CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 6-4-2012 03:20 PM | Show all posts
correct...tmbh lg syd...please
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2012 06:14 PM | Show all posts
'Cold' Rape and Murder Cases: 16 Years and still Unsolved

WHILE a suspect has been charged in the rape and murder of Canny Ong, there are several other equally high-profile rape and murder cases dating back to nearly two decades ago which remained unsolved till today.

These cases were widely reported at the time they occurred and many people were shocked at the brutality and violence committed against the victims.

The Sunday Mail highlights here a few of the cases in the hope that it will jolt peoples’ memories and hopefully, new information will be given to the police which would help in the arrest of the killers.

The cases are:

* April 1987: Ang May Hong, 10, was raped and strangled after leaving her home to buy breakfast in Jalan Ipoh in Kuala Lumpur. After a few hours of searching, her father, Seng Hoo, found May Hong’s bloodied body – naked and with a piece of wood thrust into the lower part of her body – sprawled in an unoccupied house about 200 metres from his home. The murderer, suspected to be a dadah addict using abandoned houses as his haunt, has not been caught despite nationwide outcry over the brutal murder.

* May 1999: Audrey Melissa Batinathan, 17, a Form 5 student of Methodist Girls School in Kuala Lumpur, was raped and murdered near a Tenaga Nasional sub-station in Jalan Kinabalu on her way to school. A post-mortem revealed that she was battered on the head, raped and strangled. The murderer has yet to be arrested although police has released a photofit of the suspect identified as a 30-something curly haired dadah addict named Chris.

In July 2001, Audrey’s mother Margaret Francis received an undisclosed amount of money from the Government in an out-of-court settlement related to a negligence suit brought by Francis against the headmistress of Audrey’s school and the Government. She claimed both parties had an obligation and responsibility towards Audrey’s safety and that her death was due to the defendants’ negligence.

* February, 2002: Restaurant helper Mahmuda Sultanah Mofizuddin, 35, and her three children were found dead in their rented shophouse in Selayang Baru, Selangor. Post-mortem report indicated that Mahmuda, who died of rib fracture and head injuries after having her head banged repeatedly on the floor, was raped. Her children, seven-year-old twin girls, were strangled with a towel while their five year-old brother was strangled with bare hands.

A month later, three suspects were remanded by police for investigation but have since been released on bail pending further investigation.

City Deputy Criminal Investigation Department Chief Assistant Commissioner Syed Ismail Syed Azizan said that unsolved criminal cases remain open as long as the perpetrators are not caught.

“As long as no suspect is arrested and charged, a case remains open. We never close criminal cases and this include murder and/or rape cases.

“Unlike civil cases which have a statutory limitation of seven years, whereby the file of a case is closed after seven years, criminal cases have no time limit.”

While Syed Ismail did not disclose the oldest unsolved criminal case, he said: “We do keep track of these cases by putting the details of the suspects on our wanted list. We have our format.”

The details include specific information such as the names or IC numbers of the suspects. If and when the specific information appears on a police computer database during a routine check, then the person would be brought in for further investigation.

“Let’s say a man was stopped by a policeman in Alor Star during a routine check and the police has reason to suspect that the man, based on his personal details, is wanted for a crime committed in Kuala Lumpur, the man will be detained and turned over to the KL police.

“Information about the suspect/s is not confined to or ‘buried’ in the respective files because we circulate it through the computer and other means of communication. There has been instances where suspects were positively identified through this process.

“The public can also help the police in fighting crime by forwarding any information on a criminal case, current or otherwise, to the nearest police station,” adds Syed Ismail.

Following the arrest of the 27-year-old suspect, Ahmad Najib Aris, in the rape and murder of Ong, police announced that they have re-opened “cold cases” (files of unsolved crimes) on sex-related murders reported in the Klang Valley. Victims and witnesses to such crimes have been asked to come forward to provide information.


tq : http://www.usj.com.my/bulletin/u ... Cold-Cases-Unsolved
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 12:41 AM | Show all posts
ala SYD yg ni da tau...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 04:05 PM | Show all posts
Mustakizah Yang Aku Kenali
Posted On Saturday, July 23, 2011 By rusliesophian. Under Blogging   

Mustakizah

Rasanya tentu ramai yang masih ingat kes pembunuhan Mustakizah yang berlaku pada 14hb November 1988 dulu. Mengikut sumber, arwah dibunuh ketika sedang membasuh kereta di halaman rumahnya.


Kenapa dan bagaimana beliau dibunuh dan siapa pembunuhnya tak perlulah kita bincangkan di sini. Meskipun banyak spekulasi yang lontarkan…., ini adalah kes polis dan biarlah pihak berkuasa yang uruskannya meskipun sehingga kini ia masih tergantung! Aku hanya ingin mencatatkan arwah yang aku kenali secara peribadi.

