CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

  [Copy link]

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 21-2-2007 08:59 PM |All posts
[quote]Originally posted by Syd at 18-2-2007 11:12
Kes Canny Ong: Rayuan Ahmad Najib diketahui 5 Mac

PUTRAJAYA 16 Feb.
~ See with evidence, listen with reasons, and judge with facts ~
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 21-2-2007 10:38 PM |All posts

Reply #63 duquesne's post

ye ye ye

yang nama Pereira tu
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 1-3-2007 03:21 PM |All posts

Reply #55 natashadania123's post

Ibu dituduh jerut dua anak
01-03-2007 02:58:29 PM  




PULAU PINANG:  Seorang surirumah hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau kerana didakwa membunuh dua anak lelakinya dengan menjerut mereka menggunakan wayar seterika pada bulan lepas.

Rosniza Ibrahim, 30, dari Kuala Kurau, Perak menghadapi dua tuduhan membunuh anak-anaknya di rumah No 7216, Taman Indah, Lebuh Batu Maung 8, Bayan Lepas pada 18 Feb lalu.

Dia didakwa membunuh Muhamad Alif Hakimi, 6, pada jam 11 malam di rumah itu manakala Muhamad Alif Hazimi, 2, kira-kira 15 minit kemudian di tempat dan pada hari yang sama.

Tertuduh, yang tiba di perkarangan mahkamah dengan van polis pada 8.50 pagi, didakwa menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Rosniza, yang berbaju T biru muda, berseluar panjang hitam serta berkaca mata, dibawa masuk ke kandang tertuduh pada 9.07 pagi untuk mendengar pertuduhan terhadapnya.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, tidak menunjukkan sebarang emosi ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah tetapi dilihat menganggukkan kepalanya beberapa kali.

Tiada sebarang pengakuan dicatatkan selepas pertuduhan dibacakan dan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Razak Musa memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk pemantauan dan laporan psikiatrik.

Majistret Sharizat Ismail kemudiannya menetapkan 3 April ini untuk sebutan semula kes itu.

Kira-kira pukul 9.30 pagi, tertuduh diiringi beberapa anggota polis memasuki sebuah van untuk dibawa keluar dari perkarangan mahkamah dan ketika itu kakak iparnya, yang hanya dikenali sebagai Sarida menghampiri van berkenaan untuk melihat tertuduh sambil diperhatikan beberapa jiran mereka yang baru tiba di situ.

Suasana perkarangan mahkamah menjadi pilu seketika apabila Sarida memeluk leher tertuduh dari tingkap van serta menciumnya beberapa kali sambil menangis apabila melihat keadaan Rosniza yang tunduk sedih.

Tertuduh dilihat berkata sesuatu kepada kakak iparnya itu dan sempat memohon maaf serta mengirim salam kepada ibu mertuanya yang tidak hadir di mahkamah.

Suami tertuduh Idris Saidin, 28, yang baru sahaja memasuki perkarangan mahkamah dilihat duduk bertinggung sambil menutup sebahagian mukanya dengan tangan apabila melihat van yang membawa isterinya beredar.
1

View rating log

Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 1-3-2007 03:22 PM |All posts
awat laki nangis plak? hepi lah. jalan nak berbini tak tbentang luas. boleh buat anak lagi.
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 3-3-2007 10:04 PM |All posts
misti taim ni gundik laki2 tu tgh senyum lebar...n rancang tarikh sesuwaii mintak lelaki tu msuk minang....
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 4-3-2007 01:46 PM |All posts
brutal gak kes2 kat m'sia nihh
Reply

Props Report

Post on 5-3-2007 11:36 AM |All posts
inilah syaitan zaman sekarang, mrahkan laki bunuh anak,

yang si laki celaka tu lak tak puas2 dgn sorang betina,

babi claka sungguh.:@
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 5-3-2007 02:19 PM |All posts

Reply #46 Syd's post

Hukuman mati kepada pembunuh Canny Ong
05-03-2007 02:14:56 PM  

PUTRAJAYA:  Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas bekas penyelia pencuci kabin kapal terbang kerana merogol dan membunuh penganalisis IT Canny Ong Lay Kian lima tahun lepas.

