CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hiven

All About Skim Pencaruman KWSP

 Close [Copy link]
Post time 19-4-2007 07:58 PM | Show all posts
terima kasih sbb merge.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2007 08:08 PM | Show all posts
thnk u. i rest my case.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 08:17 AM | Show all posts
Akta KWSP dipinda
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Mohamed Farid Noh

11 juta pencarum bakal nikmati pelbagai kemudahan, faedah

KUALA LUMPUR: Kira-kira 11 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal menikmati pelbagai faedah, termasuk menambah caruman menerusi sumbangan anak dan mengeluarkan simpanan secara lebih fleksibel.

Rang Undang-undang Pindaan Akta KWSP 1991 yang dijangka dibentang pada sidang Dewan Rakyat bulan depan memperuntukkan, ahli atau anak mereka boleh membuat caruman ke akaun ibu bapa atau pasangan mereka dengan kadar minimum RM50 sebulan bagi menerapkan nilai murni kekeluargaan.

Ahli juga boleh membuat pengeluaran bagi membantu pasangan mereka menyelesaikan atau mengurangkan pinjaman perumahan walaupun tidak dinamakan sebagai pemilik atau pemilik bersama kediaman itu.

Ketika ini, pengeluaran berkenaan hanya boleh dibuat bagi rumah yang didaftar atas nama ahli atau bersama pasangan mereka.

Selain itu, KWSP melalui perintah mahkamah boleh memindahkan sebahagian simpanan pencarum ke akaun penerima yang dinamakan sebagai harta perkahwinan. Ahli juga dibenar memindahkan sebahagian caruman untuk mengambil polisi insurans kesihatan yang ditentukan Lembaga KWSP.

Ahli yang mencapai usia 55 tahun pula boleh menentukan sendiri jumlah serta tempoh pengeluaran caruman, berbanding secara sekali gus sekarang atau pengeluaran tetap setiap bulan atau mendapatkan dividen tahunan saja.

Peruntukan baru juga dimasukkan bagi mengurangkan sumbangan caruman ahli berusia lebih 55 tahun yang masih bekerja, kepada 5.5 peratus manakala majikan enam peratus berbanding 11 peratus dan 12 peratus sekarang.

Bagaimanapun, tiada caruman dan dividen boleh dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas mencapai 75 tahun selaras cadangan mengehadkan caruman sehingga usia itu.

Lembaga KWSP turut dibenarkan memindahkan semua simpanan yang tidak dituntut kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut selepas ahli mencapai usia 80 tahun.

Pindaan itu turut memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan membuat perisytiharan atau mengemukakan dokumen palsu dalam urusan KWSP.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP boleh meminta Ketua Polis Negara atau Ketua Pengarah Imigresen melarang majikan yang gagal membuat caruman pekerjanya, meninggalkan negara ini.

Antara cadangan lain dalam pindaan itu ialah:

Mensyaratkan ahli mempunyai simpanan minimum dalam Akaun 1 berdasarkan umur dan gaji sebelum boleh mengeluarkan caruman untuk pelaburan dalam dana dibenarkan KWSP bagi melindungi masa depan mereka jika berlaku sesuatu ke atas pelaburan itu;

Suami atau isteri atau waris terdekat pencarum diberi tempoh enam bulan dari tarikh kematian ahli untuk membuat tuntutan kematian RM2,500, manakala tempoh tuntutan hilang upaya sebanyak RM5,000 ditetapkan dalam tempoh setahun dari tarikh pencarum hilang pekerjaan akibat kecacatan itu;

Semua pertikaian jumlah pengeluaran pula perlu dibuat dalam jangka masa 12 bulan, manakala pencarum yang mahu mempertikaikan pengeluaran tidak sah mesti berbuat demikian dalam tempoh enam tahun;

Menjelang 2012, pencarum berumur 50 tahun dibenar mengeluarkan simpan Akaun 2 dengan syarat mempunyai caruman minimum RM120,000 dalam Akaun 1 menjelang umur 55 tahun; dan

Membenarkan pekerja asing dan majikannya memberhentikan caruman pada dua bulan terakhir sebelum tamat tempoh pas pekerja berkenaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Rusma Ibrahim, dalam taklimat mengenai rang undang-undang itu kepada Ahli Parlimen semalam, berkata pindaan itu dibuat untuk meningkatkan caruman ahli dan memperkemaskan pentadbiran agensi itu.

