CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12Next
Return Post new threads
Show: 2205|Reply: 25

Kehebatan Ulama zaman dulu

[Copy link]

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 19-3-2007 12:12 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Saidina Abu Bakar
makan sekali dlm 6 hari.

Al-Junaid al-Baghdadi
beribadah 400 rakaat solat sehari.

Abd al-Wahhab ash-Sharani
khatam Quran 2 kali sehari

Sayid Abdul Qadir Jailani
setiap kali berwuduk dia akan solat 2 rakaat dan wuduknya tidak pernah putus dari isyak ke subuh

Syeikh Nuruddin Asy-Syaukani
mengamalkan bacaan salalawat 10,000 sehari

Syeikh Ahmad Az-Zawawi
mengamalkan salawat sebanyak 40,000 kali sehari

sape yang ada info tambah2 la lagi... aku pun cari gak...
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 20-3-2007 01:42 AM |All posts
yg pasal 400 rakaat tu betul ker ...aku gak musykil laaaa
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 20-3-2007 01:49 AM |All posts

Reply #2 fish_o7's post

yee aku pun turut sama musykil tentang kejadian aneh dan pelik tu ... agak ajaid utk diterima akal yg waras ni ... tak logik rasanya
Tuhan modal hidup kita yang paling utama, mari kita promosi Dia ke seluruh dunia!
Reply

Props Report

Post on 20-3-2007 03:43 AM |All posts
apa nak pelik....

ikut riwayat...

Sheikh Junaid al-Baghdadi dalm perjalanan mengerjakan haji dr Baghdad ke Mekah, setiap 2 langkah, semayang sunat 2 rakaat....

itu kehebatan ulama & para wali zaman dulu...
-----------------------------------
My Toys : N82 & N95 8GB, IBM Thinkpad T41 & IBM Thinkpad T60

My Horses : Alfa Romeo 155 2.0 TS, Alfa Romeo 146 1.7 Boxer, Suzuki VS125
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 20-3-2007 11:07 AM |All posts
Originally posted by Abuyazid at 20-3-2007 01:49 AM
yee aku pun turut sama musykil tentang kejadian aneh dan pelik tu ... agak ajaid utk diterima akal yg waras ni ... tak logik rasanya



kalau tak pelik macam mana orang ramai sezaman mereka tak kira musuh atau rakan mengaku mereka ni wali Allah?  Masa 24 jam sehari itu adalah ciptaan Allah, dan tidaklah menghairankan kalau Allah memberi lebih masa kepada hamba yang disukaiNya, wallahua'lam.

Macam thread pasal Imam Bukhari ada cuba bahagi umurnya mengikut jumlah hadith yang diriwayatkan, dan hasilnya dibuat kesimpulan logikal tak akan sempat bagi Imam tersebut untuk menyiasat setiap hadith tersebut mengikut metodologi yang digariskan olehnya sendiri kerana masa tinggal dalam beberapa puluh minit atau beberapa jam sahaja.

Berapa orang ulamak sekarang yang boleh mendakwa bermimpi berjumpa Nabi dan dipercayai orang ramai? Sedangkan ulamak dahulu sering kali berjumpa Nabi dalam mimpi2 mereka, berbual dengan Nabi, solat jemaah dengan Nabi, ...malahan ada kes di mana MUSUH mereka sendiri yang bermimpi berjumpa Nabi ..seperti kes Imam Al Ghazali, seperti yang dirakamkan oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathoni (pun seorang wali Melayu) dalam prakata terjemahan kitab Minhajul Abidinnya.
1

View rating log

www.menadahkitab.com
Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan betulkah  engkau "sembahyang"?
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 20-3-2007 01:43 PM |All posts
Originally posted by always_typo at 20-3-2007 11:07 AM



kalau tak pelik macam mana orang ramai sezaman mereka tak kira musuh atau rakan mengaku mereka ni wali Allah?  Masa 24 jam sehari itu adalah ciptaan Allah, dan tidaklah menghairankan kalau  ...



always_typo...........bukan sumer bole caya ngan citer nih.......sbb kalo tak sampai ngan logik akal derang sumer terbatal..........lebey2 lagik citer dapat jumpa ngan Nabi yg telah wafat .............
Akhirnya....kutemui kedamaian ini dikala kesunyian malam yang syahdu..
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 20-3-2007 03:35 PM |All posts
Originally posted by Kerengge at 20-3-2007 01:43 PM always_typo...........bukan sumer bole caya ngan citer nih.......sbb kalo tak sampai ngan logik akal derang sumer terbatal..........lebey2 lagik citer dapat jumpa ngan Nabi yg telah wafat ...


