CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44644|Reply: 147

"Cik Wan Kembang" namanya, BUKAN Cik "Siti" Wan Kembang!

[Copy link]
Post time 27-4-2007 12:53 PM | Show all posts |Read mode
FAKTA


*Nama asal Cik Wan Kembang
*Kematian ayah sejak usia empat tahun
*Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah
*Menjadi raja dalam usia 30 tahun pada 1610
*Pusat pemerintahan, Gunung Chinta Wangsa dan Kota Tegayong
*Tidak berkahwin dan menjadikan Puteri Saadong sebagai anak angkatnya
*Binatang kesayangan adalah kijang dan menjadikan binatang itu sebagai lambang negeri
*Memerintah Kelantan selama 67 tahun

"CIk Wan Kembang" namanya, BUKAN Cik "Siti" Wan Kembang
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad


Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak pernah berkahwin

RAMAI pasti terpinga-pinga atau menggelengkan kepala jika ditanya siapakah Cik Wan Kembang.


Namun bila disebut Cik Siti Wan Kembang, orang pasti mengaitkan nama wanita itu dengan Kelantan hingga menjadi antara nama timangan negeri berkenaan yang turut bergelar Serambi Makkah.

Berdasarkan catatan sejarah, nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan dari keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik Wan Kembang, yang diberikan ayahandanya, Sultan Ahmad.

Berdasarkan buku ringkasan cerita Kelantan, karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, gelaran "Siti" diberikan seorang pedagang Arab yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan "Siti".

Ketika mengadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan "Siti" dan panggilan "Siti" itu didengar beberapa orang yang berada di balai mengadap.

Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti "Siti" sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.

Terdapat juga sumber sejarah menyatakan beliau turut digelar panggilan Paduka Cik Siti.

Buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid, terbitan Pustaka Al-Ahliah (1962), Siti bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri.

Dalam usia empat tahun, Cik Siti Wan Kembang kehilangan kasih sayang ayah yang mangkat menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan diambil alih Raja Husin.

Sejarah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan bermula pada 1610. Berdasarkan sumber sejarah tempatan, dalam usia 30 tahun, beliau dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin.

Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudiannya ditukar nama sebagai Gunung Chintawangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal hingga kini.

Sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan nama Cik Siti Wan Kembang terkenal.


Walaupun seorang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasaannya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan saja.

Beliau membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.

Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina sebuah taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan dengan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong, yang kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Ayam (berhampiran Sungai Nenggiri, kini Hulu Kelantan), membawa pelbagai persembahan untuk beliau.

Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.


Di sebalik kecantikannya, Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami walaupun ramai raja dan anak raja datang meminangnya. Ramai ditolak Cik Siti Wan Kembang dengan alasan tidak terlintas dihatinya untuk bersuami.

Lama kelamaan, keadaan itu membuatkan Cik Siti Wan Kembang berasa kesunyian hidup sendirian. Apabila melihat Puteri Saadong, (Puteri Raja Loyor) ketika mengadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat mengambil puteri itu sebagai anak angkatnya.

Rundingan di antara Raja Loyor dan permaisurinya berakhir dengan kerelaan mereka menyerahkan Puteri Saadong untuk dijaga Cik Siti Wan Kembang.

Puteri Saadong adalah seorang gadis ayu serta cantik dan digelar penduduk Gunung Chintawangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu sampai kepada pengetahuan maharaja Siam yang menghantar utusan meminangnya tetapi ditolak Cik Siti Wan Kembang.

Menyedari Raja Siam akan menimbulkan masalah berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti Wan Kembang mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah (sepupunya) dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong dan kemudian berpindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai pemerintah Kelantan.

Selepas pelantikan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunong Chintawangsa, kota pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak diketahui lagi.

Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan selama 67 tahun, antara 1610 dan 1677 dengan dua pusat pemerintahan iaitu Kota Tegayong dan Gunung Chintawangsa.

[ Last edited by  my_3A at 27-4-2007 12:56 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2007 12:54 PM | Show all posts
Gunung Chintawangsa pusat pemerintahan
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad


Cik Siti Wan Kembang dikawal sejumlah hulubalang wanita yang gagah dan setia

HASIL kajian penyelidik Muzium Negara, N A Halim, mendapati Cik Siti Wan Kembang dikatakan memindahkan pemerintahannya dari Pulau Sabar ke sebuah tempat jauh di pedalaman iaitu Gunung Chintawangsa, terletak di tenggara Kuala Krai, Kelantan.
Pulau Sabar mengikut sesetengah ahli sejarah, dipercayai sebagai pusat pemerintah Sultan Kelantan pertama iaitu Maharaja K'Umar atau disebut Raja K'Umar, sekitar 1411.

