CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamri_dobi

DOBI [MERGE]

[Copy link]
Post time 23-11-2007 07:45 AM | Show all posts
dry cleaning ni, macam mana bentuk mesin dia....................?

bentuk dia sama macam mesin basuh ke...............?

berapa harga mesin dry cleaning..................?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2007 09:27 AM | Show all posts
saya minat dah nak buka perniagaan dobi ni.. tp masih takut2 lagi... sy ada terima quotation untuk laundry business starter package. Package tu RM15,000 termasuk washer, dryer, steam iron, iron board, folding board, pigeon hole, iron rack kaunter, basket.. dan few items lagi tak ingatlah...

washer dgn dryer dlm package tu ialah 7kg. Nak tanya.. capacity untuk mesin 7kg, kalau satu orang pekerja berapa RM sale boleh buat untuk sebulan... untuk dobi biasa saja...

terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 09:40 AM | Show all posts
dry cleaning ni, macam mana bentuk mesin dia....................?

bentuk dia sama macam mesin basuh ke...............?

berapa harga mesin dry cleaning..................?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 09:49 AM | Show all posts
dry cleaning ni, macam mana bentuk mesin dia....................?

bentuk dia sama macam mesin basuh ke...............?

berapa harga mesin dry cleaning..................?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 10:11 AM | Show all posts

Reply #158 braun's post

satu org bekerja berapa sales sebulan?tak pernah pulak saya kira...maaf soalan awak tu saya tak mampu nak jawab....sorry

tentang package yg awak dapat tu..berhati hati ye...takut dia jual barang 2nd hand..sbb kalau baru agak sukar nak dapat harga tuu...

seach kat internet boleh laa tgk gambar dia cemane...mesin basuh biasa je dah macam macam rupa...harga sekitar rm30 000 hingga ke rm120 000
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 10:18 AM | Show all posts
ikut kata org tu mesin baru lah.. tp yelah.. sy kena hati2...

maksud saya sale tu.. berpa optimum output boleh produce kalau menggunakan mesin 7kg dgn sorang pekerja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2007 12:21 PM | Show all posts

Reply #162 braun's post

aku rasa elok ko baca thread ni dari page 1...............

sebelum ni ada dikatakan mesin 7 kg tak brape praktikal sebab untuk basuh comforter, ko kena ada mesin 14kg ke atas.................
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 02:34 PM | Show all posts

Reply #162 braun's post

aku rasa elok ko baca thread ni dari page 1...............

sebelum ni ada dikatakan mesin 7 kg tak brape praktikal sebab untuk basuh comforter, ko kena ada mesin 14kg ke atas.................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2007 07:19 AM | Show all posts
yup..mesin muatan atas tak berapa sesuai utk cucian comforter...mesin yg paling ideal utk cuci comforter adalah mesin muatan depan dan mampu mencuci muatan seberat 10kg...

maaf..maximum output menggunakan mesin 7kg dengan 1 pekerja??saya masih gagal utk menjawab...sbb seorang pekerja dobi tu bukan sahaja membasuh..mereka ada juga mengering..dan sementara membasuh / mengering mereka menggosok/lipat baju/comforter dan sebagainya..jadi pada saya..ia sukar nak saya jawab...maaf ye..

mungkin info ini boleh membantu anda...
1) secara puratanya..1 mesin top load 7 kg mengambil masa 45 minit utk selesai mencuci...dan lagi 45 minit utk mengering...
2) kos yg perlu hanyala electrik, air , sabun dan softener ( total kos utk satu cucian bagi mesin 7 kg ni saya tak tau sebab tak pernah pakai ... tapi kalau anggar anggar mungkin dalam 3 ke 4 ringgit kot satu cucian & mengering )

harap ia dapat membantu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 03:40 PM | Show all posts
saya teringin sgt nak gi dobi en edot nih...yer lah sekurang kurang nya bleh gak tgk camner beluai menjalankan operasi perniagaan dobi nih kan...insyaAllah kalo berkesempatan saya akan gi...

p/s - core2duo
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 03:41 PM | Show all posts
saya teringin sgt nak gi dobi en edot nih...yer lah sekurang kurang nya bleh gak tgk camner beluai menjalankan operasi perniagaan dobi nih kan...insyaAllah kalo berkesempatan saya akan gi...

p/s - core2duo
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 10:27 PM | Show all posts
en jamil..sy pun mmg dah lama dah berminat dgn loundry business ni..cuma x berani psal x de experience and knowledge dlm biz ni...bagus la klau en jamil sendri ada course utk sapa2 yg berminat nk setup biz ni...harap en jamil bleh beri tunjuk ajar..
saya nk tanye mcm 1st month en jamil open this biz dulu,mcm mana en jamil attract new customer utk dtg?maksud saye dr segi marketing la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 06:10 PM | Show all posts
boleh..datanglah..tiada masalah..janji buat temujanji..

core2duo?hehe sekang pakai quad core dah...

