CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mantan

PENGENDALIAN WASIAT

[Copy link]
 Author| Post time 19-7-2007 08:13 PM | Show all posts

Reply #20 t@t's post

yg aku tau kalau nak buat wasiat bayaran standard lebih kurang je...cuma kalau org tu meninggal then takde wasiat mmg ada ler charge yg mahal arb kenakan sebab dah jadi byk urusan kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2007 07:06 AM | Show all posts
Lagi artikel pasal wasiat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kewajipan Merancang Perwarisan  Harta Islam
Nor Hartini Bt. Saari

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1303&cmd=resetall

Umat Islam sedia maklum bahawa harta adalah satu tuntutan fitrahmanusia. Dengan harta, seseorang itu boleh hidup dengan hati senang,dan sudah tentu keluarga akan bahagia dan gembira. Di dalam Al Quran,surah Al Kahfi ayat 46, telah menjelaskan bahawa antara perhiasanmanusia di dunia ialah keinginan kepada pasangan, lelaki atauperempuan, keinginan untuk beranak pinak, kenderaan, emas, perak,binatang ternakan, ladang dan sebagainya. Apa yang dinyatakan inidisebut sebagai harta. Sehubungan itu, dalam meneruskan kelangsunganhidup ini, perancangan perwarisan harta amat penting diberi penekanan.Namun, berapa ramaikah umat Islam hari ini yang menyedari betapapentingnya perwarisan harta Islam ini? Sedar atau tidak, dalamsistem perwarisan ini sudah wujud sejak 1400 tahun dahulu. Tetapimalangnya masih ramai lagi umat Islam sendiri yang tidak dapatmemahaminya. Akibatnya harta yang sepatutnya menjadi punca kebahagiankeluarga itu bertukar menjadi satu perbalahan, pertelingkahan danpergaduhan dalam keluarga berkenaan. Jika dilihat kepada perangkaanyang dikeluarkan, berkaitan nilai hartanah Melayu, yang tidak dapatdiselesaikan perwarisannya adalah dianggarkan sebanyak RM 38 billion.Manakala jumlah wang yang tidak dituntut (registrar of unclaimed money)ialah sebanyak RM1.8 billion dan jumlah yang tidak dituntut keranatidak selesai perwarisannya terutama yang berada di bawah CarumanKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), koperasi-koperasi, LembagaTabung Haji (LTH) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah sebanyakRM 70 juta.

Mengapa keadaan ini masih berlaku, jika umat Islam hari ini dikatakan bijak dalam membuat perancangan membabitkan harta pusaka? Mungkinkah kejahilan waris itu sendiri mengenai aliran pengurusan harta pusaka atau kejahilan waris mengenai hukum harta pusaka dari segi agama, antara sebab utama kenapa harta pusaka masih tertunggak dengan nilai yang tinggi di Malaysia sehingga menjadi penghalang kepada kemajuan negara atau adakah disebabkan oleh birokrasi dan kelemahan sistem penyampaian dalam menguruskan dana-dana ini kepada pewaris?

Dalam menghadapi keadaan ini, perancangan adalah kunci utama dan teras kecemerlangan sama ada dalam urusan duniawi mahu pun ukhrawi. Hakikat kewajipan merancang ini, sebenarnya telah dinyatakan menerusi firman Allah S.W.T, dalam surah Yusuf ayat 47-48, menjelaskan kepada kita bahawa bagaimana persediaan yang telah dilakukan oleh NabiYusuf, bagi menghadapi musibah pada masa akan datang yang melibatkan perancangan harta yang baik. Sebagai contoh, dalam melakukan perancangan ini institusi kekeluargaan terutamanya ibu bapa bolehlah mencarum kepada pelan-pelan Takaful seperti pendidikan dan siswa untuk persediaan pembiayaan pelajaran anak-anak pada masa hadapan.

