CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Rasuah: - cara hidup di Malaysia kini -

 Close [Copy link]
Post time 14-3-2007 01:19 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

yg rasuah 500 keno cekup, yg rasuah 5juta still free lol nice world...

patut lah logan ada rm1 sehari, bantuan dah keno telan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2007 06:12 AM | Show all posts

Reply #21 lemon8's post

uncle samy says....saya tarak tau...itu kes terpencil.....kalo tv3 punya dlm masok baru saya atau mintiri lain boleh kasi lawat itu budak kasi bantuan apa patot....



:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 07:51 AM | Show all posts
tak heran la....vvip lagi teruk
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 03:37 PM | Show all posts
ketua BPR pun dituduh rasuah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 03:43 PM | Show all posts

Reply #19 dexa's post

aikkk..... kempen rasuah tu lah yg pertama pak Lah war war kan dulu
kan dah banyak kes kes rasuah yg dah dilaporkan
naper makin menigkat plak rasuah dizaman isle hadori neh???
Reply

Use magic Report

keptenmarbel This user has been deleted
Post time 14-3-2007 03:55 PM | Show all posts
rasuah la bersama2 sy...bkn bg rasuah kt sy...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2007 01:44 PM | Show all posts

lagi kes rasuah disenyapkan BN, kali ini babitkan Ketua Menteri Sabah pula!

agi kes rasuah disenyapkan BN, kali ini babitkan Ketua Menteri Sabah pula!
Nyza Ayob
Mon | Mar 26, 07 | 06:48:19 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub menggesa kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil perhatian yang serius dan bertindak ke atas Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman.

Advertisement

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS berkata, selepas 30 kes membabitkan Musa Aman dilapor kepada pihak polis, namun tidak ada sebarang tindakan susulan diambil.

Dalam perbahasan usul menjunjung kasih ucapan DYMM Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agung di Dewan Rakyat hari ini, Salahudin menjelaskan dalam laporan polis tersebut dengan jelas mendakwa Musa menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri, mendesak kabinet Sabah meluluskan kontrak penswastaan skim bekalan air bernilai RM 450 juta.

Kes ini katanya, perlu diberi perhatian serius yang melibatkan ketua menteri yang dalam negeri yang memerlukan pembangunan yang akan mengaplikasikan Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9).

Bagaimanapun Dato' Ronald Kiandee (BN-Beluran) cuba menyangkal ucapan Salahudin dengan mendakwa laporan polis tersebut dibuat oleh pemimpin pembangkang di Sabah.

"Design and Build adalah konsep yang diatur oleh kerajaan. Apakah bukti bagi kes ini? Apakah YB menggunakan forum parlimen ini untuk mengheret Ketua Menteri Sabah untuk dikaitkan dengan isu rasuah. Kepentingan politik harus dipisahkan.

"Apakah kerana ada laporan polis ke atas inidvidu tersebut kita mesti kaitkannya? Selagi kes ini tidak dibawa ke mahkamah kita tidak boleh kaitkan dengan beliau, "katanya yang diikuti suara daripada pihak DAP yang menyatakan kenyataannya itu seolah-olah satu pembelaan ke atas Musa.

Bagaimanapun Salahudin menyanggah dakwaan wakil BN dengan mengatakan, apa yang dibangkitkan di Parlimen adalah berdasarkan fakta daripada laporan polis.

"Saya tidak mengatakan dalam dewan ini Ketua Menteri Sabah terlibat dalam rasuah. Saya tidak menuduh kepada beliau. Semua orang mesti mengambil tanggung jawab sama ada perkara ini benar atau tidak.

"Parlimen bukan mahkamah. Saya hanya membawa kes ini supaya dapat diberi keadilan. Biar mahkamah yang tentukan sama ada dia bersalah atau tidak. Bukan tugas saya untuk menuduh Ketua Menteri ini tetapi tanggung jawa saya sebagai ahli parlimen membawa isu ini supaya mereka yang dituduh ini dibawa ke mahkamah secepat mungkin. Bekas Timbalan Perdana Menteri juga dimalukan dan dikaitkan dengan tuduhan jenayah. Tapi semua itu dibersihkan oleh mahkamah. Jadi setiap yang dituduh itu perlu diambil tindakan sewajarnya," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, wakil Kubang Kerian itu menggesa badan-badan penguatkuasaan seperti institusi kehakiman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Badan Pencegah Rasuah (BPR) memelihara integriti mereka demi mendapat kepercayaan rakyat.

Katanya, tuduhan rasuah dalam negara semakin menjadi-jadi yang bukan hanya melibatkan pegawai kerajaan hingga ketua-ketua kerajaan negeri yang diterajui BN.

Lebih malang kata beliau, badan yang bertanggungjawab memerangi rasuah iaitu BPR sendiri menghadapi tuduhan dan rakyat sedang menanti hukuman terhadap mereka yang bersalah dalam isu tersebut.

