CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
 Author| Post time 14-6-2007 05:03 PM | Show all posts
KRONOLOGI KES ROGOL DAN BUNUH MEMBABITKAN KANAK-KANAK

23 Disember 2004
Seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lengkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.
22 Disember 2004
Siti Syazwani, 9 ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia. Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.

17 Januari 2004
Murid Tahun 4, Nurul Huda Abd Ghani, meninggal selepas dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelaki, termasuk seorang pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu.

8 Januari 2004
Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.

6 November 2002
Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

13 Ogos 2001
2 remaja berusia 19 tahun merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong.

23 Oktober 2000
Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

(Sumber : Harian Metro dan Utusan Malaysia)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2007 05:11 PM | Show all posts
Datuk Norjan dibunuh -- Pembantu Menteri Sabah dijumpai di bilik hotel dengan kesan tikaman



ALLAHYARHAM Norjan Khan Bahadar (kiri). Timbalan Ketua Menteri Sabah, Lajim Ukin (bush jacket) bersama anggota polis mengusung jenazah Norjan keluar dari Hotel Shangri-La, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu selepas mangsa ditemui mati, semalam. - Gambar ZULKARNAIN SAIDIN
--------------------------------------------------------

KOTA KINABALU 11 Feb. - Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam sebuah bilik di Hotel Shangri-La di Bandaran Berjaya di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Hamdan Mohamad berkata, mayat Norjan, 52, ditemui oleh pekerja hotel pada pukul 9 pagi dalam keadaan terbaring di tepi katil dengan beberapa kesan tikaman di leher dan muka.

Katanya, siasatan awal polis menolak kemungkinan kes itu bermotifkan rompakan kerana barang kemas dan beg tangan mangsa masih berada di dalam bilik berkenaan.

Hasil tindakan pantas polis, seorang lelaki berumur 27 tahun yang disyaki ter****t dalam kejadian itu ditahan berhampiran hotel berkenaan pada pukul 1 tengah hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Iliyas Ibrahim ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya masih menyoal siasat lelaki itu daripada pelbagai sudut termasuk identitinya dan hubung kait dengan pembunuhan tersebut.

``Setakat ini polis berjaya menangkap lelaki berkenaan dan itu sahaja yang saya dapat nyatakan,'' katanya pada sidang akhbar menyambut kepulangan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dari ibu negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, petang ini.

Iliyas memberitahu, polis masih menunggu laporan bedah siasat oleh pihak Hospital Queen Elizabeth petang ini. Bagaimanapun dipercayai tikaman di bahagian leher mangsa yang menyebabkan kematian.

Norjan yang bergerak aktif dalam politik sejak zaman parti USNO, meninggalkan suami, Mohd. Salleh Khan Jaafar, berusia awal 40-an, serta tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan berumur di antara 27 dan 33 tahun.

Menurut Hamdan, sepasukan polis bergegas ke hotel itu sejurus dimaklumkan mengenai kejadian itu.

``Kesan darah ditemui pada muka mangsa dan kain cadar di bilik berkenaan, tetapi polis masih belum dapat memastikan punca kematiannya,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Allahyarham ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik dan menganggotai Kabinet Negeri semasa jawatan Ketua Menteri disandang oleh Datuk Osu Sukam pada 1999.

Beberapa anggota Kabinet Negeri juga berada di bangunan hotel sejurus mengetahui mengenai kejadian malang yang menimpa Pembantu Menteri itu.

Antara yang berada di tempat kejadian ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Lajim Ukin; Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Yahya Husin; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Abdul Rahim Ismail dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Nasir Sakaran.

Hamdan turut mengesahkan bahawa mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada kira-kira pukul 7.30 malam semalam bersama dua pembantu perempuannya.

Katanya, berdasarkan keterangan awal, mangsa dilihat minum di coffee house hotel itu bersama beberapa kenalannya pada kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Ditanya adakah kejadian itu bermotifkan cemburu, beliau berkata: ``Motif kejadian masih belum dapat dipastikan dan kita menyiasat dari semua sudut untuk mengenal pasti puncanya''.