Ketika itu, 1983 aku masuk bertugas sebagai Penolong Pengurus Jualan di BMW Conccessionares berpejabat di Wisma MCA, Jalan Ampang. Mandat pertama, aku ditugaskan untuk kendalikan semua 18 orang Eksuketif Jualan. Ini termasuklah arwah yang ketika itu salah seorang daripada eksuketif jualan di situ.

Pertama kali aku panggil beliau ke meja aku untuk perbincangan prospek dan jualan, beliau seorang yang amat

Arwah Mustakizah ketika berkunjung raya ke rumah kami.

menghormati ketua atasan dan mudah bekerjasama. Sikapnya jujur serta suka berterus terang dan tidak suka mengampu.



Namun di sebalik itu, hatinya keras. Dia bukan jenis yang suka bermuka-muka dan mudah makan pujuk. Wanita berbadan kecil molek ini pantang dicabar. Kata-katanya adalah keramat dirinya. Dalam apa pembahasan, suaranya agak nyaring dan lantang. Ini membuatkan lain-lain eksuketif jualan tidak berani usik prospek jualannya.

Dia hanya satu-satunya eksuketif jualan wanita di situ. Maka tidak hairanlah ramai pelanggan-pelanggan lelaki cuba mengambil kesempatan. Kebiasaannya wanita cantik berbadan kecil, di tambah pula berpakaian exclusive dan trendy  memang sukar untuk kita mengenali status diri mereka. Maka tidak hairanlah segelintir wanita-wanita bekerjaya di kota-kota besar terjebak dalam skandal.

Arwah Mustakizah atau lebih mesra dengan panggilan Mus, secara jujur menceritakan pada aku yang dia adalah isteri kedua seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Di mana dan bagaimana mereka berkenalan, aku tak pernah tanya. Tapi acap kali juga dia ajak aku keluar lunch bersama suaminya.

Namun pintu hati aku tertutup. Aku tak pernah keluar makan bersama mereka. Kerap juga Mus luahkan yang aku senang dapat projek kalau baik dengan menteri. Dan dia akan pastikan suaminya bantu aku dalam apa-apa projek yang aku ingini.

Arwah Mustakizah

Ketika itu, dalam tugasan yang sibuk dengan gaji dan elaun yang lumayan, tak terlintas di fikiran aku untuk dapatkan apa-apa projek. Aku sudah selesa dengan kerjaya aku. Lagipun aku memang tak minat politik. Meskipun Mus pernah beritahu aku yang suaminya ingin berjumpa aku, tapi aku tolak dengan baik.

Sifat arwah apabila seseorang baik padanya, dia akan sepuluh kali baik pada kita. Dalam hal ini memang banyak aku membantu dia. Tetapi sebenarnya bukan dia seorang sahaja. Bahkan semua staf di bawah aku bantu seberapa daya upaya. Terutama sekali eksuketif jualan apabila kereta-kereta yang tiba dari German masih tersangkut di bonded warehouse di Pelabuhan Kelang, atau A/P kereta itu masih belum dapat kelulusan daripada JPJ.

Meskipun bahagian itu adalah tugasan department lain, tetapi kelewatan itu akan menjejaskan jualan kami. Jadi aku terpaksa turun padang untuk segera selesaikan semua masalah berbangkit. Kadang-kadang sifat aku tidak disenangi oleh department lain, tapi yang penting department aku berjalan lancar. Jualan kami tidak terbantut oleh hal-hal remeh-temeh.

Pernah aku bantu Mus selesaikan masalah berkaitan pembelian sebuah BMW 735i oleh seorang usahawan daripada

Mustakizah dan rakan-rakan BMW berkunjung rumah ku.

Kelantan. Pelanggan memberi tempuh dalam dua hari sahaja, sekiranya tidak dia akan batalkan pembelian. Maka aku terpaksa all out selesaikan masalah ini dalam mempastikan road-tax kereta baru keluar dari JPJ dalam tempuh itu.

Di atas sebab itu hubungan aku dengan arwah Mustakizah agak rapat. Tetapi tidak lebih sebagai rakan sekerja. Aku tak pernah tahu di mana dia tinggal. Aku tolak pelawaan lunch bersama suaminya. Jauh sekali menerima apa-apa hadiah atau cenderahati daripada beliau. Ada tidakpun hanya sekali keluar makan malam bersama beliau dan pelanggan BMW735i selepas dia dapat kereta dalam tempuh yang diberinya. Itupun kebetulan pelanggan itu adalah pemilik sebuah restoran mewah di Dayabumi.

