CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kes hak cipta @ copyright / harta intelek etc

[Copy link]
Post time 1-4-2007 07:07 PM | Show all posts

Reply #40 fairy_hobbit's post

Oh..I see...so kita discuss the laws ajer laa..tapi don't discuss the facts dan jumpe to the conclusion sebelum case decided by the court.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2007 09:32 AM | Show all posts

Reply #23 cheapmon's post

yup mmg btul sgt cakap ko ttg tahap kesedaran rakyat dlm hal ni..
and tq a lot la forumer yg lain psal info2 yg lebih detail ..
articel & lelain info ...yup try to study more about this
bagos nihhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2007 09:58 AM | Show all posts
  selamat

[ Last edited by  Syd at 11-5-2007 01:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 10:30 AM | Show all posts

Reply #43 Syd's post

Ko nie memang peka terhadap hak2 harta intelek nie yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2007 10:42 AM | Show all posts
haha
dah aku baca paper on-line
aku paste jelah sekali kat sini

ala, takde apa2 punnggg

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 09:03 AM | Show all posts
Kes saman RM1j syarikat Mawi disebut 10 Mei
KUALA LUMPUR 12 April

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2007 01:12 PM | Show all posts
Mawi World mohon batal saman RM1j YSB


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 26 Julai ini bagi mendengar permohonan Mawi World Sdn Bhd (MWSB) untuk membatalkan saman RM1 juta dikemukakan syarikat pengeluar minuman air mineral, Yassa Sdn Bhd (YSB).

Penolong Kanan Pendaftar, Rahni Kartini Abdul Rahim menetapkan tarikh itu apabila kes berkenaan ditetapkan untuk sebutan.

Pada 31 Oktober tahun lalu, YSB menyaman MWSB dan menuntut ganti rugi RM1 juta kerana mendakwa MWSB mengeluarkan air mineral jenama Mawi World, menggunakan lesennya tanpa kebenaran.

Syarikat berkenaan yang beribu pejabat di Seremban, mendakwa produk air mineral itu yang menampilkan wajah penyanyi popular Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi pada botolnya, melanggar hak harta intelek milik mereka.

Ia berikutan kandungan maklumat pada botol air mineral Mawi World, seperti nombor lesen dan kilang di mana air mineral itu dikeluarkan, menggunakan maklumat sama seperti digunakan YSB.

Pada 27 September tahun lalu, Mawi, 26, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MWSB melancarkan produk air mineral itu pada majlis di Mydin Mall, Subang Jaya, Selangor.

Sementara itu, dalam afidavit yang diikrarkan bersama permohonan membatalkan saman pada 17 Januari lalu, Mawi mendakwa tuntutan saman oleh YSB adalah salah kerana tidak ada sebarang harta intelek pada butiran yang didakwa dimiliki YSB dan dicetak pada botol minuman itu.

Ini kerana butiran dinyatakan plaintif (YSB) dalam pernyataan tuntutannya itu tidak memenuhi definisi harta intelek dan tiada sebarang ciptaan, idea, proses, rahsia perniagaan, program, data, formula, paten, hak cipta, tanda perdagangan, hak dan pendaftaran pada butiran itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 07:41 PM | Show all posts
komen ujang mengenai kes mahkamah...
'pergaduhan' dgn moy publications & kembalinya ujang ke creative enterprise

part 1
http://www.youtube.com/watch?v=YaChg8GAMLw
part 2
http://www.youtube.com/watch?v=0bpTQ9OaLyo&NR=1

masa pesta buku aritu pun meriah abis booth creative...
ujang memang selalu ada kat booth gila2...kartunis2 lain pun ada jaafar taib, nuds, ahadiat akashah, etc
booth moy (ujang) hambar pulak..takde pape yg best
skang ni pun tiap2 keluaran gila2 ujang ada melukis...dia ni memang ramahla, aku tabik dgn ujang...
dlm youtube tu pun dia mengaku dia 'derhaka' dgn gila2

ujang ni nampak sungguh2 nak martabatkan kartun berwajah malaysia
compared dgn moy yg semata2 berkiblatkan keuntungan, tengokla bos dia pun, bukan tau pape pasal kartun, alih2 semua titik peluh ujang dia rembat sorang2...kartunis2 lain pun aku tengok mcm lalang, berpecah-belah, mane offer lebih itu yg dia rembat...last2 skali majoriti kartunis2 popular tahun 90'an dulu dah menghilangkan diri, mane diorang pegi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2007 03:27 PM | Show all posts

