CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50257|Reply: 158

Adakah Anda Percaya ?

[Copy link]
Post time 13-5-2007 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Hang Tuah Berbangsa Cina
Shahabudeen Jalil

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan 慴ahasa jiwa bangsa
Single Polls, Total 155 Users voted
10.97% (17)
75.48% (117)
6.45% (10)
7.10% (11)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2007 02:58 PM | Show all posts
Betul ka tadak betul ka...ambik la iktibar kisah2 kisah tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2007 03:04 PM | Show all posts

Reply #2 alphawolf's post

taknak vote ke? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 06:51 PM | Show all posts
Hmm.. dah lama dah sebenarnya dengar perkara nih, and tak berape nak kesah sangat pon ade jugak. Just for the sake of nak mencina kan hang-hang nih, semuanya telah berjaya dinama cinakan tetapi hang kasturi tak sebab mungkin dia seorang jek hang melayu yang original.. kenapa? cam ne le nak mencinakan nama Kasturi kan ? Ala, kita sendiri tak tahu kewujudan Hang-hang ni, even kemujudan hang li po pon diragukan. Kalo kita refer pada sejara melayu sendiri, perlawanan terakhir tu bukan diantara tuah dan jebat, tapi jebat dan kasturi. Byk bebenor version nyer.. ada version yang kata kasturi yang memberontak, bila kalah , nama nya yang wangi tuh tak layak digunakan sebagai pemberontak, maka bila mati, jadi la jebat..satu bau yang busuk..

Apa kata poll tu tambah satu lagi kategori : Tak Kisah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 07:30 PM | Show all posts
mungkin bangsa cina, dan mungkin cina Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 10:06 PM | Show all posts
inilah penting nyer merekod sejarah secara lengkap dan terperinci yang boleh. Malangnya orang melayu zaman dulu tak begitu ambil berat tentang rekod merekod nih. Kalau ada pun , tentu buku tu diselitkan mitos2...so tak tahu lah yang mana sahih dan yang mana tidak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2007 03:46 AM | Show all posts
tu la....satu kerugian jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 05:01 AM | Show all posts
org Melayu ni cpt melatah la... ijad x pecaya Hang Tuah & rakan2nya adalah Cina... byk sgt teori & versi yg tercipta selepas merdeka. Hang tuah tu pompuan la, hang tuah tu cina la, hang tuah tu dri keturunan rombongan Li Po la dll.... <-- semua ni dh wujud sejak zaman mak ayah ijad masih remaja lg...

ijad pecaya sumer tu dicipta oleh pihak2 atau golongan2 tertentu (termasuk golongan perkauman dan cauvinisme) untuk kepentingan pihak mereka & melemahkan bangsa Melayu tu sendiri... Ini la masalah org Malaysia.. suka mencari perbezaan, bukan persamaan..... yg bangsa Melayu ni plak, terlalu mudah mempercayai tanpa kajian & pemahaman sejarah yg mendalam...

Nama jebat tu berasal dari nama Arab, 'Zabad' iaitu sejenis musang yg dipanggil sbagai 'musang jebat' atau 'civet cat' dlm bahasa Inggeris...bahasa Melayu pada zaman kesultanan Melaka tak ada bunyi Z. Org2 Melayu pd zaman tu menggantikan bunyi Z kepada bunyi J atau L. Maka, 'musang Zabad' dipanggil sebagai 'musang jebat' seperti:-

ZABAD --> JABAT --> JEBAT (bermaksud 'Musang Jebat').