"Cadangan membenarkan ahli menambah caruman ke Akaun 1 pasangan atau ibu bapa mereka dapat meningkatkan simpanan persaraan ahli dan menerapkan nilai murni kekeluargaan," katanya.

Rusma berkata, pengeluaran fleksibel pula bagi mengatasi masalah pencarum yang mengeluarkan wang sekali gus.

"Kini hampir satu peratus pencarum mengeluarkan simpanan secara sekali gus dan majoriti membelanjakannya hanya dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya ketika ditemui berkata, rang undang-undang itu perlu dibentangkan segera di Parlimen bagi memperkemaskan pentadbiran KWSP.

揝aya sudah minta Yang Dipertua Dewan mempercepatkan dan mungkin akan dibentangkan pada 7 atau 8 Mei ini," katanya.

INFO: Pindaan Akta KWSP 1991

Ahli atau anak boleh mencarum ke akaun ibu bapa atau pasangan mereka dengan kadar minimum RM50 sebulan.

Caruman boleh dikeluarkan bagi menyelesai atau mengurangkan pinjaman perumahan pasangan, walaupun tidak dinamakan pemilik atau pemilik bersama.

Ahli berusia lebih 55 tahun boleh tentukan jumlah dan tempoh pengeluaran caruman.

Caruman ahli berusia lebih 55 tahun yang masih bekerja, dikurangkan kepada 5.5 peratus manakala majikan enam peratus.

Kesalahan membuat perisytiharan atau mengemukakan dokumen palsu boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

pada yang mencarum KWSP -  patut ambil berat juga
tentang akta pindaan ni -- supaya nanti kita tak keliru  bila
boleh keluarkan pelaburan tu -- pada siapa waris  etc etc --
ni semua  untuk masa depan juga ---
dan selalu la kita pay attention supaya tak ignorant tentang
apa yang kita carumkan ---
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 08:41 AM | Show all posts
hehe..tu ler..b4 nak melabur ngk dulu performance unit trust tuh thn ke thn...kalo yg naik tuh maknanyer pandai ler pengurus dana dia..aku pernah bc this kind of investment utk medium to long term..kalo salh tolong betulkan yer....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 08:50 AM | Show all posts
sepatutnya kwsp takperlu nak bergiat aktif utk melabur sana sini...
nak main duit labur sana sini..bukannya duit kerajaan..bukannya duit paklah..ini duit orang...
rakyat kerja susah payah, hampir mati diorang bekerja utk wang dan demi simpanan mereka
utk ari tua...pastuh migrate ke sistem baru sampai nama pewaris leh hilang...vendor tak restore
back to original ke...kasi outsource kat IBM, IBM untung makan duit kwsp...pastu salahkan rakyat..
pi marah rakyat lambat update pewaris...sepatutnya marah kat vendor tuh...nampak sgt takde backup plan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 02:40 PM | Show all posts
KWSP cadang pinda 25 perkara dalam akta
01-05-2007

LANGKAWI:  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang meminda 25 perkara dasar bagi proses penambahbaikan aktanya, kata Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman hari ini.

Beliau berkata pindaan perkara-perkara itu mengambil kira kepentingan negara dan para pencarumnya.

Bercakap kepada para pemberita di sini malam tadi, Samsudin berkata pindaan itu kini sedang dibahaskan di parlimen dan beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenainya.

"Kita tunggu dulu perkara ini selesai dan diluluskan parlimen," katanya.

Menurutnya, bila perkara itu diluluskan, KWSP akan memberi penjelasan terperinci mengenainya.

Katanya setakat ini beliau tidak dapat memaklumkan perkara-perkara yang terbabit dalam pindaan itu.

Mengenai kegiatan pelaburan, Samsudin berkata secara amnya KWSP sentiasa melihat pelaburan yang boleh memberi keuntungan.

