CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44773|Reply: 16

Seni Tekat

[Copy link]
Post time 23-5-2007 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tekat seni warisan bangsaOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH


TEKAT yang dihasilkan memerlukan ketelitian dan kesabaran ketika melakukannya. Kelihatan seorang penekat bersunguh-sungguh menyiapkan hasil tekatnya sempena Hari Kraf Kebangsaan di Pusat Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SENI tekat merupakan warisan kraftangan yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu.

Tekat ini juga dikenali sebagai 憇ulaman timbul

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2007 01:54 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

seronok kalau kita tahu ilmu tekat menekat nih....
kreatif tu salah satu yang patut ada pada seni tekat nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2007 02:02 PM | Show all posts
saya mmg termasuk dlm kategori keras tangan
apa saje yang kena buat ala2 kraftangan ke apa
semua tak jadik, jahanam ada lah

takpe..biarlah saya paste info kat sini

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 05:37 PM | Show all posts
CROSS STITCH!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 05:30 PM | Show all posts
cross stitch senang jer...tekat ni kena buat pemidang dia sumer...pastu tangan kena basuh ngan air beras selalu masa menekat tak nak bagi tangan berpeluh...kalu peluh habis hitam benang tu...my mom dulu wat keje tekat menekat ni...bila dh tua ni...dia pun lupa dh cara2nya....yg tinggal semua hasil kerja nya la....anaknya x reti apa pun....tak leh meneruskan kerja seninya ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 03:48 PM | Show all posts
sori naikkan thread ni balik...
sebenarnya saya suka tekat ni...
susah nak jumpa skrg...

nak kongsi gambar laaa...

file:///C:/DOCUME%7E1/SHAHAI%7E1/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-4.jpgfile:///C:/DOCUME%7E1/SHAHAI%7E1/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-5.jpgfile:///C:/DOCUME%7E1/SHAHAI%7E1/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-6.jpg[size=-1]

warna merah


warna putih

[size=-1]


kipas pengantin
[size=-1]


cantikkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2007 08:56 PM | Show all posts
emm.. cantiknya...  
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 02:29 AM | Show all posts
suka gak tgk hasil seni tekat.. esp yg baldu biru-benang emas
ni beberapa contoh yg ada kat rumah nad



sarung bantal golek


hiasan dinding


tudung saji mini - comel


tudung saji besar


paling suka yg ni!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2007 02:33 AM | Show all posts
ada gak tekat baldu merah-benang perak
cantik gak ek!


yg ni panjang.. mcm skirting kot


yg ni jenis gantung kat alang pintu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 02:55 AM | Show all posts
sesapa yg nak pegi/tinggal kat negeri Perak, leh la singgah kat Kuala Kangsar sat..
(negeri Perak paling aktif menghasilkan seni tekat & byk bertumpu kat Kuala Kangsar)
ada kilang & pusat kraf - mariwasa kraftangan.. kat2 area blakang stesen ketapi rasanya
ada mempamerkan & menjual hasil2 tekat ni mcm set pengantin
- kipas, bekas tepak sirih, set pelamin lengkap (RM5k), baju persalinan bertekat pun ada!
selain tu kalau nak cuci mata tgk kraf2 lain pun ada
& mariwasa kraf ni jadi antara pilihan utk hasilkan pingat kebesaran Sultan Perak
kalau nak cari yg murah skit, leh gi usha kat lembah (pekan Kuala Kangsar)

sedikit info ttg mariwasa kraf :


Mariwasa Kraftangan is one of the largest silversmiths in Malaysia. It is also the second largest mint factory in Malaysia. Opened in 1975,the factory produces a vast range of sterling silver collection that reflects the exquisite workmanship of traditional Malay silvercraftsmen. Among the items are fine gold and silver jewellery, sterling silverware, pewterware, commemorative medallions, gold bullion and giftitems. Customised orders can be made at the factory.

Visiting hours :9am to 5pm (Monday to Saturday); Closed on Sunday

Lot 522, Kawasan Perindustrian Kuala Kangsar,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-776 5888
Fax : 05-776 0213

lagi info :

Seni pembuatan tekat telah dilakukan sejak dahulu lagi. Tekat atau dikenali juga sebagai bersuji atau hiasan suji timbul adalah proses menjahit benang emas pada kain baldu yang telah diregangkan pada pemidang. Proses membuat tekat ini memerlukan kain baldu, pemidang, mempulur bercorak motif dan juga benang emas.

