CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12712|Reply: 39

PENGENDALIAN WASIAT

[Copy link]
Post time 4-7-2007 06:43 AM | Show all posts |Read mode
Artikel dari Yahoogroup Relexjap oleh Damia Different pada 26/01/2005- aku dah potong yang tidak berkenaan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NWR(A) - Kenapa perlu ada wasiat? <bU>

Assalamualaikum. As usual, thanx a lot to TM yg approved posting saya.
Apa khabar semua? Semoga dilindungi & dirahmati Allah swt setiap hari.
Maaf kepada yg menantikan posting saya tentang wasiat. Actually saya
memang plan nak hantar every 2-3 weeks aje sebabnya saya sendiri pun
banyak nak kena study tentang wasiat ni. Terima kasih kepada yg sudi
menghubungi saya samada thru mail or phone. Kepada yg hantar mail, saya
mintak maaf sebab tak semua saya sempat jawab. Tambahan pulak saya baru
balik dr 1 week family vacation dgn mertua & ipar duai (ramai yg tanya
kemana? Ala, tak jauh... sekadar nak meng'utilised'kan passport je..)

Ada sesetengah soalan yg akan terjawab dalam posting2 seterusnya.
Kepada yg bertanya tentang bezanya wasiat & hibah, ni saya terangkan
sikit. HIBAH ni sebenarnya HADIAH yg perlu dilakukan semasa kita masih
hidup & penerima patut tahu ttg hibah tersebut. Kalau nak bg rumah
kepada anak, hibahkan SEKARANG. Selepas kita mati, tanpa wasiat yg
proper, rumah tersebut akan jadi harta pusaka & sekiranya tak detailed
out dlm wasiat, ia akan difaraidkan. Since Wassiyah Shoppe(WS) juga
adalah ejen korporat ARB, kami juga ada produk Hibah yg boleh attach
sekali dgn wasiat. Yg ni kena cerita detail, nanti bila sampai bab
hibah, InsyaAllah saya akan cerita. Before I forget, nak emphasis yg WS
cuma ada wasiat Islam shj.

Kita sambung lagi cerita tentang wasiat. Di dalam Al-Quran, terdapat
beberapa ayat yang menyebut tentang wasiat, contohnya dalam Surah Al-
Baqarah (ayat 180

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2007 06:49 AM | Show all posts
Damia Different - Relexjap yahoogroup - 7 Feb 2005
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IDWR - Wasiat(2): Perlantikan WASI dan Implikasinya <bU>

Assalamualaikum

TM, thanks a lot kerana sudi menapis & meluluskan posting saya yg tak
seberapa. Kepada sahabat semua, saya doakan kita semua sihat
walafiat, gembira selalu dan semoga kehidupan sentiasa diberkati
Allah swt. Thank you so much for those yg hantar mail, motivated me.
Dan kalau masih ada soalan yg tak berjwp, esp on financial matters,
harap dapat bersabar. Seperti yg saya nyatakan dlm posting ttg wasiat
sblm ni, Sabtu lepas, saya menghadiri Bengkel Hibah & Wasiat Islam.
Banyak pengetahuan baru yg saya dapat dan InsyaAllah akan saya kongsi
bersama sedikit demi sedikit dlm posting2 saya.

OK, saya teruskan dengan cerita WASIAT. Kali ni saya nak terangkan
tentang perlantikan WASI. Perlantikan Wasi adalah element utama dalam
penulisan wasiat. Wasi @ executor ni adalah org yg akan menguruskan
tentang pembahagian harta pusaka selepas kematian kita. Tugas wasi ni
bukannya senang. Wasi kena kumpulkan harta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 06:53 AM | Show all posts
Damia Different- Relexjap yahoogroup - 1 Mac 2005
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IDWR - Wasiat(3): Siapa layak jadi WASI?<bU>

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dapat juga saya masa yg dinanti2kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 07:06 AM | Show all posts
Damia Different-Relexjap yahoogroup - 18 Mac 2005
aku dah potong yg tidak berkenaan, damia ada bagi email & contact no gak tapi aku edit gak sebab kang jadi promosi pulak, just nak share ilmu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