Apa yang penting sebagai umat Islam, kita boleh menggunakan faham perancangan dan persediaan ini dalam kehidupan harian. Ini kerana,persediaan atau perancangan yang rapi dan teliti dapat mengelakkan diri daripada masalah yang bakal berlaku pada masa hadapan. Namun timbul persoalan di fikiran kebanyakan umat Islam hari ini, mengapa perlunya perancangan perwarisan harta ini? Tambahan pula, negara kita telah adasistem faraid yang menentukan agihan pusaka. Jika dilihat faham seumpama ini wujud akibat tahap kesedaran dan pengetahuan umat Islam berkenaan perwarisan harta yang masih rendah.
Tidak dinafikan,pada zaman dahulu, terdapat sebilangan umat Islam yang membuat perancangan harta sebelum meninggal dunia, tetapi tidaklah secara rasmi dalam bentuk sebagaimana yang ada pada hari ini. Ketika itu merekalebih banyak menyatakan hasrat hanya secara lisan. Walaupun menurut ulama-ulama zaman silam, perancangan sebegini dibenarkan dalam agama,namun ianya masih menimbulkan pertikaian sesudah kematian waristersebut kerana tiada bukti untuk pengesahan.

Oleh itu, kewajipan kita sebagai umat Islam dalam membuat perancangan perlulah diterapkan dalam jiwa dan akal fikiran umat Islam hari ini. Adalah diakui,perancangan perwarisan lazimnya di pandang remeh oleh masyarakat. Adajuga beranggapan bahawa perancangn ini hanya sesuai bagi mereka yangberpendapatan lumayan, berharta dan bagi yang lanjut usianya. Mungkindisebabkan kurang kefahaman dan kesedaran ini menyebabkan terdapatbanyak nilai hartanah orang Melayu di negara kita yang masih lagitertunggak hingga kini.

Selain itu, tidak dinafikan bahawa, masih ramai umat Islam di negara kita masih belum memahami dan menghayati tentang perancangan perwarisan ini. Sebagai umat Islam kita sebenarnya harus mengetahui hukum-hukum dan hal-hal yang berhubung denganperwarisan harta ini. Di samping itu, perlaksanann undang-undang dansistem pentadbiran perwarisan yang sedia ada juga masih mempuyai ruanguntuk diperkemas dan diperkasakan lagi. Sebagai contoh, mewujudkansistem Pendaftar Wasiat Malaysia yang memudahkan orang ramai untukmendaftarkan wasiat mereka. Dengan adanya sistem ini, maka pewarisboleh menentukan dengan pasti samada wasiat dibuat atau tidak. Olehitu, dengan adanya kefahaman dan kesedaran di kalangan umat Islam,nescaya sedikit sebanyak ia dapat membantu merungkai permasalahandaripada terus berlaku pertelingkahan dan perselisihan faham antaraahli keluarga.

Apa yang perlu diberi perhatian juga, sebagai pekerja yang membuat caruman dalam KWSP, mereka berkewajipan membuat perancangan dalam menamakan pewaris. Kegiatan penamaan bukan sahaja melibatkan KWSP malah mereka yang mempunyai simpanan dalam LembagaTabung Haji (LTH), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan mana-manakoperasi yang dimasuki juga perlulah dilantik penama tersebut. Hal ini penting dari sudut pentadbiran harta, di mana perlantikan penama dapat memudahkan agihan pencarum itu nanti. Jika tidak dilantik, ia sukaruntuk mengeluarkan caruman tersebut. Sebabnya apabila seseorang itumeninggal dunia hartanya akan dibekukan. Malah jika ini diabaikanekonomi negara kita juga tidak dapat berkembang dengan lebih pesatkerana ia bersifat jumud.

Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh pihak tertentu terutama, badan amanah sama ada kerajaan mahupun swasta. Tangunggjawab mereka dalam menerangkan kaedah membuatpewarisan ini sangat penting dalam memberikan penjelasan yang mendalamdan telus dalam hal ini. Sebagai pihak yang diamanahkan mereka perlulahmenjelaskan kepada umat Islam peranan kepentingan merancang perwarisandan perkhidmatan pengurusan harta pusaka yang dijalankan dan bukansekadar menjelaskan kepada umat Islam bagaimana membuat wasiat yang murah sahaja.

