CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13834|Reply: 129

Issue Keganasan& Penderaan Terhadap Wanita -

 Close [Copy link]
Post time 26-2-2007 05:43 AM | Show all posts |Read mode
Suami isteri tidak telus punca jenayah rumah tangga

KEKALUTAN dalam isu rumah tangga yang semakin kritikal antara lain berpunca daripada rapuhnya institusi keluarga sekarang.

Perkahwinan pada usia muda, tidak bertolak ansur, tidak ada persefahaman dan ego meletakkan pasangan suami isteri di tembok kekeliruan yang sukar dibendung.

Menyalahkan satu pihak sahaja tidak adil. Senario suami isteri tidak sefahaman menjadi punca keretakan berlaku sedangkan dalam Islam rumah tangga patut dibina dengan ikatan ukhwah yang kuat, saling hormat menghormati dan bertolak ansur serta berkasih sayang.

Fenomena cemburu dalam rumah tangga juga perlu dielak bagi mengelak gejala negatif seperti tekanan mental, emosi merebak menjadi virus yang sukar dipulihkan.

Peranan suami isteri perlu diperhalusi. Tanggungjawab mesti diselami. Hakikat rumah tangga bukan setakat seks semata-mata tetapi komitmen dan amanah yang dianugerah Allah s.w.t. perlu direnungi melalui mata hati.

Penulis  berkongsi pandangan bersama Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) mengenai isu ini untuk renungan pembaca.

Keluarga: Dulu kita dikejutkan dengan keganasan rumah tangga, sekarang jenayah rumah tangga, apa komen Dr. mengenai perkara ini?
Dr. Sharifah Hayati: Saya melihat perkara ini daripada skop lebih luas. Maksud saya, kita harus melihat keadaan kehidupan rumah tangga itu secara keseluruhan, bukan satu perkara sahaja.

Kalau dulu memang kita sering mendengar kes-kes keganasan rumah tangga seperti sepak tendang, pukul memukul dan sebagainya, sekarang ini ia sudah semakin serius. Apa yang saya bimbang, ia akan bertukar menjadi jenayah rumah tangga yang membawa kepada kematian seperti mana yang telah berlaku sejak akhir-akhir ini.

Sewajarnya apa yang berlaku itu membuka mata masyarakat supaya lebih terbuka. Renung dan fikirkanlah apa yang perlu dilakukan bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku dalam rumah tangga.

Saranan saya pasangan suami isteri perlu membuka mata dan kembali memikirkan betapa pentingnya memperkukuhkan kasih sayang, membugarkan semula rasa tanggungjawab dan sikap hormat menghormati antara suami isteri.

Apa pandangan Dr.mengenai kejadian yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini?

Menyedihkan! Ia sepatutnya tidak berlaku. Daripada sudut Islam juga ia bertentangan sama sekali. Jangan kata melakukan perbuatan jenayah, kegagalan menjalankan tanggungjawab terhadap rumah tangga juga satu dosa.

Ssecara tidak langsung, ia merosakkan hikmah perkahwinan itu sendiri. Sudah sampai masanya kita (masyarakat) mencari kenapa berlakunya kejadian tersebut. Di mana silapnya. Ini harus dilakukan hingga ke akar umbi dengan doa dan harapan semoga ia tidak akan berulang.

Apakah institusi keluarga kita semakin rapuh sehingga hubungan suami isteri menjadi keliru?

Ya. Memang saya berani kata institusi keluarga kita sekarang amat rapuh. Banyak kes rumah tangga menunjukkan kelemahan tersebut walaupun pelbagai kajian, seminar, bengkel dan ceramah diadakan, ia masih gagal mencapai sasaran melahirkan institusi keluarga yang benar-benar kebal.

