CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
 Author| Post time 24-7-2008 09:58 AM | Show all posts
Bapa bunuh 2 anak sebelum ditemui mati



NORHANIZA Ahmad (tengah) ditenangkan oleh pegawai polis selepas melawat jenazah suaminya Shamir Hamid yang ditemui mati selepas dipercayai membunuh anaknya Muhamad Shafril dan Nor Ameera Shafiqah di rumahnya di Parit Kasa, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.

NIBONG TEBAL 23 Julai - Seorang pekerja kilang yang dipercayai kecewa dengan keretakan rumah tangganya bertindak membunuh dua anaknya berusia satu dan empat tahun, sebelum ditemui mati di sebuah rumah di Parit Kasa, di sini hari ini.

Dalam kejadian menyayat hati itu, mayat Shaari Hamid, 34, dijumpai tergantung pada alang bilik di rumah berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Berdekatan mayat Shaari ialah dua anaknya, Muhamad Shafril, 4, dan Nor Ameelia Shafiqah, 1, yang terbaring bersebelahan antara satu sama lain dalam keadaan mulut kedua-duanya berbuih.

Laporan bedah siasat mengesahkan kedua-dua kanak-kanak malang itu diracun oleh bapa mereka pada lewat malam tadi.

Utusan Malaysia difahamkan, polis turut menemui beberapa keping nota mengandungi luahan rasa kecewa Shaari mengenai masalah rumah tangganya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, mangsa dipercayai bertindak membunuh kedua-dua anaknya dengan memberikan racun yang dicampur pada makanan atau minuman.

"Dia baru berpisah dengan isterinya kira-kira enam bulan lalu dan sedang dalam proses perceraian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, Shaari dan isteri, Norhanizah Ahmad, 27, tinggal secara berasingan sejak beberapa bulan lalu dan kedua-dua anak mereka duduk bersama ibunya di Kampung Titi Serong, Parit Buntar, Perak, dekat sini.

Keluarga terdekat mangsa memberitahu, Shaari mengambil kedua-dua anaknya dari rumah mertuanya kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Shafien berkata, kejadian tersebut disedari kakak Shaari yang datang ke rumah tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Kakak mangsa terkejut melihat Shaari tergantung dalam sebuah bilik rumah tersebut lalu keluar mendapatkan pertolongan," jelasnya.

Beliau menambah, pemeriksaan polis mendapati, ketiga-tiga mangsa mati kira-kira tujuh jam sebelum mayat mereka ditemui.

Shafien berkata, polis mengklasifikasi kes tersebut sebagai bunuh dan membunuh diri iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau memberitahu, kesemua mayat dihantar ke Hospital Besar Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Norhanizah yang ditemui di bilik mayat hospital memberitahu, suaminya itu ada menghubunginya Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk mengambil kedua-dua anak mereka.

"Tetapi saya tidak beri kebenaran sebaliknya memintanya (Shaari) mengambil anak-anak pada hari Sabtu kerana saya mahu meluangkan masa dengan mereka," katanya yang bertugas di sebuah syarikat swasta di Perai, dekat sini.

Bagaimanapun katanya, tanpa pengetahuannya, Shaari mengambil Muhammad Shafril di rumah ibunya kira-kira pukul 11 pagi semalam sebelum mengambil pula Nor Ameelia Shafiqah yang dijaga oleh seorang pengasuh tidak jauh dari situ.

"Saya tidak tahu dia (Shaari) ada mengambil anak-anak dan hanya diberitahu ibu saya dan pengasuh berkenaan, tidak sangka pula dia buat begini," katanya yang sebak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2008 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 24-7-2008 09:51 AM
azab haiwan tu

tak boleh bayang aku

kucing ngan anjing tu pun

enjoy je minum arak tu




cian Kucing tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2008 10:34 AM | Show all posts

Reply #140 nyonya24's post

mcm mana eh
dorang paksa kucing ngan anjing tu minum arak

ke mmg binatang2 dah biasa minum?

sakit wo kena cakaran binatang2 tu, kalau dipaksa benda yang tak suka
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 24-7-2008 09:58 AM
Bapa bunuh 2 anak sebelum ditemui mati


http://www.utusan.com.my/pix/2008/0724/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_01.1.jpg
NORHANIZA Ahmad (tengah) ditenangkan oleh pegawai polis selepas melawat jen ...