Mengenai dakwaan berlaku pertengkaran dan jeritan semasa kejadian, Hamdan menafikan berlaku perkara sedemikian serta tidak terdapat tanda-tanda sebarang pergelutan berlaku di dalam bilik mangsa.

``Keadaan dalam bilik mangsa juga kemas dan pintu bilik juga tidak rosak,'' jelasnya.

Sementara itu, anggota polis berserta Lajim dan Nasir membantu membawa mayat mangsa keluar dari hotel pada kira-kira pukul 12.25 tengah hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2007 05:20 PM | Show all posts
Gadis mangsa culik ditemui mati ditanam hidup-hidup

BANTING 8 Mac - Misteri kehilangan seorang gadis sejak 26 Februari lalu terjawab hari ini apabila mayatnya ditemui ditanam dalam lubang sedalam 1.52 meter di tempat letak kereta yang disimen di sebuah rumah teres, Taman Perwira, Sijangkang dekat sini.

Mayat See Shew Fang, 18, ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat serta tubuhnya dibalut dengan plastik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II, Abu Bakar Mustaffa berkata, pada mulanya mangsa dilaporkan hilang oleh bapanya di Balai Polis Sungai Jarum dekat sini.

Kes itu kemudian dikategorikan sebagai culik apabila bapa saudara mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menuntut wang.

Bagaimanapun, katanya, misteri kehilangan mangsa terjawab ketika polis menyoal siasat seorang lelaki berhubung kesalahan mencuri kenderaan.

Dalam soal siasat itu, lelaki itu didapati mempunyai kaitan dengan kes kehilangan Shew Fang.

Lelaki itu kemudian membawa polis ke tempat letak kereta bersimen di sebuah rumah sebelum mayat Shew Fang ditemui.

Beliau berkata: ``Polis terpaksa memecahkan lapisan simen dan selepas lima jam mengeluarkan tanah serta batu-batu kecil di kawasan letak kereta sehingga sedalam 1.2 meter, polis menemui satu lagi lapisan konkrit.

``Apabila lapisan konkrit kedua dipecahkan, polis menemui mayat gadis itu yang diikat kaki dan tangannya serta tubuhnya dibalut dengan plastik dan selimut.''

Abu Bakar berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Laporan awal bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas kerana ditanam.

``Mangsa telah ditanam dalam lubang itu sekurang-kurangnya empat hari lalu,'' katanya.

Menurutnya, bedah siasat itu akan diteruskan bagi mengenal pasti sama ada mangsa telah dirogol.

Beliau memberitahu, setakat ini polis telah menahan lima lelaki berusia antara 20 hingga awal 40-an termasuk tiga orang yang berada dalam rumah itu.

Katanya, dua daripada lelaki yang ditahan itu adalah adik-beradik.

Menurutnya, tiada sebarang senjata ditemui dari kelima-lima lelaki ter****t dan siasatan awal mendapati mereka menggunakan jengkaut untuk mengorek lubang di hadapan rumah tersebut.

``Polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh selepas mangsa ditemui mati,'' katanya.
Reply

Use magic Report

maderline This user has been deleted
Post time 15-6-2007 12:18 PM | Show all posts
wah byk info Syd kumpulkan untuk tatapan semua...
tp kes intan tu line tak leh lupa spi skrg sbb line sebaya ngan intan tu
pastu intan pengacara kanak2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 11:14 AM | Show all posts
syd..ada info psl rusuhan kat kg medan..rasa nya ramai juga yg terbunuh..my sister in law yg duduk kat situ kate, fru berkampung kat kg medan tu hampir 4 bln..siap darurat lagi kawasan tuh mula2..

yg i tau, mulanya dr seorang mamat india yg naik motor laju n langgar satu kerusi kat majlis kawin org melayu..
then org melayu ni cam sound la kat mamat india tuh. alih2, ptg tu,mamat india tu bawak satu geng dia pi serang umah tuh..

dr cerita yg i dgr, memang teruk. masa time tuh, sape2 yg lalu je, habis kena tikam, berpuluh2 rakyat biasa mati, tapi tak kuar paper, takot rusuhan lebih besar  berlaku cam peristiwa 13 mei..

ada sape2 tau info?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2007 10:08 AM | Show all posts

Reply #92 Syd's post

Fail Jenayah Siri 4: Mahkamah tinggi tolak pengakuan bersalah Man Pendek
Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)


MINGGU lalu, Fail Jenayah menceritakan yang tertuduh kes pembunuhan Intan Yusniza Mohamad Yunus, 12, dan ibu angkatnya, Hanizah Ismail, 56; mengaku kepada polis yang dia membunuh kedua-dua beranak itu.

