CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dess402

All About Kesesatan Rufaqa (merged: amir)

 Close [Copy link]
Post time 15-9-2007 03:57 PM | Show all posts

rupekak bergema kembali ? -

heh heh heh -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2007 04:17 PM | Show all posts

Reply #860 goldraja's post

aku sokong ko gold raja..

apa makna perkampungan islam kaloo di pisah2kn islam.. memuja2 sesuatu. atau seseorang.. otak tarok mana pun aku tak tau la
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 04:30 PM | Show all posts
walaupun Rufaqa / Arqam diakui sebagai sesat oleh beberapa pihak tertentu...

tak pernah lagi pihak Rufaqa / Arqam mengisytiharkan kewujudan agama baru yang lebih sempurna daripada ISLAM...

yang nama nya ISLAM HADHARI... pencetus kepada ajaran sesat ISLAM HADHARI ni jauh lebih berbahaya kepada akidah orang Islam..  berbanding Rufaqa / Arqam...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by goldraja at 15-9-2007 03:38 PM
byk sbb knp Al-Arqam diharamkan.. kena rujuk fatwa kebangsaan..

tp antaranya.. pemimpin Arqam mendakwa bertemu secara yaqazah (sedar) dgn nabi SAW. Semasa Rasulullah wafat, saiyidina umar berk ...



jadinya abuya ini mengakula die bertemu rasulullah pada waktu sedar bukan dalam mimpi..
itula sebab nye diharamkan ajaran al-arqam nih..
tapi benda2 mcm ni kalau sesorang tu xde ilmu dan akidah yang kuat maunye terpesong tuh..
nauzubillah..
zaman sekarang ni x tau tau mana satu yang betul mane yang salah..
org sekarang dah pandai mempersoalkan kewujudan allah dan sudah pandai menyeleweng agama islam..
mintak2 dijauhkan la keluarga aku dari golongan itu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 05:40 PM | Show all posts

Reply #864 tatin_pink's post

Persoalannya rosak akidah kah jika dapat bertemu dengan Rasullah dalam keadaan berjaga atau dalam bahasa arab di panggil Yaqazah?

Sila lihat artikel ini..

Kebenaran Aurad Muhammadiah: MUFTI BRUNEI MENYOKONG YAQAZAH.

[url=http://heliconia.wordpress.com/2007/08/17/persoalan-mujaddid-yaqazah-berkaitan-nur-muhammad/]Persoalan Mujaddid & Yaqazah berkaitan Nur Muhammad
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 05:47 PM | Show all posts
Pengharaman Darul Arqam-Sekadar Renungan Semula



Pandangan ini adalah berbentuk peribadi. Tidak mewakili mana-mana pehak
atau kumpulan samada yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Bukan berbentuk hasutan atau provokasi
tetapi sebagai
catatan mata pena dalam meninjau sistem demokrasi di Malaysia. Samada yang tidak bersalah dijatuhkan hukuman atau yang bersalah tidak dihukum.


Hukuman telah dijatuhkan oleh pehak penuduh yakni Majlis Fatwa dan pehak tertuduh yakni Darul Arqam pun
sudah terkubur menjadi lipatan sejarah. Artikel ini cuma mengimbau akan nostalgia yang berusia 11 tahun yang berlalu.
Keputusan manusia hanya bersifat sementara yakni tidak kekal, tetapi hukuman Allah dalam retetan masa jua yang kekal dan abadi.


Saya serahkan pada Allah jua untuk PengadilanNya . Pada Allah jua sebaik-baik Pengaduan dan sebaik-baik Pengadilan. Wallahualam.