Mempulur yang juga dikenali sebagai 'Init' ini biasanya menggunakan kertas kadboard. Ada juga sesetengah pembuat tekat yang menggunakan keratan rotan atau buluh bagi menebalkan jahitan motif pada kain baldu.Benang emas yang dijahit membaluti mempulur biasanya menggunakan jarum khas yang dipanggil 'Cuban'.

Dahulunya, pembuatan tekat ini sering dikaitkan dengan persalinan di raja serta golongan istana . Seni tekat ini bermula pada kurun ke15, semasa zaman pemerintahan Sultan Melayu Melaka. Kesannya dapat dilihat pada pakaian-pakaian masyarakat Baba dan Nyonya Melaka.

Sehingga kini, seni tekat masih lagi dihasillkan oleh rakyat negeri Perak terutamanya di Kuala Kangsar. Antara tokoh-tokoh tekat yang terkenal di sini adalah Puan Ahdijah bt. Hashim dan Puan Hajah Azizah bt. Mohd Yusof (
Adiguru Kraf Tekatan - dilantik oleh Kraftangan Malaysia). Kepakaran yang diwarisi oleh mereka telah menjadikan mereka dilantik mewakili negara untuk mendemonstrasikan seni menekat.

Satu fakta menarik ttg Puan Hajah Azizah :
Selain corak yang klasik, tekatan Azizah lebih unik dan berkualiti apabila jari jemarinya langsung tidak menyentuh benang yang digunakan. Kedengarannya pelik tetapi melihat sendiri ketelitiannya memasukkan sehelai benang ke dalam lubang jarum menggunakan sebatang jarum yang lain, sesungguhnya ia satu kemahiran yang memerlukan latihan bertahun-tahun lamanya. (Ini bertujuan mengelakkan benang emas berkenaan pudar atau rosak akibat terkena peluh).



cintai warisan kraf Malaysia~


[ Last edited by  naden at 3-12-2007 03:18 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 11:09 AM | Show all posts
minat bangat looo yg penting tangan kene keras
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 12:58 PM | Show all posts
ade org yg ajar cara nak buat tekat no ker..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2008 10:06 AM | Show all posts
Sulaman tekat



GAMBARAJAH menunjukkan bagaimana kain baldu ditegangkan pada pemidang kayu.


DALAM majlis perkahwinan orang Melayu, terdapat pelbagai rekaan yang menyerlahkan kreativiti seni seseorang dari aspek reka bentuk pelamin hingga barang-barang hantaran. Antara kerja tangan yang menjadi warisan tekstil Melayu adalah tekat menekat.

Pada masa kini, tidak ramai orang Melayu mengutamakan sulaman tekat sebagai kelengkapan barang-barang untuk perkahwinan. Tidak seperti zaman dahulu, terutama masyarakat Melayu di negeri Perak, menyediakan kelengkapan perkahwinan dengan barangan tekatan adalah satu keperluan.

Mereka telah menempah lebih awal iaitu setahun sebelum tarikh perkahwinan. Tekatan yang ditempah biasanya barangan perkahwinan seperti kipas, penyangkut kelambu, kusyen, cadar, sarung bantal, beg tangan, kasut, tepak sirih, pelamin, tikar akad nikah atau tikar Langkat atau dikenali sebagai tikar sila (yang merupakan lima lapisan tikar yang dibaluti baldu kuning, disulami tekat benang emas bermotif bunga dan awan larat).

Tekatan boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan untuk upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam al-Quran dan seumpamanya.

Biasanya di kalangan masyarakat Melayu di Perak, tekat merupakan hasil kerja tangan untuk pemakaian kebesaran dan hiasan raja sehari.

Tekatan ini merupakan barangan bagi orang berada kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. Menghasilkan tekat juga memerlukan waktu yang lama dan hasil produk yang berdekoratif serta indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan dan setelah digunakan.

Terdapat dua jenis tekatan iaitu tekat timbul atau tekat bersuji dan tekat gubah. Perbezaan antara tekat timbul dan tekat gubah adalah tekat timbul menggunakan benang emas sahaja dalam dekorasinya tetapi tekat gubah menggunakan penambahan manik-manik.