macam macam dulu buat..utk tarik customer datang...antaranya buatlah opening promotion..pastu gantu banner...benda benda yg biasa org buat lah nak attract customer...

tapi yg paling ketara adalah waktu operasi..kami bukak 7 hari seminggu....tak tutup...average dulu kedai kedai area sini akan tutup pada hari ahad..jadi kami amik kesempatan itu utk bukak hari khamis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2007 09:57 AM | Show all posts
Terkini, 30 unit washer coin operated akan di pasang di Matrikulasi Kuala Pilah Negeri Sembilanyang mana delivery pada 2 & 3 hb Disember ini.
Juga masih di dalam perbincangan, 6 unit washer coin operated akan di pasang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Perlis. Terima kasih di atas sokongan anda yang berkenaan kerana memilih produk FLAMINGO keluaran dari syarikat saya untuk kemudahan pelajar-pelajar.

Saya juga mengalu-alukan pelabur yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ini kerana ianya memberi pulangan yang menarik untuk jangka masa yang panjang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2007 10:41 AM | Show all posts


Gambar Mesin Washer Coin Operated yang di pasang di Kolej 9 UM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2007 01:48 PM | Show all posts
Salam buat semua,

Pihak syarikat sedang mengemaskini laman web baru yang akan dilancarkan dalam 2 @ 3 minggu dari sekarang. Diharap laman web baru ini dapat memberi info yang lebih efisyen untuk usahan baru yang ingin menceburi perniagaan ini.

Web yang ingin di bangunkan adalah : www.znznetwork.com. Sekiranya ada perubahan akan di beritahu kelak.

wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2007 02:18 PM | Show all posts
Untuk pengetahuan semua, setakat ini mesin coin operated laundry yang paling lama beroperasi di bawah pengawasan syarikat kami adalah 4 1/2 tahun yang diletakkan di beberapa tempat kolej Universiti Malaya. Sila lihat estimate ROI yang ditunjukkan di bawah :



Dari purata pulangan yang diperolehi oleh pelabur-pelabur yang melabur dalam perniagaan ini, paling cepat dapat modal semula adalah setahun dan paling lama adalah 2 tahun. ROI ini bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut :

1. Jumlah pelajar yang menghuni di kolej tersebut
2. Kemampuan para pelajar ( taraf hidup keluarga pelajar ). Pulangan adalah berbeza di antara IPTA dan IPTS. Kebiasaannya pulangan daripada kolej IPTS lebih baik daripda IPTA.
3. Asrama lelaki dan Asrama perempuan. Kebiasaanya student lelaki lebih kerap menggunakan kemudahan ini berbanding student perempuan. Tetapi ada juga kes penggunaan student perempuan melebihi daripada student lelaki. Kebanyakkan kolej di IPTA di negara kita, bilangan student perempuan yang menghuni di sesuatu asrama melebihi daripada student lelaki.
4. Cuti semester : IPTS lebih baik kerana cuti semester lebih pendek berbanding IPTA.

Jangka hayat mesin boleh mencapai sehingga 8 ke 10 tahun sekiranya diselenggara dengan baik. Dalam tempoh ini, semestinya ada spare yang perlu ditukar yang mana jangka hayatnya berbeza-beza mengikut keupayaan. Kadar harga spare adalah sekitar rm 100 hingga rm 500 paling mahal.


Kebaikan perniagaan ini antaranya :


1. TIADA KOS PEKERJA, kutipan dilakukan oleh owner sendiri.

2. KOS SEWA YANG MURAH, paling murah di UM kerana kadar sewa adalah RM 30 untuk sewa tapak, kadar elektrik dan air sekali.

3. PULANGAN ADALAH HARIAN, nilai keuntungan adalah tunai setiap hari 24 jam walaupun ia berbentuk syiling.

4. TIADA TAX YANG DIKENAKAN OLEH PIHAK UNIVERSITI.

5. MENJIMATKAN MASA DAN TENAGA, tidak perlu pergi ke lokasi setiap hari dan hanya perlu datang seminggu sekali untuk mengutip syiling dan juga membersihkan kawasan perniagaan.

Di harap segala info di sini dapat membantu anda membuat penilaian memngenai perniagaan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 03:38 PM | Show all posts
sekiranya saya berminat tetapi tinggal di perlis..mcm mana dgn kos penghantaran?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 03:55 PM | Show all posts
nampak mcm best...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 04:25 PM | Show all posts
ada member aku buat coin slot washing machine jugak kat universiti2 ni..... beli mesin basuh LG harga dlm RM1000++, pastu dorang pasang sendiri coin slot machine harga dalam RM500 gitu.... total RM1500.

So pada aku harga mesin encik Zamri ni agak mahal jugak la. Tapi boleh jadi jugak kerana mesinnya lebih tahan lama. Mesin jenis heavy duty kot, berbanding member aku punya dari jenis domestic use je...... Yg member aku tu takde pulak dia complaint mesin rosak ke apa. Cuma dia bagitau kengkadang tengah2 malam pun ada student call mintak bantuan teknikal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.223491 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list