CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Issue Keganasan& Penderaan Terhadap Wanita -

 Close [Copy link]
Post time 18-5-2007 09:33 AM | Show all posts

Reply #1 khairuns's post

Bila dah letak posting KETIDA PUASAN HATI dan KEKECEWAAN kat sini...

ape kite dpt heh?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2007 09:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 09:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 09:41 AM | Show all posts

Reply #2 Lina66's post

agak2lah apa yg ko ndak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 09:55 AM | Show all posts
INILAH ANTARA CONTOH AHLI2 PARLIMEN YANG BURUK AKHLAK?
DEPA NI TAK ADA IBU ,ISTERI, ANAK PEREMPUAN ATAU KAUM KERABAT
PEREMPUAN KE?...:@
   TAK TAU BERCAKAP KAN LEBIH BAIK DIAM...:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 10:59 AM | Show all posts
Depa tu berghurau kasaq jeee....... hik hi hikkk.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2007 11:08 AM | Show all posts

Reply #1 khairuns's post

Hanya money-monyet zoo ajer yang nak buat lawak camni...:@

P.S: Anti sexist!
Reply

Use magic Report

hantu_pocong This user has been deleted
Post time 18-5-2007 11:15 AM | Show all posts
x luak pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2007 04:46 PM | Show all posts
Said, Mokhtar mohon maaf
18-05-2007

KUALA LUMPUR:  Dua anggota Dewan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan "bocor" memohon maaf secara terbuka kepada semua wanita selepas bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini.

Shahrizat berkata dengan permohonan maaf wakil-wakil rakyat Jasin, Datuk Mohd Said Yusof dan Kinabatangan, Datuk Bung Mokthar Radin isu tersebut sekarang "ditutup".

Menteri itu menambahnya kementeriannya menerima maaf itu dengan baik.

"Terpulang kepada mereka berdua untuk memohon maaf secara peribadi kepada (wakil rakyat Batu Gajah) Fong Po Kuan," katanya.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa sebarang bentuk seksisme, sama ada perbuatan atau perkataan, oleh lelaki atau wanita, sama ada wakil kerajaan atau pembangkang di Parlimen, atau di mana-mana pun di negara, tidak boleh diterima.

"Saya telah tegaskan hal ini kepada dua anggota parlimen dari Kinabatangan dan Jasin pendirian kukuh kementerian ini dalam perkara tersebut, yakni jangan permain-mainkan isu gender.

"Mereka telah memohon maaf dengan jujur dan berjanji tidak akan mengulanginya kerana mereka berkata tiada niat untuk melukakan sesiapa.

"Apabila mereka telah memohon maaf secara terbuka kepada semua wanita Malaysia melalui kementerian ini, kita mestilah menerimanya dengan baik maaf itu dengan ingatan bahawa episod seumpama ini tidak akan berbangkit lagi."
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 04:59 PM | Show all posts
Dewan Rakyat: Ingat insiden Karpal Singh - Noh Omar

Oleh: Badrul Hisham Abdul Aziz Saya mempunyai pengalaman selama 10 tahun membuat liputan persidangan Parlimen sewaktu di Utusan dan sembilan tahun sebagai Ahli Parlimen . Malah, semasa penggal kedua saya duduk sebaris dengan Datuk Bung Mokhtar Radin yang sangat terkenal dengan 憁ulut becok抧ya.

Tanpa berpihak kepada sesiapa, pada pengamatan saya berada 19 tahun di Parlimen, ungkapan Ahli Parlimen BN Kinabatangan itu terhadap YB Fong Po Kuan DAP-Batu Gajah 慴ocor tiap-tiap bulan
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 05:04 PM | Show all posts
Dua Penyokong Kerajaan Mohon Maaf Isu wakil Rakyat Wanita Bocor

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Dua Anggota Parlimen dari Barisan Nasional hari ini mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada semua wanita di negara ini berhubung penggunaan perkataan "bocor" yang ditujukan kepada seorang wakil rakyat wanita daripada DAP di Dewan Rakyat pada 9 Mei lepas.

