innocent.

P. Vellertore, who was found guilty of strangling his three children before trying to kill himself and his eldest daughter at their home, sobbed and shouted repeatedly that he was innocent.

"Only God knows who the real killer is and this just shows that justice in court is just a lie.

"I didn't do it and though I didn't, you are still sentencing me to death," he said while pointing angrily at Justice Datuk Jeffrey Tan Kok Hua.

During the court case, Vellertore claimed that it was his eldest daughter, Revathy, 14, who had killed his three children.

Before passing judgement, Justice Tan explained that he did not believe that Revathy had killed the children because of disparities in Vellertore's statement.

"You said you found all of them dead and proceeded to hang yourself in a separate room but all of you were found in the same room.

"I also do not believe that Revathy had wanted to kill herself as she had shouted for help and was eventually rescued by a neighbour," he said.

"There is only one sentence for this offence and it is my duty to pass it," he said before passing sentence.

DPP Mohd Amril Johari prosecuted the case while lawyer Bernand George represented the accused.

Vellertore was accused of killing his three children,Rudraa Kumar, six, Kesapprata, five, and Harini, three, between 10.30am and 3.30pm at their house in Taman Muhibbah, Saleng, Kulai, on Nov 20, 2004.

He was also said to have forced his teenage daughter, Revathy, 14, to hang herself before attempting to take his own life as well.

Revathy survived the incident after she was rescued by a neighbour who heard her cries for help while Vellertore ended up in a coma.

It was believed that Vellertore had conducted the act out of disappointment and frustration as his wife had left him about two weeks before the incident.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2010 12:04 PM | Show all posts
syd,
ada satu kes kat johor, budak lelaki kena liwat then dubur dia kena rodok dek ranting kayu. & ajaibnya budak ni hidup, tapi suffers la.. bygkan, ranting2 kayu ni ada yg kena usus, pundi kencing & paru2 ni tak silap..

pesalah tu kena hukuman penjara & rotan. tak silap aku, ada beberapa hukuman la yg dia kena termasuk sebat (sebab liwat), & hukuman2 tak berjalan serentak.. so dia kena entah berapa puluh tahun tah, kalau campur semua sekali. even hakim tu masa jatuhkan hukuman kata perbuatan tu kejam gila, tu yg dia jatuhkan hukuman mcm tu.

few years back, ada baca kisah budak tu.. nak buang air pun susah sebab usus rosak.. tak tahu apa condition dia skrg..

masa kes ni, aku punya la sakit hati sgt2 bila baca perbicaraan kes tu kat paper.. aku lak yg tak leh tido masa tu duk memikirkan kekejaman seorang manusia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2010 08:13 PM | Show all posts
Ibu hadapi tuduhan bunuh dua anak diperintah bela diri


2010/04/12

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang ibu supaya membela diri terhadap tuduhan membunuh dua anaknya dengan menjerut leher mereka menggunakan wayar seterika, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yasin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Rosniza Ibrahim, 30, dari Kuala Kurau, Perak, menghadapi dua tuduhan membunuh anak-anaknya di rumah No 7216, Taman Indah, Lebuh Batu Maung 8, Bayan Lepas pada 18 Februari 2007.
Dia didakwa membunuh Muhamad Alif Hakimi Idris, 6, pada jam 11 malam di rumah itu manakala Muhamad Alif Hazimi, 2, kira-kira 15 minit kemudian di tempat dan pada hari yang sama.

Tuduhan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Zaki berkata berdasarkan keterangan saksi pendakwaan iaitu suami tertuduh, Idris Saidin dan jiran mereka, Rosniza adalah orang terakhir berada bersama dengan kedua-dua si mati.

Katanya, keterangan saksi juga jelas menunjukkan bahawa tertuduh adalah orang yang melakukan pembunuhan itu berdasarkan kelakuan pelik yang ditunjukkan.
Beliau berkata, antaranya, Rosniza menghantar mesej khidmat pesanan ringkas kepada adiknya dengan menyatakan dia telah melakukan kesalahan besar dan memohon maaf atas perbuatannya.