IDWR - Wasiat(4) : HIBAH <bU>


OK, back to WASIAT, kali ni saya nak cerita pasal HIBAH. Spt yg
pernah saya ceritakan, HIBAH ni adalah hadiah kepada seseorang. Bila
sebut hadiah, maknanya kita tidak mengharapkan balasan drp pemberian
tersebut, dan dibuat demi rasa kasih saying terhadap seseorang.
Contohnya pemberian rumah drp suami kpd isteri, ayah kpd anak,
mahupun pemberian kepada seseorang yg tiada ikatan persaudaraan. Ia
berbeza dgn pemberian yg terkandung dlm wasiat kerana pemberian tsbt
tertakluk kpd max amt 1/3 drp total harta pusaka. Dgn HIBAH, kita
boleh beri harta tersebut bulat2, dan terkeluar dr nilai harta
pusaka. Tapi, sapa nak bagi harta semasa hidup & hilang nikmat
manfaat harta tersebut? Contohnya suami bg rumah pada isteri, bila
katakan berlaku perselisihan, suami kena halau keluar, of course la
tak nak kan? So, kena la buat condition, yg mana w/pun kita bagi
sekarang, kita masih ada hak terhadap harta & manfaat atas harta
tersebut.

Pemberian HIBAH mestilah disertakan dengan wasiat. Tak perlu wasiat
yg comprehensive, cukup sekadar yg basic & masukkan klaus HIBAH.
Kemudian kena ada Surat Ikatan Amanah. Tak perlu rasanya saya
detailed out pasal surat ni sebab bila kita nak buat HIBAH regardless
dgn Wasiyyah Shoppe @ ARB @ any other companies, pengHIBAH harus tahu
semua ni before u agree to pay.

Harta2 yg boleh dihibahkan termasuklah harta tak alih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 07:13 AM | Show all posts
Damia Different - Relexjap yahoogroup - 4 April 2005
Artikel ni adalah petikan daripada Harian Metro 29 Mac 2005 pasal Wasiyyah Shoppe
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IDWR - Wasiat(5)- Wasiyyah Shoppe tawarkan ansuran sediakan wasiat

Tambahan pulak ada artikel yg saya fwd ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 07:17 AM | Show all posts
Damia Different - Relexjap yahoogroup -11 Mei 2005
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IDWR - Wasiat (6) - Practical <bU>

Assalamualaikum wbt. Thx a lot to TM. Posting ni saya tulis last
weekend tapi baru hari ni berkesempatan nak post.

---------------------------------------------------------------

Saya doakan semoga sahabat semua sihat walafiat dan gembira selalu
serta yg paling penting, sentiasa dirahmati oleh-Nya setiap masa.
Lama jugak saya tak menulis, niat tu ada tapi mencari masa yg sesuai.
Lagipun, weekend saya sekarang makin padat. Alhamdulillah suami saya
pun makin seronok dengan kerjaya baru dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-7-2007 07:21 AM | Show all posts
Damia Different - Relexjap yahoogroup -11 Julai 2005
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IDWR - Wasiat(7): Wasiat Saya <bU>

Assalamualaikum semua. First of all, terima kasih kpd TM yg
meluluskan posting saya.


OK, back to wasiat! Last posting saya dah ckp nak terangkan sedikit
ttg isi kandungan wasiat. Kalau nak tengok hard copy wasiat, kena la
jumpa saya/suami saya/wakil saya. Dlm posting, saya hanya boleh
terangkan briefly. Mana yg dah tau, ni kira mcm refresher talk. Kpd
yg baru pertama kali baca posting saya, may be quite usefull.
Actually, dokumen wasiat mengandungi klausa2 arahan atau permintaan
si mati terhadap waris atau/dan harta2nya. Sebaik sahaja berlaku
kematian, harta yang kita ada selama ni akan jadi harta pusaka, yg
bakal diwarisi oleh waris atau dihibahkan atau diwakafkan. Untuk
melaksanakan arahan tersebut, kita mestilah melantik seorang
pentadbir harta untuk melaksanakan urusan bagi pihak kita (sbb kita
dah mati masa tu..) yang digelar WASI. Sekiranya tak de, maka bermula
la episod pertama mesyuarat perlantikan WASI. Dalam sesetengah kes yg
tiada persepakatan, proses perlantikan wasi boleh ambik masa sampai
4
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 07:26 AM | Show all posts
Damia Different - relexjap yahoogroup -23 ogos 2005
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IDWR - Mengisi masa terluang & Hibah Saham <bU>