Saya tidak terlibat secara langsung dalam kajian berkaitan isu rumah tangga tetapi pengalaman mengendalikan pelbagai kes berkaitan suami isteri, anak-anak menyakinkan saya bahawa sudah sampai masanya perkara kritikal ini diperhalusi dan diperbetul secara serius. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama patut memberi perhatian terhadap perkara ini. Pembangunan insan membabitkan pasangan suami isteri harus dipertingkatkan bagi memenuhi sasaran melahirkan institusi keluarga kebal di negara ini. Pendekatan baru lebih efektif perlu dicari.

Apa pandangan Dr. jika dikatakan pasangan suami isteri sekarang kurang telus dalam hubungan mereka.

Saya terima ia sebagai satu kebenaran. Suami isteri sekarang terlalu banyak berahsia dan sorok-sorok. Tapi ia bukan faktor tunggal berlakunya keruntuhan institusi keluarga. Ada banyak perkara lain termasuk persekitaran yang mencabar. Tahap kebebasan suami isteri juga terlalu global.

Saya turut mengambil kira tekanan hidup, kesibukan di tempat kerja, tekanan kerja dan sifat materialistik manusia mengejar kekayaan turut menjadi punca.

Kita sibuk mengurus hal dunia sehingga lupa perkara lain yang menjadi tanggungjawab hakiki kita sebagai khalifah Allah. Ibaratnya tanpa lauk terhidang di atas meja kita masih boleh tersenyum kerana leka dengan dunia luar.

Dalam satu situasi lain, orang kaya pula melihat ke arah lain dengan keghairahan mengaut kekayaan dan melupakan hubungan silaturrahim dan tidak menginsafi kepayahan orang lain. Dalam erti kata lain, kita tergoda dengan perkara-perkara duniawi dan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, diri sendiri dan keluarga. Sepatutnya ia diseimbangkan.

Rumusannya, kita perlu menoleh semula kepada akar umbi kehidupan kita sebagai manusia, di mana keimanan kita. Lihatlah bagaimana nipisnya keimanan kita. Kesabaran juga turut terhakis sedangkan kemarahan makin meninggi.

Apa yang Dr. maksudkan dengan tiada ketelusan dalam hubungan?

Banyak perkara, contohnya saya ambil yang mudah. Ada suami isteri yang tidak pernah berterus terang tentang duit ringgit. Dapat kenaikan gaji pun tidak diberitahu kepada suami atau isteri. Malah ada yang menyembunyikan slip gaji takut isteri atau suami tahu dan bimbang akan diminta. Dalam rumah tangga kita perlu berkongsi semua perkara, yang susah atau senang, gembira dan duka. Tidak guna berkongsi hidup kalau yang lain main sorok-sorok.

Bila salah seorang mula sorok-sorok dan ada rasa syak wasangka, maka yang seorang lagi akan mula memberontak. Akibatnya berlaku perselisihan faham. Ini akan menghakis kepercayaan pasangan. Ini amat bahaya. Amalan ini perlu dihentikan segera. Kalau kita boleh berkongsi katil untuk tidur, kenapa mesti sorok-sorok tentang perkara lain?

Mungkin Dr. ada rencah untuk menyemarakkan hubungan suami isteri ini ke tahap lebih indah.

Kebijaksanaan dalam mengemudi rumah tangga perlu ada antara suami isteri. Ini akan bertambah menarik jika diperlengkapkan dengan kreativiti dalam rumah tangga. Ertinya rumah tangga juga perlu ada seninya.

Kita perlu menerima hakikat pasangan kita tidak sempurna. Tidak semua apa yang kita ingini akan diterima. Ada setengah orang berhajat untuk mendapat isteri cantik, pandai masak, pandai layan dan kerja hebat tapi dia hanya dapat satu dua perkara, begitu juga wanita yang mahukan suami hebat, kaya dan sebagainya, tidak semua akan dapat. Kita patut menerima pasangan kita seadanya. Seperkara lagi jangan lupa bersyukur!

Kebanyakan suami isteri sekarang terlalu ego kerana berpendidikan dan berjawatan tinggi. Ini turut menyumbang kepada permasalahan dalam rumah tangga. Komen Dr.?

