CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 9-6-2007 05:20 PM | Show all posts
pembunuhan pengacara rancangan kanak2 rtm...intan err..intan apa la lupa lak..aku baca citer ni dh 2 minggu dah kluar dlm berita  minggu..ker mingguan malaysia..
esok episod ke 3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2007 06:59 PM | Show all posts
ekceli aku korek semua gambar2 ni dari majalah dewan masyarakat 1988 kalo tak silap aku...dah lama nak kongsi dgn korang tapi tak terkongsi lagi...mudah2an dapat manfaat bersama...


TOP MURDER #1


TOP MURDER #2


TOP MURDER #3

nota kaki:
8 Mei 1984 - Dua orang adik-beradik berumur 11 dan 4 tahun dijumpai mati dalam lubang tandas di sebuah rumah jiran mereka di Kampung Muhibbah, Batu Pahat. Allahyarham adik Azman Wardi dan Samiah Wardi telah dilaporkan hilang beberapa hari dan dianggap mereka telah diculik. Tragedi pembunuhan itu telah membongkar hubungan sulit antara Salmah dan Samsir (gambar). Mereka dihadapkan ke mahkamah. Samsir didapati tidak bersalah dan mahkamah membebaskannya. Sejurus pembebasannya, Samsir ditahan di luar mahkamah untuk didakwa dalam kes pembunuhan yang lain pula.
(yg ni nota pengarang dewan masyarakat, aku sendiri tak tak ape sebenarnye ending kes dia nih)



p/s: syd, sebenarnye pm aku rosak selama nih..ntah camne baru2 ni baru ok..so, pm ko adalah yg berlonggok dlm gerobok pm aku...tapi still aku takleh reply, ntah ape hal la...posting ni kiranya macam menyahut seruan ko gakla...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2007 07:25 PM | Show all posts
TOP MURDER #2


Peristiwa imuniti raja-raja dimahsuhkan

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D3
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2007 08:06 PM | Show all posts
TOP MURDER #4


nota kaki:
15 Oktober 1980: Lapan orang lelaki daripada sekumpulan 20 orang yang berpakaian serba putih & bersenjatakan pedang ditembak mati semasa menyerang & mengamuk di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat. Tujuh orang yang terkorban dipercayai Melayu & seorang lagi pelarian Islam Kampuchea. Dalam tragedi itu 24 orang tercedera termasuk 11 orang cedera parah. Yang cedera parah ialah seorang perempuan yang sedang menangdung, enam kakitangan awan di Ibu Pejabat Polis itu, seorang budak pejabat & dua orang yang sedang membuat aduan. Kumpulan itu dikatakan fanatik agama.
* Gila punya kerja

TOP MURDER #5


14 April 1982: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Taha Abdul Talib Mati ditembak di rumahnya di Sri Asahan, Gemenceh, Negeri Sembilan. Allahyarham dijadual mempertahankan kerusi Dun Gemenceh bagi kali keenam dalam pilihanraya umum 22 April 1982


23 Julai 1983: Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim gagal dalam rayuannya terhadap kesalahan membunuh Datuk Taha Talib pada 14 April 1982. Datuk Mokhtar dijatuhi hukuman mati bersabit kesalahan pembunuhan itu. Bagaimanapun pada 2 Mac 1984 Datuk Mokhtar diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong supaya beliau dihukum penjara seumur hidup. Kemudian Lembaga Pengampunan meringankan hukuman kepadanya menjadi 10 tahun penjara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 03:44 PM | Show all posts

Reply #85 iscol_klang's post

kalau ko tgk tarikh pm aku
selama tu lah aku sentap ngan ko

ingat ko eksen ngan aku

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 03:46 PM | Show all posts

Reply #85 iscol_klang's post

shamseer tu dibebaskan...

:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-6-2007 03:49 PM | Show all posts

Reply #57 huruhara's post

kat thread lagi satu

pembunuhan2 versi malaysia ada kisah ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 04:19 PM | Show all posts

Reply #88 Syd's post

ceh...tak kuasa aku nak eksen2...
bole lak sentap2 tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2007 04:21 PM | Show all posts


mmg aku sentap
mujor aku tak ngadu kat si sayang mulut

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 04:38 PM | Show all posts

Reply #76 Syd's post

Fail Jenayah Siri 3: Penganggur dituduh bunuh Intan, ibu angkat


PADA 12 Julai 1991 iaitu selepas 18 hari mayat Pengacara Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM), Intan Yusniza Mohamad Yunus, 12, dan ibu angkatnya ditemui, seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Zainuzzaman Mohd Jasadi, 24, dihadapkan bagi tuduhan sementara - membunuh Intan dan ibu angkatnya, Haniza Ismail, 56, di rumah nombor 74, Blok 5, Rumah Panjang, Kampung Seri Budiman, Jalan Kuchai Lama antara jam 9.30 malam 22 Jun 1991 dan 7.42 pagi 24 Jun 1991.

Lelaki bertubuh kecil dan rendah dengan ketinggian kira-kira 1.63 meter itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang ditahan pada 1 Julai 1991, tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dengan diiringi anggota polis manakala tiada saudara-mara tertuduh yang hadir di mahkamah.

Seterusnya perjalanan kes perbicaraan membabitkan lelaki itu terus mendapat liputan media dan menjadi tumpuan masyarakat yang ingin mengetahui sama ada benar lelaki itu bersalah serta apa sebenarnya yang berlaku pada malam pembunuhan.

Mahkamah pada 28 Oktober diberitahu yang siasatan awal mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah akibat kecederaan teruk di kepala sehingga berlakunya pendarahan otak, berikutan dipukul senjata tumpul.

Selain di kepala, kedua-dua beranak itu tidak mengalami kecederaan di bahagian lain tubuh mereka. Mangsa juga dipercayai meninggal dunia, dua atau tiga hari sebelum mayat mereka dijumpai.

Turut dimaklumkan kepada mahkamah adalah bedah siasat ke atas Haniza yang berlumuran darah pada sebelah kiri tubuhnya, menemui lima koyakan dan dua lebam akibat dipukul di bahagian telinga kiri. Kepalanya pula retak di tiga bahagian akibat gegaran di sebelah kanan.

Bedah siasat mayat Intan pula merekodkan beberapa lebam di kepala dan leher selain pendarahan di luar kulitnya. Ada tidak kurang daripada empat lebam dan beberapa calar di muka dan leher Intan selain lima luka di sebelah kiri kepala dan telinganya.

Tengkorak Intan pula berkecai di beberapa tempat dan otaknya mengalami pendarahan secara menyeluruh berikutan dipukul benda tumpul. Kesan lebam turut dikesan pada paha dan tepi kemaluan Intan tetapi ujian sperma ke atas kedua-dua mayat itu adalah negatif.

Sidang mahkamah 29 Oktober 1991 diberitahu saksi pendakwa yang tertuduh mengaku kepada polis yang dia membunuh kedua-dua beranak itu. Pengakuan itu dibuat di Balai Polis Brickfields ketika disoal siasat kira-kira jam 12.30 tengah hari, 2 Julai 1991.

Tertuduh juga dikatakan bersetuju menunjukkan tempat beliau menyembunyikan senjata yang digunakan dalam kejadian itu lalu membawa polis ke rumahnya di Jalan Kuchai Lama.

Tertuduh kemudian membawa polis ke sebuah bilik belakang rumah itu lalu menunjukkan sebatang besi paip di bawah almari serta sehelai baju T biru yang dipakai ketika dia melakukan pembunuhan itu.