Hakim-hakim Datuk Abdul Aziz Mohamed (kini hakim Mahkamah Persektuan), Datuk Mohamed Ghazali Mohamed Yusof dan Datuk Azmel Ma'amor (kini seorang hakim Mahkamah Persekutuan) sebulat suara menolak rayuan Ahmad Najib bagi mengetepikan sabitan, hukuman mati dan penjara kerana melakukan kesalahan tersebut di Batu 7, Jalan Klang Lama, antara 1 pagi dan 5 pagi 14 Jun, 2003.

Ahmad Najib, 31, yang memakai kemeja corak dam hitam putih dan seluar hitam, kelihatan tenang bila mahkamah mengumumkan keputusan itu.

Hakim Abdul Aziz berkata bukti keadaan sekeliling menunjukkan bahawa Ahmad Najib, dan tidak ada orang lain, yang merogol dan membunuh Ong, 29.

Ahmad Najib didapati bersalah dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Feb, 2005 kerana membunuh Canny.

Ia juga dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan kerana merogolnya.

Perbicaraan itu mendapat publisiti meluas dan mengejutkan negara dengan kisah pencolekan, rogol dan bunuh dan campakan mayat Ong ke dalam sebuah lurang berukuran 3x3x3 kaki, sebelum dibakar. BERNAMA
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 11-3-2007 12:47 AM |All posts

Malay Mail 10.03.2007

Cannys mum still angry four years on ...
by AZMAN ABDUL GHANI



I AM still hurt and angry,
1

View rating log

~ See with evidence, listen with reasons, and judge with facts ~
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 29-3-2007 09:08 AM |All posts
bila tarikh tragedy ringlet ni..?
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 29-3-2007 10:13 AM |All posts

Reply #13 finding's post

Hari itu - 11 Mei 1961, beribu tan tanah runtuh di atas sederet kedai yang berada di kaki bukit tanpa disangka. Enam daripada lapan kedai tertimbus sepenuhnya bersama pelanggan yang masih tidak dikenal pasti jumlahnya. Pastinya, semua pelanggan terbabit tertimbus hidup-hidup!
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 29-3-2007 10:52 AM |All posts
tragedy yg dilupakan....
tak pernah aku tau kalau tak baca thread ni...
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 15-4-2007 11:21 AM |All posts
Jejak: Tragedi Pos Dipang
Oleh Nasron Sira Rahim


Kejadian berlaku pada 29 Ogos 1996, korbankan 39 nyawa manakala lima lagi dilaporkan hilang




KEBANYAKAN penduduk Perkampungan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak hanya mampu terperap di rumah masing-masing kerana hujan terlalu lebat ketika itu. Hujan sejak jam 12 tengah hari, masih tidak berhenti walau sudah enam jam berlalu.

Tiba-tiba, satu dentuman kuat berselang-seli dengan derauan hujan dari arah bukit di belakang kampung berkenaan, kedengaran. Penduduk tersentak, tertanya-tanya apakah bunyi aneh itu.

Beberapa minit kemudian mereka sekali lagi mendengar satu bunyi pelik. Belum sempat mereka memikirkan apa-apa, dinding rumah mereka terus pecah dan air bercampur lumpuh menerjah ke dalam.

Rempuhan arus deras menyebabkan ada penduduk tercampak keluar dari rumah masing-masing manakala beberapa rumah yang terletak di tebing Sungai Dipang terus runtuh dan dihanyutkan.

Sebaik menyedari banjir lumpur mula membaham
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 15-4-2007 11:21 AM |All posts
FAKTA

Tragedi banjir lumpur di Pos Dipang

Berlaku pada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang.

Mengorbankan 39 mangsa dan lima hilang.

Semua mangsa, kecuali enam orang dari keluarga Cina yang tinggal di Bah Hon Hin kira-kira enam kilometer dari Perkampungan Orang Asli Pos Dipang ialah penduduk Orang Asli.

Perkampungan itu mempunyai kira-kira 60 rumah yang dibina dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan mempunyai kira-kira 1,500 penduduk.

Penempatan itu dibuka pada 1978 apabila dusun buah-buahan yang mereka usahakan di situ mengeluarkan hasil. Sebelum ini penduduk tinggal di Batu 19 Jalan Cameron Highlands, tidak jauh dari situ.



Hujan lebat luar biasa punca utama banjir lumpur

JERNIH air yang mengalir perlahan di Sungai Dipang sesekali mengutuskan kedamaian kepada sesiapa saja terutama penduduk Perkampungan Orang Asli Pos Dipang yang sentiasa berdampingan dengan sumber alam itu.