Hakim Mohd Zaki menetapkan 29 April ini untuk menyambung perbicaraan. Rosniza diwakili peguam K Simon Murali manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 11:15 AM | Show all posts
ala dah abis dah... sedih...nak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 07:28 PM | Show all posts
ada tak cerita pasal pesawat ringan terhempas di bulatan edinburgh? kalau tak silap jatuh atas kereta kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 08:54 AM | Show all posts
Bulatan edinburgh? Kalau tak silap di lebuhraya Sungai Besi berhampiran Pangkalan TUDM dimana pesawat cessna PDRM terhempas keatas kereta yang sedang bergerak dijalanraya mengorbankan semua penumpang kereta dan pesawat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-6-2010 04:34 PM | Show all posts
Kontraktor bebas tuduhan bunuh tiga anak diperintah bela diri


MOHD. Zahari Embong, diiringi anggota polis keluar selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam melepaskan dan membebaskan beliau atas tuduhan membunuh tiga anaknya.

JOHOR BAHRU 21 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang kontraktor daripada tuduhan membunuh tiga anaknya, empat tahun lalu.

Namun begitu Mohd. Zahari Embong, 40, diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh isterinya, Mardziah Mansor, 32.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Kamardin Hashim.

Mohd. Zahari sebelum menghadapi empat pertuduhan membunuh Mardziah dan tiga anaknya Muhammad Zamrie, 6, Muhammad Zairie, 2, dan Intan Zaharah, satu tahun setengah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya, di Jalan Pulasan 29, Taman Kota Masai, dekat sini, antara pukul 7 dan 8.40 malam, 11 Mac 2006.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kamardin dalam penghakiman memutuskan pertuduhan membunuh yang dihadapi Mohd. Zahari, digugurkan setelah pendakwaan gagal membuktikan perbuatan itu dilakukan tertuduh ataupun isterinya.

''Saya membebaskan dan melepaskan kamu daripada tiga pertuduhan tersebut. Tetapi kamu diperintahkan membela diri untuk pertuduhan pertama iaitu membunuh isteri,'' katanya.

Hakim Kamardin menetapkan 19 dan 25 Mei ini untuk tertuduh membela diri.

Mohd. Zahari dan beberapa ahli keluarga yang hadir dilihat sebak apabila keputusan tersebut diumumkan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam G. Subramaniam Nair.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 04:34 PM | Show all posts
Kontraktor dipenjara 12 tahun sebabkan kematian isteri


2010/06/22
JOHOR BHARU: Seorang kontraktor dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini kerana menyebabkan kematian isterinya, empat tahun lalu.

Mohd Zahari Embong, 40, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan menyebabkan kematian isterinya itu mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda.
Sebelum itu dia dituduh mengikut Seksyen 302, kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pesuruhjaya Kehakiman Kamardin Hashim memerintahkan Mohd Zahari menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian, 11 Mac 2006.

Mohd Zahari mengaku menyebabkan kematian isterinya, Mardziah Mansor, 32, di rumahnya, di Jalan Pulasan 29, Taman Kota Masai, di sini, antara jam 7 malam dan 8.40 malam, 11 Mac 2006.

Kamardin, dalam penghakimannya hari ini, berkata keputusan yang dibuat ke atas Mohd Zahari adalah berdasarkan kepentingan awam.

"Ini membabitkan kepentingan awam. Kesalahan bunuh wajar dikenakan hukuman yang berat walaupun kematian itu membabitkan orang yang disayangi. Setelah dipertimbangkan, hukuman ditetapkan 12 tahun penjara berkuatkuasa pada tarikh tangkapan iaitu 11 Mac 2006," katanya.
Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad manakala Mohd Zahari diwakili peguam G Subramaniam Nair dan Ebrina Zubir.

Sebelum ini, mahkamah yang sama pada 21 April lalu melepaskan dan membebaskan Mohd Zahari daripada tuduhan membunuh tiga anaknya, Muhammad Zamrie, 6, Muhammad Zairie, 2, dan Intan Zaharah yang berumur satu setengah tahun, di alamat, masa dan tarikh yang sama.

Mahkamah, bagaimanapun, memerintahkan Mohd Zahari membela diri atas tuduhan membunuh Mardziah.

