CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Hukuman sebat terhadap kanak-kanak

[Copy link]
 Author| Post time 4-9-2007 11:40 AM | Show all posts
K'jaan pertimbang rotan pelajar di depan ramai
03-09-2007 06:54:37 PM  


KUALA LUMPUR:  Kementerian Pelajaran sedang mengkaji sama ada tindakan merotan di khalayak ramai perlu dikembalikan bagi menghukum pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Timbalan Menterinya Datuk Noh Omar berkata segala penggubalan undang-undang dan peraturan akan diambil kira supaya ia bersesuaian serta tidak bercanggah dengan akta sedia ada.

"Kita sedang bincang dan kita juga perlu ambil kira kerana ketika peraturan public canning (merotan di khalayak ramai) itu diwujudkan pada tahun 1959, pada masa itu belum lagi ada Akta Hak Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," katanya menjawab soalan Datuk Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Wan Hashim mencadangkan agar hukuman rotan di khalayak ramai dikembalikan semula kerana hukuman menakutkan itu dapat mengatasi masalah disiplin pelajar dan mengubah kelakuan pelajar menjadi lebih baik.

Noh berkata kuasa merotan diberikan kepada pengetua atau guru besar, namun peraturan itu dilonggarkan apabila kementerian mengeluarkan satu pekeliling pada 2003 mengenai larangan hukuman tersebut di khalayak ramai.

"Oleh kerana tindakan merotan ini bukan sahaja untuk menghukum tetapi juga untuk mendidik maka dalam Pekeliling 2003, telah dinyatakan rotan di khalayak ramai tidak dibenarkan melainkan rotan mestilah di dalam bilik guru dan disaksikan oleh seorang guru," katanya.

Mengenai isu disiplin, Noh berkata masalah itu bukan sahaja berlaku di sekolah agama dan sekolah berasrama penuh kerana melalui laporan yang diterima, ia turut melibatkan sekolah harian.

"Semua pengetua sekolah berasrama akan diberikan kursus untuk mengingatkan mereka tentang bahayanya budaya ragging (membuli) atau orientasi dan kita turut menjemput pegawai polis untuk memberi ceramah kepada pelajar senior (lama) sebelum sesi persekolahan bermula," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga tidak boleh menghalang media massa menyiarkan masalah disiplin pelajar sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2007 03:20 PM | Show all posts
ish...janganlah...kesian .....sakit tau biler kene sebat...
lagi2 depan orang ramai.... x sakit pon boleh jadi sakit...
dah la sakit.. malu lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 03:24 PM | Show all posts
kalau tak nak sakit
tak nak malu

jgn buat perangai
ikut undang2
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by muslyn at 9-7-2007 04:22 PM
negara2 yg' menentang keras' rotan tu, anak2 depa jadi baik ke bila besar? yg i nampak, lagi kurang ajar ada lah.. lagi rosak akhlak ada lah.. umur belasan tahun dah legal to have sex.. anak bole ...



fuhyoo muslyn..dasat u ek...takut i hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 09:37 AM | Show all posts
Kat sini tak boleh 'smack' bum anak2 apatah lagi kena rotan. I not sure dah diharamkan or nak diharamkan 'smacking' ni.

Banyak yg bantah kerajaan cuba buat law mcm tu. Sbbnye setengah mak bapak fikir, hak mendidik anak2 tu hak persendirian dan bukan hak kerajaan menentukan. Ada jugak parent yg bersetuju jika 'smacking' ni di haramkan. Sbb pada diaorang tak de siapa yg boleh memukul atau menyakitkan sesiapa. Apatah anak2 sendiri.

Tapi yg pasti, kalau you nak smack anak2 kat sini, kenalah smack kat rumah. Org tak nampak. Silap hari bulan ada pulak 'dobber' (yg suka merepot) yg merepot kat pihak berkuasa yg you telah mendera anak2 you.
Reply

Use magic Report

pintujamban This user has been deleted
Post time 5-9-2007 12:01 PM | Show all posts
Jangan rotan! Kalau degil letak kat tengah tengah laut, suruh dia kerja, tak payah sekolah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2007 09:24 AM | Show all posts
Kenapa tidak laksana hukuman rotan


Pendapat

KENAKALAN remaja memang diakui suatu yang lazim. Namun ini tidak bermakna kita perlu tunduk pada kebiadapan dan kenakalan keterlaluan.

Memang jika melihat statistik, peratusan pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin sekitar dua peratus daripada lima juta pelajar seluruh negara. Namun, dengan 56,500 kes disiplin yang dilaporkan sepanjang Januari sehingga Mei tahun ini sahaja, tidakkah ia suatu jumlah yang besar?

Itu hanya terhad kepada kes rasmi yang dilaporkan. Dipercayai banyak lagi kes disiplin pelajar tidak dilaporkan atas faktor tertentu.

Adakah ketenatan tahap disiplin pelajar kini berpunca daripada hukuman dan tindakan disiplin yang terlalu 憀emah lembut
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.069904 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list