Reply #48 iscol_klang's post

Ini lah padahnya kalau kita tak berusaha melindungi harta intelek kita...akhirnya org yang tak gheti melukis dapat kontrol bisnes Ujang...takleh nak salahkan Ujang 100% jugak sebab mungkin takde pengamal agen harta intelek yang nasihatkan die dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 24-2-2007 11:08 PM
hehe
aku ada terbaca kat kosmo
wawancara dgn ujang
dia kan pencipta watak ujang @ aku budak minang

then bila dia blah dari gila-gila, nak wat komik kartun sendiri
dia tak boleh bawak watak ...


kesian dia.. dugaan tuhan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2007 09:29 AM | Show all posts
Hak harta intelek terhadap vaksin halal
Oleh FARHAH ABDULLAH

BIOTEKNOLOGI ialah suatu teknik yang menggunakan organisma hidup atau sebahagian daripadanya untuk menghasil atau mengubahsuaikan sesuatu produk, atau untuk memperbaiki tumbuhan atau haiwan, atau untuk menggunakan mikroorganisma untuk Sesuatu tujuan tertentu (OTA 1984).

Perlu dketahui bahawa pengubahsuaian bukan bermaksud ciptaan. Apa yang dilakukan oleh jurutera-jurutera genetik itu hanyalah memindahkan bahan baka dari satu spesies ke satu spesies yang lain dan bukan mencipta sesuatu yang baru.

Malangnya, kejuruteraan genetik ini disalahgunakan secara berleluasa iaitu memanipulasikan kandungan genetik organisma-organisma tertentu bagi kegunaan industri dan pertanian seperti makanan ubah suai genetik iaitu kita mungkin akan memperoleh gen ikan dalam buah, gen serangga dalam tumbuhan, virus dan bakteria dalam tanaman atau lebih dahsyat gen manusia dalam khinzir atau kambing dan sebagainya.

Penemuan vaksin halal amat tepat pada masanya dalam menangani gejala ini. Namun dalam jangka masa panjang, ia perlu dilihat dari aspek hak harta intelek iaitu perlindungan hak cipta ke atas vaksin berkenaan yang dicipta oleh ahli-ahli bioteknolgi.

Malaysia tidak ada langsung perlindungan varieti tumbuhan. Maka penggubalan Undang-Undang Biokeselamatan perlu mengkaji hak paten terhadap pelbagai jenis tumbuhan kerana hak paten diberikan kepada syarikat yang mempatenkan penemuan mereka. Maka hak Orang Asli sebagai pencipta asal diketepikan hak dan royalti. Di sini, diskriminasi sosioekonomi nasib orang asli tidak terbela iaitu mengetepikan hak penderma asal.

Justeru, Malaysia ke arah menggubal Undang-Undang Biokeselamatan (Biosafety Law) dianggap langkah awal dan proaktif di dalam menangani percubaan Negara-negara maju untuk memanjangkan undang-undang mereka dalam mengawal hak harta intelek dalam mempatenkan ciptaan bioteknologi kepada Negara membangun perlu diperhatikan. Rundingan GATT dan TRIPS misalnya, antara contoh memihak kepada negara-negara maju melalui penguatkuasaan hak harta intelek.

Selain itu, bahan-bahan tumbuhan dan haiwan yang telah dikenal pasti oleh komuniti asal boleh dikomersialkan menjadi ubat-ubatan moden adalah sumber genetik dan berpotensi mengubah nasib masyarakat setempat.

Namun, jika tiada penguatkuasaan perundangan terhadap hak harta intelek untuk menjamin hak warisan biologi negara, tidak mustahil, pengguna-pengguna seperti kita perlu membayar royalti terhadap produk-produk yang dihasilkan di negara maju, walhal sumber biologi ini datang daripada hutan belantara negara-negara membangun.