Anggota Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof, dan Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, membuat permohonan maaf pada sidang akhbar selepas mereka bertemu hampir 45 minit dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi menjelaskan isu itu setelah diarah berbuat demikian oleh Kabinet.

Mohd Said, dalam penjelasannya, mengakui menggunakan bahasa kurang sopan untuk mematahkan hujah barisan pembangkang, terutamanya yang menyentuh kewibawaan kerajaan, sehingga ada kalanya terlanjur kata tanpa berniat memalukan sesiapa.

"Maka dalam kes terlanjur kata perkataan 'bocor' ini, sekiranya menyinggung perasaan mana-mana pihak dan kaum wanita, saya menyusun jari sepuluh memohon maaf, tetapi jangan sesekali cuba mempertikaikan tanggungjawab saya sebagai ahli Parlimen dalam memperjuangkan hak wanita," katanya.

Beliau menyifatkan isu itu sebagai muslihat pembangkang untuk cuba memperlekehkan agenda kerajaan.

Isu itu timbul selepas kedua-dua anggota Parlimen itu mengeluarkan perkataan "bocor" terhadap Anggota Parlimen kawasan Batu Gajah, Fong Po Kuan, daripada DAP, yang dianggap sebagai menghina kaum wanita.

Bung Moktar dalam penjelasannya berkata beliau juga tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana wanita dengan perkataan itu kerana beliau cukup menyanjungi peranan dan sumbangan MEREKA.

"Oleh itu saya sahut tanggungjawab mohon maaf kepada seluruh wanita jika merasa tersinggung atas ungkapan ekoran provokasi di Dewan Rakyat.

"Saya harap dengan permohonan maaf secara terbuka ini DAP berhenti jual surat khabar lama ini," katanya sebelum bergegas meninggalkan sidang akhbar itu bersama-sama Mohd Said.

Sebelum itu, ketika ditanya sama ada mereka akan membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Fong, kedua-duanya menyifatkan ia telah terlaksana dengan permohonan maaf secara terbuka kepada semua wanita itu.

Shahrizat, yang ditemui selepas itu berkata, beliau berpuas hati dengan penjelasan kedua-dua wakil rakyat itu dan dengan keputusan mereka untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 04:52 PM | Show all posts
kesian ..  bila wanita yang cuba menegakkan hujah depa

dan bila lelaki pulak tidak dsapat menjawabnya ..

maka perkataan bocor atau perkataan seangkatannya sering dilontar

untuk menutup kebodohan mereka .

aku rasa memang kaum wanita sering diperlekehkan .

padahal yang bocor itu yang selalu depa jilat .



-  inikah rupa minda mereka yang kunun cuba memimpin kita  ??
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 05:27 PM | Show all posts
lawan balik -->'batang' paip kena makan tikus..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 06:14 PM | Show all posts
tp aku mmg xsuka dgn bung mukhtar tu..sll kalo tgk parlimen bersidang..isu2 yg dia ckp cm x educated..byk merapu je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2007 06:45 PM | Show all posts
Isu 慴ocor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2007 02:15 AM | Show all posts
Kenyataan berbentuk seksis cetus kemarahan wanita
Oleh Halina Mohd Noor


PERMOHONAN maaf Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dan Ahli Parlimen BN-Jasin, Datuk Mohd Said Yusuf melegakan sedikit ketegangan yang melanda arena politik khususnya kaum wanita di negara ini.

Bagaimanapun, apa yang ingin ditekankan Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak Bagi Kesaksamaan Gender (JAG) ketika berkumpul di depan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada minggu lepas, bukan bermotifkan politik tetapi sebaliknya mempertahankan hak wanita yang selama ini begitu mudah dipermain-mainkan. Semua wanita di negara ini mengharapkan kata maaf jangan hanya manis di bibir tetapi janji terus teguh di hati.

JAG yang diketuai Pengarah Eksekutif Women抯 Development Collective (WDC), Maria Chin Abdullah, berkata JAG memandang serius terhadap kata-kata berunsur seksis yang dilemparkan kepada Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah wanita, Fong Po Kuan.