Minggu depan: Mahkamah menolak pengakuan bersalah tertuduh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 07:29 PM | Show all posts
nih kes pembunuhan ngeri baru jer berlaku kat tempat aku dua minggu lalu.berlaku kat sebuah pondok janakuasa letrik di kawasan tengah bandar,berdekatan dengan stesen bas di sandakan.aku tak dapat carik berita lanjut dari mana mana akhbar tempatan kat kawasan aku,mahupun akhbar nasional.....

orang ramai kelihatan berkerumun dan ada yang loya melihat mayat yang ditemui separuh reput dan berulat yang ditemui di dalam sebuah pondok pencawang letrik di tengah bandar,berdekatan dengan stesen bus..........kelihatan kepala mayat seperti ditetak dan tengkorak kepalanya yang sudah dikerumuni ulat itu pecah akibat tetakan parang,dan badannya menunjukkan kesan tikaman bertubi tubi.punca yang diketahui,mungkin kes bunuh dan balas dendam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 01:03 AM | Show all posts

Reply #93 GRINDSAKHTANIC's post

sebenarnye banyak gile kes bunuh yg tak kuar paper...kalo nak tunjuk semua kat paper memang tak muat nak letak berita sukan, hiburan semua...

dulu penah jumpe mayat terapung kt taman tasik sri gombak tuh...polis semua datang, tapi tak kuar paper pun...yg kite tengok kat paper tu either vip/vvip punye murder, atau pun murder yg gile2 punye kejam, atau pelik2 punye kejam, atau yg kreatif, atau yg memilukan atas sbb emosi (mak bunuh anak, etc)..yg bunuh biasa2 ni tak kuar tv...ntah2 polis tutup terus kes...so, nak harap jadik mcm csi yg siasat joe/jane doe tu memang takdela...kalo takde kepentingan, utup je buku...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 04:24 PM | Show all posts
rasanya ada lagi satu tragedi helikopter terhempas.. baru jgk lagi.. thn 2000-an ke bila ntah..
yg body salah sorang penumpang yg terbunuh tu tak jumpa.. last2 panggil ustaz / org alim kann..
dan ada citer2 pasal tu..rasa baca kt forum sini jgk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2007 08:39 AM | Show all posts

Reply #59 rosa_canina's post

yang kat bario tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 08:56 AM | Show all posts
yes..betul.. helikopter yg sepatutnya dato' adenan satem naik..
tp tak jadi.. kann.. dgrnya dia buat kenduri doa selamat lps tragedi tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2007 09:19 AM | Show all posts
jap,
ada buat posting pasal tu
tu hari. nak p amik jap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2007 10:04 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by Syd at 25-5-2007 03:33 PM
Lelaki culik kanak-kanak dipenjara 15 tahun
Oleh ROSMAWATI MION

ALOR STAR 23 Mei
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2007 10:16 AM | Show all posts

Reply #61 rosa_canina's post

Bahrim - Harungi misteri Segi Tiga Borneo
Tarikh dan masa dimuaturun Tuesday, November 30, 2004 Jam 09:15


ADA yang menggelar kawasan ini Segi Tiga Borneo bagi menyamakannya dengan misteri Segi Tiga Bermuda di Lautan Atlantik. Terletak di antara Bario, Pa'lungan dan Gunung Murud di Sarawak, kawasan tersebut cukup digeruni oleh ramai juruterbang yang sering berulang-alik antara Bario dengan Ba'kelalan.

Mereka menyifatkan tugas menerbangkan pesawat di situ sebagai amat mencabar kerana ia menjanjikan 1,001 kemungkinan kepada juruterbang yang bakal melaluinya. Tidak ada apa yang boleh dijangkakan dengan tepat jika melalui laluan itu, baik dari segi cuaca mahu pun tiupan angin kerana kedua-dua fenomena alam itu boleh berubah dengan pantas. Kedudukannya yang tinggi dari aras laut iaitu melebihi 600 meter, ditambah bentuk muka bumi bergunung-ganang menambahkan lagi kesukaran kerana ia menyempitkan ruang penerbangan yang ada.