"Kita melabur mengikut lunas kerajaan. Pelaburan kita membabitkan jumlah kewangan besar dan pemegang saham. Kena ikut luas kerajaan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis penutup pesta Sukan KWSP 2007 di sini.

Sebanyak 530 atlet KWSP berkampung di Langkawi sejak Ahad bagi menyertai pesta sukan selama dua hari membabitkan 10 acara itu yang berakhir malam tadi.

-----------------------------------------------------------------------------------------

nak tanya la -
depa masih bagi lagi ka kalau kita nak keluarkan duit EPF ni untuk
beli computer  --?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2007 04:52 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 1-5-2007 02:40 PM
KWSP cadang pinda 25 perkara dalam akta
01-05-2007

LANGKAWI:  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang meminda 25 perkara dasar bagi proses penambahbaikan aktanya, kata Pengerusinya T ...

rasanya dah takde ler dex...
huhu...aku igt last fri nak buat urusan claim duit kwsp utk yuran yg aku dah bayar..skali ada lgk dokumen yg nehe..ala..tensennya aku..panjang tul ler senarainya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 05:34 PM | Show all posts

Reply #87 honeybee1802's post

macamana claim duit EPF untuk yuran tu honeybee--
saya tak berapa 'arif tentang EPF contribution ni
except saya tahu boleh withdraw part of it
untuk bayar beli rumah etc -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2007 05:42 PM | Show all posts
leceh betul KWSP

dari dulu lagi banyak problem


ketika naim menutuhnya dari belakang, tangan smdarsita masih sempat mencapai mouse utk mendelete post
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 07:15 PM | Show all posts
PM setuju caruman KWSP pekerja lebih 55 tahun dikurangkan
07-05-2007

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah tentu mempunyai alasan yang baik untuk mengurangkan kadar caruman kepada skim simpanan KWSP bagi pekerja yang melebihi usia 55 tahun dan majikan mereka.

Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau bersetuju dengan keputusan kumpulan wang simpanan berkenaan untuk mengurangkan kadar caruman bagi pekerja dan majikan daripada 11 peratus kepada 5.5 peratus dan 12 peratus kepada 6.0 peratus masing-masing.

"Saya bersetuju dengan KWSP. Saya fikir tentu ada alasan yang baik kenapa KWSP mahu mengurangkan kadar caruman itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Halal Dunia 2007 di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada langkah itu dianggap sebagai tidak mempedulikan sumbangan warga emas, Abdullah berkata: "Mereka telahpun memberikan khidmat mereka (dan) telah beroleh pendapatan dan mencarum kepada KWSP, dan majikan juga telah membuat caruman mereka."

KWSP sedang berusaha meminda kadar caruman tersebut seperti yang digariskan dalam Rang Undang-undang KWSP (Pindaan) 2007.

Cuepacs, kesatuan yang menaungi kakitangan awam, sebelum ini mempertikaikan cadangan KWSP untuk mengurangkan kadar caruman tersebut dan berkata bahawa ia akan menemui KWSP untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenainya

------------------------------------------------

saya rasa fair dikurangkan tu
sebab yang dah lanjut usia tu tak lama nak retired pun -
and then dapat balik duit tu juga ---
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 03:15 PM | Show all posts

Caruman KWSP boleh bayar PTPTN

Caruman KWSP boleh bayar PTPTNOleh Nahar Tajri

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), boleh mengeluarkan simpanan akaun kedua untuk mengurangkan atau melangsaikan hutang berkenaan.



Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata ini kerana pembayaran pinjaman PTPTN juga dianggap sebagai pengeluaran pendidikan.

Beliau bagaimanapun berkata, pengeluaran itu hanya untuk kegunaan melangsaikan atau mengurangkan pinjaman pendidikan berdasarkan baki hutang dan akaun kedua.

Sebagai contoh, sekiranya pencarum mempunyai simpanan sebanyak RM20,000 dalam akaun kedua, tetapi hanya berhutang RM10,000 dengan PTPTN, mereka hanya boleh keluarkan RM10,000 untuk melangsaikan pinjaman itu.

Jika akaun kedua itu berjumlah RM8,000, pencarum boleh mengeluarkan semua simpanan bagi mengurangkan pinjaman berkenaan.