Meneliti dalam buku Al-Arqam Disebalik Tabir, karangan saudara Ang Wan Seng pujian harus diberi kepada saudara kerana melalui usaha daya
kreatif
menulis isi kandungan yang bersumberkan maklumat terus dari pehak berwajib bekas Darul Arqam mengenai latar belakang sejarah perjuangan
jemaah Darul Arqam yang telah diharamkan untuk tatapan
kepada pehak umum. Buku yang pertama kali ditulis oleh penulis berbangsa Cina yang bukan beragama Islam tetapi akhirnya memeluk agama Islam . Dicetak sebanyak 3 kali cetakan dalam masa 4 bulan. Buku ini yang paling laris penerbitannya yang pernah diterbitkan oleh pehak Universiti Malaya.



Banyak isu-isu menarik yang dimasukkan oleh beliau samada secara formal dan informal untuk renungan pembaca. Akan perjuangan Darul Arqam yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari bin Muhammad
yang bermula pada tahun 1968 di Rumah Putih, Kampung Keramat, Kuala Lumpur dan kemudian berpindah ke Kampung Sungai Pencala, Selangor.



Cuma dalam tulisan beliau kurang memberi penekanan kepada faktor asas
pengharaman Darul Arqam. Beliau hanya memberikan dalam tulisan sepintas lalu akan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994
yang mengharamkan jemaah Darul Arqam
. Mungkin atas sebab-sebab peribadi atau untuk mengelakkan daripada
penulisan yang berbentuk provokasi atau hasutan. Hanya beliau yang mampu menjawabnya. Tetapi pada pehak Darul Arqam telah menjawabnya melalui buku Berhati-hati Membuat Tuduhan hasil penulisan Ustaz Ashaari bin Muhammad yang diterbitkan pada tahun 1989 serta buku Aurad Muhammadiah Penjelasan Darul Arqam karangan penulis yang sama yang diterbitkan pada tahun 1988.



Apakah faktor-faktor
yang menyebabkan kepada pengharaman Jemaah Pertubuhan Darul Arqam? Bagi saya terdapat
dua faktor
utama yang menyebabkan kepada pengharaman Darul Arqam.



Pertama Kerana
Faktor Dalaman
.



Ustaz Ashaari bin Muhamad menganggap faktor pengharaman ini merupakan ujian dari Tuhan. Yang dapat disimpulkan sebagai (dipetik dari buku Nasihat Buat Mu, bekas kawan lama ku dalam Arqam):

    Untuk menyedarkan dan menginsafkan pada masa dalam kelalaian. Untuk didikan dan pengajaran terhadap peningkatan iman dan taqwa. Agar kita tersentak bahawa kita adalah hamba Tuhan, kita lemah dan tidak mampu melawan takdir Tuhan dan sentiasa mengharap dan bergantung pada Tuhan didalam meneruskan kehidupan. Untuk menghapuskan dosa yang telah dilakukan. Untuk peningkatan darjat dan pangkat pada hari Pembalasan.
  • Untuk tapisan dan saringan untuk ahli-ahli dalam jemaah perjuangan.
Bersambung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2007 05:48 PM | Show all posts
Kedua
Kerana Faktor Luaran
.



1. Yang utama sekali ialah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengenai
Pengharaman Darul Arqam bertarikh 5hb Ogos
pada tahun 1994
. Dari keputusan majlis Fatwa inilah pehak kerajaan pada 3 hb September 1994 telah membuat tangkapan terhadap Ustaz Ashaari Muhammad dan 6 orang pengikutnya dibawah akta ISA.



2.Yang kedua kerana ketidaktepatan maklumat yang diperolehi oleh pehak pemerintah yakni Ulamak Rasmi dalam kerajaan yang berdasarkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan 1994. Keadaan ini makin bercelaru dalam kebimbangan kerajaan terhadap Al-Arqam yang dikhuatiri bercorak militan. Yang dikatakan mampu mencabar pehak 揺stablisment
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 05:49 PM | Show all posts
Belum dikira lagi dengan amalan-amalan yang berbentuk bidaah seperti mernziarahi makam nabi, bermaulid nabi, talqin pada yang meninggal, bermarhabban, berzanji serta amalan-amalan bertareqat.Yang mana setengah dari amalan tersebut dihukum sebagai ajaran sesat. Pada pehak ASWJ memang terdapat amalan-amalan tersebut. Namun disifatkan sebagai bidaah hasanah yakni amat digalakkan untuk memperbaiki dan menambah kecintaan dan ketaqwaan manusia yang bersifat hamba kepada Pencipta.


