CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
1234567Next
Return Post new threads
Show: 20284|Reply: 153

BEKAM

[Copy link]
Syd  

180

Threads

10

Fans

1210k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
11-10-2004

Legenderer

Post on 5-2-2007 10:19 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Ceria Menawan:Bekam berkesan cegah penyakitOleh Ziauddin Sharuddin

Akubekam gunakan alat peniti khas berjarum halus, manakala di kepala tidak perlu cukur rambut.




KEINGINAN untuk hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Antara kaedah yang sudah lama wujud di negara ini, tetapi tidak begitu mendapat perhatian masyarakat ialah bekam.

Apakah bekam? Ia adalah proses membuang darah toksik dari dalam tubuh melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia.

Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.

Teknik ini dikatakan berasal dari China sejak 1,500 tahun lalu. Ada juga pendapat menyatakan asal-usul bekam bermula di Timur Tengah dengan masyarakat Arab memanggil teknik ini sebagai al-Hijamah yang bermaksud membuang darah kotor.

Bagaimanapun, sejak sekian lama bekam mempunyai imej negatif bukan saja di negara ini, malah di kebanyakan negara yang mengamalkan teknik ini.

Masih wujud hingga hari ini, pemandangan orang berkerumun di tepi jalan menyaksikan tukang bekam melaksanakan tugas. Pelanggan pula duduk di atas kerusi dengan gelas kaca atau tanduk kerbau melekat pada belakang badan.



Tanpa menghiraukan suasana sesak dan habuk berterbangan, bekam dilabelkan sebagai amalan perubatan tradisional tepi jalan.

Ini menyebabkan bekam sering dipandang serong oleh majoriti masyarakat di negara ini, terutama apabila kemudahan perubatan moden semakin baik dan mudah diperoleh, apatah lagi apabila perubatan tradisional diukur berdasarkan piawaian perubatan moden.

Ketika gambaran ini terpahat kukuh di kalangan masyarakat, Dr Helena Abdullah, yang mengasaskan Akubekam mengubah pandangan negatif ini apabila memodenkan teknik bekam dengan menggunakan teknologi moden.

Beroperasi di premis menyerupai sebuah klinik perubatan moden, katanya seperti amalan perubatan moden, peralatan yang digunakan dibersihkan melalui proses pensterilan selepas digunakan.

“Teknik Akubekam membolehkan kesan torehan yang selalunya boleh dilihat dengan jelas selepas berbekam tidak kelihatan,

12

Threads

4

Fans

610k

Points

Master

M E R D E K A ! 1957- 2005

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Joined
22-8-2002
Post on 7-2-2007 11:33 AM |All posts
Mat salleh dkt sini guna lintah jer utk buang darah kotor.
◄Assalamu-'alykum wa-rahmatullaahi-wa-barakatuh. Satu Agama Berbeza Pendapat, Matlamat Akhir Ke Jannah Jua. Insya-Alla

0

Threads

0

Fans

784

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
22-6-2006
Post on 7-2-2007 12:42 PM |All posts
isk..takut tgk pic kulit lepas bekam tu

9

Threads

1

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
15-7-2005
Post on 7-2-2007 01:24 PM |All posts
xnak....takuttt...

kalu lintah lak geli.....

0

Threads

0

Fans

1687

Points

Deactivate

Joined
24-4-2006
Post on 7-2-2007 04:25 PM |All posts
bulan lepas saya baru jer berbekam.. tapi bukan kat tepi jln.. yg ni kakak
datang rumah.. bekam tak pakai pisau tapi pakai jarum.. kakak ni ok setiap
kali nak  cucuk org dia tukar jarum.. siap pakai sarung tgn lagi.. saya panggil
kakak ni sebab dgr citer dari kawan yg kawan mak dia lumpuh lama tak bgn
dah lama berubat dgn doktor tapi lepas berubat dgn kakak ni terus beransur2
baik dan skrg dah blh jln..  kakak ni bukan bomoh tau tapi tukang urut..