Kesimpulannya, sebagai umat Islam kewajipan merancang perwarisan harta Islam haruslah dibuat dengan bijak danteliti. Amalan yang dinamakan perancangan perwarisan harta ini bukanhanya sekadar mengumpul, mengurus dan melindungi harta semata-mata,sebaliknya harta dan kekayaan yang dimiliki harus dipastikan dapatdiwarisi dengan sebaik-baiknya tanpa menimbulkan kesulitan kepada warisyang layak menerimanya. Justeru, sebagai umat Islam, persediaanmerancang pewarisan harta ini perlulah dilakukan segera kerana ajal danmaut adalah ketentuan Ilahi. Apabila tiba masanya ia tidak akan dilewatataupun dipercepatkan walaupun sesaat.

[ Last edited by  mantan at 11-8-2007 07:16 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2007 07:13 AM | Show all posts

Reply #19 tobby's post

dalam web aku tak jumpa lagi yg formal, tapi ada satu contoh ayat wasiat dari Majlis Agama Islam. Tapi ada buku pasal wasiat, dlam tu ada contoh surat wasiat, tajuk buku tu Panduan Wasiat Islam dan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia oleh Amir Bahari, ISBN 983-41176-1, tapi aku takde la, sapa ada beli boleh share maklumat
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 06:32 PM | Show all posts
Man,
kawe terjumpa pulok thread mung kat sini...
anyhow good info...
kawe dah amik pon wasiat dgn agen ARB...
bayar pon tak mahal sangat, RM250 saja...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 12:35 AM | Show all posts
Originally posted by tam99 at 17-8-2007 06:32 PM
Man,
kawe terjumpa pulok thread mung kat sini...
anyhow good info...
kawe dah amik pon wasiat dgn agen ARB...
bayar pon tak mahal sangat, RM250 saja...


tam, ada sorang agent ARB ni jumpa aku... dia ckp rm350 for muslims, rm500 for non-muslims... if ada amendment on our wasiat later on, takde dikenakan any charges dah...

tapi mu kena rm250 je... adakah kemungkinan agent yg aku jumpa ni mark up nak dpt komisyen lebih?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 12:44 AM | Show all posts
Originally posted by whomyd at 18-8-2007 12:35 AM


tam, ada sorang agent ARB ni jumpa aku... dia ckp rm350 for muslims, rm500 for non-muslims... if ada amendment on our wasiat later on, takde dikenakan any charges dah...

tapi mu kena rm250 ...


mungkin harta ko juta2 kot..pengurusan fee mahal la sket
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-8-2007 05:41 AM | Show all posts
Originally posted by tam99 at 17-8-2007 06:32 PM
Man,
kawe terjumpa pulok thread mung kat sini...
anyhow good info...
kawe dah amik pon wasiat dgn agen ARB...
bayar pon tak mahal sangat, RM250 saja...


hehhehe jupe jugok mung kat sini, kawe takde wasiat lagi tam, balik mesia nanti ingat nak uruskan semuanya, tak tahu ler sempat ke dak nak cover semua urusan nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 12:53 AM | Show all posts
Originally posted by jenglut at 18-8-2007 12:44 AM


mungkin harta ko juta2 kot..pengurusan fee mahal la sket


aku pun harap harta aku ada juta2 skarang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 04:24 PM | Show all posts
ini info's yg aku baru dpt...