Kawasan itu juga memang terkenal dengan fenomena angin lintang yang boleh menyebabkan pesawat hilang kawalan. Malah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sendiri mengakui kawasan berkenaan memang terkenal sebagai kawasan berbahaya sejak zaman pemerintahan British lagi. Sekiranya pesawat terhempas di kawasan tersebut, harapan mangsa untuk hidup adalah tipis jika lambat diselamatkan. Mangsa mungkin boleh bertahan beberapa hari dengan memakan serangga dan pucuk-pucuk kayu tetapi faktor cuaca yang terlalkan keadaan.

Di situ, suhunya adalah antara 14 hingga 16 darjah Celsius dan di dalam hutan tebal tentunya lebih sejuk. Bentuk geografi yang bertebing curam pula menyukarkan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR). Untuk sampai ke lokasi sejauh satu kilometer sahaja memerlukan masa sekurang-kurangnya empat jam. Bagi operasi dari udara, faktor cuaca yang berkabus dan pokok rendang mengehadkan penglihatan juruterbang memantau lokasi kejadian.

Koperal (U) Bahrim Ahmad, 26, pernah mengalami sendiri apa yang diperkatakan itu. Beliau merupakan anggota Skuadron Penyelamat Tempur Udara (CAR) dari Pasukan Khas Udara (Paskau) yang berpangkalan di Labuan. ``Ia berlaku semasa saya menyertai misi SAR helikopter terhempas pada 15 Ogos lalu,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semasa menyertai Eksesais Perantau (Ex-Perantau) Siri 02/2004 di Gerik, Perak baru-baru ini.

Dalam kemalangan itu, sebuah helikopter jenis Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dalam misi menghantar anggota tentera yang terlibat dalam Ops Jagakawan dari Miri ke Ba'Kelalan terhempas di kawasan hutan belantara dan pergunungan Long Seridan. Tiga orang terkorban iaitu juruterbang, pembantu juruterbang dan kuarter master, manakala tujuh penumpang cedera. ``Pasukan saya menerima arahan menyelamat mangsa helikopter terhempas pada 15 Ogos, pukul tiga petang.

``Bagaimanapun, kami tidak dapat menjalankan operasi pada hari yang sama kerana arahan diterima agak lewat. ``Operasi menyelamat tidak boleh dilakukan dalam cuaca gelap kerana merbahaya,'' jelasnya. Keesokan harinya, beliau dan tujuh rakan sepasukannya berlepas ke tempat kejadian pada pukul tujuh pagi dengan dua helikopter Nuri. Penerbangan dari Labuan ke Long Seridan memakan masa kira-kira sejam.

Sampai di lokasi yang dipercayai kawasan kemalangan, mereka berpecah untuk melakukan teknik mencari dan menyelamat dari udara. Walaupun menghadapi kesukaran akibat hutan tebal dan tebing curam, kepulan asap berwarna dari `air marker' yang dipasang oleh mangsa memudahkan pasukan Bahrim mengesan lokasi helikopter. Semasa Bahrim menjenguk ke bawah dari dalam helikopter, beliau dapat melihat mangsa-mangsa melambai-lambai tangan dari lereng bukit setinggi 1,500 meter.

Bahrim dan salah seorang rakannya terus bersiap-sedia untuk turun. Mereka tidak boleh menunggu lama kerana hentaman angin kencang ke badan helikopter menyebabkan juruterbang sukar mengawalnya. Semasa menuruni pada ketinggian 70 meter, Bahrim sendiri dapat merasakan tiupan angin lintang itu. Badannya dibuai ke kanan dan ke kiri dengan lajunya. Sebaik mencecahkan kaki ke tanah, helikopter yang mereka naiki terpaksa meninggalkan Bahrim untuk berlepas pulang ke pangkalan bagi mengisi minyak. Bahrim dan rakannya terus memeriksa mangsa.

