CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35359|Reply: 80

Kes hak cipta @ copyright / harta intelek etc

[Copy link]
Post time 22-2-2007 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Salah satu contoh kes yang didakwa melakukan perkara2 dibawah

Syarikat Mawi disaman 1 juta
31-10-2006 07:52:32 PM
Oleh CHELSEA L.Y. NG

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat air mineral memfailkan saman terhadap sebuah syarikat milik penyanyi Mawi kerana melanggar hak cipta produk-produknya.

Yassa Sdn Bhd menuntut ganti rugi am berjumlah RM1juta daripada Mawi World Sdn Bhd dalam satu saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Yassa juga menuntut Mawi World berhenti mengeluarkan air mineral berbotol dengan nombor lesen, alamat kilang dan kandungan produk di labelnya daripada Yassa.

Dalam kenyataan tuntutannya, plaintif berkata salah seorang pengarahnya kebetulan melihat botol air yang dicap sebagai Mawi World dipamerkan di sebuah pasar raya di Subang Jaya, Selangor.

Pengarah itu mendapati maklumat yang dipaparkan di label botol air mineral tersebut sama dengan yang tercetak di produk-produk keluaran plaintif.

Satu laporan polis dibuat pada 2 Okt di balai polis Seremban berkaitan pelanggaran harta intelek.
Kedua-dua pihak bertemu pada 3 Okt apabila Mawi World didakwa mengakui bahawa ia menggunakan maklumat tersebut tanpa persetujuan Yassa.

Pihak defendan bagaimanapun mendakwa tidak tahu menahu tentang pelanggaran hak cipta itu kerana ia mendapat bekalan air daripada sebuah syarikat bernama Johtaw Corporation (M) Sdn Bhd.
Mawi World didakwa bersetuju membincangkan pampasan akibat melanggar hak cipta itu tetapi belum ada persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak.


Tuan loyarr & pihak-pihak yang berkenaan,
boleh tak tuan jelaskan pada kami utk pengetahuan kami ttg kes ini. dari sudut plaintif, defendan dan situasi yang sepatutnya kami fahami bila ada kes2 mcm nih.


dan jugak ;

1.  pelanggaran hak cipta
2.  harta intelek

TQ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 05:48 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

facts of the case dlm report ni tak cukup dan agak mengelirukan.. langgar "hakcipta".. hakcipta apa? ada article dlm english tak syd.. susah sikit nak paham dlm bm.. :hmm: terminology dia mengonfiuskan..

hakcipta is copyright in english, i think (tu pasal if ada english article, its better.. hehehe). but it doesnt look right to allege copyright infringement based on apa yg ada dlm article ni. copyright of what? yg sama pada botol mineral tu dinyatakan sebagai persamaan maklumat... maklumat tu plak dinyatakan terdiri drpd nombor license, kandungan product n alamat.. tp copyright actually covers things like literary work, artistic work, lagu, film, computer programme.. benda2 mcm tu.. lebih kepada karya2.. so nombor lesen, alamat dan kandungan air bukanla benda2 yg bole dilindungi under copyright.. kes ni is more like exploitation of the licence..  misuse of the licence.

now im trying to look whether ada possibility kesalahan under cabang lain dlm intellectual property. a possibility is trademark - eg,  if pakai logo yg sama, or brand yg sama, or tradename yg sama ... semua ni ada ground untuk dikatakan i langgar trademark. tp tu lah.. fakta dlm artikel ni tak cukup - tak cakap pun kesalahan pakai logo yg sama n such..

lagi satu possibility is langgar industrial design.. rekabentuk design pada label tu ker.. tp again, tak dinyatakan begitu dlm artikel ni.. dlm ni kata maklumat yg sama, bukan rekabentuk or rupabentuk... :hmm:

btw trademark, copyright, industrial design ni kena daftar dulu (yg tak semestinya diluluskan masa apply for registration), baru bole ckp langgar trademark if org lain pakai.. similarly for cabang2 lain dlm intellectual property.. kena register dulu.

aku rasa ada something yg missing in this article. therefore for the time being, based on this article i cant see the ground for langgar intellectual property rights.. more like salahguna lesen mineral water.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2007 10:20 PM | Show all posts
jap, nak cari artikel dlm BI plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 10:27 PM | Show all posts

Reply #3 Syd's post

rajinnya ahkak ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2007 10:34 PM | Show all posts
Mawi World sued RM1million by a mineral water company
Posted by: azlan on Tuesday, October 31, 2006 - 09:33 PM

Kuala Lumpur- A mineral water company has filed a suit against Mawi World Sdn Bhd, a company owned by singer Mawi for infringement of copyright of its products. The writ, however, had not been delivered to the defendant.