Tetapi kejernihan sungai itu tidak lagi menawarkan kedamaian pada 29 Ogos 1996. Di bawah titisan hujan menggila, air sungai yang jernih mula dicampuri lumpur, arus tidak lagi mengalir perlahan seperti sebelumnya tetapi mula semakin deras.

Paras air yang hanya sekitar 0.3 meter mula melimpah sehingga kira-kira 1.5 meter dari paras tebing dan air sungai yang sebelum itu amat mendamaikan mula menjadi bencana alam yang mengorbankan 39 nyawa.

Pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan bagi menyiasat punca tragedi itu mendapati tiga faktor dikenal pasti sebagai penyebab utama bencana banjir lumpur itu.

Laporan disediakan pasukan petugas terdiri daripada pakar geologi Planetarium dan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati ia berpunca dan dipengaruhi faktor iklim, topografi dan geologi sekitar kawasan kejadian.

Hujan lebat yang luar biasa sebelum tragedi itu adalah antara punca utama kejadian itu. Berdasarkan rekod JPS pada Ogos 1993 sukatan hujan di kawasan kejadian hanya 137 milimeter (mm), Ogos 1994 (197mm), Ogos 1995 (281 mm) manakala pada Ogos tahun kejadian ialah 461mm.

Kawasan bukit yang curam di Sungai Pusat yang terletak di hulu Sungai Dipang menyebabkan berlaku tanah runtuh yang besar di situ. Keadaan itu menyebabkan air Sungai Pusat keruh dan berlumpur berbanding Sungai Dom dan Sungai Sangkut iaitu anak Sungai Dipang di hulu.

Timbunan lumpur dan pasir daripada tanah runtuh itu menyebabkan air di sungai berkenaan meningkat mendadak dan mempunyai kuasa tinggi menghakis Sungai Dipang hingga ke hilir seterusnya keadaan itu menyebabkan berlakunya proses hakisan yang mencabut pokok

besar dan ia adalah punca utama begitu banyak pokok terbongkah.

Kehadiran pokok besar itu menyebabkan terbentuknya beberapa empangan
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 15-4-2007 07:00 PM |All posts
Tragedi hitam selain tanah runtuh tak ada ke nak kongsi bersama Syd?
ct_og
"...Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...."
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 15-4-2007 07:29 PM |All posts
1. Kemalangan Trak FRU di Lebuh Raya Karak pada sekirat tahun 1988

2. Kemalangan ngeri melibatkan bas eskpress di Felda Chegar Perah, Daerah Lipis, Pahang, beberapa hari selepas Hari Raya yang melibatkan beribu-ribu terkandas dan ramai mati. Ada yang kaki putus, tali perut terburai di atas jalan, kepala terputus dan badan terputus dua pada paras pinggang. Ada banyak klip video yang dirakam, kebetulan ramai yang bawak video cam on the way balik ke KL selepas raya.

3. Tragedi tanah runtuh dan banjir lumpur berhampiran terowong Genting Sempah, Lebuhraya KL-Karak berhampiran susur keluar Genting Highland. Hingga ke hari ini, ada mangsa yang tidak berjaya dijumpai. Mungkin tertanam kat tepi-tepi highway tersebut.
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 15-4-2007 07:33 PM |All posts

Reply #19 WonBin's post

KUALA LIPIS: Empat belas orang terbunuh manakala 30 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas dan sebuah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuala Lipis-Merapoh di sini, awal pagi semalam.

Dalam nahas jam 1.10 pagi itu, bas ekspres Mutiara yang membawa 30 penumpang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, bertembung dengan bas sekolah yang menyediakan perkhidmatan tambahan sempena Aidilfitri yang dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Kuala Lumpur bersama 40 penumpang.

Sebuah Proton Iswara yang juga dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu, turut merempuh belakang bas ekspres berkenaan. Bagaimanapun pemandu kereta itu, Ilham Haris, 24 dan penumpangnya, Norazalina Awang, 26, tidak cedera.

Ini adalah nahas membabitkan korban paling ramai pada Aidilfitri ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Deputi Superintendan Mohd Washid Abdul Majid, berkata mangsa yang terbunuh membabitkan 11 penumpang bas sekolah termasuk 10 mati di tempat kejadian dan seorang di Hospital Kuala Lipis, manakala tiga penumpang bas ekspres Mutiara turut mati di tempat kejadian.