``Mereka yang terselamat mengalami luka-luka dan ada yang patah anggota badan. ``Kami perlu merawat dengan pantas supaya semua dapat disiapkan sebelum cuaca gelap,'' katanya. Sebagai seorang anggota Paskau, beliau memang dilatih untuk melakukan rawatan kecemasan di medan peperangan. Setelah siap semuanya, Bahrim menghubungi markas operasi dan helikopter dari pasukan kedua tiba untuk membawa pulang semua mangsa yang terselamat dan terkorban. Kesemua mangsa diangkat seorang demi seorang ke dalam helikopter.

Bahrim dan rakannya, bagaimanapun tidak boleh dibawa bersama kerana tiada lagi ruang di dalam helikopter berkenaan. Namun, ia tidak menjadi masalah besar buat Bahrim kerana sebagai anggota Paskau, beliau memang dilatih dalam ilmu ikhtiar hidup. Pada malam itu, Bahrim dan rakannya `mengalong' di tengah-tengah hutan belantara itu. ``Mengalong adalah kaedah untuk mengelak daripada serangan binatang buas semasa bermalam dalam hutan.

``Kaedah ini merupakan penginapan sementara yang dibina di atas pokok,'' jelas anak kelahiran Parit Buntar, Perak ini. Bahrim juga menyalakan unggun api untuk mengelakkan binatang liar mendekati kawasan tersebut. Menurutnya, binatang buas biasanya akan menghampiri sesuatu kawasan kemalangan kerana tertarik dengan bau darah. ``Ancaman harimau kemungkinan tiada kerana terdapat banyak pokok belian yang memang ditakuti binatang jenis ini. Yang kami risau adalah beruang ganas,'' katanya lagi.

Malam itu Bahrim tidak dapat melelapkan mata. Bukan kerana takutkan binatang buas, tetapi disebabkan cuaca yang cukup sejuk sehingga meresap ke tulang hitam beserta angin kencang. Ditambah pula ruang yang cukup terhad di atas pokok. Keesokan harinya, Bahrim dan rakannya terpaksa menunggu ketibaan helikopter untuk membawa mereka pulang sehingga pukul 10 pagi. Ini kerana kabus tebal yang menyelubungi kawasan itu pada awal pagi menyukarkan juruterbang untuk terbang rendah mengambil mereka.

Sememangnya pengalaman Bahrim dalam operasi SAR di hutan Long Seridan begitu berharga buat Paskau. Segala yang dilalui beliau dalam operasi itu dapat dikongsi bersama anggota-anggota Skuadron CAR yang lain. Bahrim memulakan kerjaya dalam tentera sebagai rekrut di Sekolah Tentera Udara, Ipoh, Perak pada 10 Mac 1997. Enam bulan kemudian, beliau ditugaskan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Rejimen TUDM untuk menganggotai Paskau. Beliau kini berkhidmat di Skuadron CAR, Pangkalan Udara Labuan sejak lima tahun lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2007 10:20 AM | Show all posts
antara terkandung dlm email yang sorang kawan hantar;

anyway ini picture sebenar kejadian di Bario. Syd boleh peratikan yang cockpit chopper tuh still intact dan tak hancur. kebanyakaan mayat ditemui masih memakai seat belt tapi sewaktu dijumpai dan tinggal rangka. melainkan mayat juruterbang yang terpelihara, mayat-mayat yang lain dah bersepah kerana terlalu reput ataupon dimakan binatang liar. keadaan pokok di persekitaran juga masih elok hanya pokok di sebelah chopper tuh jer yang patah. Syd, leh bandingkan keadaan pesawat terhempas di kemaman ari tuh yang mana kesan pokok kelapa sawit patah dalam jarak 50 meter dari tempat terhempas. so kalau lihat cam chopper kat Bario tuh macam sengaja diletakkan oleh seseorang(?) di tempat tuh.

Anyway kalau kita lihat, memanglah seakan-akan sama dengan apa yg diceritakan Abuya (Ust. Ashaari). tapi betul atau tidak, wallahua'lam.












[ Last edited by  Syd at 14-6-2007 02:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 01:04 PM | Show all posts
thanx Syd.. tragedi ni mcm ada unsur2 mistik sikit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.060897 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list