CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11328|Reply: 45

Isteri dan Penceraian

[Copy link]
Post time 9-2-2007 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Saja nak bertanya... setakat ini saya tiada masalah denga suami.... tapi sekadar nak tau.. kalu misalnya seorg wanita ingin bercerai dgn suami dia... apa yang harus dia buat... apa benda yang tak patut dia buat... dalam situasi mcm mana dia boleh bercerai...

Saya tengok lelaki sungguh senang nak cerai/kahwin lagi... perempuan sungguh payah... dlm apa keaadaan pun.. biasanya perempuan ajer yang salah... memang saya tau.. lelaki ada hak untuk mencerai isteri.. tapi dimanakah hak sebagai isteri...  

Kalu misalnya dah nak berceraikan... kan diadakan kaunseling kan org pejabat agama islam.. dari yang saya dengar... org dari pejabat agama akan selalu menyalahkan si isteri.. apa kah hak isteri ni dari segi undang2...

[ Last edited by  fairy_hobbit at 14-2-2007 11:37 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2007 10:13 PM | Show all posts
harap those in the know abt the above situation bantu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 10:56 AM | Show all posts

Reply #1 sayna's post

Originally posted by sayna
Kalu misalnya dah nak berceraikan... kan diadakan kaunseling kan org pejabat agama islam.. dari yang saya dengar... org dari pejabat agama akan selalu menyalahkan si isteri.. apa kah hak isteri ni dari segi undang2...


Allah itu maha besar dan maha kaya... so... back to the basic...

Perceraian yang buleh dituntut dalam Islam:

1. Persetujuan bersama - kalau dua2 nak bercerai...

2. Fasakh - Hak isteri menuntut cerai. Terdapat beberapa syarat yang membulehkan isteri menuntut cerai... antaranya ialah suami mati pucuk... suami dipenjarakan... suami giler... suami berpoligami tetapi berlaku tidak adil... suami tidak beri nafkah...suami memaksa isteri melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama islam... dan banyak lagi...

3. Taklik - masa selesai nikah... suami ada bertaklik bahawa kalau suami tidak beri nafkah zahir dan batin selama beberapa tempoh... maka... isteri buleh menuntut cerai... gunakan alasan itu kalau suami tidak mampu beri nafkah zahir dan batin dan dalam masa yang sama tak nak lepaskan isteri...

4. Khuluq - tebus talak... iaitu isteri beri sejumlah wang yang dipersetujui oleh suami untuk melepaskan diri dari ikatan perkahwinan... ada pendapat yang mangatakan bahawa jumlah tersebut mestilah tidak lebih daripada jumlah mas kahwin... tapi ada gak kes yang mana isteri beri 50k sebagai syarat suapaya suami lepaskan isteri...

apa yang saya terangkan di atas bukanlah bertujuan untuk galakkan kaum wanita ni tuntut cerai daripada suami masing2... tetapi saya harap agar semua wanita tahun dan faham tentang hak2 mereka di dalam perkahwinan...

tentang sikap pegawai kat pej agama tu sendiri... ntahlah... memang ada isteri yang tak puas hati dengan sikap depa... tapi rasanya sekarang ni dah ok kot... anggap sahaja depa nak membantu kita... iyalah... depa pun tak nak lihat masjid runtuh sesuka hati kan...

harap ianya dapat membantu...

[ Last edited by  uzisyaziha at 11-2-2007 11:09 AM ]

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 12:24 PM | Show all posts
cerita pasal kaunseling, memang leceh.. especially kalau suami/isteri tak nak dtg.. pengadu je yg dtg.

itu belum masuk lagi bab penjagaan anak.kalau cerai dua2 setuju senang sikit, tapi kalau sebelah pihak je susah,,, sbb ustaz/ah kaunseling tu akan panggil kaunseling beberapa kali konon2 mana tahu boleh berbaikkan pasangan suami isteri.

dah ada report kaunseling ni baru mahkamah syariah boleh take action , itu pun kalau nak tetapkan tarikh, hantar saman lagi semua ambik masa...

senang cerita memang leceh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2007 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by uzisyaziha at 11-2-2007 10:56 AM


...
3. Taklik - masa selesai nikah... suami ada bertaklik bahawa kalau suami tidak beri nafkah zahir dan batin selama beberapa tempoh... maka... isteri buleh menuntut cerai... gunakan alasan itu kalau suami tidak mampu beri nafkah zahir dan batin dan dalam masa yang sama tak nak lepaskan isteri...
...