Saya boleh menerima alasan itu kerana faktor ilmu pengetahuan sudah digariskan dalam kufu. Islam juga telah memberi formula kufu, boleh diambil jika kita mahu dan tinggalkan jika enggan menerimanya. Ia sebagai pelengkap kepada sebuah perkahwinan supaya pasangan akan merasa selesa apabila berada di tengah khalayak dan tidak merasa tersisih.

Masalahnya dengan suami isteri sekarang tidak mahu mengaku kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Yang tahu hanya menuding jari kepada orang lain untuk selamatkan diri.

Saya ambil contoh, ada masa kita kedekut nak sebut perkataan 憁aaf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2007 08:51 AM | Show all posts
Memang pun..masa bercinta semuanya indah..ketiak busuk pun jadi wangi..bila dah lama kawin nak2 dah ada anak dah mula lak boroi...baru terbau ketiak tu busuk...hapak dan sebagainya..

Gitu gak masa bercinta..jatuh terlanggar tunggul kayu..abang tolong papah siap tanya sakit ke?.mana sakit?..dsb..bila dah kawin nak2 dah ada anak..jatuh terlanggar tunggul kayu..abang dah tak tolong dah..siap kata awak buta ker?..tak nampak ke tunggul macam tu punya besar yg awak pi langgar buat apa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:39 AM | Show all posts
Suami zaman nie susah nak jumpa yang telus, yang penipu ramailah dan tak bertanggungjawab  ..............
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by romashikin at 26-2-2007 10:39 AM
Suami zaman nie susah nak jumpa yang telus, yang penipu ramailah dan tak bertanggungjawab  ..............


Ala..pempuan pun sama..manusia mana masa kenal tunjukkan yg buruk2 yg ada pada dirinya..semuanya yg indah2 je..semuaanya nak cover...dah kawin baru tahu perangainya macam mana..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:48 AM | Show all posts
Originally posted by romashikin at 26-2-2007 10:39 AM
Suami zaman nie susah nak jumpa yang telus, yang penipu ramailah dan tak bertanggungjawab  ..............



sang isteri pun sekarang ni ada yang dah pandai 'main luar'! kalau setakat sang isteri jenis 'eksyen' sebab pangkat tinggi/gaji besar tu pun ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 26-2-2007 08:51 AM
Memang pun..masa bercinta semuanya indah..ketiak busuk pun jadi wangi..bila dah lama kawin nak2 dah ada anak dah mula lak boroi...baru terbau ketiak tu busuk...hapak dan sebagainya..

Gitu  ...



   aduii la Cik AN...
ni yg seram ler nak berumahtangga...
Reply

Use magic Report

Follow Us
gabanzack This user has been deleted
Post time 26-2-2007 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 26-2-2007 08:51 AM
Memang pun..masa bercinta semuanya indah..ketiak busuk pun jadi wangi..bila dah lama kawin nak2 dah ada anak dah mula lak boroi...baru terbau ketiak tu busuk...hapak dan sebagainya..

Gitu  ...


pengalaman sundrik ka AN? adakah pasal itu hang banyak menagih kasih kat internet nih? so kesian
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by Lina66 at 26-2-2007 10:53 AM



   aduii la Cik AN...
ni yg seram ler nak berumahtangga...


So..berhati2 la masa bercinta..jangan terkabur mata tu...:bgrin:

AN banyak cerita tang rumahtangga ni.

Masa cinta bersayang2..intan payung

Dah kawin..hilang sayang2..hilang intan payung..timbul abang.

Beranak lak seorang..hilang abang..timbul abahnya.

Tiba bercucu lak..hilang abahnya..timbul atuknya.

Tiba bercicit lak..hilang atuknya..timbul plak orang tua dah nak mampus..

