CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Kebanyakkan Pemandu Malaysia Memang Teruk!

 Close [Copy link]
Post time 2-2-2007 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by tom_tombak at 2-2-2007 12:59 PM
tolonggglahhh.. aku bukan nak kutuk ke hapa tapiselalunya pompuan ni kalau bawak kereta mmg ler dashat ya rabbi.. mukabaik je, siap pakai tudung lagi, tengok muka tu nescaya boleh menanganugerah ibu mithali ke, gadis ayu ke dan seangkatan.. TAPIKKKK, orangpompuan ni kebanyakannya tak sadarrr diri bawak kete macam hampesss,dah ler potong Q, masa masuk tu bukan main laju berdesup masuk, mukatak bersalah tu satu hal, yang menyakitkan hati tu bila dah dapatmasuk, mula ler bawak penuh sopan santun bagi, lepaih tu bila dah kenamaki dgn pemandu lelaki ni, mula le kata org laki ni samseng jalan rayawalhal yang sebenarnya PUNCA-PUNCA tu adalah dari sikap pemandu pompuansendiri yang memandu dgn penuh TAK beradab dan TAK sedar pulak tukesalahan dia... betapa banyak kes2 kematian jalan raya ni sebenarnyaberpunca daripada pemanduan org pompuan yang sama ada  too slow ataupunmain masuk sesuka hati je, lepas tu bila dah accident mula2 lermenangis depan pak polisi menuduh orang lain yang jadi samseng walhaldiri sendiri yang bawak kete tak betul..    


walaupun aku pompuan, aku terpaksa setuju ngak ko hehe..

sepanjang 2 tawon lebih aku dok malaya nih, mostly, aku selalu naik hangin ngan pemandu pompuan!! terutamanya kat putrajaya nih.. aduhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! bisa cepat tua gue!!

mcm baru jer tadi pagi hantar anak aku pi sekolah.. tak pernah aku hangin satu badan gituk.. dalam jem2 orang beratur nak drop anak masing2 dekat drop zone tuh, ada ler seekor minah bertudung ngan jubah ala2 wahidah dia tuh yang nampak ayu bukan main tapi peel hangkang!.. aku dok belakang dia.. dalam orang beratur panjang nak masuk drop zone tuh, dia boleh berhenti tengah jalan (betul2 tengah jalan!! tau ler jalan tuh 2 lorong, tapi masih tengah jalan!).. walhal, depan dia dah drop zone tuh.. boleh masuk 6 kreta bersusun.. boleh dia berhenti situ!! kalau takat drop anak dia tak per ler jugeekkk.. nih, siap park kreta situ coz nak hantar anak dia masuk!! boleh aku hon suruh dia pi depan sikit dan masuk drop zone tuh dia buat bodo jer nengok aku??.. siyal tahap dewa betul!!

first time aku mark plate nombor orang.. hahahaa.. plate 'putrajaya 4xxx' iswara eroback cekelat buruk tuh, mampos ler ko kenyang makan surat 'pol 150' kalau aku jumpa kat memana parking tak senonoh!! sket jer pun tak der ampun ler!!

btw.. aku nih, pemandu berhemah ler jugekkk yea.. ahahahaha.. dah dekat 18tawon nih peggang lesen, tak pernah kena saman, tak penah eksiden.. (penah ler eksiden ngan mamat tentera naik motor dan mabok.. eksiden kecik jer.. tergesel jer... dia gesel aku tawww!)  awwwwww..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 02:44 PM | Show all posts
saya rasa sama ajer laki ker perempuan ... ader dia punya kelebihan dan kelemahan dalam memandu kereta...

Kalu lelaki.. kebanyakan yang saya nampak... suka bawa laju... kalu meter 180.. ada keinginan nak bawa sampai 180km/j.. then biler dah sampai dan tak puas hati... nak bawa lebih dari tu.. kalu ada cut off.. nak buang cut off..

Kalu perempuan pulak.. suka bawa slow.. lebih kurang 90-80 mcm tu.. dan suka bawa kat lane biasa nya lane kedua.. kalu ader dua lane pun nak bawa kat lane kedua.. so org laju ker bas ker (kalu ada 3 lane) yang tak boleh nak  potong...

Perempuan satu lagi... tak tau pasal part2 kete... so kadang2.. tayar pancit ker minyak hitam habis ker tak tau nak buat... ader yang odometer dah tak gerak pun tak kisah.. service kete pun tak kisah... kalu gi hantar service pun.. golongan ini akan biasa kene tipu oleh tokei kedai... dan kete diaorg ni jenis cepat rosak.. sangkut kat jalan...

