CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Konflik antara kaum : Latest : Dasar Basmi Kemiskinan Tak Mengira Kaum -

 Close [Copy link]
 Author| Post time 7-10-2007 04:36 PM | Show all posts

PM : Dasar Basmi Kemiskinan Tak Mengira Kaum -

Abdullah: Dasar basmi kemiskinan tidak mengira kaum
07-10-2007

KEPALA BATAS: Dasar kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan mengatasi masalah kesusahan rakyat dilaksanakan secara adil dan saksama tanpa mengira kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata apa yang berlaku ialah terdapat sesetengah pihak cuba menimbulkan pelbagai isu yang boleh mengelirukan rakyat dengan mendakwa kononnya bantuan kerajaan adalah tidak menyeluruh.

"Ada golongan yang cuba menangguk di air yang keruh, mereka bagi rakyat tidak faham...ini adalah tidak bagus...kita nak atasi kesusahan rakyat dan bukannya nak bagi masalah atau kesusahan kepada rakyat pula," kata beliau.

Rakyat Malaysia sendiri mempunyai sikap kasih sayang dan saling bantu membantu tanpa mengira kaum, katanya pada majlis Penyampaian Dermasiswa dan Sumbangan Aidilfitri anjuran Yayasan Budi Penyayang di sini hari ini.

Sebagai contoh, Abdullah berkata apabila menjelang perayaan Aidilfitri, umat Islam memberi bantuan kepada semua kaum dan agama dan begitulah juga apabila sambutan perayaan kaum lain seperti Deepavali dan Krismas, mereka turut memberikan bantuan.

Beliau berkata rakyat Malaysia harus menjadikan amalan bantu membantu tanpa mengira kaum dan agama sebagai satu budaya.

Perdana Menteri berkata keluhuran rakyat Malaysia terbukti apabila berlaku sesuatu bencana alam seperti banjir atau orang ditimpa sakit dan sebagainya, mereka akan terus menghulurkan bantuan.

"Pelancong juga suka datang ke negara ini dan menyifatkan rakyat Malaysia mudah dijadikan kawan kerana sikap yang mesra.

"Kita juga berharap mereka (pelancong) mempunyai pandangan yang lebih dari itu iaitu rakyat Malaysia rajin bekerja dan suka membantu orang dalam kesusahan," katanya

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ya right!! - rakyat malaysia suka dan saling membantu membantu -
a crap of the year -  some prolly  tapi kalau tanya secara general i woudnt
agree with that at all --

just tak berapa lama dulu bila polis dipukul mat rempit -ada sesiapa tolong?  masing2
just pandang --  tu ke  saling bantu membantu dalam kesusahan --

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D4

cakap memang senang malaysian saling bantu membantu dan sebagainya
tapi dari segi praktiknya i hardly see this as da truth though --

apatah lagi dalam pembasmian kemiskinan - yang mana kaya raya tu
bertambah kaya dapat project sana sini -- yang miskin tu - meminta minta
sana sini --  kemiskinan di negara ni still banyak lagi- - selagi authority tak turun
padang and help out themselves instead of arah arahkan saje   sampai bila pun
kemiskinan banyak melanda negara ini --   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2007 05:16 PM | Show all posts
buleh unity in diversity, dalam islam pun banyak jenis madhab or schools of thought

yang MASALAH nya jenis PELAMPAU.

jenis yang anggap dia bangsa terpilih, dia bangsa tuan, dia bangsa yang patut di utamakan selalu walo dah kaya raya.

kalo pelajaran mandarin dan tamil digiatkan bebetui di SEKOLAH KEBANGSAAN, dan subjek lelain di ajar begitu baik, dan pergaulan pelajaran disiplin dan hubungan parents guru tu btui2 berkualiti, segalanya boleh dan molek, sekolah2 JENIS KEBANGSAAN ..lama2 pupus sendiri, tak perlu dah , dengan tak payah bebel itu ini suruh pegi sekolah kebangsaan, rakyat sendiri leh nampak dan tahu

tapi bila ada bangsat2 pelampau duk kata jangan kawan dengan kapir nanti jadik kapir, belajar bahse selain bahse arab nanti takleh masuk sorga pasal kat sorga seme cakap arab jek so lama2 berantakan, hasad, dengki satu sama lain malah paling teruk tadak kepercayaan jangankan berlainan bangsa malah dalam satu bangsa satu agama tu pun takdok.

so isu disini bukan isu dasar or polisi tu, macam agama islam gak..agama tu or islam tu tadak masalah apa pun, isu nya MANUSIA tu , ada otak tapi depa takmo fikir sendiri sebab? sebab orang lain pi universiti dia tak pi unibersiti nak2 uni di arab nun kawan dengan ulama so dia tokleh lah nak fikir sendiri or ikut akal katanya nanti masuk neraka so kene ikut AHLI ILMU konon nya dan apa ahli ILMU ni cakap?

tentu lah dia cakap pasal mende untungkan dia, kalo dia jual limo bali takkan dia nak kata limo bali saya tak besh, limo bali cik wan tu besh pegi beli kat dia..takkan gitu kan? dia bilang lah limo bali dia besh nak plak dia ahli tanam or bertani limo bali.

tapi adakah tahu dan mampu itu dah jamin kebenaran? so ramai lai terpedayaaaaa..apa nak buattt? dulu suh pi sekolah dia suka skodeng anak cik pah , last2 idup merempit dan kendian bukak bengkel pomen motor jek dan tiba PRU jadik lah burung kakak tua , duk tiru apa ahli ilmu tu temberang hihiihi btui dak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047937 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list