budaya menggantikan bunyi Z kepada J masih kekal dalam budaya org Melayu sampaila sekarang... buktinya:-

perkataan Melayu yg dipinjam dari bahasa asing (arab dan Inggeris):-
  • Zadah --> Jadah     (haram 'Jadah' --> anak luar nikah).
  • zaman --> jaman     (dlm Bahasa Indonesia).
  • Zamrud --> Jamrud     (dlm Bahasa Indonesia).
  • Zahir - Lahir (erti:     yang kelihatan di luar); Maaf Lahir dan Batin (dlm Bahasa Indonesia).
  • Zati --> Jati     (erti: hakiki).
  • Zirafah --> Jerapah     (dlm Bahasa Indonesia)
  • Zonder --> Sonder     (erti: tanpa).
nama manja / panggilan:-
  • izzat --> Ijat /     Ijad
  • aza / azza     --> Aja / Ja.
  • norizan --> Ijan /     Jan (cth: Mak Jan)
  • Azizah / Norizah     --> Jah (cnth: Mak Jah)
  • Muiz - Muis.
  • Zarina / Zurina     --> Kak Ja, Kak Ju.
Kalau Hang Tuah tu Cina, maka sapa Hang Mahmud dan Dang Merdu Wati? Mereka dikatakan adalah ibubapa kpd Hang Tuah dan byk kisahmereka boleh dijumpai didalam kitab Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Dorg nk kata mak ayah hang tuah ni Cina jugak kew?

'Hang' ni sbnrnya adalah gelaran yg diberikan oleh Sultan Melaka kepada golongan bangsawan Melayu dan golongan yg byk berjasa. Jika suami memegang gelaran 'Hang', maka si isteri memegang gelaran 'Dang', sama spt Dato & Datin. Keturunan golongan bangsawan Melayu 'Hang' dibenarkan utk mewarisi gelaran 'Hang' sama seperti keturunan Megat, Syed dll. Ijad rasa keturunan keluarga Hang ni masih wujud tp gelaran 'Hang' tu mungkin dh hilang kerana tiada waris lelaki dilahirkan ataupun telah dipadam gelaran 'Hang' tu atas sbb2 tertntu...

Li Po dianugerahkan gelaran 'Hang' oleh Sultan Melaka, yakni suaminya sebagai menghargai penghargaan beliau yg 'berjuang' dlm mempelajari budaya dan adat resam Melayu serta belajar bertutur dalam bahasa Melayu dgn baik sekali <--- sesuatu yg dianggap sukar bg bangsa Cina pd zaman dahulu.

Terdapat 1 teori yg muncul dari kajian seorg profesor dri China (tgk dlm national geographic kt Astro). Dikatakan Li Po sememangnya Islam sejak dilahirkan. Ini disokong dgn fakta bahawa Islam tiba di China lebih awal dari Nusantara. Ibu Li Po adalah wanita Cina Muslim yg menjadi gundik maharaja China (ini bermakna Li Po bukan anak gahara kerana ibunya bukan dari keluarga diraja). Setelah Maharaja China mengetahui bahawa Sultan Melaka beragama Islam, maka dihantarnya Puteri Li Po utk dijadikan isteri sultan Melaka atas tanda persahabatan.....

Semua kajian2 yg dilakukan oleh golongan2 tertentu ni hanya berdasarkan teori saja tp x der bukti kukuh pon... org2 Melayu jgn cpt melatah... kalo nk pecaya pon, mesti la berdasarkan bukti kukuh...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 14-5-2007 05:11 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2007 10:55 AM | Show all posts
Selepas Potugis berjaya menawan Melaka, Portugis bercadang hendak menawan Pulau Pinang,Kedah dan Perlis pula. Namun dihalang oleh perisik Portugis. Kata Perisik Portugis kepada Alfonso, lebih kurang begini ;
" Sedangkan semasa hendak menawan Melaka pun ramai askar kita mati, disebabkan oleh hulubalang Melaka yg terbilang seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi dan sebagainya, Pulau Pinang dan Kedah khabarnya mempunyai lebih ramai hulubalang terbilang tak terkira banyaknya berbanding Melaka. Antara nya ialah , Hang Nak Pi Mana? Opah Hang, Hang ni Kalut la, Apalah Hang nih, Hang dah Mandi ka? Hang ni memang lah, Lagu mana Hang buat?, maka cancellah Portugis nak menyerang Pulau Pinang dan Kedah........
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 01:24 PM | Show all posts
Cayalah Ijad. Saya setuju. Melayu jangan cepat melatah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 01:46 PM | Show all posts