Wasiah Soppe now ni dah kenakan service charge bagi setiap
wasit yg dibuat RM100 sethn..dan lagi rega utk buat wasiat ni
pun dah naikkan..? dlm RM350 +-...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 11:14 AM | Show all posts
ARB buat promotion until 31 August ni...registration RM150 jek..cepat grab, normally RM350..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 02:58 PM | Show all posts

Reply #30 jenglut's post

Utk yg rega RM150 setiap kali perubahan pada wasiat akan dicharge RM50

Utk yg rega RM350 tiada charge dikenakan jika nak amment apa2 perubahan pd will..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 08:25 AM | Show all posts
Aku rasa ramai yg masih tidak jelas bagaimana Wasiat ARB ni berfungsi

Aku dah pi ARB utk dptkan info..(coz aku ni mmg ske cari info's.. )

1) Mula2 kita register utk Open Tender Will - maknanya bukak akaun dgn ARB-RM150
    Bila kita register utk wasiat terbuka  ini tidak bermakna
    kita dah bole wasiatkan pd sapa2 yg kita nak..

Once kita dah register dgn ARB otomatik pembahagian reta akan folow faraid
   yg mana telah ada siap2 hak pembahagian utk:
    1) Ibu                 - 1/6
     2)Bapa              - 1/6
     3) Suami /isteri          - 1/4
     4)Anak : L - 5/18      P - 5/36

dan kita tak bole utk skip/potong mana2 waris yg dinyatakan diatas krn dah folow faraid..

dan bila kita nak masukkan nama bg sebarang perubahan wasiat kena bayar RM50 bg setiap
perubahan



Soklan aku pd ARB yg buat aku geram ialah..(coz depa mcm x bole bagi jawapan konpiden..)

1) Katakan aku telah beli rumah 15thn dulu waktu aku belum kawin..dan penama
    utk rumah tu aku telah letak nama Ibu (dlm agrement loan utk bank) then,
   bila aku buat wasiat aku letakkan penama baru adalah isteri/suami/anak dokumen mana
  yg lebih digunapakai...?
  a) Aggrement dgn Bank @
b) Wasiat dgn ARB....

Jawapan ARB...

1) Memula tu cam tak pasti...tergagap2 bg jawapan..then bila aku argue lagi..jawapan ke-2
2) ARB akan bincang dgn bank samada bank bole release penama lama utk ganti penama
    baru dgn syarat jika penama lama setuju utk lepas hak...
   dan jika....,
Penama lama tidak setuju utk lepas hak..then ARB tak bole nak buat apa coz
result pd pihak Bank....

:@ :@  Camtu baik tak yah buat wasiat..kalo ARB ni tak power mana kuasa dia...

[ Last edited by  koko2 at 30-8-2007 09:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 08:36 AM | Show all posts
Ada lagi...

Jika ada antara waris yg tidak puashati dgn wasiat yg telah dibuat waris masih bole
pertikaikan di mahkamah KEPUTUSAN WASIAT tersebut dan
kes bole dibawa ke mahkamah....sehingga diputuskan kemudian..

Kalo dah terjadi spt kes diatas..akan makan masa jugak pembahagian reta tersebut..

:@ :@  Kalo camni TAK GUNA juga buat wasiat kerana masih bole dipertikaikan..

Dan ARB seperti tiada kuasa utk pertahankan arahan/hajat/kehendak pewasiat .

Bukankah WASIAT itu adalah atas arahan/kemahuan/hajat PEWASIAT semasa
hidupnya..?

Actually byk lagi soklan yg aku tanya..
dan staff ARB cam tak bole bagi jawapan konpiden

Aku cukup heran..camana ARB bole HIRE staff yg tak bole bagi jawapan munasabah
pada client...jawap soklan tergagap2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 09:37 AM | Show all posts
Ada lagi......

Jgn korang ingat bila nak buat wasiat...then wasiat itu akan berjln terus..
ooooo tidak....

Ada charge & prosesnya..

1) DEPOSIT   - Waris mesti bayar/depositkan  RM1000 kpd ARB bagi urusan
                        pembahagian wasiat tersebut dan jika selagi bayaran DEPOSIT
                        ini tidak dijelaskan..maka pembahagian wasiat tidak akan berjalan..