"Rakyat tidak akan lupa jaminan yang pernah diberikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Rais Yatim dalam parlimen ini bahawa beliau akan memastikan 18 kes berprofil tinggi akan tetap menjadi agenda utama kerajaan. Hingga sekarang rakyat sedang menunggu bila 18 kes berprofil tinggi ini akan menjadi kenyataan," katanya. - mr

[ Last edited by  acura at 27-3-2007 01:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 01:48 PM | Show all posts
bagaimana dengan kes KP BPR?
Bagaimana dengan kes Timbalan menteri dosogok 5 juta?

senyap jer....

Ni naik satu lagi kes..takan senyap gak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 02:00 PM | Show all posts
Sapa-sapa boleh tolong kejutkan 'orang-orang besar' kat atas sana? Take action please...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 03:25 PM | Show all posts
Tak payah kejutkan. Mmg sentiasa tertido pun. Dah kepala menteri pun asik tertido. Ketua Pengarah BPR tu kan disabit berasuah jugak? Jadi jgn heran kalau anak2 buah dia pun tak amik tindakan apa2. Jadi sia2 jer org mereport.. baik mengangkang jer kat rumah jaga anak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 06:00 PM | Show all posts

Reply #30 KenyahGuy's post

Tegak Rasuah kerana pendokong Kuasa yang beriman kepada tuhan duit. Ini sebab utama.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 09:25 PM | Show all posts
Boring aku pasai rasuah kat malaysia ni...Kes besar2 semuanya senyap...hanya ikan bilis baru menetas jer yg kena tangkap....hampah betul....

Mana dia kes 18 berfrofile tinggi...mana dia kes Kak Pidah, Nazri Teksi, Anuar PPRT....etc..mana mana...??
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 12:34 AM | Show all posts
Originally posted by acura at 27-3-2007 09:25 PM
Boring aku pasai rasuah kat malaysia ni...Kes besar2 semuanya senyap...hanya ikan bilis baru menetas jer yg kena tangkap....hampah betul....

Mana dia kes 18 berfrofile tinggi...mana dia kes Ka ...


di Malaysia mereka maksum..
kerana mereka cap kati senget..
cuba mereka dari PAS konfirm besok bukak kes

cuba lihat kes ISA SAMAD.. sebenarnya bukan ISA SAMAD aje yg main politik wang.. ramai lagi MP2 UMNO main politik wang.. tapi dia dijadikan kambing hitam (supaya UMNO dilihat serius membanteras politik wang )  maka melingkuplah beliau..

[ Last edited by  kermittx at 28-3-2007 12:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 04:32 PM | Show all posts

Malaysia bakal digelar 'Negara Korup' akibat rasuah yang berleluasa

Malaysia bakal digelar 'Negara Korup' akibat rasuah yang berleluasa
Intan Abdullah
Sat | Mar 31, 07 | 01:16:22 PM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Malaysia dilihat sedang mengambil alih gelaran 'Negara Korup' yang pernah diungguli oleh Thailand sebelum ini, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Advertisement

Beliau yang dihubungi oleh Harakahdaily hari ini mengulas teks ucapan Tengku Razaleigh Hamzah mengenai artikel yang tersiar dalam sebuah akhbar di Bangkok semasa berada di sana baru-baru ini, yang bertajuk 'From Money Politics to Moral Politics' yang menyatakan bahawa negara Thailand sedang pulih dari kerosakan politik wang atau rasuah politik pentadbiran Thaksin.

Dalam teks tersebut, Tengku Razaleigh menyatakan bahawa penulisnya berkata, ' While Thailand recovers from the excesses of the previous administration, our people need to be shown that modesty, honesty, hard work and moderation are the keys to a harmonious society.'

ImageBeliau menekankan jika 'kemajuan ekonomi' atau pelaburan asing digalakkan oleh politik wang, seperti yang berlaku di Thailand itu, kerajaan mempunyai tanggungjawab moral politik untuk mencegah perkembangannya sebelum keharmonian masyarakat dan keselamatan negara ini tergugat.

Mazlan menyatakan bahawa berdasarkan pandangan pakar-pakar ekonomi negara kita sedang mengalami penguncupan ekonomi sebagai implikasi daripada keadaan politik wang semakin parah dan berleluasa di semua peringkat.

Menurutnya, di kebanyakan negara Asia yang dikaitkan dengan politik wang seperti Thailand dan Indonesia ketika ini sedang pulih daripada segi indeks rasuah kerana demokrasi yang sedang berkembang disebabkan oleh arus kebangkitan reformasi rakyat.

Bukan sahaja di Thailand tetapi juga di Indonesia, apabila perubahan politik telah mencetuskan wawasan 2030 yang menekankan pembangunan kuasa baru dunia, ulasnya lagi.