Pertuduhan membunuh Mardziah yang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dipinda kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan oleh mahkamah selepas mendengar hujahan pembelaan. - BERNAMA
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2010 09:25 AM | Show all posts
Kontraktor dipenjara 12 tahun sebabkan kematian isteri


2010/06/22
JOHOR BHARU: Seorang kontrak ...
Syd Post at 22-6-2010 16:34



    12 tahun je penjara bunuh isteri? nape tak hukum gantung?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 05:08 PM | Show all posts
aku pun tak penah tau pasal tanah runtuh kat sini....tapi, kat genting tu aku ingat...salah satu yg  ...
piot Post at 14-2-2007 12:39


yang bas ekspress  kat genting ni aku ingat,,sbb jiran satu kampung..aku ade meninggal ..mak dan anak,,,sedih tull..bas tu rombongan dr johor kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 03:16 PM | Show all posts
huh.. akhirnya khatam gak.... amik masa 2 hari nak abiskan baca...

mmg ngeri je.... minta jauh la dari semua yg berlaku ni.. amin..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 03:51 PM | Show all posts
dalam perbicaraan tuh pun ada disentuh
pasal hubungan sulit gitu...

yang budak UKM tu, si OKT pu ...
Syd Post at 5-3-2010 12:43


tau sikit2 psl kes ni..coz my sis pernah 1 kelas dgn OKT masa kat ukm..erm, mmg ler membunuh tuh kejam..tp entah lah, rasa sayu je bila follow kes ni..teringat dulu, masa my sis konvo, ada nama OKT dlm list graduan..so tak silap, one of  his family yg amik skrol tuh..well, wut can i say, kdg2 ada jugak perkara yg tak reveal dlm kes sebegini..kat mana silap pun tak tau..erm, bkn lah nak melepaskan yg dituduh, tp at least mengurangkan hukuman sbb kdg2, like i said, still ada yg tak di reveal..but entah lah..yg bersalah tetap dihukum tak kira apa jua sebab

syd, dah dihukum ke OKT? i mean, hukum mati?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 03:53 PM | Show all posts
bolom rasanya lagie
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 03:59 PM | Show all posts
kes yg di gemencheh tau sikit2..sbb dekat dgn area rumah my family..erm, actually OKT pun mmg anak yg baik..cuma mungkin over-pressure dan maybe, halusinasi juga. sbb his sedara-mara pun cakap gitu. lgpun, dia byk lalui tekanan sepanjang hidup dia..i guess lah based on cerita yg didengar

but, still tak dpt bygkan mcm mana dia boleh bwk arwah bapa dia punya kepala all the way sampai tampin..before that dia sempat singgah kat kedai ekonomi beli beg..then naik moto sampai tampin, then naik bas ke kl..erm, i was very familiar dgn area tuh..entah lah, hanya dia dan Tuhan je tau..

tapi actually anak-anak yg mcm ni perlu diberi perhatian..i mean, tak kisah lah bijak pandai ke, tak bijak ke, family kena ambil tau..sbb tekanan ni tak kenal siapa..sesiapa pun boleh kena..so mencegah lebih baik dari mengubati

just my 2 cents..

Al-Fatihah utk semua mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 09:28 PM | Show all posts
http://www.youtube.com/watch?v=N-KO8XTy8mU

sapa ada kisah psal nie?ni bkn dibunuh tapi terbunuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 09:34 AM | Show all posts
Kemalangan Helikopter yg pernah terjadi di Damansara K.Lumpur semasa kerja kerja pemasangan Menara pemancar Maxis satu ketika dulu.-1997

Dlm kejadian itu 5 org terbunuh termasuk seorang kanak²di bawah lokasi kejadian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2010 03:50 PM | Show all posts
Ngeri betul bila baca kes bunuh2 nie...

Syd... respect la dgn u.. rajin u cari info..

masa kes 2nd wife Raja Dihilir Perak kena bunuh tu.. on the same day mayat dijumpai, kebetulan mayat my nephew pun baru orang jumpa di ladang pisang... kena bunuh dan bakar.... kesian kat kakak aku, coz itulah satu-satunya anak lelaki yang dia ada.. arwah my nephew masa tu baru 18 tahun..

masa jumpa, mayat dia dah berulat dan hampir keseluruhan badan dah terbakar... muka dah tak boleh nk dicam lagi... kakak aku cuma camkan kepala tali pinggang dia dan cincin yg dia pakai masa tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 11:09 AM | Show all posts
area tu mmg area orang buang mayat ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 02:12 PM | Show all posts
area tu mmg area orang buang mayat ker?
Syd Post at 1-7-2010 11:09


Entah la aku pun tak tau..
  kejadian my nephew berlaku kat Negeri Sembilan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 03:58 PM | Show all posts
lagi lagi..boss xde nih..lagi lagi..heheh

kan ade kes pesawat TUDM,ape name ntah yg terhempas kat laut tuh..pas sminggu baru jumpe mayat pilot tuh kt pantai kat pahang..

ke aku merepek je..tapi memg betul ade..xigt bila..tapi memg ada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 2.103158 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list