Pulau itu dikatakan terletak di tengah-tengah Sungai Kelantan berhampiran Kampung Laut dan kini sudah tenggelam.

Pemindahan pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari Pulau Sabar ke Gunung Chintawangsa dianggap ganjil kerana kebiasaannya raja zaman dulu memilih lokasi berhampiran sungai bagi memudahkan pengangkutan dan perhubungan.

Namun, raja perempuan itu menganggap Gunung Chintawangsa lebih selamat dan tenteram daripada sebarang gangguan luar terutama kerajaan Siam yang dianggap kuasa besar ketika itu.

Satu perkara yang sukar dikesan sepanjang pemerintahan Cik Siti Wan Kembang ialah untuk mengenal pasti kedudukan sebenar beliau bersemayam kerana dikatakan ada dua gunung di Kelantan dengan nama Gunung Ayam.

Kedua-dua gunung itu ialah di Gua Musang dan dekat dengan sempadan Terengganu. Tempat berkenaan sukar dilakukan penyelidikan kerana terletak jauh di pedalaman.

Walaupun Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam jauh di Hulu Kelantan, namun ada sebuah makam di perkuburan Banggol dekat Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, dikatakan makamnya.

Makam berkenaan dikatakan cantik, dibina menggunakan batu pejal serta berukir, disebut orang di situ sebagai makam Cik Siti.

Tinjauan Berita Minggu mendapati makam itu sudah dipagar tetapi keadaannya tidak terurus terutama dari segi kebersihan. Banyak sampah sarap di sekitarnya bagaikan tidak ada penjaga.

Kesahihan itu adalah makam Cik Siti Wan Kembang, belum dapat ditentukan memandangkan banyak kajian perlu dilakukan mengenainya.

Seorang bekas penggali kubur di makam itu, Pak Dir Abdullah, berkata pada zaman dulu, Kampung Telaga Gajah, tempat terletaknya makam itu, dikelilingi hutan.

Beliau yang berusia lebih 100 tahun itu berkata, ketika itu, orang kampung di sekitar makam berkenaan bekerja menangkap ikan dan pada masa lapang pergi mencari rotan di hutan berkenaan.

"Ketika mencari rotan, mereka terhidu bau yang harum dan menemui makam yang diatasnya tertulis nama Cik Siti Wan Kembang. Lalu tempat itu dibersihkan untuk dijadikan tanah perkuburan.

Namun pihak Perbadanan Muzium Negeri Kelantan menafikan kubur berkenaan adalah makam Cik Siti Wan kembang.

Penolong Kuratornya, Abustarim Yaacob, berkata kajian muzium negeri mendapati tidak ada asas makam itu adalah pusara Cik Siti Wan Kembang.

Katanya, mengikut sejarah, hayat Cik Siti Wan Kembang tidak diketahui penghujungnya dan dengan itu tidak tahu di mana kedudukan sebenarnya kubur beliau.

"Apa yang ada di makam dekat Banggol itu adalah makam orang lain yang mempunyai nama seperti Cik Siti Wan Kembang dan beliau dikatakan adalah seorang gundik raja," katanya.

Sebagai pemerintah yang disayangi rakyat, Cik Siti Wan Kembang membina sebuah kota dikenali dengan Kota Jelasin, menggunakan kayu tebal yang diukir tukang ukir terkenal zaman itu.

Kota yang dibuka pada 1563 dengan kubu pertahanan dibina berhampirannya manakala parit yang dalam digali dengan timbunan tanah tinggi dibuat sebagai benteng pertahanan.

Mengikut sejarah, kota ini pernah diserang Raja Siam yang iri hati terhadapnya kemajuannya hingga menyebabkan kemusnahannya.

Cik Siti Wan Kembang dikatakan seorang pemerintah yang gagah. Walaupun seorang perempuan, beliau berjaya mengekalkan pemerintahannya sebagai pemimpin negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Kegagahan pemerintahannya dapat diketahui melalui jumlah hulubalang yang keseluruhannya wanita dan mereka sentiasa berada di sisinya di mana saja beliau berada.

"Kegagahan pahlawan ketika itu dilihat kepada jumlah hulubalangnya dan ini ketara kepada Cik Siti Wan Kembang yang mana mempunyai hulubalang wanita yang setia kepadanya," kata Abustarim.