Perbuatan itu dilakukan ketika membincangkan mengenai isu kebocoran siling dan Bung Mokhtar yang turut mengambil bahagian berkata, 慚ana ada bocor, Batu Gajah pun tiap-tiap bulan bocor juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2007 07:42 PM | Show all posts
Two Penang reps make an issue of women抯 dressing

PENANG: After the recent 揵ocor
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 03:47 PM | Show all posts

Wanita seksi punca rogol, gangguan seks?

Wanita seksi punca rogol, gangguan seks?
24-05-2007 03:03:57 PM
PULAU PINANG:  Beberapa anggota Dewan Undangan Negeri hari ini terus menyelar pendapat yang mendakwa pakaian seksi adalah sebagai antara faktor berlakunya kes gangguan seks dan kes rogol.

Datuk Jahara Abdul Hamid (BNTeluk Ayer Tawar) berkata, kenyataan Shahbudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) disifatkan sebagai "kenyataan seksis" kerana terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca kes gangguan seks terutamanya penjualan filem atau gambar lucah

"Dalam banyak-banyak faktor, kenapa isu pakaian wanita yang dikaitkan sedangkan cambahan VCD lucah juga adalah faktor yang lebih utama dan isu pakaian seksi itu adalah seolah-olah cuba menyalahkan kaum wanita," kata beliau pada sesi perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri penggal keempat hari ini.

Shahbudin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang ketika menjelaskan kenyataannya yang disifatkan sebagai disalahtafsir oleh media berkata, tujuan beliau menyebut isu pakaian seksi itu adalah sebagai satu teguran dan ia bukanlah untuk menyalahkan kaum wanita.

"Salahkah jika kita membuat teguran supaya kaum wanita berpakaian kemas? Jika itupun salah, maka siapakah yang berfikiran sempit? Saya berharap supaya kaum wanita harus berfikiran terbuka untuk menerima teguran," kata beliau.

Shahbudin berkata antara faktor berlakunya jenayah rogol dan gangguan seks ialah kerana pengaruh sekitar manakala wanita yang berpakaian seksi sebenarnya boleh mendorong penjenayah untuk melakukan jenayah.

Tan Cheng Liang (BN-Jawi) kemudiannya membantah kenyataan Shahbudin dengan mengambil contoh kes rogol kanak-kanak, sumbang mahram yang disifatkan sebagai bukan disebabkan oleh pakaian yang seksi.

"Isu pakaian bukanlah sebab berlakunya kes rogol, datuk pun rogol cucu yang masih kanak-kanak dan ini membuktikan pakaian bukanlah sebab berlakunya jenayah," kata beliau.

Toh Kim Woon (BN-Machang Bubuk) pula berkata, isu pakaian yang dibangkitkan sebenarnya adalah disebabkan terdapat sifat ketidaksamaan gender oleh kaum lelaki dan ia adalah tidak adil untuk menyalahkan kaum wanita dalam kes-kes gangguan seks.

Ketegangan perbahasan isu itu kemudiannya ditenangkan oleh Speaker Datuk Seri Yahaya Abdul Hamid yang menjelaskan bahawa isu itu tidak sepatutnya dibahasakan jika ia dianggap sebagai "kenyataan seksis".

Katanya, apa yang cuba disampaikan oleh Shahbudin ialah memberi pendapat mengenai salah satu daripada punca kes rogol dan gangguan seks adalah disebabkan pakaian yang seksi dan jika terdapat anggota dewan yang tidak bersetuju, pandangan itu harus diketepikan sahaja. BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 04:10 PM | Show all posts
Ialah..itu salah satu puncanya..dan tidak plak dinafikan kesan dari Video Lucah, urut ala sudan, ubat virga, gambir Sarawak..maka disemua sekyen menjadi tegang.

Masalah la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 04:23 PM | Show all posts
asal nama pompuan semua lelaki suka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069612 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list