Pengakuan Zainuzzaman Mohamad Jasadi, 24, itu dibuat di Balai Polis Brickfields ketika disoal siasat kira-kira jam 12.30 tengah hari, 2 Julai 1991 malah tertuduh juga menunjukkan tempat dia menyembunyikan senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu iaitu batang besi selain pakaian yang dipakai ketika kejadian.

Berikutan itu, pada 7 Mac 1991, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan perbicaraan itu dipindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas pihak pendakwaan yang mengemukakan 15 saksi berjaya membentuk kes mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh menghadapi dua tuduhan menyebabkan kematian Intan Yusniza, dan Hanizah di rumah No. 74, Blok V, Rumah Panjang, Jalan Kuchai Lama antara jam 9.30 malam 22 Jun 1991 dan jam 7.42 pagi 24 Jun 1991.

Bagaimanapun, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kes pembunuhan itu menjadi semakin menarik apabila mahkamah menolak pengakuan bersalah tertuduh untuk diterima sebagai bahan bukti dalam perbicaraan kes berkenaan.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua peguam ketika 憄erbicaraan dalam perbicaraan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-6-2007 10:10 AM | Show all posts

Reply #96 tora's post

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 07:42 PM | Show all posts
thanks syad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2007 04:33 PM | Show all posts
Fail Jenayah Siri Akhir: Penganggur dihukum gantung sampai mati
Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)


SELEPAS lebih setahun sejak kes pembunuhan Pengacara Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM), Intan Yusniza Mohamad Yunus, 12, dan ibu angkatnya dilaporkan akhbar, mahkamah yang bersidang hampir mencapai kata putusnya.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Ogos 1992 akhirnya membebaskan Zainuzzaman Mohd Jadasi daripada tuduhan membunuh Hanizah Ismail, 56, ibu angkat Intan Yusniza Mohamad Yunos yang turut dibunuh pada Jun 1991.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Zainuzzaman membela diri terhadap tuduhan kedua membunuh Intan.

Hakim membebaskan lelaki itu daripada tuduhan membunuh Hanizah, selepas lima daripada tujuh juri yang bersidang selama setengah jam memutuskan dia tidak bersalah.

Dalam perbicaraan sebelum itu, Zainuzzaman didakwa membunuh Hanizah di rumah bernombor 74, Blok V, Rumah Panjang, Jalan Kuchai Lama di sini di antara 22 dan 24 Julai tahun lalu.

Mokhtar berkata, pihak pendakwa gagal membuktikan secara positif bahawa lima utas gelang yang dijumpai di rumah tertuduh adalah kepunyaan mangsa.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan Zainuzzaman membela diri terhadap tuduhan kedua membunuh Intan, 12, di rumah bernombor 74, Blok V, Rumah Panjang, Jalan Kuchai Lama antara 22 dan 24 Julai 1991 kerana pendakwa raya berjaya membuktikan tertuduh mempunyai kaitan dengan pembunuhan Intan menerusi rantai berukir 慖ntan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 03:23 PM | Show all posts
aku tak leh terima bila pembunuh kanak2 leh terlepas....:@

kat akhirat nanti...tau le nasib ko!:@
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 11:37 AM | Show all posts
nak tengok gambar INTAn.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 01:52 AM | Show all posts
intan yusniza tu sebaya aku tu, seriusly masa dia kena bunuh baru aku tau dia umur 12 tahun,sebab tgk dalam tv macam budak sekolah menengah dah, matang semacam aje.....aku pun masa darjah nam selalu gak layan kelab kanak kanak angkasapuri tu ,tak ingat sangat tapi rasanya pagi sabtu sebab aku selalu ponteng gathering pengakap...

menteri di kementerian penerangan time tu ada karang sajak/lagu utk intan nie...sayang betul kat intan..