Bagi mendapatkan gambar atau wajah Cik Siti Wan Kembang, penulis, jurugambar dan pegawai Perbadanan Muzium Negeri Kelantan terpaksa membuka semula mural bekas pemerintah Kelantan itu yang dibaluti kain putih.

Abustarim berkata, mural berkenaan sudah dua atau tiga tahun ditutup dengan kain itu setelah tidak ada acara berkaitan dengan sejarah pemerintahan negeri ini.

"Memandangkan mural berkenaan terletak di dewan pameran sementara, ia adalah tidak sesuai untuk dipamerkan pada masa pameran tertentu.

"Mural berkenaan hanya sesuai untuk dipamerkan pada pameran berkaitan dengan sejarah pemerintahan negeri ini saja. Sebab itu kita tutup dengan kain itu.

"Satu lagi sebab ialah untuk memastikan supaya mural berkenaan sentiasa berada dalam keadaan bersih memandangkan ia begitu bernilai kepada pihak muzium," katanya.


Pakaian tradisi dipamer di PBB

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan akan membawa Cik Siti Wan Kembang ke New York, Amerika Syarikat (AS) dalam usaha memperkenalkan pakaian tradisional Kelantan ke peringkat antarabangsa.

Penolong Kurator, Abustarim Yaacob, berkata Cik Siti Wan Kembang akan diperkenalkan menerusi pakaiannya termasuk pelbagai aksesori lain seperti keris, gelang dan pemeleh.

Katanya, pakaian ini akan dipertontonkan bersama tekstil Kelantan lain seperti batik dan songket kepada rakyat AS di bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bermula esok hingga 4 Mei ini.

"Pameran bertemakan Tekstil Malaysia - Kelantan akan memaparkan pakaian tradisional termasuk yang dipakai Cik Siti Wan Kembang dan tekstil lain yang dihasilkan dari Kelantan," katanya.

Pameran ini diadakan bersempena Pesta Makanan Kelantan yang dijangka dilancarkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Pameran akan menumpukan kepada produk tekstil yang dihasilkan di Kelantan membabitkan sejarah pemakaian ketika di zaman pemerintahan silam sehingga kini.

Selain itu, turut ditonjolkan ialah kaedah penghasilan produk berkenaan serta kegunaan pada masa ini terutama kemajuannya yang bersesuaian dengan perubahan zaman.

[ Last edited by  my_3A at 27-4-2007 12:58 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 04:18 PM | Show all posts
Bila dah biasa panggil Cik Siti Wan Kembang, nak panggil Cik Wan Kembang je agak janggal...

[ Last edited by  ct_og at 27-4-2007 04:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 07:50 PM | Show all posts
Originally posted by my_3A at 27-4-2007 12:53 PM
Ketika mengadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan "Siti" dan panggilan "Siti" itu didengar beberapa orang yang berada di balai mengadap.

Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti "Siti"sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorangperempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.  


Off topik kejap...
Ijad nk terangkan apa maksud sbnr nama 'Siti' ni...

Ijad ada sorg kwn Arab dari Syria..
Dia tanya Ijad kenapa ramai org Malaysia menamakn anak2 perempuan mereka dgn nama 'Siti'...
Ijad tanya dia kenapa...?
Dia gelak dan ckp, "Siti dalam bahasa Arab loghat Syria bermakna 'Nenek'..
Org Arab khususnya di Syria memanggil golongan wanita tua yg dihormati dgn gelaran 'Siti' sementara panggilan utk lelaki adalah 'Sidi'... saya rasa kelakar bila org2 M'sia panggil anak2 perempuan mereka dgn panggilan 'Siti' (nenek)..."

Kalau kita baca terjemahan Al-Quran di dalam bahasa2 lain termasuk bahasa inggeris, kita tak akan jumpa nama2 seperti Siti Hawa, Siti Aishah, Siti Sara dll. Yg kita jumpa hanyalah Hawa, Aishah dan Sara sahaja. Pendek kata, nama 'Siti' adalah gelaran yg hanya dijumpai di dalam terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu/Indonesia saja.

Tambahan pula, ramai org2 Nusantara beranggapan bahawa nama penuh isteri nabi Adam adalah Siti Hawa sedangkan nama sbnrnya hanyalah Hawa. 'Siti' tu hanya gelaran yg ditokok-tambah oleh org2 Melayu di Nusantara sebagai tanda hormat terhadap Hawa, ibu segala manusia.

