CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Stadium Merdeka & Stadium Negara

[Copy link]
 Author| Post time 20-6-2007 02:19 PM | Show all posts
Dilarang sambut ambang 31 Ogos kecuali Stadium Merdeka


KUALA LUMPUR:  Kerajaan tidak membenarkan sebarang pihak mengadakanacara sambutan ambang merdeka yang melibatkan orang ramai di ibu negarapada malam 30 Ogos ini, kata Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia bertujuan supaya rakyat dapatmemberikan tumpuan sepenuhnya kepada acara sambutan ambang merdeka yangakan diadakan di Stadium Merdeka.

"Stesen-stesen televisyentempatan juga tidak dibenarkan menyiarkan acara sambutan atau rancanganambang merdeka terbitan mereka sendiri," katanya kepada pemberitas elepas mempengerusikan Mesyuarat Pelaksana Penerangan dan Sebaraya Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke-50 di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan mahu seluruh rakyat dapat mengikuti sepenuhnyasambutan ambang merdeka di Stadium Merdeka kerana ia adalah satuperistiwa penting yang amat bersejarah kepada negara yang menyambutulang tahun kemerdekaan ke-50 tahun ini.

Sebelum ini, sambutanambang merdeka di ibu negara turut diadakan oleh pelbagai pihak dibeberapa tempat popular seperti Menara Berkembar Petronas, DataranMerdeka, pusat perniagaan dan pelancongan di Bukit Bintang dan Bangsar.

AhmadZahid menasihati pihak yang telah merancang untuk mengadakan acarasambutan ambang merdeka yang melibatkan orang ramai pada malam 30 Ogossupaya menukarkan tarikhnya kepada sebelum atau selepas hari tersebut.

Beliaujuga berkata kerajaan telah memutuskan supaya semua rumah persendiriandan bangunan yang terletak khususnya berhampiran jalan raya supayamemasang Jalur Gemilang mulai 17 Julai.

Katanya majlis pelancarankempen mengibar Jalur Gemilang akan dilakukan pada 1 Julai dan kerajaanakan mengedar lebih sejuta bendera secara percuma melalui JabatanPerdana Menteri dan bukan lagi melalui Kementerian Penerangan.

Beliaujuga berkata sempena sambutan kemerdekaan, satu acara menjelajah negaradengan motosikal besar yang turut melibatkan penunggang dari negaraAsean akan turut diadakan mulai 12 Ogos hingga 30 Ogos.

Katanyasebanyak 250 motosikal iaitu 150 buah dari Malaysia dan selebihnya dariSingapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan Thailand dijangka menyertaikonvoi itu.

Perarakan konvoi tersebut diadakan dengan kerjasamaPersatuan Superbikers Malaysia (SAM) yang akan berlepas dari KotaKinabalu pada 12 Ogos dan menjelajah beberapa bandar di Sarawak sebelumberakhir di bandaraya Kuching.

Konvoi itu kemudian akanmenyambung perjalanan dari Johor Baru pada 18 Ogos dan terus kesemua 11ibu negeri di Semenanjung sebelum berakhir di Putrajaya pada 30 Ogos. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2007 10:34 AM | Show all posts
Di mana hilangnya Stadium Merdeka?
Oleh Ku Seman Ku Hussain

Kelmarin buat pertama kali Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) mengisytiharkan 50 Warisan Kebangsaan yang akan dipelihara atau dikekalkan untuk generasi masa depan.

Ini adalah satu langkah pragmatik kerajaan untuk memastikan supaya setiap bangunan, lokasi, objek atau kesenian tradisi yang ada nilai sejarah dipelihara.

Angka 50 itu barangkali mahu disesuaikan dengan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara ini. Sama ada 50 atau kurang daripada itu bukanlah isunya kerana difahamkan peringkat awal ada 500 perkara yang merangkumi bangunan, lokasi dan sebagainya sebagai warisan negara.

Ini bermakna 50 perkara yang diumumkan oleh Menteri KeKKWa, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai warisan negara itu adalah yang paling menonjol ciri-ciri sejarah dan budaya berbanding selebihnya. Secara jujurnya kita tidak perlu mempunyai terlalu banyak monumen atau lokasi yang diiktirafkan sebagai warisan negara. Kerana itu pemilihan perlu kepada yang benar-benar ada signifikan dengan pembentukan bangsa dan negara ini.