Tentang mimpi, ada banyak hadith yang menceritakan mimpi orang yang beriman itu 1/46 dari kenabian... dan khabarnya, Ustaz Harun Din ada cakap antara syarat2 nak tahu mimpi kita benar atau tidak:
1) kita ada wuduk ketika tidur
2) kita ada membaca ayat2 al quran sebelum tidur
3) kita mengiring ke sebelah kanan sebelum tidur
4) mimpi kita tu di waktu sekitar 2-3 pagi
5) kita terjaga ketika itu juga dan mampu mengingat mimpi tersebut

Itu panduan bagi kita nak percaya mimpi sendiri (Itupun kalau anda percaya list yang diberi Ustaz Harun Din tu!). Bagi orang lain nak percaya mimpi kita tu...heh..that's another challenge!

To tell you the truth, kalau zaman ini ada orang yang mengaku dia pernah mimpi jumpa Nabi, saya tak akan mudah percaya. Tetapi zaman dahulu tak bolehla saya nak kata tak percaya, tambahan yang melapurkannya adalah ulamak besar Nusantara yang besar jasa-jasa dan banyak ilmu-ilmunya seperti Syeikh Daud Abdullah Al Fathoni itu.

Saya percaya mimpi bertemu Nabi secara 'genuine' itu tidak mustahil berlaku terutama kepada orang yang tulus jiwanya, saban masa dok teringat dan merindui Nabi Muhammad s.a.w. di samping berkorban macam-macam sepanjang hayat mereka untuk ugama yang dibawa Nabi. Tidak dinafikan ada ulamak yang berpendapat bahawa untuk melihat Nabi dalam mimpi yang benar, seseorang itu mestilah pernah melihat Nabi secara fizikal. Tetapi ada juga ulamak yang berpendapat sebaliknya. Mm..khilaf la kot tu..

Sorry kalau off topic.

always_typo

Some references:

Volume 9, Book 87, Number 116:
Narrated 'Ubada bin As-Samit: The Prophet said, "The (good) dreams of a faithful believer is a part of the forty-six parts of prophetism."

Volume 9, Book 87, Number 117:
Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "The (good) dream of a faithful believer is a part of the forty-six parts of prophetism."

Volume 9, Book 87, Number 118:
Narrated Abu Sa'id Al-Khudri: I heard Allah's Apostle saying, "A good dream is a part of the forty six parts of prophetism."

Volume 9, Book 87, Number 119:
Narrated Abu Huraira: I heard Allah's Apostle saying, "Nothing is left of the prophetism except Al-Mubashshirat." They asked, "What are Al-Mubashshirat?" He replied, "The true good dreams (that conveys glad tidings)."

Volume 9, Book 87, Number 122:
Narrated Abu Huraira: I heard the Prophet saying, "Whoever sees me in a dream will see me in his wakefulness, and Satan cannot imitate me in shape." Abu 'Abdullah said, "Ibn Sirin said, 'Only if he sees the Prophet in his (real) shape.'"

Volume 9, Book 87, Number 123:
Narrated Anas: The Prophet said, "Whoever has seen me in a dream, then no doubt, he has seen me, for Satan cannot imitate my shape

Volume 9, Book 87, Number 125:
Narrated Abu Qatada: The Prophet said, "Whoever sees me (in a dream) then he indeed has seen the truth ."

Volume 9, Book 87, Number 126:
Narrated Abu Sa'id Al-Khudri: The Prophet said, "Who ever sees me (in a dream) then he indeed has seen the truth, as Satan cannot appear in my shape."
e]
1

View rating log

www.menadahkitab.com
Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan betulkah  engkau "sembahyang"?
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 20-3-2007 03:54 PM |All posts
Originally posted by always_typo at 20-3-2007 03:35 PM


Tentang mimpi, ada banyak hadith yang menceritakan mimpi orang yang beriman itu 1/46 dari kenabian... dan khabarnya, Ustaz Harun Din ada cakap antara syarat2 nak tahu mimpi kita benar atau t

To tell you the truth, kalau zaman ini ada orang yang mengaku dia pernah mimpi jumpa Nabi, saya tak akan mudah percaya
...