Assalamualaikum


Tak de yang menarik nak cerita sebenarnya.. Cuma satu perkembangan
terbaru Wasiyyah Shoppe. 21 Julai lepas kami launch Hibah Saham. So
sekarang ni kepada company owner, dah boleh hibahkan portion mereka.
Tak de ler sampai government kena campur tangan, siapa nak kena bagi
portion saham kita bila kita dah meninggal nanti (sounds familiar?)
itu isolated case..ada kepentingan, ada big potential, semua org nak
kan? Abis卥alau syarikat kecik ingat tak de org berminat卝angan
pandang remeh. Banyak kes yg belum settle bab pewarisan perniagaan
ni.. Ada sorang client saya sampai sekarang masih belum dapat hak dia
sebab sykt tu allahyarham suami dia kongsi dengan abang sendiri.
Since sykt tu maju jaya, abg ipar dia tak nak release..tapi dividen
dapat la..Cuma kalau client tu meninggal, anak2 dia belum tentu boleh
dapat dividen tu.. kesian kat anak2 yatim ni kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2007 07:29 AM | Show all posts
Damia - relexjap yahoogroup - 1 september 2005
adehhh tak larat nak edit dah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IDWR - Wasiat(9) : Pengisytiharan Harta Sepencarian <bU>

Assalamualaikum semua?

Sunyi nyer..ofis! Cuma tinggal <> 10 org. Selebihnya ke oversea.
Separuh ke Milan & separuh lagi ke London. Yg tinggal ni semuanya
mak2 budak. Yg bujang & bapak budak semua kena travel. Tapi, sooner
or later, mak2 budak ni kena gak gi travel cuma belum masanya?
tapi travel pun tak lama, seminggu dua je..

Kerjaya saya ni tak le pelik tapi saya tak pernah tahu kewujudannya.
Kalau saya tau, dah lama saya apply. Dulu, saya selalu merungut,
kenapa la tak de keje dalam dunia ni yg masuk lambat, so that saya
boleh uruskan anak2 & suami, settle semuanya then baru saya pergi
kerja (err..tapi gaji nak banyak!). Tapi, if possible, tak nak keje
sendiri. Hampir 3 tahun asyik sebut benda yg sama, kata2 tu kan doa,
Allah temukan dengan kerjaya ni. Syukur Alhamdulillah. Lagipun,
counterparts di London & Netherlands. Tak payah nak jumpa2 ni. Either
net meeting, emails or kalau critical to talk, buat conference je.
Hari ni actually Public Holiday for London, cuti apa entah, so tak de
keje nak buat, baik la saya menulis utk RJ.

Walaupun saya dah terangkan dalam posting yg dulu2 tapi mungkin ada
yg baru join RJ, so may be tak tahu. Sebab byk mail yg saya terima
bertanya tentang harta sepencarian. Jadi, kali ni saya nak bercerita
ttg tajuk ni. Kalau yg dah faham, tak payah la baca lagi, I will
repeat the same thing. Cuma, saya tambah satu kisah benar yg saya
baca dlm paper. Sayangnya, saya tak simpan keratan akhbar tu, ye la..
masa tu tak sangka pulak satu hari saya akan jadi penulis wasiat.