[ Last edited by  AzusaFuyutsuki at 27-6-2007 01:56 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 09:54 AM | Show all posts



credit: http://melayump3.multiply.com/photos/photo/608/3

[ Last edited by  Syd at 27-6-2007 09:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 03:24 PM | Show all posts
cumel arwah intan ni. baya aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 03:57 PM | Show all posts
Farmhouse murders: Son-in-law charged

Tuesday, June 16, 1998

By Thanam Visvanathan

PONTIAN, Mon. - A lorry driver, a relative of the victims of the horrific Benut farmhouse killings, was charged in the magistrate's court today with their murders.

Khasiran Jamari, 27, of Kampung Parit Wagiman, Benut, was charged with the murders of his father-in-law, smallholder Ridlian Mansor, 55; his mother-in-law, housewife Rosnah Asari, 46; the couple's daughter Hamsah, 20, and their son Mohd Azizul, eight.

He is alleged to have committed the killings at the victims' home in Kampung Parit Hussin, Lubok Sipat, Benut, between 7pm and 10pm on June 7.

He was charged under section 302 of the Penal Code which carries the mandatory death sentence.

Khasiran, a father of a five-month-old child, is married to Ridlian and Rosnah's eldest daughter.

He was arrested just after midnight on Friday - two days after the victims' partly decomposed bodies were discovered by Hamsah's contractor fiance Md Zali Tarhib and her sister Misiah.

Magistrate Mohd Haldar Abdul Aziz set July 15 for the mention of all four charges. He also ordered Khasiran to be held at the Ayer Molek prison in Johor Baru, pending the transfer of his case to the Johor Baru High Court.

Chief Inspector Chung Seng Yung led the prosecution, while Khasiran was unrepresented.

A crowd of about 80 people had gathered at the normally quiet Pontian magistrate's court.

Khasir arrived at the courthouse in a police van escorted by two police cars. As he alighted, the crowd rushed forward in the rain to have a look.

Plainclothes and uniformed policemen quickly surrounded him and whisked him into the courtroom.

With Khasiran's arrest and charging, police here have officially closed the file on what Pontian district police chief Superintendant Gingkoi Seman Pancras described as "the most vicious, cold-blooded and brutal murders" in Pontian.

The bodies of Ridlian, Rosnah and Mohd Azizul were found stacked on a bed in one of the bedrooms. They had been hacked on their necks and bodies, and Ridlian's and Azizul's heads were almost severed.

Hamsah's semi-nude body was found in another bedroom, with a towel stuffed in her mouth, a pillow on her face and strangulation marks on her neck.

She was believed to have died of suffocation and shock while being raped.

The circumstances of their deaths, in a community where even petty crimes are rare, left the people in Benut stunned, and police had offered a RM20,000 reward for information on the person responsible for the killings.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 03:58 PM | Show all posts
Man sentenced to death for murdering four people

JOHOR BARU: Labourer Khasiran Jamari, 36, was sentenced to death by the Seccions Court here for murdering four people.

He was charged with having murdered his parents-in-law, sister-in-law and brother-in-law in 1998.

He is appealing against the sentence.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2007 11:35 PM | Show all posts
pembunuhan Altantuya masuk list gak..kaboom
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 04:05 PM | Show all posts
dulu aku ader dengar pasai kes bunuh keluarga india yang dah convert masuk islam.
Pastu family diorang kena ganggu je ngan orang2 hindu (kiranya suh masuk hindu balik la). Aku tatau cite lanjutnye cuma yang aku tau diorang ni disorokkan kat dalam satu kontena (kononnya ada individu tertentu yang tolong diorg melarikan diri). Ntah mcm mana kantoi. Katanya diorg satu family mati terbakar dlm kontena tu.

sape tau cite ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2007 03:07 PM | Show all posts
Kumpulan lelaki berjubah putih bersenjatakan pedang melibas 23 orang termasuk 14 anggota polis


Jejak: Balai Polis Batu Pahat sasaran amuk 15 lelaki
Oleh Nasron Sira Rahim




SUASANA damai di perkarangan Balai Polis Batu Pahat, Johor, pada pagi 16 Oktober 1980, tiba-tiba saja bertukar cemas dan kecoh!