Fahaman Wahabi adalah seperti yang diajar dalam sukatan Pengajian Islam di peringkat sekolah menengah sehingga kepada Doktor Falsafah(Phd) diperingkat Universiti. Bukanlah tulisan ini untuk mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa terhadap pengharaman Darul Arqam. Apatah lagi untuk mencabar kewibawaan perundangan negara
Kerana keputusan dan hukuman telah dijatuhkan oleh manusia terutama pehak pemerintah mungkin terdapat cacat celanya .



Ibarat permainan hoki dengan permainan golf. Mana mungkin berlaku pengadilan dalam permaianan! Tambahan pula mereka yang pakar dalam permainan hoki dipilih untuk mengadili permainan golf! Sudah tentu sebarang keputusan pertandingan akan mengakibatkan sebelah pehak teraniaya. Kerana kedua-dua permainan mempunyai disiplin atau peraturan yang berbeza! Ini merangkumi jarak masa yang berbeza, lokasi dan corak
pemain yang berbeza dimana permainan hoki berlangsung di padang yang sama rata.


Dalam kotak permainan yang telah ditetapkan sempadannya berbanding dengan permainan golf yang tidak mengira sempadan apatah lagi lokasi seperti bukit, sungai atau tasik sekali pun. Juga sasaran yang berbeza dengan jumlah pemain yang berbeza. Dimana permainan hoki
memastikan bola memasuki gawang gol dengan mempunyai penjaga gol manakala dalam permainan golf memastikan hayunan bola terus memasuki
lubang gol !



Cuma yang samanya ialah bola tidak boleh terkena pada kaki serta menggunakan pemukul kayu dan bola . Itu pun pemukul kayu dan bola juga dalam ukuran yang berbeza. Serta taraf permainan juga berbeza. Pemain golf kebanyakkannya dianggap sebagai pemain profesional manakala pemain hoki yang kebanyakkannya berkonsep pemain amatur. Dari segi pakaian , pemain hoki rata-ratanya berseluar pendek seperti pemain bola sepak manakala pemain golf kebanyakkanya berseluar panjang. Secara ringkasnya ibarat langit dan bumi akan konsep permainan kedua-dua sukan tersebut. Semacam tidak ada satu titik pentemuan yang dapat menyambung pertalian kedua-dua jenis sukan tersebut.



Begitulah tamsilan perbezaan majlis fatwa yang menghukum dengan pehak Darul Arqam yang kena hukum.Perundangan dalam Islam jika dilihat dalam rentetan sejarah terutama sejarah zaman tabiin( zaman 300 tahun permulaan keagungan Islam)berdasarkan kasih sayang sesama manusia dan takut pada Pencipta . Terdapat individu yang dimaafkan oleh pehak pewaris yang terbunuh dalam kes bunuh seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Omar
setelah melihat kejujuran dan ketinggian akhlak pehak yang kena tuduh! Serta menyerahkan kembali harta kecurian terutama dalam kes Syeikh Qadir Al-Jalani dimana ketua pencuri bukan setakat menyerahkan kembali harta yang dicuri malahan memeluk agama Islam apabila melihat kewarakkan Wali Allah tersebut! Yang utama sekali mereka insaf dan pasrah pada Illahi dengan menyerahkan kepada Pencipta dengan sebenar-benar tawakal!