If si suami bagi nafkah zahir tapi kurang mencukupi... tak bagi nafkah batin kerana dia dah ada isteri kedua... boleh jadi alasan untuk cerai tak... mcm mana nak bukti kan suami tak bagi nafkah batin...

Nak tanya pasal larangan... betul ker isteri tak boleh lari dari rumah pasal tak tahan dgn suami... sama ada bawa anak2 atau pun tinggal kan... atas alasan aper tak boleh lari rumah.. dan aper lagi larangan tak boleh buat....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 03:08 PM | Show all posts

Reply #5 sayna's post

kalau suami tak bagi nafkah samada zahir atau batin... isteri memang buleh tuntut cerai dengan alasan suami tak beri nafkah contohnya nafkah batin selama sekian... sekian... sekian... ada tempoh masa yang telah ditetapkan... cuba tengok balik surat nikah... kat belakang tu ada ditulis lafaz taklik oleh suami... kalau tak nak guna taklik... gunakan fasakh... tapi tak pasti tempoh masanya... tak ingatlah... nak tahu lebih lanjut... cuba call SIS ataupun AWAM... tak pun BBG... cakap nak tahu tentang hak isteri tentang perceraian dalam Islam... kalau saya nak tulis kat sini pun... panjang lebar karang... plak tu kena bukak semula kitab yang dah lama ditinggalkan... tak pun... cuba taip cerai fasakh kat google... sure banyak maklumat yang dapat...

tentang larangan meninggalkan rumah plak... seorang isteri dianggap nusyuz sekiranya ingkar dengan perintah suami... contohnya kalau suami tak kasi kuar rumah... tapi isteri lari gak... itu memang akan dikira nusyuz... macam mana nak buktikan isteri nusyuz? suami kena bawak kes ke mahkamah dan bila mahkamah dapat buktikan isteri nusyuz... maka... hak jagaan anak akan mudah diperolehi oleh suami...

walaubagaimanapun... nusyuz tu tengok pada tempat gak... contohnya kalau isteri tu didera atau tak tahan dengan sikap suami... maka... isteri buleh kuar daripada rumah... asalkan masa kuar tu...buat laporan polis dan cakap yang isteri kuar daripada rumah sebab tak tahan dengan sikap suami yang kaki pukul. Sila berikan alasan yang munasabah... Polis report tu memang penting sekali...

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2007 06:22 AM | Show all posts
Originally posted by sayna at 2/9/07 00:10
Saja nak bertanya... setakat ini saya tiada masalah denga suami.... tapi sekadar nak tau.. kalu misalnya seorg wanita ingin bercerai dgn suami dia... apa yang harus dia buat... apa benda yang tak ...


Suami Puan hendak ceraikan Puan ke tidak? Kalau dia nak cerai tak ada prob lah kan register sahaja dkt pejabt ugama .. Kalau dia tak nak ceraikan, mula mula sekali report dkt pejabat ugama. Jangan pergi seorang diri nanti kena buli (diperlekehkan). Pergi dgn ayah atau abang. Ckplah apa yang Puan tidak puas hati. Bila dia orang set date utk kaunseling suruh suami puan datang sekali.

Hak penjagaan anak pulak - tunjukkan yang suami puan ini tak bayar makan minum anak, pakaian dll. Kalau dia spend most of his time dkt rumah isteri muda, ini pun boleh diberikan kpd Makamah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 01:46 PM | Show all posts
i dah failkn di Mahk. Syariah....cerai fasakh....sbb hb pukul saya (ada polis report & report perubatan), dia ada affairs & tak pernah bagi nafkah zahir selama kita kahwin.

Tapi masalahnya, lawyer suruh i cari saksi....masa i kena pukul....