Pertama, tentang kepentingannya. Wasiat akan memastikan Harta
Sepencarian diperuntukkan kepada pasangan SEBELUM pembahagian harta
mengikut Hukum Faraid dijalankan. Harta Sepencarian juga dianggap
sebagai hutang kepada pasangan dan ia juga dapat memudahkan proses
tuntutan pasangan dan melindungi hak pasangan. Orang yg kena isytihar
harta sepencarian ni adalah pasangan kita. So, para isteri bolehlah
panjang2kan isu ni pada suami puan2. Honestly, kalau ada kesedaran,
tak payah kita nak suruh2, dia akan buat. Tapi, nak kongsi
pengetahuan pun kena caranya jugak. Ada beberapa kawan saya yang
mengadu, bila sebut tentang wasiat, husband kata, `dia belum nak
mati lagi...'. Camana saya nak tolong yer..mungkin boleh guna
pendekatan yg pernah disarankan oleh seorang penceramah dlm seminar,
ckp pada husband, `kalau abang rasa, esoknya abang nak mati, hari
sebelum tu abang buat wasiat tau..'. Frankly, saya mmg tak
sanggup
nak buat. Tapi, may be dalam nada joke, sambil2 buat lawak, mungkin
boleh la selitkan..it's all in your hand..

Seperti yg saya pernah saya katakan, saya berminat mengetahui tentang
pembahagian harta pusaka ni sejak mula2 kahwin lagi. For I gave
everything, so of course I need reciprocate? give & take la
kan? (tak
faham? Tak pe la.. tak penting pun..). So, few years back, saya
pernah terbaca luahan hati seorang ibu tunggal. Dia mmg particular
orangnya sbb suami dia ni pelik sikit. In other words, dia always
prepare sbb dia rasa tak secure ? suami jenis suka main kayu
tiga, tak bertanggungjawab, so on & so forth. Jadi, dia mmg ada satu
buku log khas untuk menampal semua resit2 perbelanjaan yg dia
keluarkan untuk anak2 & rumahtangga, terutama sekali bil2 medical &
persekolahan anak2. Sebab dia tahu, nanti kalau bercerai, ni semua
pasti berguna. Di pendekkan cerita, akhirnya dia mmg bercerai tapi
bercerai mati. Anak2 semua tengah sekolah, so mmg perit la tapi
actually dia dah biasa sbb ada suami pun, lebih kurang mcm tak de.
Tapi, bila suami meninggal, dia berjaya menuntut harta sepencarian
sehingga 50% (maximum). Hakim memuji sikap dia yg menyimpan semua
resit2 tu bertahun2.

Itu success story. Yang tak success...uncountable. Cuma kebanyakan
kita malas nak memanjangkan cerita. Dok la mengungkit tak habis,
bercerita sana-sini tapi tak take action pun, agak2 kalau fight, may
be akan dapat some portion. Zaman sekarang, hard to find isteri yang
tak membantu suami. May be ada la yg nko-nko, aku-aku. Tapi, since
dah bekerja, mesti la tak byk, sikit, kita yg keluar belanja. So,
memang sepatutnya layak nak tuntut harta sepencarian. Kalau tak nak
tuntut pun tak mengapa, halalkan aje. Tapi, jangan pula kita asyik
menyebut2 sumbangan kita kepada keluarga.

Keduanya, tentang impak pengisytiharan harta sepencarian yg
dinyatakan dalam wasiat. Harta Sepencarian yang disebut di dalam
wasiat adalah harta yang layak dituntut SELEPAS berlaku KEMATIAN.
Bukannya SELEPAS berlaku PERCERAIAN. Mmg boleh tuntut Harta
Sepencarian selepas perceraian tapi bukan dgn klausa yg diisytihar
dalam wasiat. Kan ke wasiat tu terang2 maksudnya `Iqrar seseorang
yang diperbuat masa hayatnya ke atas hartanya atau manafaat untuk
menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang
dibenarkan menurut Hukum Syariah selepas dia mati'. Diulang,
"selepas dia mati". Nak tuntut harta sepencarian selepas
perceraian,
sila ke Mahkamah Syariah dan saya mintak maaf saya pun tak sure how
to go thru it. Saya cuma nak emphasis, yg Pengisytiharan Harta
Sepencarian yg dibuat dalam wasiat tak de kena mengena dgn
perceraian. Ada client yg tak nak isytihar harta sepencarian sebab
takut nanti, kalau berlaku perceraian, isteri tuntut harta
sepencarian sampai nak muflis. Kena pulak kes2 tuntutan harta
sepencarian terutama bg orang2 kaya & ternama ni selalu masuk paper,
so, tu yg mereka makin takut. Padahal, orang yg kena tuntut harta
sepencarian tu ntah ada wasiat ntah tidak...