Laki pulak... pandai sangat pasal kete ni.. semua tau.. kalu tak puas hati dengan kemampuan kereta sedia ada mesti nak ubah.. even body kit... kalu nak power.. tukar enjin or tanbah turbo ker.. tapi sistem brake tak tukar.. so kalu kete dah laju dan kat depan tu ada masalh...  power brake yang sediaada tak dapat menampuh kelajuan kete... dna lagi satu.. laki kalu bawa laju dan ada kete depan dia.. suka sangat menyucuk.. rapat2 pulak tu.. kete tu nak potong kete lain pun teragak22...


Ini dari pemerhatian saya sahaja lah.. lebih dari 50% laki yang saya perhatikan ada sikap mcm ni... dan lebih 50% wanita ader sikap mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 02:46 PM | Show all posts

Reply #61 NURMIMIE's post

Aku tak setuju. Banyak pemandu yang teruk2 ni dari jenis yang suka minum sampai mabuk2. Tu ko boleh teka lah dari puak yang mana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 03:45 PM | Show all posts
source: BH

Penyeragaman kompaun mampu beri kesedaran kepada pemandu

SELAMA ini, sesetengah kadar kompaun kesalahan trafik oleh agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya berbeza walaupun bagi kesalahan yang sama. Bagaimanapun, bermula 15 Februari ini, empat agensi itu akan menyeragamkan kadar kompaun membabitkan 188 jenis kesalahan trafik.

Antara kompaun diseragamkan pada kadar RM300 bagi setiap kesalahan ialah meletak kenderaan, memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar serta gagal mematuhi lampu isyarat. Kompaun RM200 dikenakan bagi kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong di sebelah kiri, tidak berhenti ketika murid melintas, membuat pusingan U di tempat larangan, menggunakan cermin gelap dan mengeluarkan asap berlebihan.

Semua agensi terbabit bersetuju penyeragaman kompaun itu membolehkan mereka menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dengan lebih telus selain mengelak kekeliruan. Cuma kita berharap sebelum penyeragaman kompaun itu dikuatkuasakan, keempat-empat agensi itu harus berbincang mengenai mekanisme dan cara mengenakan kompaun mengikut akta dan jenis kesalahan agar tidak bercanggah dan mengelirukan.

Ada pegawai, sama ada JPJ atau polis menggunakan budi bicara masing-masing sebelum melayangkan surat saman. Kita berharap selepas 15 Februari tiada lagi perbezaan kompaun dikenakan JPJ dan polis untuk kesalahan termaktub di bawah akta sama. Kita percaya penyeragaman itu baik supaya pengguna jalan raya tidak keliru. Namun, kadar kompaun dikenakan wajar mengambil kira jenis kesalahan, apa lagi bagi kes kesalahan pertama.

Sebagai pengguna, kita tentu akan berusaha mengelak melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan dikenakan kompaun selain mengharap kadar kompaun yang lebih munasabah dan tidak membebankan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata penyelarasan dan penyeragaman kadar kompaun itu bertujuan mencegah kesalahan berulang dan mengelak penguat kuasa meminta sogokan. Kompaun itu juga dilihat sebagai ingatan kepada pengguna agar seboleh mungkin mengelak daripada melakukan kesalahan trafik.

Apapun, kadar kompaun maksimum RM300 yang ditetapkan mungkin membebankan golongan berpendapatan rendah. Dalam hal ini, kita berharap pegawai penguat kuasa bersikap ihsan dengan memberi nasihat atau amaran terlebih dulu, khususnya jika pengguna jalan raya mempunyai alasan munasabah yang boleh dipertimbangkan.

Tindakan menyaman pesalah lalu lintas bukan tidak boleh dilakukan, tetapi ia tidak harus dijadikan keutamaan sebagai sumber pendapatan. Apa yang lebih penting ialah memberi kesedaran kepada pengguna agar lebih berhati-hati, berdisiplin dan bersopan di jalan raya selain mempergiatkan kempen keselamatan secara berterusan bermula pada peringkat sekolah rendah lagi.
Usaha membaiki dan melebarkan jalan serta menambah papan tanda juga perlu ditingkatkan sebagai satu cara mengurangkan kadar kemalangan. Bagi pengguna pula, mereka harus sentiasa ingat jalan raya untuk dikongsi bersama bukan untuk memecut, berlumba atau mengenepikan hak serta keselesaan pengguna lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 2-2-2007 03:45 PM
source: BH