Ini berlainan sekali dengan akhlak dan minda Ulamak Rasmi dalam kerajaan serta lepasan Universiti pengajian tinggi Islam. Walau pun tidak pada kesemua tetapi ibarat seekor kerbau membawa lumpur, terpalit pada kesemua .Ini tidak menghairankan kerana faktor sejarah serta faktor pengajian ilmu tersebut. Dari segi sejarah umum mengetahui akan tektik pehak penjajah yang cuba melemahkan umat Islam. Sekali pun tidak dapat menarik umat Islam agar murtad dari ugama tradisi nenek moyang mereka yang beragama Islam , namun diikhtiarkan juga dengan melemahkan amalan agama terutama amalan tasawuf dikalangan umat Islam dinegara-negara jajahan mereka.


Inilah yang terjadi dalam sistem pendidikan Islamnegara ini serta dinegara Islam yang lain yang lain diseluruh dunia. Rata-rata pengajian Islam samada diperingkat rendah sehingga ke peringkat Universiti mengikut acuan penjajah terutama Yahudi dan pehak Amerika sekali pun negara tersebut telah mwncapai kemerdekaan . Sistem pengajian Islam di Malaysia juga tidak terkecuali dalam gajela ini. Bukti menunjukkan ramai lulusan Islam yang menamatkan sistem pengajian Islam terutama dalam Doktor Falsafah bergurukan kepada guru Yahudi dalam konsep ilmu yang disukat oleh pehak penjajah seperti di Universiti Kent diluar negera.



[ Last edited by  janggutmuda at 15-9-2007 05:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2007 05:50 PM | Show all posts
Hasilnya
bila lulusan ini pulang ke negara masing-masing sudah tentu minda dan akhlak mereka mengikut acuan apa yang telah dipelajari
dari pehak penjajah. Dan seterusnya mereka pula yang mengajar ilmu tersebut di universiti tempatan dan bagi yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan, bekerja dengan pemerintah dalamsistem pentadbiran yangberteraskan kepada kepada konsep Ketuanan yang mana pehak pemerintah dianggap sebagi Tuan . Dan bukannya dalam erti kata memimpin pemerintah takut kepada Tuhan! Ulamak sebagai penasihat kepada umarak kearah kecintaan pada Illahi.




Sudah tentu terdapat perbezaan pendapat dalam AhliMajlis Fatwa yang berlatar belakangkan ilmu yang disukat berdasarkan silibus pengajian di Universiti yang menjatuhkan hukuman dengan pehak Darul Arqam sebagai tertuduh yang berlatar belakangkan ilmuan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ). Pengertian umum, ilmuan dari Pengajian Islam di Universiti berdasarkan kepada konsep Ketauhidan dan Fekah dengan tidak merangkumi ilmu tasawuf berbanding dengan ASWJ yang mengambil kira fahaman Tasawuf seperti yang terkandung dalam Kitab Ehya Ulumuddin Karangan Imam Ghazali termasuk
dalam amalan bertarekat selain dari konsep ilmu tauhid berdasarkan sifat 20 dan ilmu fekah bermazhab Imam Syafei.Rata-rata pengajian Islam di Universiti di Malaysia tidak memasukkan silibus pengajian Imam Ghazali dan Imam Syafei dalam sukatan pengajian mereka.



Terdapat jurang perbezaan yang besar dalam pertembungan akidah Ahli Sunnah Wal Jemaah dengan Fahaman Ibn Tamiyah inilah yang meletakkan Pengharaman Darul Arqam harus dinilai,dikaji dan digarap semula oleh para pengkaji ilmuan Islam dalam konteks perkembangan Agama Islam di Malaysia khasnya dan di Nusantara amnya . Diharap ada pehak yang sudi membuat kajian yang lebih mendalam dan yang lebih teliti akan pertembungan kedua-dua fahaman ini . Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak rosak. Seperti mana kajian Saudara Ang Wang Seng dalam buku Al-Arqam disebalik Tabir.