Masa kejadian....ada lah beberapa orang dari keluarga nya....dan i dah approach salah seorang....tapi malang nya...tiada orang sanggup jadi saksi i....sbb masing2 takut bermasam muka di kemudian hari dan masing2 adalah saudara-mara.....

so apa kah yg boleh saya buat......adalah masih boleh saya menang dalam kes ini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2007 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 17-2-2007 06:22 AM


Suami Puan hendak ceraikan Puan ke tidak? Kalau dia nak cerai tak ada prob lah kan register sahaja dkt pejabt ugama .. Kalau dia tak nak ceraikan, mula mula sekali report dkt pejabat ugama. J ...


hehheh... saya tak ada masalah dgn suami dan suami pun tak ada masalah... ni masalah org lain yang crite kat saya... saya tak tau aper nak respon.. so saya tanya kat sini... dari respon tuan/puan... saya inform balik dkat source saya....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 12:16 PM | Show all posts
Teringat kes my friend nak bercerai last year....3 4 kali naik kaunseling kat jln othman nun mmg tension siut sbb dah le kaunselor tu muda pahtu kata2 mcm ada double meaning yang my friend ni yang salah...

tapi kes cerai dia kejap je...sbb husband had no objection...

tapi kejadian yang tak dapat dilupakan lepas dia attend hearing for perceraian tu dia dpt col dr 'somebody' dr mahkamah syariah..Hairan gak dia mana pernah bg no phone kat sapa2 kat mahkamah tu..Rope2nya Tuan hakim da yang col... .My friend ni mmg cun....Janda berhias la katakan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 01:17 PM | Show all posts

LAW IN COURT SYARIAH

ASS'KUM

i ingin tahu the "basic" undang2 in court syariah.....

1)Wht my right in tuntut cerai ?
2) prosess of tuntut cerai?
3) precedure ....
4) saksi
5) dll
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 05:56 PM | Show all posts
jap.. tunggu pakar2 syariah post reply yer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 01:24 AM | Show all posts
ini arwen copy dari thread arwen kat family discussion..year ago..

penjelasan dari seorang forumer iaitu anwar66 mengenai proses perceraian...
harap2 boleh membantu...

Proses perceraian berlaku di MS bukan di Pejabat Agama..apabila difailkan permohonan cerai, tiada lagi sesi kaunseling.Kaunseling hanya diadakan jika pihak2 merujuk masalah mereka di Pejabat Agama.Proses perceraian bermula di Mahkamah dimana apabila borang cerai diisi(contoh disini S 47-cerai biasa/lafaz) pegawai kaunter akan masukan dalam sistem(e-syariah) Kes tersebut mesti disebut dalam tempoh 21 hari dari tarikh daftar.Biasanya pada tarikh/hari permohonan difailkan,pemohon akan dapat tarikh sebutan kes. Saman akan dikeluarkan kepada pihak yang satu lagi.

stage 2..jika lawyer dah ada/atau tiada(jika pandai goreng takyah buang duit sewa loyer..tapi kene tahulah sikit proviso yang ada../...jika ada lawyer sudah tentu satu penyataan pembelaan difailakan ..maka Hakim dah tahu arah mana bicara ni nanti../dalam kontek prosiding cerai lafaz ni..jika salah satu enggan bercerai..maka rujukan terus pada S 47 (5)..perlantikan jawatankuasa pendamai..JKP ni dipengerusikan oleh  Peg di Jab Agama ,ahlinya wakil pihak lelak/wkil pihak perempuan.Lawyer tidak dibenarkan campurtgn dalam hal ini.JKP akan mencari sebab dan segala punca masalah perceraian..terpulang pd pengerusi bape kali nak berjumpa...setelah selesai satu perakua dibuat dan dihantar pada Hakim..perakuan berbunyi...pasangan ini wajar bercerai.@ pasangan ini ada harapan/boleh/telah berbaik semual/dapat didamaikan.Jika wajar bercerai...Hakim akan nasihatkan Si suami lafazkan satu talak.suami pun lafazkan talak maka.berakhairlah hubungan keduanya disana........(kes diatas jika suami yg failkan cera/dan isteri enggan berceraii).Banyak juga suami amik jln mudah..kasi cerai.balik busut.ke belakang tiang ke..tepi longkang..ke.laki yg spesis seperti ini mmg ramai..kat luar sana..dia ingat..bila akad je otomotik isteri jdi hamba..jik berlaku sedemikian..lain sikit jln penyelesaian.