2) Fee Pentadbiran - 1) 4% bagi RM25,000 yg pertama
                                 2) 3% bagi RM225,000 yg ke2
                                 3) 2% bagi RM250,000 yg ke3
                                 4) 1% bagi RM500,000 yg ke4
                                 5) kiraan yg seterusnya...

Fee pentd. ini sama ada di bayar oleh waris @ diambil dr akaun pewasiat (jika pewasiat
ada akaun bank yg mana ARB di amanahkan sbg penjaga)

Kiraan Fee pentd

Jika reta bernilai 500,000 jadinya..

1) 500k - 25k (bagi 4% pertama) =475K

2) 475K - 225K ( bagi 3% ke2) = 250K

3) 250K bagi 2% ke3..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 02:18 PM | Show all posts

Reply #32 koko2's post

Soklan aku pd ARB yg buat aku geram ialah..(coz depa mcm x bole bagi jawapan konpiden..)

1) Katakan aku telah beli rumah 15thn dulu waktu aku belum kawin..dan penama
    utk rumah tu aku telah letak nama Ibu (dlm agrement loan utk bank) then,
   bila aku buat wasiat aku letakkan penama baru adalah isteri/suami/anak dokumen mana
  yg lebih digunapakai...?
  a) Aggrement dgn Bank @
b) Wasiat dgn ARB....


aku nak tambah info utk soalan koko..

Selalunya dokumen wasiat yg dibuat adalah untuk Pelantikan Wasi dan
wasiat 1/3 bukan waris..
Perlantikan wasi adalah penting utk mempercepatkan proses pengurusan Harta  
kena faham yg dokumen wasiat tu bukan utk Pembahagian Harta.
Kalau dlm wasiat ni ada mention pasal pembahagian harta, ia masih boleh dicontest..

Dalam kes koko, penama rumah adalah ibunya, dan dlm wasiat penamanya ialah isteri.. dlm kes ni wasiat tu tak boleh overrule penama dlm agreement dgn bank.

Katalah koko mati, nama rumah bertukar kepada nama ibu, tetapi rumah itu skrg dah jadi harta pusaka.. so ada bahagian utk isteri dan anak anak jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 02:28 PM | Show all posts
koko - kalau buat wasiat dan kita ada buat arahan utk pengagihan harta, arahan ini memang boleh dicontest..

so macammana nak make sure tak boleh contest ialah dgn membuiat hibah..
hibah adalah pemberian kepada isteri/anak atas dasar kasih sayang dimana manfaaat hanya boleh didapat setelah penghibah mati..
dokumen hibah memang diguna pakai di mahkamah..

so perlu ker tak perlu buat wasiat ni?

kalau nilai harta kurang dari rm600k.. tak payah ler.. pasal pejabat pusaka kecil tak recognise pun dokumen wasiat ni..
untuk harta lebih dari rm600k, kita memng perlukan dokumen perlantikan wasi utk dptkan grant of probet di mahkamah tinggi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2008 09:05 PM | Show all posts
ni nak dapatkan confirmation dr wakil Wassiyah Shoppe, betul ke WS sekarang bukan lagi agent korperat ARB?
If betul  kat mana WS simpan semua wasiat pelanggan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 04:13 PM | Show all posts
Originally posted by aziiemy at 19-11-2007 02:28 PM
koko - kalau buat wasiat dan kita ada buat arahan utk pengagihan harta, arahan ini memang boleh dicontest..

so macammana nak make sure tak boleh contest ialah dgn membuiat hibah..
hibah adal ...



Wasiat adalah perlu sebelum hibah boleh dibuat..
soalan saya..adakah bentuk klause ttg hibah didalam wasiat seperti "selepas kematian saya, saya serahkan sebuah rumah berno....di....kepada ali....."
atau adakah perlu dibuat transfer prior to the death...
tak clear la tang ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 11:47 PM | Show all posts
produk baru ASNB - Hibah Amanah...


Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 06:48 AM | Show all posts
ada sesiapa boleh tunjuk contoh wasiat bertulis
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.434086 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list