4

Threads

0

Fans

1734

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
10-4-2006
Post on 7-2-2007 05:06 PM |All posts
teringin nak berbekam tp ada low blood pressure, tak boleh la plak.

mimpi, akak bekam tu dok mana?
Syd  

180

Threads

10

Fans

1210k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
11-10-2004

Legenderer

Post on 12-2-2007 02:09 PM |All posts
err err err

rasa apa eh?

sakit pepedih ek?

aypru This user has been deleted
Post on 12-2-2007 04:26 PM |All posts
taklah ok je tapi mmg bagus sbb lepas buat rasa wajah berseri dan cerah je.Masa dia toreh tu rasa sakit sikit tapi masa sedut tu tak sakit.
nde  

1

Threads

0

Fans

6589

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
24-8-2004
Post on 12-2-2007 04:50 PM |All posts
hubby nde buat kat akubekam tu. dia ada gout...bl balik umah ada le kesan bulat2 berbintik2 kat belakang, bawah lutut, kat kaki, dekat jari kaki..ada bekas kecik ada yg besor...lps tu ada ubat sapu kat bekas bekam tu..dlm 3 hari dah ilang..sekali ngan ubat abis dlm rm200

tp mmg nampak berkesan la..
kain & baju cotton
aisya_hanis This user has been deleted
Post on 12-2-2007 05:25 PM |All posts
Originally posted by DARSITA at 7-2-2007 11:33 AM
Mat salleh dkt sini guna lintah jer utk buang darah kotor.


lintah geli..

tapi nenek saya dulu pernah buh lintah kat kaki saya 3-4 ekor.. masa tu tak tau plak guna untuk buang darah kotor.. nangis2 woo masa tu.. takut, geli... eeee.... tapi skg tak jumpa ngan lintah dah..

dari habiskan duit berbekam, elok lagi guna lintah kot..natural..hehe

0

Threads

0

Fans

1687

Points

Deactivate

Joined
24-4-2006
Post on 13-2-2007 07:57 AM |All posts

Reply #7 Syd's post

saya cucuk pakai jarum. rasanya tak sakitlah.. cuba u ambil benda tajam cam hujung
pen ke pastu u cucuk ala kadar kat kulit tapi jgnlah tekan kuat2 tu pasti sakit..
camtulah rasanya.. yg pakai toreh tu saya tak pernah cuba.
l

0

Threads

0

Fans

1687

Points

Deactivate

Joined
24-4-2006
Post on 13-2-2007 08:06 AM |All posts

Reply #8 aypru's post

yelah muka saya ni pun rasanya cam berseri2.. ekekekee perasan
kakak yg buatkan saya tu umur dah 40an.. honestly lah saya cakap
muka dia berseri2.. takpayah beria-ia pakai krim mahal padahal kakak
rasannya kakak tu takkan pakai peeling2 ni.... saya siap cakap dgn kakak tu muka dia berseri-seri..

masa tu mana dia make-up pun siap suami saya ckp muka kakak tu berseri jer..
saya suka tgk muka kakak tu walaupun muka dia biasa2 jer tapi kulit dia tu
berseri2 takyah make-up pun takpa.. kakak tu cakap dia sekalu buat bekam
dan makan pin pembersihan usus.. dia kata hari2 kena membuang dan pastikan
usus kita bersih.. sbb kalau tidak toksin berkumpul tu nampak muka kita mcm
tak bermaya jer..

0

Threads

0

Fans

1687

Points

Deactivate

Joined
24-4-2006
Post on 13-2-2007 08:11 AM |All posts

Reply #9 nde's post

nde's u tak tgk ke darah tu masa keluar.. kalau u tgk mesti u ngerikan..
darah tu laju je keluarnya..
nde  

1

Threads

0

Fans

6589

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
24-8-2004
Post on 13-2-2007 10:06 AM |All posts
Nde tak ikut masa hubby buat tu..tp dia kata mmg berdarah la. masa cucuk2 tu cam ngilu sikit tp ok la compare ngan kena toreh ngan blade tu...
kain & baju cotton
Syd  

180

Threads

10

Fans

1210k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
11-10-2004

Legenderer

Post on 14-2-2007 09:21 AM |All posts
Perut wanita berat 200kg dibekam
Oleh Hafizan Hamzah


CHERAS: Selepas tiga tahun menanggung penderitaan, bekas tukang masak, Mazliwati Md Shah, 31, yang mempunyai berat badan 200 kilogram (kg), semalam menerima rawatan pertamanya di Klinik Perubatan Homeopati dan Komplimentri Al Jawad, di Batu 9, di sini.

Doktor yang merawatnya, Dr Ibrahim Burhanuddin, berkata kaedah rawatan bekam yang lakukannya ke atas Mazliwati didapati berkesan mengeluarkan toksik dalam badan selepas organ hati dan buah pinggang pesakitnya itu tidak berfungsi dengan baik.

Sebelum itu, Dr Ibrahim melakukan kaedah refleksologi di kedua-dua kaki Mazliwati, diikuti dengan bekam di perutnya.

Ketika melakukan refleksologi, titik organ buah pinggang dan hati di kaki Mazliwati diurut menggunakan losyen bagi membetulkan saluran dan aliran darahnya yang tersekat.