OK, till then. Semoga ada yang boleh dijadikan panduan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 07:31 AM | Show all posts
Damia-Relexjap - 9 Dec 2005
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IDWR - Wasiat(10) : Pembatalan Hibah dan Pengalaman Baru <bU>

Assalamualaikum.

Pertama sekali, terima kasih buat TM yg sudi meluluskan posting drp
saya yg lebih byk tenggelam dari timbul. Apa khabar sahabat semua.
Saya doakan semoga semuanya sihat walafiat dan memperoleh kehidupan
yg sentiasa diberkati Allah swt. Lama sungguh rasanya tak menulis
untuk RJ. Bukan faktor masa yg membataskan tapi faktor lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 07:35 AM | Show all posts
Damia-relexjap-17 Jan 2006, artikel HM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IDWR(F) - Potong Gaji Bayar Wasiat <uR>

Assalamualaikum.

Saya dah lama mencari artikel ni untuk fwd ke RJ, baru sekarang
dapat. Ini adalah produk terbaru kami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 07:39 AM | Show all posts
Damia-Relexjap 22 Jan 2006
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NWR(A) - Duit Duit Dimana Kau Duit ??<bU>

Assalamualaikum. Terima kasih buat TM kalau posting ni lepas. Masih
boring di ofis, menunggu respond dr Netherland, entah bila nak
sampai..baca RJ dan terasa nak menyampuk...

Membaca posting Zaidi, teringat naik Aeroline dr Singapore, masa
birthday saya thn lepas. Suami bawak gi honeymoon ke sana. Tapi saya
tak stay kat Grand Copthorne Water Front Hotel la, bayar sendiri
kan... Punya la lama tak naik bas for long journey, `perak' sungguh.
Naik lak bas 2 tingkat, tak duduk kat atas pun, duduk kat bawah je,
sambil tgk scenery, tgk video dan makan2. Dinner provided, mcm rasa
naik flight. Sampai KL, pak mertua & anak2 yg jemput. Nampak saya
turun bas 2 tingkat, sampai ke hari ni anak2 menyebut kenapa ibu/ayah
belum bawak diorang naik bas 2 tingkat!

Saya harap artikel saya ni tidak menimbulkan kemarahan Zaidi. Saya
faham niat dia nak share ilmu yg dia ada, saya juga begitu. Saya juga
pernah menulis ttg financial dan saya juga dpt respon mcm dia. Cuma
saya rasa saya tak berapa responsif sgt dgn respon negatif yg saya
terima. Bukanlah saya ni humble sesangat, tapi sbb suami saya selalu
pesan mcm2 (in fact dia selalu filter posting saya). Yg paling selalu
dia ckp, biar org pandang kita mcmana pun, tak memberi apa2 impact
pun...tapi always think what Allah says about us, that is crucial.
Kalau ikutkan hati saya, mau panas RJ ni kot..

Saya pun masih makan gaji dan dlm financial thingy, saya rasa byk
persamaan dgn Zaidi (but I believe he's better than me). Saya juga
mcm beliau. Walaupun dah jadi consultant dan gaji almost tripple dr
dulu (masa jd kulikutif kat oil & gas comp tu..), saya tetap mcm
dulu. Baju kurung dan kasut tu juga la. Yg makin bertambah ialah
property & EPF je..(eh! ada lg la yg bertambah, berat naik satu kilo
lagi...mana taknya, mkn kek aje..) Saya masih memakai satu2nya
handbag yg saya ada, hantaran kahwin 8 tahun lalu. Husband saya juga
masih memakai wallet hantaran. Kekadang ada hati gak nak tukar, kalau
kat display rack kat shopping complex tu, dah pegang2, tapi bila
pikir 2-3 kali, mesti tak jadi. Anak saya juga saya tak ajar hidup
mewah. Buat apa nak beli mahal2, setiap tahun kena tukar baju sbb
kanak2 cepat membesar.