Selepas kami kena retrenched akibat kegawatan ekonomi negara pada tahun 1987, kami tidak bersua muka lagi. Ada tidak beberapa bulan sebelum kes pembunuhan berlaku, arwah ada telefon ke rumah aku bertanya khabar. Katanya dia sekarang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat penerbitan video berpejabat di Damansara Utama dan akan menerbitkan siri-siri drama Melayu untuk stesyen TV secara besar-besaran. Aku hanya ucapkan tahniah pada beliau.

Sehinggalah berita pembunuhan beliau tersebar di media, aku terkejut…!!! Aku doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 09:35 PM | Show all posts
Reply 1204# anaktoyol


   bestnye. lg la
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 05:02 PM | Show all posts
Atlast lepas mrempit benang ni dri pagi hbs gak aku mbaca.. rasa nak mgalir air mata baca thread ni.. Al fatihah buat semua mangsa..semoga roh kalian aman di alam sna...paling sedih & rasa nak mraung bila mbaca kes2 yg mlibatkan bayi2/kanak2 kecil...
Buat pelaku2 yg bhati syaitan tu, didunia korg tlepaslah..korang tunggu lerr azab kat akhirat...sukati korg jerrr memusnahkan hidup org2 yg x bdosa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2012 01:22 PM | Show all posts
Reply 1204# anaktoyol


   berkaitan dgn MJMA kan?........menteri ni dah meninggal tpi ade 2 bini kan?.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 02:23 PM | Show all posts
kes Mustakizah da ada kt page depan...anyway tq for sharing again
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2012 02:24 PM | Show all posts
Reply  anaktoyol


   berkaitan dgn MJMA kan?........menteri ni dah meninggal tpi ade 2 bini kan ...
martiena Post at 18-4-2012 13:22


Yup...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 02:26 PM | Show all posts
kes Mustakizah da ada kt page depan...anyway tq for sharing again
Emrymama Post at 18-4-2012 14:23


Yup mmg ada terbaca ....tapi artikel awal kata mustakizah mengandung benih haram....tapi artikal baru kata dia dah kawin senyap senyap dgn MJ.tu yg share balik
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 02:41 PM | Show all posts
Reply 1208# Emrymama


   page bape?......
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 03:34 PM | Show all posts
Reply 142# iscol_klang


   sori naikkan thread mendap.......just nk share......
time ni bf iols keje kat plaza hotel tu......
dia bru abes skolah n keje.....
dia ckp dia keje keje smpi double triple shift sbb xde sape pon blh kuar masuk dri hotel tu termasuk la staff sndiri.......
untung la staff yg x masuk keje lagi......
tpi hotel pakat tutup la........
sume berlegar2 kt dlm jer..........
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 02:22 PM | Show all posts
best thread..2 hari baru khatam
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 05:57 PM | Show all posts
Best2..baru je khatam..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 08:51 PM | Show all posts
banyaknye kes2 yang kekal menjadi misteri hingga hari ini...........

kes2 rogol yang sadis pun diam mcm tu je.......
nurrahayu yang di tinggalkan di pondok pengawal lepas tu di kerat dan di bakar
studen tahfiz yang dibunuh oleh lelaki yang nak merogolnya
nurul aien

dlln kes yang sepi mcm tu je

harap2 dapat pembelaan sewajarnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2012 11:37 AM | Show all posts
Jumaat Mei 4, 2012

Hukuman Mati Terhadap Lelaki Bunuh Kekasih Kekal

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang ejen perkapalan, yang mencekik teman wanitanya dan membakarnya dalam sebuah bilik hotel 10 tahun lepas, setelah wanita itu memintanya supaya menceraikan isterinya.

Rusman Sulaiman, 45, kini mempunyai jalan keluar terakhir untuk merayu keampunan daripada Lembaga Pengampunan supaya menukarkan hukuman mati terhadapnya kepada penjara memandangkan rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman mati ditolak sebulat suara oleh panel lima anggota Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria.

Bapa dua anak itu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Januari2009 kerana membunuh kekasihnya Sheeren Liao Ee Chian, 36, seorang pegawai perkapalan, di Bilik 321 Hotel Panmour Villa di Leboh Turi, Klang antara 10 pagidan 11 pada 3 Februari, 2002.

Dia gagal dalam rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Penghakiman 21 muka surat itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar yang memutuskan bahawa selepas memberi penilaian yang menyeluruh terhadap keterangan kes, terdapat keterangan ikut keadaan yang sangat besar yang menunjukkan bahawa Rusman melakukan jenayah itu.

"Kami dapati tiada kekhilafan dalam keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pendakwaantelah mewujudkan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Rusman," kata beliau,sambil menambah Rusman turut gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabahterhadap kes pendakwaan.

