CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8146|Reply: 7

Taranum

[Copy link]
Post time 27-7-2007 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Taranum Makruh, harus?Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my


TILAWAH al-Quran bukan asing bagi masyarakat Islam di negara ini, malah Malaysia antara negara pelopor mengadakan acara itu setiap tahun.


Suara baik, makna lebih jelas


TILAWAH al-Quran bukan asing bagi masyarakat Islam di negara ini, malah Malaysia antara negara pelopor mengadakan acara itu setiap tahun.

Dalam mana-mana majlis tilawah, qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan dengan seni lagu atau tarannum. Kehandalan seseorang pembaca bukan sekadar diukur kepada kebolehan tajwid tetapi sedap atau tidak pembacaannya.

Melagukan al-Quran berbeza daripada nasyid, qasidah dan burdah malah menurut Imam Syafie, melagukan al-Quran ialah mengelokkan kitab suci itu tanpa melanggar hukum tajwid.

Namun, timbul perselisihan pendapat di antara ulama salaf (dahulu) dan ulama khalaf (kemudian) mengenai kesenian lagu al-Quran. Ada berpendapat hukum berlagu makruh dan harus.

Antara ulama yang berpendapat hukum berlagu makruh ialah Anas bin Malik, Said bin Jabir, Ibn Sirin, Imam Malik dan Imam Ahmad. Mereka bersandarkan kepada hadis yang berbunyi:

揃acalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu Arab, hendaklah dijauhkan dengan bentuk lagu ahli kitab dan orang fasik. Sesungguhnya akan datang selepas aku kaum tertentu yang membaca al-Quran seperti orang bernyanyi dan cara ahli kitab dan cara seperti meratap iaitu keluar huruf melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj huruf semata-mata bertujuan mempesona dan menakjubkan orang saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2007 01:58 PM | Show all posts
Salam............

Jika Firman Allah begini:

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.

Adakah firman ini bertentangan dengan Hadis?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 03:00 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 27-7-2007 12:13 PM
Taranum Makruh, harus?Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my


http://www.hmetro.com.my/Friday/AdDin/20070727103909/mainpixTILAWAH al-Quran bukan asing bagi masyarakat Islam di negara ini, mal ...



satu yang saya selalu nak tanya, berlagu dengan bertaranum tu sama ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 03:37 PM | Show all posts

Reply #3 ibnur's post

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 05:48 PM | Show all posts

Reply #4 Syd's post

pun yak ada jawapan yang kukuh.

sebab ada ustaz kata yang dimaksudkan berlagu tu macam orang menyanyi kat radio tu.
dan lagu al-quran ni katanya memang cara bacaan syair arab.  kalau nak lagu mesti nak lagu syair arab.  

kalau al-quran tu diturunkan di tanah melayu.  harus agaknya kita baca macam syair dan gurindam??!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2007 03:27 PM | Show all posts
Muslim perlu berusaha menjadi qari



Hassan al-Fadhli Abdul Rahman.
--------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidaklah Allah (lebih suka) mendengar sesuatu, sebagaimana Dia mendengar bagi Nabi-Nya yang elok suara (bacaan al-Quran), baginda melagukan al-Quran dan menyaringkan bacaan. (Riwayat Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa umat Islam disaran mempelajari taranum supaya menyedapkan lagi bacaan al-Quran.

Di Malaysia, kita sudah mempunyai program Akademi Al-Quran yang antara lain bertujuan melahirkan qari dan qariah yang menguasai ilmu qiraat dan taranum (berlagu).

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto NAZERI ABU BAKAR menemubual Imam I Masjid Al-Muqarrabin, Taman Desa Tasik, Kuala Lumpur, Hassan al-Fadhli Abdul Rahman dalam isu pembacaan al-Quran bertaranum ini.

Beliau adalah johan tilawah al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan pada tahun 2000 dan 2006.

UTUSAN: Apakah kedudukan taranum dalam pembacaan al-Quran?

HASSAN: Rasulullah s.a.w menyarankan kita membaca al-Quran secara taranum tetapi ia mesti sesuai dengan keadaan. Maknanya, dalam solat, bacaannya perlu disesuaikan iaitu bacaan secara tadwir (sederhana). Kalau dalam tilawah al-Quran ia mestilah mengikut syarat-syarat taranum.

Dalam hal ini, baginda bersabda yang bermaksud: 揌iasilah al-Quran dengan suara kamu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2007 10:42 AM | Show all posts
Personaliti: Taranum nikmati keindahan al-Quran
Oleh Hasliza Hassan


Pelajar terbaik kursus anjuran Jakim syor pengajian ditingkat ke tahap diploma, ijazah

TARANUM atau ilmu membaca al-Quran secara berlagu adalah satu bentuk kesenian. Jika menyanyi boleh menghiburkan hati, bertaranum juga dapat memberi ketenangan selain menjadi satu ekspresi jiwa untuk meluahkan apa yang terpendam.

Justeru, soal ingin menunjuk-nunjuk kehebatan atau kemampuan membaca al-Quran secara berlagu tidak timbul kerana umat Islam memang dituntut untuk membaca al-Quran dengan baik dan suara yang merdu.

Itulah pandangan pelajar terbaik Kursus Sijil Tinggi Taranum al-Quran Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainuddin Abdul Rahman, mengenai keperluan mendalami ilmu pembacaan al-Quran dengan betul secara berlagu.