Kesian orang tua tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2007 05:51 PM | Show all posts

-- Hentikan Keganasan terhadap Perempuan -



sebenarnya keganasan terhadap wanita
memang satu issue yang tak akan padam
dan terus menerus menjadi persoalan
dan menjadi masalah kepada masyarakat
juga negara --

di mana2 sahaja --
even di eropah dan di negara2 di Amerika Utara --
issue keganasan terhadap wanita adalah
antara issue issue semasa yang kerap dibawa
ke parliament untuk perbincangan dan apakah
tindakan2 yang patut diambil untuk prevent
perkara ni  - or untuk menyedarkan masyarakat
TERUTAMA wanita yang didera dan kenapa
mereka mesti berani tampil ke hadapan dan tidak
membenarkan diri mereka didera  dipukul dirogol dan di
tindak ganas oleh suami mereka, atau teman teman
lelaki mereka or anybody - even boss boss mereka --
dan ini termasuk kanak2 perempuan yang masih kecil
masih bersekolah  - dan juga remaja2 --

bila baca kenyataan sharizat tu -- memang banyak
yang make sense tentang keadaan di malaysia sekarang -
tengok  sajalah  sexual harrassment --
or  even wifey yang kena abused dipukul  didera oleh
suami masing2 --  dan masih tidak berani membawa
kepengetahuan keluarga   apalagi ke pengetahuan polis --
hari demi hari kita baca tentang keganasan ini di dada2 akhbar
dan dengar di radio --

yang lebih membimbangkan bila wanita2 ini tiada
self esteem  dan hidup di dalam ketakutan --
walau banyak mana advertisement, seminar dan
rancangan2 di media massa -- tentang kenapa mereka perlu
berani dan tidak patut dibiarkan diri mereka ditindas dan didera
tapi masih  ramai  out there yang.....   masih mengharap
suami yang mendera mereka tu  'berubah' -- and that wud
be till day of judgement  UNLESS suami tu sendiri yang nak
berubah dan sedar dan mengakui kesalahan mendera --
till then.....   let's us tell our family  friends - that
keganasan ke atas wanita  patut diambil perhatian berat --

wanita perlu seek knowledge -- ambil perhatian terhadap diri -
sayangkan 'diri sendiri' --  how to love others when you didn't
love yourself first ---   mentaliti perlu dikembangkan  dan
patut mengambil kursus2 bina jaya diri --   improve oneself --


Selamat Hari Wanita  Antarabangsa --


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Keganasan wanita jadi isu nasional
Oleh NORMALA HAMZAH


Ingat! Jangan biarkan sesiapa pun melakukan keganasan terhadap kita
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 07:30 PM | Show all posts
Women Always Right (WAR) :no:
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 07:36 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 8-3-2007 05:51 PM


sebenarnya keganasan terhadap wanita
memang satu issue yang tak akan padam
dan terus menerus menjadi persoalan
dan menjadi masalah kepada masyarakat
juga negara --

di mana2 sahaja --
...

aku paste lagi benda nih...
selamat hari wanita utk semua insan yg bergelar wanita. yg pondan tk masuk dlm senarai ye
SELAMAT HARI WANITA....8 march
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 07:43 PM | Show all posts

Reply #3 geenie's post

Mak aih kaler2

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 07:51 PM | Show all posts

Reply #4 tyrande_81's post

copy paste dr email.. tetiba jd kaler2.. redha jer lah..
hepp!! aku bukn geng kepala bungkus erk!!:no: :no:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2007 07:56 PM | Show all posts
Women's Day gathering calls for end to gender discrimination
08-03-2007

PETALING JAYA: Some 500 women line-dancers gathered at a park early Thursday morning to celebrate International Women's Day 2007.

The two-hour line-dancing event, which took place at the Millennium Park in SS2 here, was attended by members of Wanita MCA Selangor, representatives from UMNO, MIC, as well as passers by.

Wanita MCA deputy chief Datin Paduka Chew Mei Fun, who officiated at the event themed "One Heart, One Mind", said: "Today is indeed a very meaningful day to all women worldwide.  