Hakim Suriyadi berkata, pendakwaan telah membuktikan bahawa Rusman bertemu si mati di hotel itu dan mengadakan hubungan seks, dan sebagai orang terakhir berada bersama, dia telah mencekik wanita itu.

Beliau berkata, tertuduh menyimbah petrol ke seluruh bilik dan menyalakan api sebelum beredar, turun ke bawah menuju kaunter pembayaran dan membayar bil hotel, memulangkan satu-satunya kunci bilik dan meninggalkan hotel.

"Kami berpandangan bahawa Rusman semestinya mengetahui bahawa dengan mencekik leher si mati menggunakan tuala atau malah menutup mulutnya dengan sebiji bantal, mangsa akan lemas dan mati.

"Kecederaan adalah berganda dan dilakukan di kawasan penting dengan sekuat-kuat tenaga, mengakibatkan si mati mengalami lemas lalu koma dan kemudiannya mati secara perlahan-lahan.

"Tindakan membakar bilik yang akan menghapuskan mayat, adalah 'coup de grace', memandangkan kematian kepada semati adalah pasti, apatah lagi mencacatkannya sehingga tidak boleh dikenali, adalah cukup untuk mewujudkan niat statutori. (Niat untuk melakukan pembunuhan)," katanya.

Hakim Suriyadi berkata, keterangan ahli patologi menunjukkan bahawa mangsa masihhidup ketika api dinyalakan dan asap sekadar mempercepatkan kematiannya.

Hakim turut berkata rantaian keterangan tentang bagaimana petrol dibawa ke hotel itu diperjelaskan oleh isteri Rusman yang memberi keterangan bahawa dia menyerahkan sebiji bekas Helix mengandungi petrol kepada Rusman di luar hotel.

Beliau berkata, bagaimanapun penafiannya bahawa dia berada di hotel itu membebaskannya daripada dakwaan terlibat dalam pembunuhan itu sungguhpun Rusmanmendakwa dia bersubahat.

Hakim Suriyadi berkata, isteri Rusman dalam keterangannya berkata pada hari berkenaan, kereta Rusman kehabisan petrol dan dia membantu membeli petrol untuk suaminya.

Pada hari yang malang itu, si mati meminta Rusman supaya menceraikan isterinya yang kemudian mencetuskan pergaduhan antara mereka.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Datuk Hasan Lah. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2012 11:28 AM | Show all posts
mahkamah skang nih mudah sgt
"siapa yg melakukan pembunuhan" je yg jadi perdebatan.

"kenapa" dan "siapa yg mengatur/mengarah/mengupah" pembunuhan langsung tak dibahas di mahkamah.
kesian mangsa2 pembunuhan spt altantuya dan sosilawati.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2012 12:14 PM | Show all posts
Reply 304# Syd


Kaum2 Afrika ni mmg ganas2, baik laki perempuan. Mmg patut kena bunuh dengan laki, kalau perangai mcm tu. Dah la susah nk dapat lelaki yg betul2 baik.

Org2 yg diam tak byk cakap, sabar sokmo ni bahaya bila tiba satu tahap di mana mereka boleh buat benda yg tidak tercapai dek akal.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 11:55 AM | Show all posts
sekadar berbual kosong aje.. terfikir jugak
dapat berbual secara alam maya dgn mereka yg telah pergi (dengan izin ALLAH SWT) utk mengetahui cerite dan siapa pembunuh sebenarnya..
byk rahsia terbongkarkan tp itu lah Rahsia ALLAH SWT, siapa yg tahu..
Semoga semua Hamba2 ALLAH SWT yang terkorban nie, dirahmati..
AL-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 09:04 AM | Show all posts
Nuri dijumpai, 6 terbunuh



TINJAU LOKASI: Helikopter Nuri berlegar di kawasan pesawat terhempa ...
Syd Post at 18-7-2007 09:24



   abang iols terlibat dalam operasi mencari ni... serta terlibat dalam penyiasatan kes ni...
heols kata, masa jumpe, mayat kapten yg pempuan 2 terpersok dalam sekali, tapi alhamdulillah, sorg pun xde luka, sume mayat sempurna, cuma sume terpersok ke depan nuri 2, sebab muncung depan dia terbenam dalam tanah...

geng komando abg iols berkawal kat luar nuri sebab mayat depaorg susah nak d keluarkan...
tapi masa jumpe 2, abg iols kata sebak jugak lah...

hasil siasatan ada yang x di keluarkan dalam berita.... abg iols kata ada unsur2 sabotaj....

yang len2 lupa dah, nanti le lau heols balik, iols tanya lagi kat heols kes nuri ni yek...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.084410 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list