Beliau mengakui ramai pencarum tidak mengetahui caruman itu boleh dikeluarkan untuk membayar hutang PTPTN kerana menganggap akaun kedua itu hanya untuk kegunaan membiayai kos melanjutkan pelajaran.

Nik Affendi berkata, KWSP hanya memegang amanah simpanan pencarum sebagai dana persaraan pada masa depan dan tidak berhak menolak pengeluaran baki simpanan akaun kedua untuk kegunaan melangsaikan atau mengurang hutang pendidikan.

揃agaimanapun, pengeluaran itu mesti digunakan untuk tujuan yang betul seperti dinyatakan dalam permohonan untuk mengelak kerumitan atau kemungkinan menghadapi tindakan,
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 05:11 AM | Show all posts
Hutang tidak berbayar KWSP minimum
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 11:43 AM | Show all posts
Caruman boleh beli insuransLaporan Magendran Rajagopal

KWSP benar keluar akaun kedua kes sakit kritikal mulai Jun 2008

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mahu menggunakan simpanan masing-masing untuk membeli polisi insurans penyakit kritikal boleh berbuat demikian mulai Jun tahun depan, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.


Bagaimanapun, pencarum hanya boleh membeli polisi terbabit daripada syarikat insurans diiktiraf KWSP, yang akan membuat bayaran menggunakan simpanan dalam akaun kedua pencarum apabila syarikat insurans berkenaan setuju menjual sesuatu polisi.

"Pencarum boleh membeli polisi insurans bagi penyakit kritikal bagi dirinya saja, bukan untuk anggota keluarga lain. Selain itu, pencarum juga tidak diwajibkan membeli polisi seumpama ini," katanya menjawab soalan Senator Soon Tian Szu.

Namun, kata Hilmi, pencarum masih boleh menggunakan simpanan akaun dua untuk membiayai pendidikan anak-anak atau membeli polisi insurans pendidikan.

Beliau menjelaskan, ada empat skim insurans penyakit kritikal yang ditawarkan kepada pencarum iaitu skim perlindungan pertama sehingga RM10,000 disusuli skim kedua (RM20,000), skim ketiga (RM50,000) dan skim keempat menawarkan perlindungan sehingga RM100,000.

Berhubung usaha menggalakkan pencarum menamakan waris pula, Hilmi berkata usaha sudah dipertingkatkan bagi memupuk kesedaran umum, termasuk menyelitkan surat peringatan bersama penyata tahunan masing-masing selain kempen menerusi media cetak dan elektronik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 02:17 PM | Show all posts

ARTIKEL : Bertandang ke KWSP

dari email
KAMAL AMIR MENULIS

BERTANDANG seketika ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menjadikan hati dijengah sedih, sayu, resah bercampur gelisah. Tidak terkecuali tergamit kemarahan mendadak bila menyedari persoalan birokrasi masih menghimpit rakyat pembayar cukai oleh kalangan penguasa yang 揵obrok
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 02:18 PM | Show all posts
Imam Hadhari jugak disalahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 08:59 PM | Show all posts
banyaknye nak gune utk kwsp nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2007 12:55 AM | Show all posts
EPF's e-Kiosks to be set up in malls and banks

PUTRAJAYA: The Employees Provident Fund (EPF) will soon install about 30 e-Kiosk machines at shopping malls and selected banks to further provide convenience to its seven million contributors.

EPF chairman Tan Sri Samsudin Osman said currently the e-Kiosks were available only at all EPF offices and at the National Heart Institute.

揂nd it is very popular among contributors who want to check their annual and latest EPF statements,
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 01:12 AM | Show all posts
I really want to check my statement coz later I'm going to opt for pension scheme. For that reason, once I receive approval for my pension status, I'm going to withdraw all my money from EPF. Seronotnya!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 01:20 AM | Show all posts

Reply #98 Muntz's post

jangan lupa  belanja saya lamb chop, muntz
seperti yang muntz janjikan 4 years ago -
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 01:23 AM | Show all posts

Reply #99 dexa's post

Erk??? 4 years ago kan dexa belum registered lagi??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.069398 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list