Reply #1 Lady_On_Earth's post

Antara cara terbaik untuk menghilang jati diri sesuatu bangsa itu ialah dengan mengubah atau lebih baik, memadam sejarahnya. Banyak cara lain yang dilakukan untuk melemahkan jati diri sesuatu bangsa. Tetapi cara di atas dilihat agak berkesan, terutama melibatkan kepahlawanan dan kekuatan tokoh berkenaan.

Bukan asing cubaan untuk men'cina'kan bangsa dan tokoh sejarah melayu. Saya dah berkata hal ini beberapa kali. Untuk makluman, mengikut catatan 'nakal,  Mahsuri juga diberitakan tidak mati. Sebaliknya diselamatkan oleh pedagang cina dan melarikannya ke negeri cina.

Satu ketika dulu, ada hipotetis yang mengatakan Hang Tuah adalah Tun Perak - orang yang sama. Dan jika kedua hipotetis ini benar, maka kepahlawanan bangsa melayu dengan mudah dihapuskan sebagaimana hapusnya sejarah Singapura bahawa ia dijumpai oleh Stamford Raffles sedang kita mengetahui sudah wujud kerajaan Temasik sejak kurun ke 13 lagi yang diperintah oleh Temagi. Tetapi dalam National Geographic, Singapura digambarkan diduduki oleh bangsa melayu yang kolot dan kuno dan memelihara monyet. Dan Stamford Raflles kononnya yang memajukan Singapura sehingga ke hari ini.

Sesuatu yang bercanggah dengan penerimaan lazim memang menarik didengari. Apa lagi ia melibatkan tokoh pahlawan, tokoh pemimpin. Apa perlu menggambarkan kehebatan pemimpin lain disamping yang sama mengerhanakan pemimpin terhebat di dalam sejarah Malaysia (rujuk buku "The Man Who Saved Malaysia".

Ada lebih baik kita menerima bahawa Hang Tuah adalah tokoh pahlawan bangsa melayu. Bukti kesetiaan kepada raja dan negara. Bukti keluhuran budi. Bukti kekuatan jati diri bangsa melayu yang berdaulat dan berdarjat.

Hina sangatkah bangsa melayu untuk meminjam pahlawan bangsa lain?

Tidak melayu hilang didunia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 01:52 PM | Show all posts

Reply #8 ijad_adiputera's post

Aku pun sependapat dengan Ijad. Nie semua propaganda Lim Kit Siang untuk melemahkan pemikiran bangsa Melayu dari dalam.

Melayu 1: Kami nak belajar..

Lim Kit Siang: Aku peduli apa!

Melayu 2: Saya lapar...

Lim Kit Siang: Aku peduli apa!

Melayu 3: DAP ade ape2 program pembangunan untuk bangsa Melayu?

Lim Kit Siang: Takde! dan aku peduli apa!!

Melayu 4: Jadi, ape matlamat perjuangan awak?

Lim Kit Siang: Kesaksamaan, keadilan, Malaysian Malaysia!!!

Melayu 1 hingga 4: Oh ye ke? KAMI PEDULI APA!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 02:55 PM | Show all posts
Nice article... namun kajian yang tak lengkap. Kena belek jugak rekod2 dari negara China tentang lawatan Hang Tuah ke sana. Apa yang ada dalam rekod mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by SangSaka at 14-5-2007 01:46 PM
Dan jika kedua hipotetis ini benar, makakepahlawanan bangsa melayu dengan mudah dihapuskan sebagaimana hapusnyasejarah Singapura bahawa ia dijumpai oleh Stamford Raffles sedang kitamengetahui sudah wujud kerajaan Temasik sejak kurun ke 13 lagi yangdiperintah oleh Temagi. Tetapi dalam National Geographic, Singapuradigambarkan diduduki oleh bangsa melayu yang kolot dan kuno danmemelihara monyet. Dan Stamford Raflles kononnya yang memajukanSingapura sehingga ke hari ini.