Yassa Sdn Bhd is seeking general damages of RM1million from Mawi World Sdn Bhd in the suit filed at the High Court o璶 Tuesday.

Yassa also wants to stop Mawi World from continuing to produce bottled mineral water using Yassa抯 licence number, factory address and product contents o璶 its label.

In its statement of claim, the plaintiff said o璶e of its directors chanced upon bottled water branded as Mawi World displayed at a supermarket in Subang Jaya, Selangor.

Yassa said that it had lodged a police report o璶 October 2 in Seremban against Mawi World where the Akademi Fantasia 3 champion, whose real name is Asmawi Ani, is o璶e of the directors of the company.

Mawi World purportedly agreed to discuss compensation for the infringement but no agreement was reached between both parties.

Yassa claiming general damages of RM1 million, examplary damages, interest and other relief deemed fit by the court.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 10:53 PM | Show all posts
Ada lagi satu kes harta intelek yg aku tak berapa faham. melibatkan kartunis ujang dan din beramboi. sapa2 ada detail tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-2-2007 11:08 PM | Show all posts
hehe
aku ada terbaca kat kosmo
wawancara dgn ujang
dia kan pencipta watak ujang @ aku budak minang

then bila dia blah dari gila-gila, nak wat komik kartun sendiri
dia tak boleh bawak watak ciptaan tuh
coz itu dah jadik hak gila-gila
abis lah dia...coz watak kartun tu yang buat orang kenal dia
then komik yang dia buat tuh, tak dpt btahan lama
tutup kedai....masa tuh plak..dia buat mcm2
nak bukak kolam memancing lah, kem lah...mcm2 lah
then bila dah libatkan kes mahkamah pasal watak ujang tuh
teruk lah dia...abis semua harta dijual
sampaikan dia mmg kayap giler
balik kampung..mak dok bela dia...dok kasik dia makan etc

then dia nasihatkan...
lainkali kartunis kena fikir panjang
daftar watak kartun ciptaan dorang
as harta intelek

hehheh

sekian terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 11:14 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 24-2-2007 10:34 PM
Mawi World sued RM1million by a mineral water company
Posted by: azlan on Tuesday, October 31, 2006 - 09:33 PM

Kuala Lumpur- A mineral water company has filed a suit against Mawi World Sdn ...

so betulla abt copy right = hakcipta in bm..
so my jawapan sama gak mcm post kat atas tu..i tak nampak how the breach is considered as infringement of copyright. reasons as stated earlier.

kalau nak consider under infringement of cabang2 lain dlm intellectual property, such as trademark or industrial design, nampaknya facts dlm report ni tak menjelaskan sedemikian.

seems like it's more of salahguna product license, mcm yg i cakap dlm post sebeleum ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2007 12:40 PM | Show all posts
baru jerk sebut2 pasal kes ujang,
lagi sekali Kosmo tulis artikel ttg ujang nih

dan semua yang disebut, mcm yang aku tulis kat atas tuh

esok aku scan paper tuh, dan paste kat sini

anway, dia ada kat central market skrg nih...dok melukis kat sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2007 05:10 PM | Show all posts

Reply #6 smeetasmitten's post










sori, kualiti hancur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 05:25 PM | Show all posts
laa.. sian dia..
tatau lak aku camtu kisahnya..
beso btol dugaan.. uhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 07:11 PM | Show all posts
Dalam kes Ujang tuh sebenarnya kartun2 tersebut masih bole dipersoalkan adakah ianya betul milik syarikat penerbitan Gila-Gila itu. Satu persoalan yang memerlukan penjelasan ialah samada Ujang ada menandatangani perjanjian untuk menyerahkan segala hak milik ke atas karya-karya beliau kepada penerbit tersebut. Jika terbukti beliau tidak menandatangani apa-apa perjanjian untuk melepaskan semua hak-hak beliau keatas karya-karyanya Ujang boleh buat tuntutan balas.

