CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: niceaniesz

Pengalaman Umrah dan Haji

[Copy link]
Post time 25-2-2005 11:20 AM | Show all posts
berapa kos nak gi umrah aa? :cry: tingin sgt aa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2005 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 25-2-2005 11:20 AM:
berapa kos nak gi umrah aa? :cry: tingin sgt aa


atas RM3,500.00. Bergantung kpd travel agency juga. Kalau bulan Ramadhan, lagi mahal kerana ingin ambil berkat bulan mulia tersebut....

aku tengah kumpul fulus lagi... teringin nak ke sana tapi cita2 aku nak tunaikan haji b4 capai 40 tahun...insyaAllah!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 11:47 AM | Show all posts
nk citer pengalaman..siD masa menunaikan umrah pd  jun 2005..

1) Memang kena sabar byk2 sangat...
2) dr madinah menuju ke mekah tu hati mmg berdebar2 nk nmpk kaabah..lps jer   dah nmpk kaabah diri ni mmg rase kerdil n terkenang byk sgt dosa2 n rase hati ni sebak x terkata..
3) Masa kat madinah n mekah tu..rase cam siD dh biasa dgn tmpt2 tu..x rase kekok cam dah biasa..rase yakin je..dgn ape yg siD buat..
4) masa kat sana mmg cuaca panas sgt.subuh jer 35/36'C..tapi hati ni seronok jer..bile tengah or dh lepas buat saie n tawaf...n tgk gelagat manusia yg tgh buat ibadah tu..hati ni happy dia x bole d gambarkan..sape yg dh pegi tau la..whts d feeling..
5) rezeki kat sana mmg rase..melimpah ruah sgt,hati berbunga2 jer bile nk g masjid utk beribadah..wpun bersesak2.

tpi ni pgalaman kseluruhan..in details nyer lagi..mmg berkesan dlm jiwa la..alhamdulilah..so sape2 yg berniat krn Allah nk pegi..insyAllah..d permudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 11:11 AM | Show all posts
Tahun 1425H... aku gi Mekah.... kisah di waktu solat Subuh

Pada satu subuh tu saya tak ke Masjidil haram sbb terlewat so solat kat hotel je... kalau gi ke Masjidil Haram pun takleh masuk kalau dah lewat... so solat kat luar saja ... demam saya dibuatnya... maklumlah waktu musim sejuk lebih kurang 20 darjah...

Bila jemaah balik ke hotel selepas tu... riuh rendah cerita, kata mereka malaikat datang ke masjidil haram subuh tadi kata mereka sbb mereka dengar suara yang amat kuat sampai semuanya lari lintang pukang dlm masjidil haram sbb takut masjid tersebut runtuh... ayah mertua saya yg hadir subuh putus tali jam tangannya ketika berebut ke tangga ketika berebut kelaur masjid...

saya senyum saja... memanglah Masjidil haram tempat malaikat berkunjung apa nak hairan... apa yang saya hairan kalau malaikat datang kenapa pula berpusu-pusu menalrikan diri... dan satu lagi takkan bunyi maliakat kaut sangat sehingga org lari, kenapa tak datang dgn sopan...

Akhirnya... selidik punya selidik, tanya situ tanya sini... saya ketawa sakan... kepana ?

Yang bunyi kuat tu sampai lari lintang pukang ialah jet pejuang Saudi yg membuat rondaan rutin... kah...kah.. kelakar betul... sampai sekarang saya takkan lupa kisah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by bayi at 6-2-2007 11:11 AM
Tahun 1425H... aku gi Mekah.... kisah di waktu solat Subuh

Pada satu subuh tu saya tak ke Masjidil haram sbb terlewat so solat kat hotel je... kalau gi ke Masjidil Haram pun takleh masuk kalau ...