Mangsa ialah Ramzi Abdul Hadi, 31; anak perempuannya, Nor Amni, dua tahun dari Kampung Batu Lapan, Kadok, Kota Bharu; Wan Mohd Rizal Wan Ibrahim, 21 (Kampung Berangan, Selising, Pasir Puteh); Raja Azhar Raja Deraman, 25 (Kampung Sungai Durian, Bukit Abal, Pasir Puteh) dan Yusriz Herman Roslin, 22 (Blok A26, Unit 709 RK Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak.

Turut terbunuh ialah Hasruamin Hassan, 28 dari No 74, RPP Kesedar Sungai Serah, Gua Musang; Rozniza Jusoh, 24 (Kampung Jerus, Pasir Puteh); Norazila Ismail, 26 (Belakang Balai Polis, Kampung Selising, Pasir Puteh) dan Ratna Surya Ahmad, 19 (Kampung Banir, Belikong, Pasir Puteh).

Bercakap kepada pemberita di sini semalam, Mohd Washid berkata, identiti lima lagi mangsa belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan.

Beliau berkata, kejadian itu disedari anggota polis yang membuat rondaan Ops Sikap V di jalan berkenaan, kira-kira jam 1.30 pagi.

Siasatan awal mendapati bas ekspres berkenaan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas sekolah itu,
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 15-4-2007 09:17 PM |All posts
tragedi hitam..........

saya ingatkan jenayah atau pembunuhan kejam.........

patut tukar tajuk sikit...  

ke....... bencana alam hitam

may the people rest in peace
~~The way is not to peace; but peace is the way~~
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 15-4-2007 10:47 PM |All posts

Reply #20 WonBin's post

aku ade time ni.bas kat belakang takleh gerak woo.sampai berapa kilometer deretan

kereta.nak g tengok ape yg jadi,seram la plk.kitorang tggu je kat situ.dahla

hutan,gelap gile
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 16-4-2007 09:32 PM |All posts
Apalah penakut kau nih. Ada mak cik tu siap bawak Sony Handycam lagi pi ambik gambar
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 16-4-2007 11:42 PM |All posts

Reply #23 WonBin's post

haha ko senangla ckp ko tak de kat situ.

lagipun pehal aku malam2 nak gi jenguk org eksiden kat situ.

buat susah kerja polis je kalo ramai2 kat situ.

dahla hutan kat situ,area situ orang kare kerassss...
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 17-4-2007 10:14 AM |All posts
np aku x tau pe2 ek
hhaahh
aku lum lahir la
Want Manual Service Yamaha 135LC??
PM me!
Reply

Props Report

Post on 20-4-2007 04:07 AM |All posts
huhu..xnk la bace dh..takutla..mintak2 pasni dh xde lg..
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 14-5-2007 08:40 AM |All posts
Jejak: Tragedi Fokker 50
Oleh Nasron Sira Rahim


Pesawat MAS rempuh rumah setinggan Kampung Seri Menanti ketika mendarat di Lapangan Terbang Tawau 15 September 1995

SUASANA di Lapangan Terbang Tawau, Sabah, kecoh pada tengah hari Jumaat, 15 September 1995. Orang ramai yang berada di dalam dan sekitar lapangan terbang itu tergamam, lebih-lebih penduduk perkampungan setinggan di tepi kawasan itu.

Ketika jam menunjukkan jam 12.55 tengah hari, satu tragedi dahsyat berlaku di kawasan berkenaan. Pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru mendarat di lapangan terbang itu, terbabas arah sehingga merempuh kira-kira 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti yang terletak hujung landasan.

Kejadian cemas itu menyebabkan penumpang menjerit panik di dalam pesawat. Mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap kapal terbang berkenaan.

Bagaimanapun, jeritan itu tidak lama apabila kira-kira 10 minit kemudian, satu letupan kuat kedengaran sehingga menggemparkan penduduk sekitar yang pastinya sama sekali tidak menyangka kemalangan seumpama itu akan berlaku pada hari berkenaan.

Selepas itu, penduduk yang masih terkejut menyaksikan tragedi itu melihat api mula menjulang di sebelah kanan pesawat. Kekhuatiran mula meresap pada minda tatkala memikirkan kemungkinan kebakaran akan menyambar penumpang di dalam pesawat.