Persoalan terkini adalah berkenaan kemasukan produk makanan ubah suai genetik (GE-Genetic Enginereed) ke Malaysia secara berleluasa disebabkan ketiadaan keperluan melabel di Malaysia.

Makanan GE juga menguntungkan syarikat besar dan merugikan para petani yang mengamalkan kaedah tradisional. Pengguna juga menjadi mangsa kerana kurang arif dengan label yang tidak dinyatakan sama ada produk itu ada mengandungi GMO atau pun tidak. Contohnya, hasil soya GE boleh dinyatakan sebagai protein sayuran, hydrolysed vegetable protein, lecithin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2007 08:41 AM | Show all posts
Mahkamah Harta Intelek beroperasi bulan depan
Oleh HELMI MOHD FOAD

PUTRAJAYA 20 Jun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 01:08 AM | Show all posts
aku nak tanya ler..kalo nak apply copyrignt personally..bukan atas company...nak buat mcm mana tuh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2007 10:11 AM | Show all posts
Evolusi harta intelek di Malaysia
Oleh Mohamad Sofee Razak


Penubuhan 21 mahkamah khas lindungi aset mula operasi minggu depan

BERMULA minggu depan, 21 Mahkamah Harta Intelek akan beroperasi di seluruh negara merangkumi 15 Mahkamah Sesyen dan enam Mahkamah Tinggi. Penubuhan Mahkamah Harta Intelek ini diluluskan Kabinet pada 6 Jun lalu, dilihat bakal menjadikan Malaysia negara kedua di Asean selepas Thailand mempunyai kaedah dan sistem mahkamah khas bagi melindungi aset harta intelek.

Penubuhan mahkamah ini bertepatan dengan perakuan Malaysia pada peringkat antarabangsa menerusi Perjanjian Perdagangan Berkaitan Harta Intelek (TRIPS). Negara mengorak langkah bijak dan terkehadapan berbanding negara lain dalam melindungi harta intelek. Ia satu lagi bentuk kejayaan dan inovasi sistem perundangan dan kehakiman di negara kita.

Selain itu, gandingan bijak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Perbadanan Harta Intelek Negara dan pertubuhan antarabangsa Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) akan memperkasakan lagi sistem perlindungan harta intelek di negara kita.

Harta intelek mengikut perspektif undang-undang Malaysia merangkumi harta industri dan hak cipta. Harta industri membabitkan cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, reka bentuk litar bersepadu dan sebagainya. Hak cipta pula merujuk kepada hak penguasaan dilindungi undang-undang ke atas seluruh atau sebahagian daripada hasil ciptaan merangkumi karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi dan siaran.

Perbincangan mengenai harta intelek masih dianggap baru, walaupun harta berbentuk intelek sebenarnya sudah lama wujud. Namun, masalahnya ialah undang-undang mengenainya masih belum mantap dan berkesan.

Pengkajian mengenai harta intelek dikenal pasti bermula dengan berlangsungnya Sidang Paris pada 20 Mac 1883 di Paris, Perancis. Sejak itu, sarjana undang-undang memberi tumpuan mendalam terhadap isu berkaitan harta intelek. Usaha ini semakin rancak ekoran perkembangan drastik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), di samping globalisasi yang semakin melebar pada akhir abad ke-20.

Ahli media, Jeniri Amir (2005) menyatakan undang-undang pertama memberikan hak cipta pengarang ialah Stature of Anne yang diluluskan Parlimen Britain pada 1710. Peringkat awal perundangan, pihak Inggeris memperakukan bahawa pengarang memiliki hak terhadap karyanya berdasarkan prinsip natural justice.

Azizah Hamzah (2005) pula undang-undang hak cipta Malaysia bermula dengan adanya Copyright Act 1911 yang berkuatkuasa di Pulau Pinang dan Melaka. Selain wujud Enakmen 73 yang berkuat kuasa di Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Perundangan hak cipta pertama berkuat kuasa termaktub dalam Copyright Act 1967.