.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 24-7-2008 10:34 AM
mcm mana eh
dorang paksa kucing ngan anjing tu minum arak

ke mmg binatang2 dah biasa minum?

sakit wo kena cakaran binatang2 tu, kalau dipaksa benda yang tak suka


Orng mabuk Syd mna ingat Dunia...:@
Bila Mabuk jak ,:@:@
mula la bUat Peel...:@:@

Ma ybe dorang paksa Kot..
Kucing apala daya Dia  ..xda kekuatan nak melawan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 11:54 AM | Show all posts
Syd ada tak Story tentang Kes cari harta karun kat Merotai besar tawau tu...
NyOnya Ingat Time tu nyonya darjah 2 G2 kot ,

tak ingat da story tu,,
tapi gempak gak kat sabah Kes harta karun ni...
pokcik nyonya salah satu Bomba pnyelamat masa tu...
Dia ckp siap Jmpa Something G kat dalam GUa tu

[ Last edited by  nyonya24 at 24-7-2008 11:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2008 04:02 PM | Show all posts

Balas #222 Syd\ catat

kenapa yea. sampai macamtu sekali.. beragama islam plak tu.. kesian anak anak dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2008 04:53 PM | Show all posts
skrg nih ramai dah orang melayu bunuh diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2008 05:02 PM | Show all posts
Aku terbaca kes noritta dia tas tu ade sebut suspek melakukan hbgn kelamin dgn mangsa melalui depan dn belakang...

Hmm...dasyat aib yg mangsa ni dpt...begitu juga dgn familiy beliau.

Ade rumour yg kata vvip tertentu juga pernah "berjumpa" dgn mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 10:41 PM | Show all posts

Balas #225 Syd\ catat

emmmm.. tak tahulah apa sudah jadi.. harap2 jgnlah terjadi pada keluarga sendiri.. nauzubillah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 10:55 PM | Show all posts

Balas #138 Syd\ catat

Syd awak ni suka membaca ke.. byk betul artikel awak..mcm2 artikel yg awak tempek kat forum ni..
saya ni baru ler mendaftar tapi hari2 membaca kat forum ni.. syok maa layan forum ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2008 06:13 PM | Show all posts

Balas #144 jo_je\ catat

baca gitu-gitu je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2008 06:13 PM | Show all posts

Balas #143 nyonya24\ catat

try carik..tapi lom jupe lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2008 06:15 PM | Show all posts

Balas #226 edmundo\ catat

katanya dalam diari hitam (yang ghaib tiba2...paham2 jelah)

ada senarai nama menteri2 dan vvip
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 03:48 AM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 12-6-2007 01:03 AM
sebenarnye banyak gile kes bunuh yg tak kuar paper...kalo nak tunjuk semua kat paper memang tak muat nak letak berita sukan, hiburan semua...

dulu penah jumpe mayat terapung kt taman tasik sri ...


setuju
byk kes xkuar paper
salah satunya kes kt kampung sy
sorg laki bunuh gf dia ngn ayah angkat dia
kene tetak pastu dia bakar rumah
yg mamat nie menyorok semlman dlm sungai
pastu give up n kene tangkap polis
sadis sgt

mayat rentung kt muka pintu dlm keadaan tertiarap
dgn lgn yg bercerai dr badan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 08:09 AM | Show all posts
  takut baca kes pembunuhan..byk org melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2008 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 24-7-2008 09:54
ada.

kat page 5



takde pun..yg Tan Sri Yahya DRB ade la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2008 02:42 PM | Show all posts

Balas #147 revolusi_30\ catat

takde ke bang

ada kot

jap eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2008 02:54 PM | Show all posts

Balas #137 revolusi_30\ catat

'King Ghaz', Vergis and that Cessna crash
By : RANJEETHA PAKIAM

On Jan 10, 1982, a light plane with three people on board plunged into the jungle near Janda Baik, Pahang. The crash made headlines for the sole reason that then foreign minister Tan Sri Ghazali Shafie was one of the passengers. Ghazali survived but not his aide-de-camp, ASP Charon Daam, and co-pilot Vergis Chacko. RANJEETHA PAKIAM speaks to the Chacko family and friends of the genial co-pilot.

It seemed unlikely that anyone could have survived the crash that turned the aircraft into a pile of steel and wires.

Two men died in the crash
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2008 02:58 PM | Show all posts


King Ghaz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.165569 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list