Sebut pasal jet, teringat masa kemuncak musim haji, hari-hari helikopter lalu atas masjidil haram.  Orang kata kapalterbang dan heli tak boleh terbang atas ka'abah, tapi....?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 08:44 AM | Show all posts
salammm...baca citer2 korang buat aku tingin nak pi lagi...even aku baru 6 bulan balik dr sana..tiap2 hari rase rindu ngan kaabah...doa2 boleh pi lagi ..Aminn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2007 12:40 PM | Show all posts
marilah kita sama sama berdoa agar kita di murahkan rezeki, sihatkan badan etc supaya dapat sampai ke sana, insyallah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 11:25 AM | Show all posts
1425H lagi.... pada satu hari ketika solat di masjidil haram, lupawaktu solat zuhur @ asar.... saya suka solat depan kaabah iaitu ruangterbuka (tempat tawaf).... selepas solat Allah telah tunjukkan kpd sayasesuatu yang amat istimewa....

ketika selesai memberi salam.. tiba-tiba saya terpandang ke arahbelakang...sayup-sayup di atas sebuah hotel 5 bintang lebih kurang50-100 m dari masjidil haram.... seorang insan yg terpilih... sedangmasbuk.... rupanya dia ikut berjemaah bersama kami... tetapi dia solatdi atas bangunan hotel tersebut.... masya Allah....

Maha suci dan maha kuasaMu Ya Allah yang menunjukkan kpd aku yg kerdil ini bahawa inilah keistimewaan  bumi Makkah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2007 11:57 AM | Show all posts
1425H lagi....

Allah SWT maha kuasa.... pada hari Jumat terakhir sebelum wukuf diArafah... khutbah Jumaat yang paling berkesan dan tak dapat aku lupakanbuat selama-lamanya... alhamdulillah yang memberi rezeki kpdkuboleh  memahami  bahasa arab...

Khatib telah berkhutbah dan amat menyentuh perasaanku...

Dalam khutbah tersebut.... belaiu lebih kurang berkata....

Kita datang dari pelbagai pelusok dunia... datang dgn tujuan yangsatu... menyembah tuhan yang satu... kiblat yang satu... kita bolehlupakan segala percakaran sesama kita pada hari ini, di tanah suciMakkah.... tetapi apabila selesai haji... selesai melontar syaitan dijamrah, selesai sudah kerja haji... selesai sudah dosa kita tebus..kita kembali ke negara kita.... kenapa ? kenapa... bila kembali kenegara kita masing-masing kita meneruskan agenda percakaran kita...sesama Islam saling bergaduh dan berperang.... dan seterusnya....

Dengan tak semena-mena ayat mata saya berlinangan tak dapatditahan-tahan saya menangis semahunya sampai mengeletar badan ditambahpula ramai org yang faham bahasa arab terutamanya org arab sendirimenangis meraung-raung... begitulah suasana yang amat mengharukan....allahu akbar....

Kejadian kedua... berlaku  ketika  bersiap hendak ke Arafah... kebetulah saya menjadi imam solat bagi tingkat saya, sebelumkami bertolak ke arafah... entah macam mana ketika membaca doa selepassolat tu... tiba-tiba saya mendengar suara mengaminkan doa saya lebihdrp 20 org dgn suara yang amat kuat sedangkan jemaah yang bersama sayatak sampai 10 org lelaki yang lain perempuan... sementara yg lelakilain solat dlm bilik masing-masing... tengkuk saya rasa meremangsemacam je....

Selepas solat saya tanya jemaah tu... sape yang suara kuat  ketikamengaminkan tadi... takde pun kata mereka, semua mereka hanya aminsecara perlahan je...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 10:25 AM | Show all posts
Bayi ni ustad ke?  Boleh faham khutbah nahasa arab tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 10:31 AM | Show all posts

Beberapa lagi gambar lawatan.... (last)

Jabal Rahmah


Gua Hira'.  Pemandangan pintu masuk yg sangat sesak dari atas.  Saya pun surrender nak masuk.



Kota Mekah dari atas puncak Jabal Nur.  Yang bangunan tinggi tu ialah hotel sebelah masjid Al-Haram.



Pemandangan kaki bukit Jabal Nur.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 10:55 AM | Show all posts
ibnur...

tak penting ustaz ke org biasa... kalau kita belajar kita akan dapat... kena belajar ke tahap yg tertinggi...

... cantik gambar yg kou kirim tu... saya byk jugak gambar tapi tak reti camne nak send gambar ke forum ni...

Saya suka sangat gambar Jabal Nur tu sbb tak sempat nak panjat...