Undang-undang berhubung hak cipta masa kini merujuk kepada Akta Hakcipta 1987. Akta itu menjalani pindaan pada 1990, 1996, 1997 dan 1999. Pindaan 1990 menandakan kemasukan Malaysia dalam Sidang Berne. Pindaan pada 1997 digubal bagi memenuhi keperluan dan tuntutan baharu era teknologi maklumat, industri multimedia dan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Malaysia tidak terlepas daripada arus perdana dan evolusi harta intelek ini dan dengan kewujudan peningkatan kes berkaitan harta intelek di negara kita, operasi dan inisiatif Mahkamah Khas ini dijangka dapat menyelesaikan lebih 1,600 kes harta intelek tertunggak mengikut rekod Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah sehingga 2006. Statistik menunjukkan ada 515 kes tertunggak di Mahkamah Majistret sehingga Jun 2006, manakala 1,030 kes lagi di Mahkamah Sesyen dan 67 kes di Mahkamah Tinggi sehingga 31 Disember 2006.

Bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, dengan adanya sistem baru mahkamah ini, ia bukan saja mempercepatkan lagi proses pengendalian kes membabitkan pelanggaran harta intelek di negara ini, malah kita akan memperoleh kepakaran dari perundangan seperti hakim dan peguam, sekali gus meletakkan negara kita di landasan setanding dengan negara luar dari segi kelengkapan bagi memutuskan kes-kes berkaitan.

Kerajaan juga percaya dengan kewujudan operasi mahkamah ini akan meyakinkan pelabur dan masyarakat antarabangsa bahawa Kerajaan Malaysia amat serius memerangi perompak, pencuri dan pelanggar harta intelek yang tidak bertanggungjawab serta tidak berperikemanusiaan ini, yang giat menceroboh hak kepunyaan orang lain seperti memuat turun tanpa kebenaran, mengubah suai daripada karya asal, menciplak, mencetak rompak, memplagiat, meniru, mencedok, menyebar karya secara bebas dan banyak lagi pencabulan harta intelek. Inisiatif ini bukti keprihatinan dan usaha terbesar kerajaan melindungi entiti dan identiti harta intelek di negara kita secara yang lebih konsisten dan holistik.

Semua 15 Mahkamah Harta Intelek nanti akan membicarakan kes di setiap ibu negeri dan pusat pentadbiran negara Putrajaya. Enam Mahkamah Tinggi Bahagian Harta Intelek dengan bidang kuasa sivil dan rayuan akan bersidang secara mahkamah khusus di negeri mempunyai banyak kes harta intelek seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak. Setakat ini projek mahkamah harta intelek ini tidak membabitkan sebarang kos membina kemudahan atau bangunan baru, sebaliknya menggunakan kemudahan dan prasarana sedia ada di kompleks mahkamah di negeri terbabit.

Pada masa ini, projek perintis ini dilaksanakan di Mahkamah Sesyen Jenayah (4) di Kuala Lumpur untuk mendengar secara khusus kes jenayah harta intelek mulai 1 Januari 2006 lalu dan hasilnya banyak kes berkaitan sudah berjaya dilupuskan dengan lebih efektif dan cepat sehingga 2006 hampir 99 kes berkaitan harta intelek dilupuskan dan pihak kerugian serta teraniaya mendapat keadilan melalui perintah penghakiman dan pampasan sewajarnya dari mahkamah.

Penubuhan Mahkamah Harta Intelek ini juga disifatkan tepat pada masanya memandangkan peningkatan kes baru membabitkan jenayah harta intelek secara mendadak setiap tahun. Di samping itu, pindaan Akta Hakcipta 1987 pada 15 Ogos 2003 juga memberikan kuasa penuh kepada pegawai kementerian menangkap pesalah terbabit dalam jenayah ini tanpa membabitkan agensi kerajaan lain. Keadaan ini membantu melicinkan lagi usaha penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang kementerian ke atas penjenayah harta intelek dan bagi mengekang jenayah moden ini daripada terus berleluasa di negara kita.

Secara amnya penguatkuasaan undang-undang harta intelek di negara kita merangkumi bidang kuasa diperuntukkan mengikut Akta Hakcipta 1987, Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Cap Dagangan 1976, Akta Paten 1983, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996, Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000, Akta Petunjuk Geografi 2000, Akta Cakera Optik 2000 dan lain-lain. Kebanyakan kes harta intelek di negara kita banyak tertumpu kepada jenayah cetak rompak mengikut Akta Hakcipta 1987 dan Akta Perihal Dagangan 1972.