Beberapa penduduk yang khuatir letupan dan kebakaran akan merebak, bertempiaran melarikan diri dalam suasana kecoh. Jeritan penduduk meningkah bunyi letupan yang menggegarkan kawasan sekitar.

Dalam usaha itulah, sebaik keluar daripada rumah masing-masing, letupan menyebabkan serpihan kayu dan pelbagai objek lain melayang ke merata arah sehingga mencederakan penduduk. Bahang api turut menyambar jasad sehingga menyebabkan tubuh melecur.

Pada jam 1.06 petang, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu. Bersama tiga jentera dan 26 anggota, mereka bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi kemalangan empat minit kemudian.

Dibantu empat jentera bomba lapangan terbang, usaha memadamkan api yang semakin marak membaluti pesawat selain gerakan menyelamatkan mangsa segera dilakukan.

Mayat pertama dikeluarkan daripada bangkai pesawat pada jam 2.50 petang. Rempuhan pesawat terhadap 20 rumah setinggan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 penduduk kampung itu cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau.

Pesawat yang terhempas itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 12.45 tengah hari.

Fokker 50 mendarat di landasan 35 Lapangan Terbang Tawau dan terbabas kira-kira 500 meter sebelum merempuh kawasan setinggan.

Selepas empat jam berusaha, barulah bomba dapat mengawal api dan kebakaran pesawat itu padam sepenuhnya jam 5.30 petang. Pasukan penyelamat dan orang ramai segera memenuhi kawasan kemalangan bagi memulakan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Operasi merekodkan seramai 34 daripada 53 orang yang berada di dalam kapal terbang berkenaan mati hangus manakala seorang penumpang masih belum ditemui.

Bagaimanapun, 18 orang yang sempat bergegas keluar menerusi pintu kecemasan sebaik pesawat berhenti bergerak, terselamat.

Penumpang yang terselamat menceritakan yang mereka mula menyedari kemalangan akan berlaku beberapa saat selepas pesawat mencecah bahagian tengah landasan.

Ini disebabkan sebaik mendarat, pesawat terus terbabas dan meluncur melampaui jarak pendaratan kerana landasan pendek. Bahagian depan kapal terbang itu melambung beberapa kali ketika juruterbang dipercayai cuba menghentikannya.

Bagaimanapun, pesawat terus meluncur sehingga ke pagar kawasan landasan sebelum merempuh rumah setinggan di kampung berkenaan.

Sebaik pesawat berhenti bergerak, mereka melihat api muncul di bahagian depan dan sebelah kanan pesawat sehingga ramai penumpang mulai panik, menjerit dan menangis.

Beberapa penumpang yang berada di barisan belakang dan berhampiran pintu kecemasan segera membuka pintu itu dan bergegas keluar daripada pesawat kerana khuatir keadaan lebih bahaya akan berlaku.

Kira-kira 10 minit selepas mereka keluar, pesawat itu meletup.


FAKTA: Urutan peristiwa

Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi.

Pesawat bergegar, bahagian depannya melambung beberapa kali ketika mencecah landasan Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 12.55 tengah hari.

Pesawat terbabas dan melanggar pagar sebelum merempuh rumah setinggan.

Letupan diikuti kebakaran.


> Penerbangan tidak ikut prosedur ditetapkan

SEHINGGA 17 September 1995, pihak pihak penyelamat masih bingung memikirkan misteri kehilangan seorang lagi mangsa tragedi letupan pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) di Kampung Seri Menanti yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Tawau.

Rekod operasi yang mereka jalankan mendapati 34 penumpang rentung manakala 18 lagi berjaya menyelamatkan diri sebelum pesawat itu meletup dan terbakar; tetapi di mana seorang lagi?

Pada pagi 16 September 1995, berita tragedi kemalangan kapal terbang itu mula memenuhi dada akhbar selain dilaporkan menerusi televisyen dan radio.

Seramai 34 korban Fokker terhempas
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 15-5-2007 07:01 PM |All posts
Kalau korang masih ingat kejadian kebakaran kilang mercun di sungai buluh... tak ingat tahun berapa?? masa tu aku masih kecik.
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 17-9-2014 09:30 AM , Processed in 0.145318 second(s), 36 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top