Bagaimanapun timbul persoalan apabila dalam 18 bangunan dan lokasi yang diisytiharkan sebagai warisan negara, tidak ada Stadium Merdeka. Di mana hilangnya Stadium Merdeka? Adakah Stadium Merdeka tidak menepati kriteria sebagai warisan negara sekalipun semua orang tahu signifikan stadium itu dengan kemerdekaan negara ini? Di mana Padang Pahlawan di Bandar Hilir, Melaka tempat Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan Malaya pada 20 Februari 1965?

Dalam konteks budaya, definisi warisan bukanlah satu peninggalan daripada generasi terdahulu kepada generasi selepasnya. Tetapi warisan membawa maksud satu kebijaksanaan atau kecemerlangan silam yang ada hubung kaitnya dengan generasi semasa. Warisan berkait rapat dengan sejarah yang pada masa sama menjadi tonggak kepada sesuatu bangsa.

Warisan juga bukan sekadar disimpan atau dipelihara tetapi warisan menuntut penghayatan dan mengambil iktibar dari sejarah masa lalu untuk mencipta kecemerlangan masa depan. Ini bermakna warisan memainkan peranan besar dalam menentukan hala tuju tamadun sesuatu bangsa.

Dengan pengisytiharan 50 Warisan Kebangsaan itu juga difahamkan negara ini berada dalam 10 negara yang mempunyai kemudahan dan penghormatan antaranya Amerika Syarikat (AS), United Kingdom Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Tetapi apabila Stadium Merdeka yang begitu signifikan dengan laungan 揗erdeka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2007 01:35 PM | Show all posts
Stadium Merdeka warisan kebangsaan

Utusan Malaysia, 09 Julai 2007   M/S : 1

KUALA LUMPUR 8 Julai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 09:27 AM | Show all posts
Stadium Merdeka warisan negara

KUALA LUMPUR 21 Ogos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 09:59 AM | Show all posts
Dua stadium bersejarah disenarai harta warisan
Oleh Siti Nur Almizan Aripin


Kerajaan diminta bantu biaya usaha baik pulih, pengekalan: Dr Rais

KUALA LUMPUR: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan menyenaraikan Stadium Merdeka dan Stadium Negara dalam senarai daftar Hartanah Warisan Kebangsaan berdasarkan peruntukan Seksyen 67, Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata sehubungan itu, kementerian akan mengusulkan kepada kerajaan supaya diperuntukkan bantuan kewangan sewajarnya bagi membiayai usaha baik pulih dan pengekalan kedua-dua stadium bersejarah berkenaan seperti diperuntukkan di bawah akta yang sama.

Katanya, kewujudan stadium berkenaan adalah penting dan ia seolah-olah menjadi simbol merdekanya Tanah Melayu yang dapat digambarkan semula pada masa sekarang.

揙leh itu, saya seru kepada masyarakat yang cintakan negara supaya tampil memberi penghargaan menerusi pemuliharaan bangunan lama dan bersejarah. Wajar juga jika ia dapat diserapkan ke dalam bentuk pendidikan kerana selama ini, mesej pendidikan diasaskan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

揗onumen sejarah sama ada menerusi warisan tampak dan tidak tampak wajar diselenggara. Saya tidak mahu melihat budaya masyarakat kita yang tidak pandai menghargai sejarah wujud selepas menyambut sambutan ke-50 merdeka,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 03:17 PM | Show all posts
Stadium Negara
Dari Wikipedia


Stadium Negara

Stadium NegaraStadium Negara merupakan stadium tertutup pertama di Malaysia. Ianya terletak bersebelahan dengan Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Pada 19 April 1962, Stadium Negara telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Stadium Negara yang merupakan sebuah gelanggang tertutup serta melambangkan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini.

Kos pembinaan Stadium Negara menelan belanja lebih RM 34 juta dan dianggap sebagai sebuah stadium tertutup yang terbaik di Asia Tenggara. la bukan sahaja boleh menunjukkan satu contoh kejuruteraan asli yang tidak ada tolok bandingnya tetapi juga menambahkan lagi reka bentuk seni bina moden di negara ini. Selepas pembinaan Stadium Merdeka yang terbuka maka perlulah tiba pula giliran stadium tertutup seperti Stadium Negara.