"Ini adalah kerana wujudnya 'political will' yang berupaya mengeluarkan negara daripada kemelut ekonomi terutamanya politik wang'," katanya tegas.

Selain itu, pelabur-pelabur asing yang semakin hilang kepercayaan dan tercalarnya integriti negara ini menyebabkan mereka beralih angin ke negara lain memandangkan suasana Malaysia sudah dilihat tidak mampu lagi memberi keuntungan yang mereka harapkan.

Mazlan menyatakan semua ini adalah berpunca daripada sistem demokrasi yang sempit dan sikap pemimpin negara yang hanya mementingkan kemewahan dan material yang terus menyuburkan korupsi dalam masyarakat.

Beliau melihat kerajaan pimpinan Pak Lah ini tidak mampu menangani masalah rasuah dan poltik wang ini dalam keadaan kegagalan beliau mengawal menteri-menteri dan pemimpin tinggi negara ini termasuklah kes rasuah RM 5juta yang melibatkan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negara, Dato' Johari Baharum baru-baru ini.

Mazlan menjangkakan bahawa keadaan ekonomi dan sosial negara akan menjadi bertambah buruk dan sekaligus ia akan turut merugikan rakyat dan masa depan negara ini kelak.

Menurutnya lagi, penyelesaian kepada segala kemelut ini ialah dengan menukar kepimpinan negara dalam pilihan raya akan datang ini kerana selagimana rakyat tidak berbuat demikian, mereka akan terus berada dalam situasi yang sama bahkan lebih teruk lagi mereka akan terus dibebankan dengan pelbagai dasar negara yang sentiasa menyusahkan.

Beliau menjelaskan bahawa rakyat mesti bangkit untuk melakukan perubahan sepertimana rakyat Thailand dan Indonesia yang berani menukar kerajaan mereka jika inginkan keadaan yang gawat ini daripada berterusan.

Kata Mazlan, tidak cukup jika kita menukar pemimpin sahaja tetapi keseluruhan kabinet kerajaan yang menerajui keadaan yang bermasalah ini harus diganti dengan arus kebangkitan rakyat secara kolektif semasa pilihan raya umum nanti.

Program Ceramah Agung Tahunan yang bertajuk, 'Pemikiran dan Visi Tun Razak Dalam Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia merentas sempadan etnik' telah diadakan semalam bertempat di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan ia turut dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tetamu kehormat. - mks.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 04:52 PM | Show all posts
Marilah kita meraikan gelaran Negara Korup yang akan kita perolehi nanti.
Kita akan berjaya mencipta rekod dunia sebagai negara yang paling banyak kekorupannya.
Justeru,kita perlulah bersyukur kepada sistem Islam Hadhari yang berjaya merealisasikan hasrat murni kita untuk menjadi negara korup...:pompom:

Sebagai meraikan hal ini,marilah kita bertakbir...TAKBIRRRRBLUERKKK!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 05:00 PM | Show all posts
Kenapa susah sangat di malaysia ni membenteras rasuah 2 yg besar...
Apakah "mereka" kita yg rakyat tidak nampak  perlakuan mereka itu?

Apakah "mereka" kira rakyat dapat menerima penjelasan mereka dengan hanya mengucapkan " saya tak terlibat", "saya tidak tahu", " GOV tak mengetahui pun agen itu"..dan retorik2 basi seperti " kita akan siasat 18 kes berfrofile tinggi itu", " kita akan tangkap siapa yg melakukan rasuah"  sedangkan segala tindakan yg dilakukan tidak menghala kearah itu.

Apakah sebenarnya yg terjadi?
Rakyat kah yg bodoh tak menyoal dan hanya reti mengganguk saja?
ataupun
peminpin kah yg pandai menipu?
atau pun kedua dua sekali?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2007 08:20 PM | Show all posts
Aku percaya kita sudah biasa hidup senang dan materialistik... sbb tu bila dah rasa susah, mula terpikir nak korup segala. Lebih2 lagi kalau dah ada kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 08:24 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 31-3-2007 08:20 PM
Aku percaya kita sudah biasa hidup senang dan materialistik... sbb tu bila dah rasa susah, mula terpikir nak korup segala. Lebih2 lagi kalau dah ada kuasa.


Kesenangan melalaikan kita pada segala-galanya.

Kesusahan yang menimpa membuatkan kita memikirkan apakah 'dosa-dosa' kita selama ini?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 11:03 PM | Show all posts
diorang nih lupa ikrar yang dibaca time angkat sumpah kut
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 11:59 PM | Show all posts

Reply #6 kermittx's post

Orang biasa yang kerja angkat tong sampah lagi boleh dipercayai daripada ikrar sumpah wakil yang menyembunyi agenda tersendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.183310 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list