"It is the day we celebrate our achievements as women, mothers, daughters, wives, and care givers.  

"We also look at how we have succeeded in our struggle for equality, peace and development throughout the times."

International Women's Day is a day to commemorate and to recognise that peace and social progress require the active participation of women.

"That aside, we also look back at issues that have befallen upon us all this while, especially violence against women," she said.

She aded that the United Nations had declared that 'an end to violence against women' is the theme for this year's celebration.

Chew said women have the role to educate and promote gender equality in order to stop violence against women.

"It is our responsibility to educate fellow women, the younger generation, as well as men in promoting equality and mutual respect."

She added that violence could come in any form - mental, physical, and emotional.

"We are smart women and we shall not succumb to discriminations of any sort by anyone at all," she said after leading the warming up session.

"We, women have contributed a lot to nation building, and by branding women as the weaker gender, is in itself a form of violence and discrimination," she said.

The event was jointly organised by Chew Mei Fun Service Centre, PJ Line Dance Council, Wanita MCA Selangor, and Petaling Jaya Municipal Council.  

Some husbands and sons were also present to show their support.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2007 09:43 PM | Show all posts
Iktiraf hak wanita

KINI sambutan Hari Wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Pada hari ini, semua wanita seluruh benua tanpa mengira latar belakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibah dan ceria.

Peristiwa yang mencetuskan sambutan itu berlaku 143 tahun lalu iaitu 8 Mac 1857. Pada tarikh itu, satu mogok besar-besaran diadakan oleh beratus-ratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York.

Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeksploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji amat rendah, masa kerja panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperikemanusiaan.

Lima puluh tahun kemudian, pada Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarikh ini sebagai Hari Sambutan Wanita Sedunia. Pada tahun 1975, Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) mula merayakan 8 Mac sebagai Hari Wanita Sedunia.

Kini, kedudukan kaum wanita adalah lebih baik berbanding 100 atau 1,000 tahun lalu. Kedatangan Islam lebih 1400 tahun dahulu bukan sahaja memberi rahmat kepada sekalian makhluk tetapi telah meninggikan martabat wanita.

Islam juga telah memberikan hak-hak sebagai manusia yang selama ini telah dinafikan daripada mereka. Jika diperhatikan dalam kehidupan ini ada kewajipan tertentu yang perlu dilaksanakan oleh kaum wanita untuk melengkapkan peranan dan tanggungjawab seseorang lelaki itu.

Firman Allah s.w.t. dalam surah At-Taubah ayat 71 menyebut bahawa lelaki dan perempuan sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.

Tidak disangkal Islam memang mengiktiraf keupayaan dan peranan lelaki tetapi perlu diingat Islam juga tidak pernah menafikan hak dan peranan wanita dalam melangsungkan keharmonian hidup manusia.

Kaum wanita adalah aset penting dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan beragama. Itulah hakikat yang perlu disedari dan dihayati oleh semua terutama kaum wanita itu sendiri.

Menelusuri kesedaran itu, pencapaian kaum wanita kini dilihat telah mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Di Malaysia sendiri, kaum wanita pada amnya telah memperoleh kejayaan yang membanggakan hasil usaha wanita sendiri ditambah pula dengan perancangan kerajaan yang tersusun untuk membangunkan wanita.

Antara langkah yang diambil oleh kerajaan adalah mewujudkan Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan untuk memberi nasihat kepada kerajaan tentang perkara-perkara berkenaan wanita dalam pembangunan negara.

Kejayaan pencapaian wanita antaranya dapat dilihat dari segi jumlah kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi. Diketahui bahawa jumlah wanita adalah lebih tinggi daripada lelaki. Begitu juga mereka yang lulus cemerlang, majoritinya adalah wanita.

Hal ini boleh mempengaruhi sektor pekerjaan pada masa akan datang yang mana lebih ramai wanita akan memenuhi jawatan-jawatan penting sama ada dalam sektor pentadbiran kerajaan mahupun swasta.