Sebab Fatwa yang dikeluarkan pada setengah negara tidak juga diikuti oleh negara Islam . Seperti fatwa pengharaman rokok oleh kerajaan Arab Saudi tidak juga diikuti oleh negara Islam yang lain. Sedangkan sesuatu fatwa itu berlaku mengikut urutan masa, lokasi dan peristiwa. Tidak semestinya fatwa yang dikeluarkan oleh puluhan tahun yang lampau atau ratusan tahun yang lampau seperti fatwa Ibn Tamiyah dan pengikutnya Muhammad bin Abdul Wahab, sesuai juga diamalkan oleh para generasi Islam sekarang. Apatah lagi kepada masyarakat Islam di Malaysia yang majoritinya berfahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Yang penting para ulamak terutama dalam pehak pemerintah seharusnya bersedia untuk mengalami kejutan atau pemikiran terbuka
samada dari segi masa , aliran pemikiran dan budaya hidup sesebuah masyarakat. Kerana teori atau ilmuan yang mereka pelajari samada diperingkat menengah atau di Universiti tidak mungkin sesuai lagi dalam alam realiti kehidupan masyarakat pada
masa kini.



Suatu kenyataan pahit yang mungkin sukar untuk diterima atau ditelan oleh pencinta Islam di Malaysiaialah lompang atau kekosongan yang ditinggalkan akibat pengharaman Darul Arqam  seperti  aktiviti kemasyarakatan dan penampilan Islam seperti sosial,ekonomi dan politik bukan sahaja tidak terisi bahkan tidak mampu diisi oleh mana-mana pehak samada berbentuk individu ataukumpulan organisi baik pehak berkuasa agama, parti pemerintah mahu pun pembangkang, badan dakwah persendirian dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tinggallah jemaah Darul Arqam dalam kenangan akibat pengharaman dalam bentuk kematian tanpa berbatu nesan dan bacaan talqin dari Ahli Majlis Fatwa. Tiada ratap tangisan cuma sekadar sendu mengiringi perpisahan.
Mungkin sesuai dengan fahaman Wahabi yang mengharamkan ziarah kubur dan bacaan talqin.


Sekian. Wallahualam.

Moderator SiberMelayu




Sila lihat http://groups.yahoo.com/group/SiberMelayu/message/870

[ Last edited by  janggutmuda at 15-9-2007 05:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 09:19 AM | Show all posts
Al-Arqam mahu cabar kerajaan


KUALA LUMPUR: Bekas Penasihat Undang-undang al-Arqam, Zabidi Mohamed mendedahkan tindakan kumpulan itu menyebarkan propaganda mahu menjatuhkan kerajaan sekarang menerusi SMS adalah untuk mencabar kerajaan sejauh mana boleh bertindak terhadap mereka.

Katanya, ini kerana mereka berpendapat kerajaan tidak mampu bertindak terhadap kumpulan itu yang kini berselindung di sebalik kegiatan perniagaan Rufaqa.

Beliau berkata, propaganda itu juga sebenarnya cuba menarik perhatian bekas ahlinya untuk menyatakan al-Arqam walaupun diharamkan tetapi masih wujud supaya kembali semula.

Katanya, bukti al-Arqam berselindung di sebalik perniagaan Rufaqa tidak sukar kerana ada dinyatakan dalam buku tulisan isteri bekas pemimpinnya, Ashaari Muhammad, Khatijah Am yang bertajuk Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya.

揇alam buku itu ada menyatakan bahawa Rufaqa adalah al-Arqam dan dalam buku terbaru bertajuk Abuya Haji Ashaari Muhammad Adalah putera Bani Tamim yang ditulis anaknya pula, Nizamuddin, juga menyatakan perkara sama.

揃uku terbaru itu juga dihantar kepada beberapa Ketua Setiausaha (KSU) beberapa kementerian, ke Bukit Aman dan beberapa balai polis di Kuala Lumpur sejak dua minggu. Ia menunjukkan mereka mencabar kerajaan secara terbuka,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.060432 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list