Apapun, kadar kompaun maksimum RM300 yang ditetapkan mungkin membebankan golongan berpendapatan rendah. Dalam hal ini, kita berharap pegawai penguat kuasa bersikap ihsan dengan memberi nasihat atau amaran terlebih dulu, khususnya jika pengguna jalan raya mempunyai alasan munasabah yang boleh dipertimbangkan.


sapa punya penulis nih...ini lah punca utama blatant disregard towards road traffic rules.

budusss gilos punya alasan... ihsan sana, ihsan sini. ceittt. eskiuses + more eskiuses :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 03:54 PM | Show all posts

Reply #63 janggutmuda's post

kalau kat tempat aku ni... semua sama naik.. tak kira puak mana..

so aku rasa.. baik kita geralise kan aje kepada drivers...

aku bencik betul budak lelaki bawak Kancil pakai caps... cara pemanduan.. mcm lah bawak kereta yg CC besar...

depa ni ada group ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2007 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by kabukiman at 2-2-2007 03:54 PM


sapa punya penulis nih...ini lah punca utama blatant disregard towards road traffic rules.

budusss gilos punya alasan... ihsan sana, ihsan sini. ceittt. eskiuses + more eskiuses :kant:




   tat's many ppl took this for granted...
opportunity untuk lari dari bayar denda...

mmg hampes!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:04 PM | Show all posts
macam mane pulak driver yg suka cucuk cucuk kereta korang??  walaupun korang kat lane paling slow, tapi sbbkan driver tu tgh race dgn driver lain, kita gak yg terlibat... seram tul!!!  

lagi satu driver yg cucuk kita pastu bagi high beam.. bagi lar kita space/ruang utk masuk atau exchange lane lain...  kalau takda space, macam mane kita nak bagi depa laluan???   :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 04:05 PM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 2-2-2007 02:46 PM
Aku tak setuju. Banyak pemandu yang teruk2 ni dari jenis yang suka minum sampai mabuk2. Tu ko boleh teka lah dari puak yang mana.


orang pompuan, tak minum apa2 pun selalu gak mabok2..

time pagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:12 PM | Show all posts
Orang-Orang Gila kat malaysia:

1) Org yg suka double/triple parking
2) Org yg suka slow down tgk accident.. buatkan kita stuck kat jam lebeh 2 jam
3) Org yg suka cucuk
4) Org yg suka RACING
5) Org yg ego tinggi, cepat nak lawan balik kalau dicabar sikit--->pastu ber-racing
6) Road Bully
7) Org yg suka Potong kat Emergency Lane (pikir bijak sgt)
8) Org yg tak bagi signal
9) Org yg tak tau peraturan jln raya (main berhenti kereta sesuka hati)
10) Org yg tak considerate..  tak beri laluan..
11) Org yg curik parking kat shoppingmall (walaupun kita dah bagi signal dan tunggu lama)
12) Org yg parking sampai amik 2 tmpt parking
13) Org yg parking betul betul rapat dgn keta kita (sampai kita nak masuk kereta pun susah!!!)

14).....  tolong sambungkan......
Reply

Use magic Report

gabanzack This user has been deleted
Post time 2-2-2007 04:21 PM | Show all posts
ko polis trapik ke MImie? siap nak saman2 org nih?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by sas_world at 2-2-2007 01:47 PM
org *feewit* yg buat mesia nie traffik jam..

depa yg mulakan:

1) Double parking (macam kat dlm photo penang)
2) Cutting lanes using emergency lane (mostly driver *feewit*, keta vios, city and acco ...



sebenarnya aku pun berhajat nak luahkan benda2 mcm kau ni tapi nanti dikatakan racist pulak..
apa2 pun aku setuju dengan semua di atas..

dan aku juga selalu menyumpah pada sesiapa yg kurang ajar kat jalanraya tu agar cepat

                          

[ Last edited by  Muntz at 2-2-2007 05:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:24 PM | Show all posts
aku rasa ya la... pemandu malaysia memang biadap :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by sas_world at 2-2-2007 04:12 PM
Orang-Orang Gila kat malaysia:

1) Org yg suka double/triple parking
2) Org yg suka slow down tgk accident.. buatkan kita stuck kat jam lebeh 2 jam
3) Org yg suka cucuk
4) Org yg suka RACIN ...







orang yang tak boleh nak berjalan lebih sikit..
kalau parking kat kedai makan or hantar anak pegi sekolah, kalau boleh muncung keter tu nak masuk sampai depan pintu kedai or sekolah..