kiter kener lihat saper yg cakap tuh.........haku penah jumpa pd zaman ini......org yg mengaku pernah mimpi jumpa Nabi..........ttp kalo ngko tengok dier punya amalan, solat jemaah, zikir, solat malam.........mmg ngko tak mampu buat......muker dier pon penuh cahaya.........dier nih jujur org nyer, cakap pon tak banyak.....pandangan mata selalu kebawah.....haku penah tengok dier solat mlm........dier punya doa.......tak lekang airmata & tangisan tengah mlm tuh.....walhal tak der org lain....pon.....semoga Allah bagi kekuatan pd haku utk dapat beramal sebaik dier.....:pray:
Akhirnya....kutemui kedamaian ini dikala kesunyian malam yang syahdu..
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 20-3-2007 06:59 PM |All posts
sy pecaya tujuan tuan rumah membuka topik ni adalah supaya kita mengambil langkah utk sekurang2nya mencontohi amalan2 yg dikatakan, bukannye saling mempertikaikan amalan2 mereka tersebut.

kalaupun tidak logik utk dilakukan manusia biasa sekalipon, apa yg kita dpt pon kalo amalan kita sendiri setakat buat yg wajib, itupon asal siap saja.
1

View rating log

http://mysuperkids.net
MY SUPER KIDS
Reply

Props Report

Post on 21-3-2007 05:55 AM |All posts
Originally posted by Kerengge at 20-3-2007 03:54 PM


kiter kener lihat saper yg cakap tuh.........haku penah jumpa pd zaman ini......org yg mengaku pernah mimpi jumpa Nabi..........ttp kalo ngko tengok dier punya amalan, solat jemaah, zikir, s ...



kalau Allah nak pilih, tak kisah siapa kita utk bertemu dgn kekasihNya...
ada cite org kafir yg bermimpi bertemu Nabi saw... dan terus peluk Islam...

[ Last edited by  ExAvantz155 at 21-3-2007 05:56 AM ]
-----------------------------------
My Toys : N82 & N95 8GB, IBM Thinkpad T41 & IBM Thinkpad T60

My Horses : Alfa Romeo 155 2.0 TS, Alfa Romeo 146 1.7 Boxer, Suzuki VS125
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 21-3-2007 06:50 AM |All posts
ASM.
amalan orang dulu memang hebat,
orang sekarang pun tak kurang hebat juga....

ada golongan yang memang terpilih untuk jadi seperti adanya, jadi wali, ulama' jadi ahli sufi, ahli fekah, ahli hadith, dll lah...
Imam ghazali tulih kitab Ihya' tu, pakai "rubber time"... masa bagi dia sudah dipanjangkan oleh Allah. Ni salah satu karomah dialah...

ramai lagi yang begitu, Imam Nawawi, Imam Bukhari, dll. lah,...

kes jumpa nabi suatu kurnia besar, tapi bukan lah suatu yang pelik...kalu kita fikir kita nak jumpa Rasulullah,...dia pun nak juga jumpa kita

aku rasa bagi orang sekarang, dapat kita sembahyang 5 waktu dalam keadaan yang aman, dapat pulak sikit sebanyak tambah-tambah ibadah yang sunat, dan sentiasa ada kelapangan untuk buat amalan tersebut sebagai rutin, walaupun orang lain sibuk...itu suatu kurnia yang amat-amat besar dah...

Yang paling malang, kalau Allah swt. sempitkan peluang untuk buat kebajikan...aduuuu....sia-sialah hiidup beb!

harus begitulah kot...

wallahua'lam...
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 22-3-2007 11:01 AM |All posts
diorg ni semua wali2 allah... sudah semestinya Allah akan mengurniakan mereka karamah... nak kira logik byk gak yg x logik.. tidur 309 tahun!!! langsung x masuk akal tapi kisah ashabul kahfi ni  ada cerita dlm Quran surah Al-Kahfi..

byk cite yg x logik, kisah Syeikh Abdul Kadir Jailani menghidupkan tulang yang telah dimakannya.. x logik tapi itulah karamahnya... camne dia boleh dapat karamah mcm ni..?

sbb tulah aku bukak topik ni... disebalik kehebatan ada usaha 'rahsia' yang kita tak tahu...
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 22-3-2007 12:08 PM |All posts
heh sapa2 rasa 5 waktu pun tak mampu buat, jangan la sampai tak percaya ada org yg mampu solat 400 rakaat sehari.
love, thy will be done...
Reply

Props Report

Post on 22-3-2007 12:26 PM |All posts

Reply #12 eiyoei's post

karamah ada kecil ada besar

yang kecil tu boleh berjalan atas air, terbang ...

karamah besar dapat perjuangkan islam tu seperti mana Rasul berjuang ...

yg kecil mungkin karamahnya berwatak nabi

karamah besar dia berwatak Rasul ... Baginda dapat menislamkan orang kafir dengan suasana kasih sayang ... begitu juga la dengan wali berwatak Rasul ini, peranan nya besar dalam memperjuangkan islam ....
1

View rating log

Sesungguhnya dunia kita dijadualkan kerana akhirat itu akan tiba.
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 22-3-2007 01:51 PM |All posts

Ulama/pemimpin zaman dulu kalau pun mereka ini hebat dah tentu tak boleh nak dibandingkan dengan ulama/pemimpin Ajaib dizaman ini.