Monopoli

Malah, pada masa ini umum mengetahui bahawa begitu ramai wanita telah memegang pelbagai jawatan utama dan penting yang dahulunya dimonopoli kaum lelaki. Buktinya, Datuk Azalina Othman Said yang kini menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Rafiah Salim sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dan ramai lagi untuk disenaraikan.

Selain dalam bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan, kita juga dapat melihat kejayaan wanita dalam sektor ekonomi. Jika disebut nama Zeti Akhtar Aziz, ramai yang akan memuji kewibawaan Gabenor Bank Negara itu. Beliau bukan sahaja diiktiraf di Malaysia bahkan antarabangsa.

Kedatangan Islam telah menaikkan kedudukan wanita dan memberi pengiktirafan terhadap hak wanita. Wanita pada asasnya mempunyai hak yang sama seperti lelaki. Al-Quran juga telah menggariskan empat hak asasi wanita iaitu:

Hak untuk mendapatkan pendidikan dan ilmu pengetahuan. Hak untuk membeli dan menjual harta secara mutlak. Hak untuk memegang jawatan dan hak untuk melibatkan diri dalam lapangan perusahaan dan perniagaan. Hak untuk menyumbang bakti kepada bangsa, agama dan tanah air.

Oleh itu, bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac ini sudah tiba masanya masyarakat hari ini meletakkan wanita pada kedudukan yang sebenar.

Walaupun demikian, kaum wanita juga tidak boleh melupakan tugas dan peranan utama mereka. Menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab dalam memelihara dan menjaga keluarga dan anak-anak. Jika wanita mampu memainkan kedua-dua peranan ini sekali gus iaitu sebagai pekerja dan ibu dengan baik, itu sudah cukup untuk menunjukkan satu kejayaan yang besar bagi kaum wanita.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 09:47 PM | Show all posts

Keganasan terhadap lelaki tak perlu hentikan ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2007 01:54 PM | Show all posts
Sanggup dibelasah suami
Oleh Tuan Maheran Tuan Shaffee

KUALA TERENGGANU: Enggan memegang status janda dan tidak mengetahui hak sebagai isteri dipercayai antara faktor banyak kes keganasan rumah tangga tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Malah, golongan wanita terbabit lebih rela menjadi mangsa dibelasah suami dan menyembunyikan masalah itu daripada keluarga menyebabkan pihak berkuasa sukar membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Terengganu (WI), Zainun Abu Bakar, berkata sikap golongan itu yang lebih rela menyembunyikan masalah berkenaan menyebabkan bantuan dan khidmat nasihat sukar diberikan.

Menurutnya, pihaknya percaya kes penganiayaan dan keganasan rumah tangga yang berlaku sebenarnya lebih besar berbanding kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa.

揝elain itu, sifat malu keterlaluan dan tidak mengetahui tempat sesuai untuk mengadu menyebabkan kes itu terus berlarutan walaupun pelbagai institusi bertanggungjawab disediakan bagi membantu mereka.

揅ampur tangan kedua belah pihak juga menyebabkan masalah itu sukar diselesaikan kerana menganggapnya sebagai masalah antara suami isteri semata-mata,
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 02:23 PM | Show all posts
personally....aku rasa paling basic ...kita seme kene terima lelaki dan perempuan nih made for each other....

betul........ramai perempuan/lelaki yg tergelincir....tu yg masing2 sibuk nak generalisekan ....suami tak bertanggungjawab, isteri tak reti jaga suami...walhal kita pun tak tau apa masalah sebenarnya....

again sbb masing2 ada kepentingan diri yg nak diperjuangkan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 06:53 AM | Show all posts

Reply #8 houdini's post

betul 2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 06:26 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 8-3-2007 09:47 PM

Keganasan terhadap lelaki tak perlu hentikan ke ?



bila hari lelaki antarabangsa, ye ;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.080530 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list