“Selepas lima hingga enam jam diurut, Mazliwati membuang air kencing yang kotor dan berbau busuk. Ini disebabkan sisa toksik yang terperangkap dalam tubuhnya selama ini tidak disingkirkan,
Syd  

180

Threads

10

Fans

1210k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
11-10-2004

Legenderer

Post on 14-2-2007 09:21 AM |All posts

0

Threads

0

Fans

1687

Points

Deactivate

Joined
24-4-2006
Post on 14-2-2007 02:04 PM |All posts
kesiannya... kot masa jadi tukang masak dulu balun makan semuanya..
mana boleh tahan tgk lauk pauk sedap2 belaka.. kalau saya pun balun gak..
harap2 dia cepat sembuh..
jmfz_z This user has been deleted
Post on 15-2-2007 11:25 AM |All posts
Originally posted by Syd at 14-2-2007 09:21 AM
Perut wanita berat 200kg dibekam
Oleh Hafizan Hamzah


CHERAS: Selepas tiga tahun menanggung penderitaan, bekas tukang masak, Mazliwati Md Shah, 31, yang mempunyai berat badan 200 kilogram (k ...



Syd,

kat mana Klinik Perubatan Homeopati dan Komplimentri Al Jawad, di Batu 9 tu? u tau tak no tel nya? Batu 9 Cheras ke? coz sy duk kat cheras ni.. nak pi berbekam.

anyway,
ada sesape tau kat mana nak dptkan rawatan bekam kat KL ni yg menggunakan jarum. Sy takutlah kalu toreh guna pisau. kalau guna jarum ok lg.

0

Threads

0

Fans

1376

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
28-4-2004
Post on 15-2-2007 11:29 AM |All posts
wa pun ader gi bekam coz slalu sakit pala.... pas bekam tu pala rasa ringan je, skrg ni dah kurang sakit pala ni..

3

Threads

0

Fans

2066

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
16-11-2006
Post on 15-2-2007 02:40 PM |All posts
bagi alamat dan no phone bleh tak yg kat Cheras bt 9 tu... saya nak cuba
Kita menentukan di mana kita berdiri dan ke arah mana kita harus berlari

0

Threads

4

Fans

410k

Points

Conqueror

Dulu sorang...kini berdua.. ..

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
24-8-2003
Post on 16-2-2007 02:01 AM |All posts
...aku pernah buat bekam nie...that time...my back was so stiff and sakit sangat2...so...aku ada sorang kawan nie yang pandai dalam hal2 bekam nie...so...aku pi kat rumah dia...dia gunakan macam botol2 kecil...ada lilin or something like that lerr...dia tekapkan botol2 nie kat blakang aku....sedap woooo rasa badan lepas tu...tapi...tanda lebam2 kat blakang badan aku tu mau dekat 2 minggu baru hilang...
...fark frendship!!...
jmfz_z This user has been deleted
Post on 16-2-2007 11:22 AM |All posts
kalu ada sesapa yg tau kat mana nak wat bekam kat area KL ni... salur2kanlan info tu pd sy.

thank u.

0

Threads

0

Fans

81

Points

Junior

Rank: 2

Joined
10-5-2006
Post on 23-2-2007 06:11 PM |All posts
Originally posted by Mimpi at 13-2-2007 07:57 AM
saya cucuk pakai jarum. rasanya tak sakitlah.. cuba u ambil benda tajam cam hujung
pen ke pastu u cucuk ala kadar kat kulit tapi jgnlah tekan kuat2 tu pasti sakit..
camtulah rasanya.. yg pakai  ...


HAi...MImpi....
Boleh saya tahu kakak yg pandai buat BEKAM  punya contact nombor tak...

0

Threads

0

Fans

5923

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
28-3-2006
Post on 23-2-2007 11:05 PM |All posts

Reply #21 blackmore's post

Blackmore....nanti ko bg aku no tepon kak tu bleh tak, aku badan sengal, malas, berat, letih...hadooo...banyak cara dah aku wat...tak berkesan...aku chek mata...iridiology dorang kata badan aku banyak acid dan darah kotor...bekam sesuai la kot gaknya...:tq:

0

Threads

0

Fans

81

Points

Junior

Rank: 2

Joined
10-5-2006
Post on 27-2-2007 05:32 PM |All posts
mana lak MIMPI ni....bagi la no akak tu......nak cuba la bekam guna jarum tu..

Apsal kat sini citer pasal bekam ...pastu bila tanya contact no. tak de respond yek...
1234567Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 26-5-2013 06:50 AM , Processed in 0.167138 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top