Stadium Merdeka sesuai untuk permainan-permainan yang dipertandingkan di tanah lapang tetap. Stadium Negara pula dibina khas bagi permainan-permainan dalam dan sesuai sebagai tempat untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan. Stadium itu juga boleh digunakan untuk perlawanan pelbagai jenis sukan, tempat pameran dan juga temasya di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Pada Februari 2003, Stadium Negara telah dinamakan sebagai bangunan warisan kebangsaan.


[Sunting] Acara yang dilangsungkan
Pertandingan Badminton Piala Thomas 1992
Hari Kanak-Kanak
Maulidur Rasul
Pertandingan tinju pada 1975: Muhammad Ali vs Joe Bugner
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2007 03:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 05:47 AM | Show all posts

Reply #27 Syd's post

Nampak lawa pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2007 12:55 PM | Show all posts
Stadium Merdeka kembali kepada rupa bentuk asal

KUALA LUMPUR, 31 Ogos
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 12:03 AM | Show all posts

RE: Pereka Stadium Merdeka mati

2011-07-02 08:00                                       
KUALA LUMPUR: Pereka Stadium Merdeka dan Stadium Negara, Tan Sri Stanley Jewkes, meninggal dunia di Florida, Amerika Syarikat (AS), Jun lalu pada usia 97 tahun.

Kenyataan media Badan Warisan Malaysia, semalam, bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian Jewkes yang meninggalkan seorang balu, Ella dan dua anak.Jewkes berkhidmat dengan Public Works Department (PWD) atau Jabatan Kerja Raya, sehingga 1962 dan menubuhkan Unit Rekaan dan Penyelidikan untuk memastikan keberkesanan kerjaya kejuruteraan dan seni bina.Beliau mereka bentuk Stadium Merdeka pada 15 Julai 1956 yang juga tempat perisytiharan kemerdekaan tanah air pada 31 Ogos 1957.

Selain kedua-dua stadium, beliau turut bertanggungjawab membina Taman Merdeka seluas empat hektar di utara Stadium Merdeka serta Menara Jam Merdeka.

Selepas meninggalkan perkhidmatan awam Malaya, Jewkes menyertai kumpulan perundingan antarabangsa di AS dan bekerja di lebih 70 negara serta institusi termasuk Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jewkes bersara ketika berusia 75 tahun.

Almarhum Tunku Abdul Rahman ketika bertitah dalam program sempena perasmian Stadium Merdeka pada 30 Ogos, 1957, turut memuji usaha Jewkes dan petugasnya yang disifatkannya memiliki kemahiran perancangan dan kejuruteraan yang tinggi.


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 01:39 PM | Show all posts
teringat time skolah.....
kalau ada sukan sekolah...
pasti stadium ini la tempat kami beraksi!!!!
dan pernah main bola siap sumbat 1 gol kemenangan
pertandingan akhir MSSWP....... pergh!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 11:28 PM | Show all posts
2011-07-02 08:00
bluezink Post at 3-7-2011 00:03



   
Stanley Jewkes holds an Order of the British Empire he received from Queen Elizabeth in 1958 in his Oxford home on Thursday, June 9, 2011. Jewkes, an architect and civil engineer, fought with the British military in World War II and served as director of public works in Malaysia under Prince Abdul Rahman.
Tan Sri Stanley Edward Jewkes (1903-2011)
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 11:27 AM | Show all posts
Pesta Bola Merdeka (Merdeka Cup 1961)



Date : 2/8/1961
























Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 12:21 PM | Show all posts
Perlis FA Team @ Merdeka Stadium in 80s








Credit

En Othman Ibrahim (Ex Perlis FA Players)



Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 11:26 AM | Show all posts
biar benar nak kena roboh..stadium ni byk meninggalkan kenangan untuk aku dulu..yer la sekolah blaka ...
FAC Post at 15-2-2007 21:58



    kita sekolah sama la hhihihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 04:17 PM | Show all posts
banyak kenangan dengan Stadium Merdeka nih.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2013 08:11 AM | Show all posts
Taman Merdeka (1958)























Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 01:20 PM | Show all posts
gud info...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 01:20 PM | Show all posts
gud info...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.073994 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list