Gambar terowong Muassim juga saya minat sbb masa saya dulu tak dudukkat kws Muassim tu... Kami lebih kurang 10,000 jemaah haji Malaysiahanya bermalam semalam saja kat Mina iaitu mlam 13 zulhijjah tu sbbkhemah tak cukup... maktab kami  guna khemah Afrika Selatan sbb mereka  biasanya  Nafar Awal... jaraknya cuma 100m  dari tempat  melontar....  Selepas Arafah kami keMuzdalifah dan terus balik ke Makkah... solat raya haji kat makkah...lepas tu mlm 13zulhijjah baru ke Mina...

TQ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 11:02 AM | Show all posts
Ibnur... nak tanya sikit...

Betul ke garisan coklat kat penujru hajar aswad bagi permulaan tawaf telah ditiadakan... ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by bayi at 12-2-2007 11:02 AM
Ibnur... nak tanya sikit...

Betul ke garisan coklat kat penujru hajar aswad bagi permulaan tawaf telah ditiadakan... ?



Memang betul dah tiada.  Kita sekarang gunakan lampu hijau sebagai panduan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by bayi at 12-2-2007 10:55 AM
ibnur...

tak penting ustaz ke org biasa... kalau kita belajar kita akan dapat... kena belajar ke tahap yg tertinggi...

... cantik gambar yg kou kirim tu... saya byk jugak gambar tapi tak r ...


nak paste gambar guna html code ini...



terjemahan...  [ img] http:// nama website/file atau folder/ nama fail [/img] .  Sila lihat di http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=255108&extra=page%3D1 post #5.
uploadkan gambar samada ke photobucket atau mana-mana website yg membenarkan direct linking.

cuba tekan quote pada posting saya untuk lihat command (direct link) pada image angelfire tu (bawah kanan).
sekarang ni angelfire tak benarkan lagi direct linking.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 03:00 PM | Show all posts
Kenapa ye bila kita dah pernah sampai kat sana hati kita akan sentiasa merindukannya. Mungkin ini semua tanda kekuasaanNya. Sebelum ni saya memang hairan dengan sikap kedua orang tua saya yang bila mereka menceritakan kembali pengalaman mereka di sana, air muka mereka seakan-akan excited sangat. Walaupun dah lama kembali ke tanah air tapi seolah-olah baru je kembali dari sana. Tp bila saya sendiri menjejakkan kaki ke sana bersama-sama mereka barulah saya mendapat jawapannya. Ketenangan yang teraaaaaamat sangat hinggakan kalau boleh tak nak balik ke sini. Walaupun ia dah 8 bulan berlalu tapi ingatan semasa menjalani ibadah di sana sentiasa berada dalam ingatan. Rindu serindu-rindunya. Moga2 dapat menjejakkan lagi ke sana. InsyaALLAH...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2007 03:06 PM | Show all posts
Lg satukan ada sape2 tak perasan yang di depan Kaabah pun ada orang Indonesia yang wat servis untuk bawakan orang cium hajar aswad? Pastu mintak duit yang bukan sedikit. Ia berlaku depan mata saya. Tak patutkan. Sebelum pergi saya ingatkan semua orang kat sana baik-baik belaka. Tapi kesabaran selalu teruji dan memerlukan kita untuk muhasabah diri sendiri. To ibnur, very nice picture.. Make me miss there more
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by oshinmoshin at 12-2-2007 03:06 PM
Lg satukan ada sape2 tak perasan yang di depan Kaabah pun ada orang Indonesia yang wat servis untuk bawakan orang cium hajar aswad? Pastu mintak duit yang bukan sedikit. Ia berlaku depan mata say ...



ada mutawif yg minta sodaqoh.  kalau tak sodaqoh, dok beratur la lama-lama.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 09:17 AM | Show all posts

ada lagi gambar belum upload rupanya.



Gambar di susur keluar jamrah arah ke Mekah.  Yang belakang tu Jamral Al-Qubra (Aqabah).  Maaf, conteng sikit gambar saya ye.

Ni hari Nafar Thani selepas fajar.

[ Last edited by  ibnur at 13-2-2007 09:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 09:23 AM | Show all posts
Lagi gambar-gambar perkhemahan di Mina.




Ini gambar gunung di sebelah timur Mina.  Tak tahu nama gunung apa tu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.076438 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list