[ Last edited by  raven at 2-2-2007 04:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:40 PM | Show all posts
sayan rasa... selain dari jantina... tempat pun memainkan peranan gak...

dari pengalaman... saya keje di KL... pernah lah ada projek kat kawasan.. nak kata kampung sangat tak lah.. kat lumut/jalan nak ke telok batik.... aduh.. tension dibuatnya... time makan ader sekejap.. 1 jam ajer... lepas tu nak jumpa client balik... masa tu juga time budak balik sekolah... aduh.. dibahu jalan dah ada kete parking... ni boleh duduk tengah jalan sambil berborak.. sebab 1 kete tu ke arah manjung.. 1 lagi tu kearah telok batik... aduh... kiter ni yang nak terkejar masa... tercongok kat situ.. nampak kiter buat bodoh ajer... sampai lah anak diaorg naik kete... aduh...

saya rasa.. org duduk dibandar.. masa sangat terhad.. dan presure di tempat keje dilepaskan semasa memandu... mana kalu dikampung masa banyak utk diluangkan... dan presure/stress keje bergantung pada mother nature... jadi memandu bukan utk melepaskan tension...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:54 PM | Show all posts
setelah komplen banyak2 ni pun.. saya mengaku bahawa ade... org-org giler malaysia buat.. saya pun buat sama... tapi tak selalu... heheh

1) Org yg suka double/triple parking
pernah... tapi selalunya tempat yang biasa pegi.. dah tau culture dia mcm mana...

2) Org yg suka slow down tgk accident.. buatkan kita stuck kat jam lebeh 2 jam
slow gak.. tapi bukan sebab nak tengok accident.. pasal org depan slow.. takut create second accident pulak...

3) Org yg suka cucuk
aku suka angkat padel.. biar kete ku slow dgn sendirinya... kawan aku.. kalu org cucuk dia.. dia emergency brek terus... mak kawan aku... dia berhenti kete terus... bagi org tu potong.. baru dia jalan balik... cukup anti dgn org suka cucuk ni...

7) Org yg suka Potong kat Emergency Lane (pikir bijak sgt)
pernah.. kire 1 dalam 100 kot... itu pun tengok tempat... kalu dah biasa dgn kawasan tu.. kalu tak.. cuba cari jalan alternative... pasal map sekalu ader dlm kete..

10) Org yg tak considerate..  tak beri laluan..
kalu org tak bagi signal.. memang malas nak bagi laluan kat dia..

11) Org yg curik parking kat shoppingmall (walaupun kita dah bagi signal dan tunggu lama)

13) Org yg parking betul betul rapat dgn keta kita (sampai kita nak masuk kereta pun susah!!!)
ni terpulang.. kalu org tu dah parking dekat atas line.. parking ajer rapat
kat dia.. kalu nak bagi dia senang masuk.. kiter pulak susah nak keluar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by sas_world at 2-2-2007 04:04 PM
macam mane pulak driver yg suka cucuk cucuk kereta korang??  walaupun korang kat lane paling slow, tapi sbbkan driver tu tgh race dgn driver lain, kita gak yg terlibat... seram tul!!!  

...


biasanya kalu cucuk sambil bg highbeam... biasanya susah nak nampak pasal.. buntut kete dpan dah halang lampu kete belakang.. dari pandangan cermin belakang kete depan lah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 04:59 PM | Show all posts

Reply #76 sayna's post

parking rapat sampai kita tak buleh masuk mmg pet peeve.

kebiasaannya kalu ada org badan kecil buleh masuk kot kiri and reverse i let it be.

tapi kalu aku sendri kene masuk kot kiri, the scoot over to the driver's side mmg lepas tuh aku bukak pintu driver sekuat2 hati hentak kete sbelah tuh sampai ati puas.

so ingat2 ler kalu tetiba side mirror rebeh ka, pintu mcm kene ketuk ka tuh ada lar tuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 05:06 PM | Show all posts
dah ada tak tulis yg ni..

driver kereta yg pakai lampu ala ala spotlight putih tu...

mcm ^(%(% rembang2 petang boleh silau di buat nya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by kabukiman at 2-2-2007 04:59 PM
parking rapat sampai kita tak buleh masuk mmg pet peeve.

kebiasaannya kalu ada org badan kecil buleh masuk kot kiri and reverse i let it be.

tapi kalu aku sendri kene masuk kot kiri, the sc ...



kalu kete sendiri dah parking betul2 atas line.. nak maarah kete sebelah apa hal.. tapi kalu u dah park kat tengah space diberi.. org sebelah pulak buat hal.. so go on lah.. calar kan kete dia.. no hal.. sebab sah2 org tu dajal... jgn lah pulak sediri salah tapi nak blame org lain...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.268889 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list