Kwn ijad org Pakistan pun tanya ijad, "kenapa ramai wanita islam di malaysia bernama Siti? apa erti Siti?". Kenapa org Pakistan sendiri tak tahu apa erti 'Siti'? sbbnya terjemahan Al-Quran dalam bahasa Urdu di Pakistan tidak ada nama 'Siti'!!! Org Arab sendiri x letak nama 'Siti' pada nama anak2 dorg.. Org Melayu jer yg terlebih pandai kot.... huhu..

Jadi, kepada sesiapa yg baca tulisan ijad ni, kalau korg dh kawin dan ada anak, jgn namakan anak2 pompuan korg dgn nama 'Siti'. Kesian dorg... masih kecil tp dah bergelar 'nenek' (Siti).... byk lg nama2 lain yg indah & elok maknanya utk anak2 pompuan kita... sekian..

P/S: KEPADA SESIAPA YG BERNAMA SITI, IJAD X BERMAKSUD NK MENGHINA ATAU APA. INI SEKADAR PENGETAHUAN UTK KORG SUMER..!!

[ Last edited by  ijad_adiputera at 27-4-2007 10:08 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 08:32 PM | Show all posts

Reply #4 ijad_adiputera's post

nenek tu makna yang tak baik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 10:04 PM | Show all posts
Originally posted by rose_liz at 27-4-2007 08:32 PM
nenek tu makna yang tak baik ke?


Bukanlah maksud ijad mcm tu tp kalau kita sebagai ibubapa, tergamak ke kita nk namakan anak2 pompuan kita dgn nama yg membawa erti 'nenek'? Sian dorg... kecik2 dh dipanggil nenek....

[ Last edited by  ijad_adiputera at 27-4-2007 11:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2007 11:55 AM | Show all posts
maknanya dato siti nurhaliza tu= dato' nenek nurhaliza la erk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 10:37 PM | Show all posts
aku panggil nenek aku siti... atuk aku sidi..
bila kengkawan dengar semua gelak..
ckp canggihnya gelaran..
tp sbnarnya gelaran tu dh mmg diwarisi nenek moyang aku..
lgpun mmg asal org dr tanah arab pun..
nnt bila aku dpt anak aku pun nk soh dia panggil mak ayah aku siti&sidi gk..
dan nk bgtau gk takyah dh la korang nk letak nama siti tu...
tp x salah pun sbnarnya lgpun bkn maksudnya x baik kn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2007 02:14 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 27-4-2007 10:04 PM


Bukanlah maksud ijad mcm tu tp kalau kita sebagai ibubapa, tergamak ke kita nk namakan anak2 pompuan kita dgn nama yg membawa erti 'nenek'? Sian dorg... kecik2 dh dipanggil nenek....



hallooo... semua forummer!

maaf, baru skrg nak sambung sikit, skrg baru ada sikit masa utk berforum..

------------

Ketika mengadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan "Siti" dan panggilan "Siti" itu didengar beberapa orang yang berada di balai mengadap.

Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti "Siti" sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi  "tuan"(puan) atau "ketua" orang ramai.


ijad....,
"siti" kan ertinya = Tuan(puan) @ Ketua org ramai.
& kan panggilan "siti"kpd "Cik Wan Kembang" sbg cth sebenarnya DIBERI oleh ARAB yg dtg berdagang ke sini.
Ini maknanya panggilan @ gelaran "siti" ni  juga bukan shj bererti "nenek" bahkan bererti "puan", betul tak?



[ Last edited by  my_3A at 1-6-2007 02:19 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2007 02:18 AM | Show all posts
aku keliru.... mana pi semua gambar atas?

apasal rencana  tu dah x bergambar?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 08:02 AM | Show all posts
barulah aku tau...saper cik siti wan kembang nih......hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by my_3A at 1-6-2007 02:14 AM
ijad....,
"siti" kan ertinya = Tuan(puan) @ Ketua org ramai.
& kan panggilan "siti"kpd "Cik Wan Kembang" sbg cth sebenarnya DIBERI oleh ARAB yg dtg berdagang ke sini.
Ini maknanya panggilan @ gelaran "siti" ni  juga bukan shj bererti "nenek" bahkan bererti "puan", betul tak?


sekurang2nya Cik Wan Kembang bukanlah wanita Melayu pertama yg menggunakan nama 'siti' kerana istilah Siti juga pernah digunakan di kalangan penduduk Indonesia pd zaman lampau sebelum Cik Wan Kembang...