Tapi, in case kalau memang Ujang ade signed agreement tuh, memang Ujang takleh buat ape-ape. Tapi mase aku keja arituh aku pun ade buat satu claim bagi pihak arwah 'Sasterawan Negara' (identiti dirahsiakan..). Anak-anak beliau yang menuntut agar segala karya-karya arwah ayah mereka direvertkan kembali kepada mereka dari DBP sebab DBP memang telah dilantik menjadi penerbit mase Allahyarham masih hidup. Tapi bila beliau dah tiada, anak-anak mereka nak tuntut segala karya-karya tersebut sebab by right tempoh perlindungan bagi hakcipta ialah seumur hidup pengkarya + 50 tahun. Kalau ade join authorship (lebih dari seorang pengkarya..) tempoh 50 tahun tuh akan bermula dari kematian pengkarya yang terakhir.

Aku rase Ujang bole claim balik karya-karya beliau dengan semak balik agreement yang die dah signed tuh (kalau ade laa..) dan check balik fasal2 yang ade dlm agreement tuh. Kalau tak silap aku ade reversion clause di mana kalau penerbit dengan sengaja gagal terbitkan karya-karya ujang dalam tempoh masa tertentu, hakmilik tuh akan revert balik pada penulis asal sebab penerbit dah tak jalankan duty mereka. Itulah argument yang firm aku nak guna utk dptkan balik hakmilik karya-karya'Sasterawan Negara' dari DBP dengan nak tunjukkan yang DBP dah lama tak terbitkan karya-karya 'Sasterawan Negara' tersebut untuk dipasarkan dan secara tak langsung mengabaikan duty mereka sebagai penerbit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 01:28 AM | Show all posts
lagi satu yg aku dgr dari mulut2 org psl 'din beramboi'. ingat tak awal tahun 90an ada tersebar tape 'pakcik kayo'. kartunis ujang ni jadikan din beramboi dan pakcik kayo ni satu kerekter katun yg sungguh femes dan din beramboi pun nak kredit psl katanya tape pakcik kayo tu dia yg buat.

tak tau le kalau kerekter pakcik kayo ni antara salah satu kes mahkamah dia atau tak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 07:57 AM | Show all posts
cemana nk register hak cipta tu eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 10:50 AM | Show all posts
Hak Cipta & Penulis : Soalan-soalan lazim
20 July 2005

Hak cipta ialah satu bentuk perlindungan yang diberikan oleh undang-undang kepada pencipta yang menghasilkan karya asal sama ada karya sastera, drama, muzik, seni, dan lain-lain karya intelektual.   


1. Apakah itu hak cipta?
Hak cipta ialah satu bentuk perlindungan yang diberikan oleh undang-undang kepada pencipta yang menghasilkan karya asal sama ada karya sastera, drama, muzik, seni, dan lain-lain karya intelektual. Perlindungan ini diberikan kepada sama ada karya yang sudah diterbitkan atau belum diterbitkan. Pencipta berhak melaksanakan hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk satu tempoh tertentu.


2. Apakah akta atau undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia?
Hak cipta di Malaysia dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332). Malaysia juga tertakluk kepada peraturan Konvensyen Berne bagi Perlindungan Karya Sastera dan Seni 1886 dan TRIPS (Agreement on Trade-Related Aspects on Intellectual Property Rights) 1994.

3. Apakah itu Konvensyen Berne?
Konvensyen Berne adalah konvensyen tertua yang memberi pelindungan bagi karya sastera dan karya seni negara-negara anggota. 3 prinsip utamanya ialah:
a. semua karya seni yang dihasilkan oleh rakyat semua negara anggota diberikan perlindungan
b. perlindungan hak cipta diberi secara automatik
c. perlindungan yang diberikan tidak tertakluk kepada perlindungan yang perlu diberikan oleh negara asal

4. Apakah jenis karya yang dilindungi undang-undang hak cipta?
 karya sastera
 karya muzik
 karya seni
 filem
 rakaman bunyi
 siaran

5. Apakah yang dimaksudkan dengan karya sastera?
 novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lain
 lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomim
 treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel
 ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain
 surat, laporan dan memorandum
 syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya
 jadual atau penyusunan, sama ada dalam bentuk perkataan, angka atau simbol yang nyata atau tidak, dan sama ada dalam bentuk yang dapat dilihat atau tidak
 program komputer