Apabila pemimpin dah digelar sebagai Ajaib maknanya tak ada siapa boleh lawan. Itu yang aku tahu.Ajaib...ajaib.......
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 23-3-2007 08:19 AM |All posts
Sujud Abdullah bin Zubair r.a begitu lama tanpa bergerak sehingga burung2 datang bertenggek di belakangnya. Kadang kala beliau rukuk dan sujud semalaman

Usman r.a bersolat seluruh malam sambil menyudahkan pembacaan seluruh al-Quran dalam rakaat pertama.
1

View rating log

Reply

Props Report

Post on 25-3-2007 05:35 AM |All posts
Originally posted by eiyoei at 23-3-2007 08:19 AM
Sujud Abdullah bin Zubair r.a begitu lama tanpa bergerak sehingga burung2 datang bertenggek di belakangnya. Kadang kala beliau rukuk dan sujud semalaman

Usman r.a bersolat seluruh malam sambil ...



subhanallah !
-----------------------------------
My Toys : N82 & N95 8GB, IBM Thinkpad T41 & IBM Thinkpad T60

My Horses : Alfa Romeo 155 2.0 TS, Alfa Romeo 146 1.7 Boxer, Suzuki VS125
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 25-3-2007 09:28 AM |All posts
Saidina Ali r.a..............bila beliau sedang solat....tak sedor org tarik anak panak yg melekat kat kaki dier...........betapa kyusuk nyer dier......:pray:
Akhirnya....kutemui kedamaian ini dikala kesunyian malam yang syahdu..
Reply

Props Report

f@uzi This user has been deleted
Post on 25-3-2007 11:15 AM |All posts
Kalau Allah swt berkehendak... maka akan terjadilah ia walaupun akal logik tak mampu menerima...
Reply

Props Report

Post on 27-3-2007 11:46 AM |All posts
Originally posted by <i>Kerengge</i> at 25-3-2007 09:28 AM<br />
Saidina Ali r.a..............bila beliau sedang solat....tak sedor org tarik anak panak yg melekat kat kaki dier...........betapa kyusuk nyer dier......<img src="images/smilies/pray.gif" smilieid="76" border="0" alt="" />
<br />


Saya rasa kita cerita tentang ulama melayu lebih baik...mungkin mudah utk dijadikan ikutan seperti
To kenali ,Sheikh Daud Abdullah Fatani, Sheikh utsman penanti, Tuan Guru Hussain Kedahi.Tok pulau mains..Sheikh Muhd Said Linggi..dll..

Jika ada yg tidak percaya suruh dia pergi jumpa waris atau murid ulam ini sendiri.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 28-3-2007 10:25 AM |All posts
Originally posted by <i>eiyoei</i> at 23-3-2007 08:19 AM<br />
Sujud Abdullah bin Zubair r.a begitu lama tanpa bergerak sehingga burung2 datang bertenggek di belakangnya. Kadang kala beliau rukuk dan sujud semalaman<br />
<br />
Usman r.a bersolat seluruh malam sambil ...
<br />

Dan... dibawah ini dari sumber yang boleh dipercayai:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.
Reply

Props Report

Post on 28-3-2007 12:49 PM |All posts
Kita perlu terima bulat2 apabila bercakap tentang mukjizat Rasulallah S.A.W kerana kita sedia maklum, baginda seorg rasul yg maksum. Tp, bila manusia biasa berkata, kita berhak pikir balik, betui ka tidak? Logik ka tidak?

Cuma aku selalu pikir, kenapa banyak betul cerita2 wali Allah yg aku dengar...hebat2 gila...mengalahkan kehebatan Rasulallah, karomah khulafa ar-rashidin dan para sahabat?

Yg boleh terbang la..jalan atas air la...padahal para sahabat yg konfirm di bawah bimbingan Rasulallah S.A.W dan kofirm hebat ibadah nya pun tak de sampai level mcm tu. Kalo bole terbang, takde la time perang... penat2 rancang strategi, gali parit, take kaver belakang bukit, etc. Nape tak ramai2 terbang pastu panah je org2 kafir laknatullah tu?