Ini semua sejarah ciptaan Lee Kuan Yew yg bangang tu. Mmg Ijad x suka dia... suka cari masalah dgn M'sia. Mereka lupa yg mereka tu asalnya sebahagian dari kita. Mereka mndpt kemerdekaan dari M'sia tp Lee Kuan Yew ni kata, mereka merdeka dari British. Org yg patut dikatakan membuka Singapura adalah Temagi atau mungkin juga Parameswara tp bukan Stamford Raffles. Tujuan Kuan Yew tu adalah kerana beliau tidak mahu mengakui ketuanan Melayu di Singapura.

Undang2 di Singapura ada mengatakan bahawa org Melayu adalah penduduk asal Singapura, berhak mendpt hak2 keistimewaan dri kerajaan sama spt di M'sia. Malangnya, hak org2 Melayu dinafikan. Undang2 hanya tinggal undang2, tidak dilaksanakan. Peranan bahasa Melayu diganti dgn bahasa Inggeris, kononnya bahasa Inggeris tu penting tp apa yg ijad nmpk skrg, Mandarin adalah bahasa no 1 di Singapura...

Tak ada 1 tmpt pon di singapura dimana wakil rakyatnya adalah org Melayu. Semua Cina saja... 'Suara' org2 Melayu tenggelam habis... Tak cukup dgn itu, Kuan Yew penah ckp, "kaum Cina dari China, kaum India dari India dan kaum Melayu dari seberang. Maka kita semua sama sahaja..." <--- kenyataan yg bercanggah dgn fakta sejarah yg menghina bangsa Melayu Singapura... smpai org Melayu Malaysia pon terasa bahangnya gak...

Ramai yg merasakn bahawa 1 hari nnt Singapura akan kembali kpd M'sia sbb tanah mereka x cukup. Dlm masa 100 thn dari skrg, Ijad yakin Singapura akan hilang status 'negaranya' dan kembali menjadi negeri dalam M'sia. Lee Kuan Yew dikatakan penah ckp pada rakyat Singapura, "kalo anda tidak menyokong PAP, kami tiada jln lain melainkn terpaksa kembali kpd M'sia". Maka, rakyat Singapura pon berasa takut dan terpaksa terus menyokong PAP....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 05:08 PM | Show all posts
Biarkan mereka membiak2 bagaikan alga sebesar pulau itu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 09:19 AM | Show all posts

Reply #14 ijad_adiputera's post

Yang membuka Singapura ialah Sang Nila Utama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2007 11:29 AM | Show all posts
saye tak pandai sgt bab sejarah ni...
mase skolah dulu sejarah ni subjek yg paling ngantok skali...
cume terjumpe artikel ni....so saje nak tanye apa pendapat korang jer....
coz well...sbb ape yg kite blajo dulu...cikgu kate hang hang sume ni malay kan...
tetibe depa kata cina plak....
Reply

Use magic Report

jemeykelate This user has been deleted
Post time 15-5-2007 12:26 PM | Show all posts
menarik jgk discussion ni.tp sy xde ilmu lak nk dikongsikan.tp x kisah sgt la hang tuah tu berketurunan mane, sbb org melayu mmg byk kawin campur, tmbah2 lg kat melaka abad ke 15 sbb semua jenis bangsa ade kat situ.tp, kalu mak bapak die mlyu +bangsa lain, anak die secara automatik akan jd melyu la kan,sbb tggl dalam masyarakat melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 12:49 PM | Show all posts
sib baik dia kata hang tuah tu cina...kalo diorg claim hang tuah tu
yahudi cam ner plak
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 05:34 PM | Show all posts
err......... tapi rasa tak tercatat nama hang li poh dalam sejarah negara china arr........ minah/amoi nie wujud? :stp:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.082390 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list