6. Apakah yang tidak dilindungi hak cipta?
 Karya yang belum dizahirkan dalam bentuk yang kekal seperti susunan ayat dalam sebuah buku.
 Judul, nama, frasa pendek, slogan (walau bagaimanapun ianya boleh dilindungi di bawah undang-undang cap dagangan)
 Simbol dan reka cipta yang umum dan diketahui seperti tanda 'Dilarang merokok'
 Jenis huruf, warna.
 Idea, prosedur, kaedah, sistem, proses, konsep, prinsip, penemuan.
 Karya yang mengandungi maklumat umum dan tidak ada pemilik hak cipta asal. Sebagai contoh kalendar standard, carta ukuran ketinggian, jadual atau senarai yang diambil daripada sumber terbuka.umum, pta ukur.

7. Apakah hak eksklusif yang dimiliki oleh pemegang hak cipta?
 mengeluar semula dalam apa-apa bentuk bahan
 menyampaikan kepada awam
 menunjuk, menayang atau memainkan kepada awam
 mengedar salinan kepada awam sama ada dengan cara menjual atau memindah milik
 menyewakan kepada awam secara komersial

8. Berapakah tempoh hak cipta yang diberikan?
 Karya sastera, muzik & seni: sepanjang hayat penulis + 50 tahun selepas kematiannya
 Diterbit selepas kematian pencipta: 50 tahun bermula dari tahun kalendar karya diterbitkan
 Karya tanpa nama/mengguna nama samaran: 50 tahun bermula dari tahun kalendar karya diterbitkan
 Karya ciptaan bersama: sepanjang hayat penulis terakhir yang meninggal + 50 tahun selepas kematiannya

9. Apakah prinsip-prinsip asas dalam hak cipta?
 Karya adalah asli
 Idea tidak dilindungi hak cipta
 Fakta tidak dilindungi hak cipta
 Hak cipta diperolehi secara automatik
 Hak cipta adalah adalah satu bentuk harta
 Karya sudah dizahirkan dalam bentuk yang nyata

10. Bagaimana jika saya hendak mengguna bahan daripada karya orang lain?
 Minta kebenaran pemilik hak cipta terlebih dahulu
 Tulis balik menggunakan ayat sendiri
 Ciplak

11. Dalam keadaan apakah saya boleh guna bahan orang lain tanpa minta kebenaran?
Dibenarkan untuk urusan yang wajar bagi tujuan:
 Penyelidikan
 pengajian sendiri
 kritikan
 ulasan
 laporan
Dengan syarat meletakkan judul karya atau sumber dan penciptanya.



12. Bagaimana menentukan wajar atau tidak penggunaan sesuatu karya?
 Tujuan: untung atau tidak
 Jenis karya: kreatif atau tidak kreatif
 Sedikit atau banyak
 Kesan ekonomi kepada karya asal

13. Bagaimana membukti hak cipta?
 Meletak notis hak cipta
 Membuat akuan bersumpah atau afidavit
 meletak manuskrip di dalam sampul surat yang di 憇ealing wax

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 11:39 AM | Show all posts

Reply #14 puterikhaleeda's post

cuba refer kat sini;

http://www.mipc.gov.my/index.php
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2007 08:02 PM | Show all posts
undang-undang hakcipta dan harta intellek (bear in mind, kedua-dua perkara ni berbeza tau) perlu diperketatkan..  jangan seperti sekarang di mana walaupun komposisi sudah dipatenkan, orang lain boleh mencilok dan daftarkan paten baru dengan menukar sedikit aturan komposisi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 10:05 PM | Show all posts
Originally posted by puterikhaleeda at 28-2-2007 07:57 AM
cemana nk register hak cipta tu eh?


Hakcipta takde registration. Perlindungan diberikan secara automatik bila ko telah memenifestasikan idea ko dalam bentuk-bentuk fizikal seperti buku, CD, Kaset etc. Lebih digalakkan kalau ko nak tulis novel contohnya, ko sentiasa letak kat bawah page "Copyright

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2007 08:22 AM | Show all posts

Reply #18 rurouni_khairul's post

opis kawan aku yang loyar tuh
ada wat service nih

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 1-3-2007 08:22 AM
opis kawan aku yang loyar tuh
ada wat service nih



Ape name opis kawan ko tuh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.510499 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list