Teknik membuat tekat perlu menyediakan bahan asas seperti benang emas, benang putih, kain baldu dan mempulur. Mempulur dihasilkan dengan menggunakan bahan daripada kertas tebal dan kanji (gam). Penggunaan mempulur inilah yang akan menjadikan bentuk sulaman itu timbul.


Langkah pertama, kita perlu melukis bentuk atau motif bunga-bunga tekat di atas kertas tebal atau kertas surat khabar yang ditindih beberapa helai menggunakan gam kanji dan diakhiri dengan sekeping kertas manila.

Lebar batang mempulur lebih kurang antara lima milimeter (mm) hingga tujuh mm. Kemudian bentuk bunga tekat atau motif dipotong dan diasingkan.

Di kampung, biasanya mempulur ini diletakkan di bawah tikar supaya ia sentiasa sama leper dan tegang.

Motif tekat yang biasa dilukis adalah motif flora seperti daun dan bunga kekwa, buah delima, daun bunga melor dan bunga lawang. Pada 1980-an, terdapat rekaan motif-motif baru seperti bunga kerak nasi, bunga kerawang, bunga cempaka hutan dan bentuk geometri corak Islamik.

Seterusnya kain dasar daripada kain baldu berwarna gelap seperti hitam, biru tua, merah tua atau ungu ditegangkan pada pemidang kayu. Terdapat dua jenis pemidang kayu iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki.

Kemudian mempulur diletak ke atas kain baldu dan dijahit dengan benang kapas pada batang-batang mempulur agar ia tidak bergerak.

Seterusnya, benang emas akan dipintar ke cuban dan ditekat ke atas mempulur serta ditindih dan dikait jahit oleh benang putih melalui jarum yang menanti di bawah pemidang.

Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat supaya sulaman tekat akan kelihatan lebih teratur dan kemas. Benang emas akan menutup seluruh bentuk mempulur dan ia kelihatan timbul.

Teknik dan bahan dalam tekat gubah agak berbeza daripada tekat timbul. Dalam tekat ini, rotan sega digunakan sebagai mempulur yang biasanya menghasilkan motif banji atau corak kisi-kisi dan corak catur.

Corak ini biasanya dijadikan bingkai seperti penutup tepi bantal dan tepi tepak sirih. Selain itu, dalam kebanyakan tekat gubah mempulur tidak digunakan, sebaliknya benang emas atau perak diatur beberapa helai mengikut motif yang dikehendaki di atas kain baldu.

Benang metalik ini kemudian ditekat dengan benang sutera merah melintasi benang metalik tersebut, bagi memegang kedudukannya.

Benang merah ini dijahit dengan jarak tertentu secara teratur menghasilkan satu corak garisan merah. Selain itu, sebagai tambahan, manik-manik dan labuci dijahit pada ruang kosong kain dasar bagi menyerikan lagi sulaman tekat gubah ini.

Secara umumnya, kerja tekat menekat adalah satu kerja yang rumit. Ia memerlukan penelitian dan kesabaran.

Upah menjahit tekatan ini dikira secara berapa unting benang emas yang digunakan pada corak bunga tekat.


KESUKARAN melakukan tekat selain bahannya yang mahal menyebabkan produk tekat suatu ketika dahulu merupakan barangan untuk golongan berada.

Sekiranya motif bunga lawang itu menggunakan lima unting benang emas dan jika harga seunting benang emas itu RM10 maka jumlah itu didarabkan dengan lima unting. Jadi, upahnya RM50 tidak termasuk harga bahan.

Kerja tangan tekat menekat kini telah diambil alih oleh sulaman mesin. Walaupun mesin dapat membuat sulaman dalam pelbagai corak mengikut motif-motif tekat, namun hasil sulamannya tidak seindah hasil kerja tangan sulaman tekat timbul mahupun tekat gubah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2008 10:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 01:23 PM | Show all posts
kat  kl siapa tahu nak hantar buat tekat mesin kat mana?
tekat tangan x mampuu lg lerr.mahai
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
salam sy ingin menjual cadar tekad baldu warna merah..1set...tp tekad mesin...ada org minat nk bli..klau berminat bole contact sue 0176505210..ipoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2015 02:21 AM | Show all posts
dulu ada dokumentari pendek kat tv pasal tekat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.085222 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list