Sehingga kini, Malaysia masih belum mampu mengatasi dan menghalang sepenuhnya jenayah pelanggaran hak cipta yang tinggi, terutama kes cetak rompak yang kian hari semakin bertambah di seluruh negara. Disebabkan jenayah perdagangan ini membabitkan mereka yang bukan hanya mempunyai keupayaan kewangan yang mantap, sistem perhubungan yang cekap, pembabitan 憃rang dalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 10:30 AM | Show all posts
from what i was told by a friend who knows ujang.....even signature ujang yang dia guna sign keje dia pun no longer belongs to him.....ada mamat lain owns it.

btw: ada sesiapa nak signature aku cos aku ingat nak tukar signature aku....nampak simple sgt and senang ditiru
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 11:14 PM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 26-6-2007 01:08 AM
aku nak tanya ler..kalo nak apply copyrignt personally..bukan atas company...nak buat mcm mana tuh?


Sila selak balik page2 pertama untuk memahami tentang Copyright.

P.S: Copyright nie tak perlu pendaftaran...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2007 09:26 AM | Show all posts
Mahkamah Harta Intelek keluar waran tangkap pertama
Oleh NON EINAI MOHD AMIN

KUALA LUMPUR 17 Julai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

nerofreak This user has been deleted
Post time 18-7-2007 01:25 PM | Show all posts
aku ada kawan yang selalu handle kes2 vcd cetak rompak ni...dia cakap yg selalu kena tangkap n kena tuduh semuanya tukang jual je...tokey vcd yg untung berjuta-juta memang susah nak kantoi...kawan aku kata bila kena tuduh, PG, pastu mitigate sentence kpd denda saja n pastu tokey diorg akan setelkan denda, pastu sok meniaga lagi...

tapi pada aku ok gak ada vcd or dvd cetak rompak ni...at least boleh gak aku tolong rakyat malaysia berniaga... drpd bayar royalti pada penerbit2 yg dok kat amerika tu...

kalau dalam kes ujang tu, pada pendapat aku, kalau kau artis n kau keje dengan org, kau kena baca betul2 apa terms keje kau. mana2 company penerbitan akan letak term bila kau keje dgn diorg, setiap karya yg kau hasilkan adalh milik syarikat....kebanyakan company akan bersikap take it or leave it...ramai lagi yg nak keje...

gitule adanya..

cheers..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 02:37 AM | Show all posts

Reply #58 nerofreak's post

IP is not about money....it's about protecting ideas that has been menifested in physical things...

Kita tak bole cakap "Oh! takper laa ade cetak rompak...buat ape aku nak mengkayakan orang lain? Muahahahaha!!!" No! It isn't!!

Camner kalau satu hari nanti anak ko, atau anak saudara, atau cucu ko dapat menifestasikan satu idea dalam bentuk fizikal dan tetiber ade orang lain ambik keuntungan dengan menciplak idea diorang? Ape yang akan ko rase? Adakah ko akan cakap "Sudah laa nak, nak buat camner? Dah takde rezeki..." sambil mengeluh-ngeluh...what a typical malay thinking!

Tapi aku setuju jugak laa dengan pendapat ko pasal keja tuh...tapi bear in mind, jangan sebab bile sesuatu perkara tuh tak kena batang idung kite sendiri kita perlekehkannye...tak elok bro! Hak tetap hak walaupun yang memiliki hak tersebut 'orang luar'. Nie bukan sebab aku nak menangkan Amerika atau Hollywood tapi aku bercakap berasaskan ape yang aku rasa betul...maaf kalau nyinggung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

nerofreak This user has been deleted
Post time 23-7-2007 06:20 PM | Show all posts

Reply #59 rurouni_khairul's post

tapi mahal tu beb, dvd original..makan puluhan RM gak tu ...pastu lambat plak nak tunggu dia keluar, nak tengok wayang takde masa....

aku tau piracy adalah salah, tapi...mahal tu beb.. dvd original... (aku pun tau harga bukan alasan utk tak beli dvd ori...aku aware, cuma aku ada different view on pirated movies...limited to pirated movies n limited to pirated foreign movies only)

cheers..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.457256 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list