Saya nak sentuh ttg ASB. Memang, sesiapa shj baik bumi or non-bumi yg
financial literate, tahu ASB tu menguntungkan. Dan financial masters
pun always cadangkan melabur dgn ASB. Tapi satu doubt, sama ada ia
dah Islamic ke belum. Saya tak mengikuti perkembangan ASB jadi saya
tak tahu. Cuma yg saya tau ASB bg 8.5% for last year's dividend.
Officemate saya baru je withdraw, dia yg citer.

Kalau ASB tu tak halal, nak simpan kat mana lagi? Mungkin boleh letak
dalam Tabung Haji. Walaupun dapat cuma 4.5%, tapi dah siap zakat. Tak
perlu keluarkan zakat simpanan. And then, kalau simpanan dah
menjangkau 10K, lorr.. dah boleh pegi haji dah kita..tapi kena la
daftar dulu. Kena ikut giliran. Kalau tak dapat giliran, apa kata
buat umrah dulu. Mid Feb or early March ni dah boleh pegi..bukannya
mahal, cuma 3-4K je. Survey la beberapa travel agency, byk yg
menawarkan pekej murah, tambahan pula lepas musim haji, memang
murah...How I wish I could be there again...Bila tengok TV cerita
pasal haji baru2 ni, sebak je..

Another think yg saya nak add ialah, financial planning for bachelor
is quite easy as compared to family. (Errr... saya doakan Zaidi akan
bertemu jodoh dgn salah sorang aweks in his collection. Amin..)
Financial planning for family, husband & wife kena sama2 develop satu
tujuan (and both of u agree). Method pun kena sama. Kebanyakan
married couple buat budget sendiri2. Bukan tak boleh, tapi susah.
Mana tak susah, kalau sorang rasa patut pakai satu cr card shj, yg
sorang lg kata, mana cukup satu cr card je! Tak ke haru? Sorang kata,
kita tak payah decorate rumah cantik2, yg penting kita kena savings
utk masa depan. Sorang pulak kata, ehhhh mana boleh! Nak ikut gak
style IKEA! Pening cam tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 07:40 AM | Show all posts
Ok, aku rasa mata aku pun dah berpinau ni..korang pun selamat la meminaukan mata ...sebelum tu, aku bukanlah penulis artikel tu...sekadar berkongsi saja kaedahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 07:42 AM | Show all posts
utk yg rasa mata lum cukup pinau, boleh baca lagi artikel kat web ARB
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by mantan at 4-7-2007 07:42 AM
utk yg rasa mata lum cukup pinau, boleh baca lagi artikel kat web ARB


ada lagi tak sambungannya? pls continue. very informative. thank.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2007 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 4-7-2007 08:34 AM


ada lagi tak sambungannya? pls continue. very informative. thank.


yg artikel secara rasmi tu takde dah, tapi ada la sikit2 komen n coretan dia pasal wasiat ni, nanti aku gali2 lagi , buat sementara tu boleh baca artikel kat web Amanah Raya Berhad ada 22 bahagian, jadi boleh la teruk klik ke link nya http://www.arb.com.my/article.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2007 09:53 AM | Show all posts
Good article..pjg lebar citernye..

memang penting WILL nie..

Org puteh kata 'Live with passion & Leave with a WILL!'..probably is one of the
most important deeds you can ever do for your loved ones..

Mcm Princess Diana prepared four years ahead sbelom mati eksiden..In her Will, she appointed abg and mak dia utk jaga anak dia. She left behind her estate to both of her son Prince William and Prince Harry in equal shares which will be held in trust by her trustees until her son reached 25 years old.

Kalau tak, mau dpt kat Charles & bini baru..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 01:24 AM | Show all posts
org melayu cakap: when there is no WILL..there is a WAR!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 04:42 PM | Show all posts
sapa2 ada contoh surat wasiat yg real tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 04:54 PM | Show all posts
ARB ni bukan cekik darah ke charge customer..???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.086299 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list