Gelaran Siti secara literasinya bermaksud 'nenek' dan ia diberikan kepada golongan wanita Arab yg dihormati di sekitar negara2 seperti Syria..
tp ia BUKAN bermakna 'puan'..

ada 2 sebab kenapa org Melayu memanggil Hawa sebagai Siti Hawa, Aishah sebagai Siti Aishah, Sara sebagai Siti Sara dll...

1) Tanda Penghormatan - Hawa, Aishah, Sara dll adalah tokoh2 wanita yg disebut di dalam Al-Quran dan mereka adalah golongan wanita yg dihormati. Maka, org2 Melayu zaman dahulu menganggap gelaran 'Siti' sebagai gelaran yg sesuai bg menghormati mereka...

2) Faktor sejarah - Hawa, Aishah, Sara dll telah hidup di dunia terlebih dahulu sebelum kita pada zaman ini. Maka, gelaran 'Siti' digunakan oleh org2 Melayu kerana mereka (Hawa, Aishah, Sara) ibarat 'nenek' kita... pendek kata, nenek-moyang la...

Bg kes Cik Wan Kembang, org2 Arab memanggil beliau sebagai 'Siti' (walupon beliau bukan Arab) kerana beliau adalah permaisuri yg dihormati di kalangan penduduk tempatan kerana kebijaksanaannya.. tp perlu ditegaskan, Org Arab sendiri tak gunakan nama 'Siti' sebagai nama mereka, tp hanya sebagai gelaran utk golongan wanita yg dihormati... tp org Melayu pula letak nama 'Siti' bg anak pompuan dorg... (<-- ini sudah salah!!!)... atau dlm kata lain, gelaran 'Siti' sama spt gelaran Melayu utk golongan2 yg dihormati seperti TUAN, TOK Ketua, TOK Batin, TOK Janggut dll...

Maka tindakan ulama Melayu pd zaman lampau yg menggunakan istilah 'Siti' di dalam terjemahan Al-Quran dlm BM telah mengelirukan org2 Melayu sendiri dan penggunaan 'Siti' sebagai nama wajar dihentikan di kalangan penduduk Islam di Kepulauan Melayu. Kini, ramai org2 melayu menganggap 'Siti' itu sebahagian dri nama2 tokoh wanita di dalam Al-Quran tp sbnrnya tidak...

bukan setakat istilah 'Siti', malahan byk perkataan2 Arab lain yg telah lari maknanya apabila dimasukkan ke dlm BM... sbgai cth, perkataan 'khalwat'. Nabi Muhammad pernah berkhalwat di dalam Gua Hiraq --> bermaksud Nabi Muhammad pernah berseorangan di dalam Gua Hiraq. Tp di dalam BM, 'khalwat' bermakna 2 manusia berlainan jantina yg berdua2an di tmpt yg sunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 27-4-2007 07:50 PM


Off topik kejap...
Ijad nk terangkan apa maksud sbnr nama 'Siti' ni...

Ijad ada sorg kwn Arab dari Syria..
Dia tanya Ijad kenapa ramai org Malaysia menamakn anak2 perempuan mereka dgn ...

sesuai la tuh.....dah ada datuk k ,dah ada neneik nurhaliza...wakakakakakakakak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 10:05 AM | Show all posts
hrmmm.. janji tak membawa maksud yang bukan2 udah la kan..

kalau tOk nenek kita tau maksud siti dari dulu lagi dah dOrang buang nama siti tuh..

anyway, thx fOr d infO
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 10:06 AM | Show all posts
sapa ada gambar Cik Wan Kembang nie ek?? tepek arrr...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 01:37 AM | Show all posts
tala penah lalu kat banggol tu...byk kubur sana... cantik2 plak tu... ada la dalam 2-3 ekar tanah unt kubur saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2007 02:37 AM | Show all posts
kota tegayong tu..lokasi spesifiknye katne
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 11:02 AM | Show all posts
Cik Siti Wan Kembang diriwayatkan tidak diketahui mati dan kuburnya dimana kan. Bahkan ada yang mengatakan Cik Siti Wan Kembang tak mati...ni menurut pengamal-pengamal ilmu "paranormal". Apapun aku ada gambar yang dikatakan gambar cik siti....gambar ni pernah dibawa mengadap Sultan Brunei dan disahkan oleh baginda..."...dialah orangnya"
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 01:43 AM | Show all posts
Bonda Che Siti..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 08:57 AM | Show all posts

Reply #19 Lloni's post

siapa bonda che siti ni lloni? ada kena mengena dgn kerabat brunei ke?

ada kena mengena dgn masjid sultan brunei kat danau to'uban tu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.073159 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list