Jika keduanya setuju cerai..senang cite..hari mention tu pun boleh settle...sebaliknya jika suami pulak enggan dan isteri yg mohon..haa yg ni agak berat dan panjang cite...sekalipun setelah JKP bagi perakuan wajar cerai /suami tetap enggan..maka proses Hakam pun bermula...Hakam ni tiada pengerusi..malah Hakim tu sendiri yg jalankan peranan..pihak2 kena lantik wakil(sebolehnya yang rapat dgn pihak2 dan lebih berpengetahuan ttg agama dan U2).Hakam mestilah diberi kuasa penuh oleh prinsipalnya didepan Hakim dalam Mahkamah.Hakam ni akan menemui suami dan isteri secara berasingan dan mencari punca masalah...setelah itu kedua hakam(tanpa kehadiran pihak2) akan berunding menentukan samada wajar cerai atau tidak...jika wajar..hakam lelaki akan melafazkan cerai keatasa wanita itu dalam mahkamah dihdapan Hakim.harap boleh faham setakat ni>

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

honeyling This user has been deleted
Post time 25-2-2007 09:28 AM | Show all posts
kalau ur husband taknak ceraikan u, mmg sgt2 bermasalah untuk mintak cerai...kena bawak masuk court, buktikan macam2, baru leh cerai..

tapi bukan leh terus masuk court..cam u tulis tu..mula2 kena sessi kauseling...mmg la pompuan disalahkan kalau ur hubby cerita yg baik2 pesal dia sb mmg salah isteri meminta cerai dari suami...

kesimpualannya..kalau nak bawak ke pejabat agama, sgt2 susah pompuan nak mintak cerai...lebih baik u bincang dgn ur hubby, mintak dia ceraikan u...kalau dua agree, baru la urusan di pejabat agama senang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 10:30 AM | Show all posts
maaf saya mencelah...

Camne pulak kalau dah beli rumah atas nama isteri... tapi suami byr 50% dan isteri byr 50 % pinjaman rumah tersebut sama ada pinjaman bank @ kerajaan... siaipa dapat harta tu.... suami ada hak ke ?

minta yg arif tentang undang-undang bagi komen sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 09:25 AM | Show all posts

Reply #15 bayi's post

Kalau tak silap aku itu akan dikire sebagai harta sepencarian..akan bahagian sama rata...tapi entah laa..aku bukan pakar dalam syariah atau civil family law...harap yang pakar-pakar di sini bole jawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2007 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by Dilto at 22-2-2007 12:16 PM
tapi kejadian yang tak dapat dilupakan lepas dia attend hearing for perceraian tu dia dpt col dr 'somebody' dr mahkamah syariah..Hairan gak dia mana pernah bg no phone kat sapa2 kat mahkamah tu..Rope2nya Tuan hakim da yang col... .My friend ni mmg cun....Janda berhias la katakan


ff: Agak menggatal jugak hakim mahkamah syariah nie ek?

Kawan ko tuh baru ajer bercerai, si hakim tuh la dah nak approach...gelojoh betul la orang tua tuh...sabar2 la sket kalau dah naik miang pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2007 10:51 AM | Show all posts
Saja nak tanya???... If suami beli rumah sebelum kahwin.. tapi lepas kahwin masih bayar bulan2... ada kah boleh dijadikan harta sepencarian juga???
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2007 10:14 AM | Show all posts

Reply #18 sayna's post

setahu aku harta sepencarian tu -: apa -apa harta yang didapati masa dalam perkahwinan atau dikembangkan dalam masa perkahwinan... so dalam kes ko ni aku raa itu bukan harta sepencarian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2007 10:25 AM | Show all posts

Reply #8 eidajj1's post

normally medical record dah cukup.. tapi kalau saksi tak mo jadi saksi mahkamah boleh keluarkan waran...samaada laporan polis dan medical report tu mahkamah akan ambil kira atau tidak bergantung pada bila u buat report,kesan kecederaan dll...

sbb tu its very important pada mrk yg hadapi keganasan rumahtangga utk buat laporan polis secepat yg boleh...

anywhere u boleh buat tebus talak... bagi la alasan dah menyampah sangat ke atau apa disamping sbb kene pukul nih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.705003 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list