Darah kelihatan mengalir membasahi ruang balai dan jeritan kesakitan memenuhi ruang udara kawasan berkenaan sehingga menggemparkan setiap penghuni di lokasi itu.

Sekumpulan 15 lelaki yang tiba-tiba saja memasuki balai itu kira-kira jam 9.30 pagi masih tidak menghiraukan keadaan mangsa yang perit menahan luka membisa sebaliknya mereka terus menghayunkan pedang dan pisau bagaikan orang kerasukan.

Sebaik Teksi Mercedes Benz yang dirampas sembilan daripada ahli kumpulan itu berhenti di depan balai polis, mereka terus keluar dan seorang demi seorang penghuni termasuk anggota polis yang terpinga-pinga melihat kehadiran kumpulan berkenaan, dilibas sehingga darah terpercik ke merata arah.

Lima minit kemudian, sebuah lagi kereta Mazda 808 yang turut dirampas, masuk mengikut pintu belakang balai dan enam lagi ahli kumpulan itu turun dan menyertai amukan.

Dengan pakaian menutup sebahagian kepala, kasut getah, pedang yang semuanya berwarna putih termasuk sarung pedang bersalut kain putih dan bertulis ayat dua kalimah syahadah, mereka terus menggila.

揂llahhuakbar!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2007 03:29 PM | Show all posts

Reply #31 Syd's post

Jejak - Ribut Greg
Oleh Nasron Sira Rahim

PADA mulanya ia hanya desiran angin yang sesekali mengutuskan rasa nyaman di kalangan penduduk beberapa daerah terutama di Keningau, Sabah.

Kemudian, desiran angin mula disertai hujan yang lebat mencurah. Dentuman guruh dan paluan kilat mengiringi bertalu-talu. Seterusnya dalam kegelapan malam, ketika jam menunjukkan sekitar 4 pagi pada 26 Disember 1996, angin itu mula berdesir semakin laju dan laju sehingga mencecah 80 kilometer sejam.

Rumah dan kediaman di beberapa daerah sekitar Sabah terutama di Keningau mula runtuh dilanda kelajuan angin berkenaan; pelbagai objek mula berterbangan, air sungai mula melimpah dan banjir kilat besar berlaku.

Angin sudah menjadi sesuatu yang menakutkan pada malam itu, ia sudah menjadi ribut ganas. Kebanyakan penduduk yang sedang tidur ketika itu mula terjaga dalam ketakutan.

Suasana terus menjadi kelam-kabut dan riuh-rendah suara jeritan penduduk yang cemas tenggelam dalam ribut yang semakin menggila. Seolah-olahnya alam sedang mengamuk malam itu, tidak pernah petaka sedahsyat itu berlaku di kawasan terbabit sebelum ini.

Segera penduduk meluru keluar dari rumah dalam himpitan perasaan penuh cemas dan takut. Meredah ribut dengan paluan angin dan tikaman air hujan tanpa henti, mereka berlari untuk mendapatkan perlindungan.

Pada malam itu, satu tragedi yang paling dahsyat direkodkan berlaku di negara ini, tidak pernah tragedi seteruk itu berlaku sebelum itu.

Ribut Tropika Greg melanda Sabah dengan kawasan paling teruk terjejas adalah Keningau manakala Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Tuaran, Beaufort hanya mengalami kerosakan agak kecil.

Bencana alam itu dipercayai mengorbankan mangsa paling ramai dalam sejarah tragedi bencana alam di Malaysia; lebih 200 mangsa terkorban dan 102 lagi hilang dalam ribut yang berlaku selama kira-kira lima jam saja, bermula jam 1 pagi dan berakhir sekitar 6.30 pagi.

Di Keningau, kemusnahan dua kampung berhampiran Sungai Pampang iaitu Kampung Pampang dan Limbawan ibarat 憄adang jarak padang tekukur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.282472 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list