AKu cuma mengingatkan, ramai manusia suka menambah2 utk menyedapkan cerita, utk menambah pengikut dan mendapat perhatian. So, cukuplah aku mengagumi Rasulallah S.A.W dan para sahabat yg sah kehebatnnya di sisi Al-Quran dan hadis sahih

[ Last edited by  abg_rider at 28-3-2007 01:57 PM ]
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 28-3-2007 01:03 PM |All posts
Kalau dah boleh dilogikkan, bukanla namanya luar biasa, karomah, mukjizat.

Takat logik, barat buleh buat jauh lagi hebat dari kita. Bila tak logik tu baru ada campurtangan Tuhan, baru nampak kebesaran Tuhan. Nak tengok Tuhan tak buleh, jadi tengoklah kekuasaan & kebesaran Tuhan yg Tuhan izinkan melalui para kekasihNya.

Jangan terlalu main akal & logik. It would just limit our potential.

My 2 sen
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 28-3-2007 03:27 PM |All posts

Reply #20 UFWL's post

Ulama melayu memang ada spt Habib Noh yang pergi ke persidangan para wali (diceritakan oleh khadamnya Wan Muhammad) bab amalannya nanti ada time lebih sket aku tulis...

Hussain r.a - menghafaz Quran setiap hari, setelah selesai baru boleh main (ketika itu beliau berusia 7 tahun). Beliau membaca Qran lebih kurang 7 jam sehari pd sebelah pagi. Pada waktu ptg belajar bahasa Parsi. Amalan ni dilakukan selama 6 bulan penuh.

Abu Hurairah r.a - Beristighfar sebanyak 12 ribu sehari. Beliau  mempunyai seutas tali yang disimpul 1000 sampulan. Beliau tidak akan tidur sehingga dibacakan subhanallah ke atas setiap sampulan itu
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 29-3-2007 02:52 AM |All posts
ASM.
bab kehebatan ulama/wali dll. golongan 'khusus' dan 'terkhusus' ni aku rasa kita kena cerita guna 'banyak hand-brake'. maklumlah, bukan semua orang boleh faham, bukan semua orang boleh terima. Ada antara kita yang banyak guna akal, fikiran dan cuba nak cari bukti dalam apa yang dia dengar, apa yang dia terima. Ada pula yang "tak guna" akal tapi dia guna kaedah lain.

Bila Rasulullah kata sesuatu, kata-katanya tu kena cerap baik-baik, ikut faham dan mampu kita. Kadang tu tafsiran orang awam dengan orang yang tak awam, jauh macam bumi dengan langit...

Karomah wali dll. ni, tak boleh disandar dengan logik sebab logik ni tak wujud sebenarnya...

adalah satu cerita pasal karomah dll. ni, berlaku di zaman moden, bukan zaman dulukala...saja nak cerita kat tuan-tuan,

"satu ketika ramailah orang yang belajar dengan satu orang ni duduk berkumpul satu malam. Maka orang yang belajar ditanya tentang apa yang depa kagum tentang karomah nih. Dijawab macam-macamlah seperti kemampuan terbanglah, jalan atas airlah, ghaiblah, wujud di dua tempat berlainan dalam satu masalah dll. lagi lah. Orang yang tanya tu angguk-angguk kepala aje..

Kemudian dia tanya pada orang yang belajar tu tentang manusia, siapa dia, nilainya, dan martabat dia di alam nih. Maka dijawab seperti yang semua orang maklum, sebagai sebaik-baik kejadianlah, khalifah lah, dll. lah. Orang yang tanya tu pun angguk-angguk jugak...

Komdian dia tanya lagi pada orang yang belajar, "yang terbang di langit, yang merayap di air, yang ghaib dari pandangan tu apa?" Maka dijawab, "burung, serangga, angin..." dia tanya lagi "Siapakah lebih mulia agaknya..? Yang terbangkah, yang merayapkah, atau yang ghaib tu...kalau dibanding dengan kamu yang hanya boleh berjalan,...?  terdiam lah gamaknye orang-orang yang belajar, harus kerana mula faham kias orang yang bertanya...

lalu orang yang bertanya kata " Jadi apalah sangat di kagum pada yang terbang, pada yang timbul, pada yang ghaib...sedangkan berjalan itu perbuatan kaum yang lebih mulia dijadikan Allah untuk kamu semua sebagai manusia........"

abis kat situ... aku takat cerita bole la

salam.
Reply

Props Report

12Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 30-9-2014 09:52 PM , Processed in 0.174821 second(s), 43 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top