PROFIL: Zainuddin Abdul Rahman


Pelajar terbaik Kursus Sijil Tinggi Taranum al-Quran Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


Nazir di Bahagian Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.






Lahir di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan.


Bapa kepada empat cahaya mata.

Beliau yang menerima Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Majlis Penganugerahan Sijil Tinggi Taranum al-Quran Darul Quran di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi berkata, ilmu taranum bukan sekadar belajar lagu tetapi turut memberi penekanan kepada aspek penting untuk membaca al-Quran.

揟ahap tertinggi dalam membaca al-Quran ialah kita dapat membaca dengan ciri bacaan yang baik antaranya dengan bertaranum. Pada masa sama, kita perlu memelihara tajwid, fasahah serta kawalan suara.

揃elajar taranum bukan untuk tunjuk siapa hebat tetapi lebih kepada memberi satu perasaan untuk menikmati keindahan ayat suci al-Quran bukan saja kepada pembaca, juga mereka yang mendengar,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 09:43 AM | Show all posts
STTQ Jakim perintis kegemilangan tarannum
Oleh W. RAHIMAH DRAMAN

AYAT-AYAT suci al-Quran apabila dilafaz dengan alunan suara yang baik dan merdu sememangnya mengasyikkan, meskipun tidak memahami erti dan maksud murni kalam Allah itu. Namun, bukan semua pencinta al-Quran mampu melafazkan kalimah suci al-Quran secara berlagu mengikut lagu-lagu dan hukum yang ada.

Jika sekalipun tahu dan mahir dalam bidang tajwid serta hafaz al-Quran dan memahami bahasa Arab, itu tidak bermakna seseorang itu mampu mengalunkan ayat-ayat suci Allah itu dengan lunak, merdu dan boleh mengasyikkan pendengar secara berlagu.

Melagukan bacaan al-Quran yang dinamakan tarranum merupakan salah satu cabang keilmuan dalam pengajian al-Quran.

Malah, melagukan ayat-ayat al-Quran dalam bacaan sudah pun bermula sejak di zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Amalan ini diteruskan oleh para sahabat dan para tabie terdahulu.

Untuk melagukan lagu-lagu dalam al-Quran, ia memerlukan bakat semula jadi anugerah Allah s.w.t., terutama suara, sebagaimana Bilal bin Rabah (zaman Rasulullah s.a.w.).

Begitupun, kemampuan dalam melagukan bacaan al-Quran menuntut ilmu-ilmu, disiplin, komitmen dan penjiwaan yang tinggi.

Harus diingati, mengetahui dan membaca al-Quran sahaja sudah cukup memberikan impak besar terutama pada bulan Ramadan, apa lagi jika beramal dan melagukan dengan tabaqat dan burdah (getaran) yang betul.

Harganya tidak ternilai dengan wang ringgit. Ganjarannya sudah dijamin di sisi Allah s.w.t., asalkan nawaitunya adalah lillah-hita抋ala (kerana Allah Taala).

Malah, kesan daripada penghayatan dan beramal dengan al-Quran akan terpancar pada rohani dan jasmani diri melalui cara dan amalan hidup seharian seseorang itu.

Tetapi jika mampu bertarannum al-Quran, itu bonus besar kerana ia mampu melonjakkan imej dan syair Islam serta memartabatkan kalam Allah pada pendengaran umum.

Namun, ilmu tarannum semakin dilupakan oleh kebanyakan Muslim, kecuali melalui program Tilawah al-Quran yang diperkenal oleh Malaysia sejak mencapai kemerdekaan hingga kini yang membantu menghidupkan bidang ini di khalayak umum.

Program tilawah satu-satunya saluran paling menonjol dalam meneruskan kesinambungan bagi menyubur dan mengembangkan konsep tarannum di kalangan umat Islam.

Menyedari penting dan besarnya peranan tarannum dalam membudayakan al-Quran dalam kehidupan mukmin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tampil memperkenalkan pengajian khusus dalam bidang ini.

Untuk permulaan, Jakim memperkenalkan Sijil Tinggi Tarannum Quran (STTQ) sebagai perintis dalam usaha mengembang luaskan kembali ilmu-ilmu tarannum di kalangan Muslim dan pencinta al-Quran.

Ini selaras dengan pengiktirafan Malaysia sebagai pusat pengajian dalam keilmuan al-Quran antarabangsa oleh negara-negara Islam dunia.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Malaysia telah pun diiktiraf oleh negara-negara Islam antarabangsa sebagai pusat pengembangan ilmu tarannum di kalangan qari dan qariah.

Tarannum adalah ilmu khusus mengenai lagu-lagu dalam mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di samping ilmu tawjid dan qiraat.

Anjuran mengindahkan bacaan ayat-ayat suci ini (dibaca secara tartil) tersirat melalui firman Allah s.w.t. antaranya: .... Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. (Al-Munzzammil: 4)

Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) al-Quran karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya. (al-Qiyaamah:16)

Menurut Wan Mohamad, STTQ itu adalah usaha bagi memastikan keilmuan tarannum tidak hilang, sebaliknya terus subur, maju serta berkembang di kalangan umat Islam.

STTQ katanya, adalah permulaan dalam mengembangkan pengajian tarannum secara ilmiah sebelum disusuli dengan peringkat lebih tinggi di masa akan datang.

揓akim mengambil langkah ini setelah mendapat cadangan dan sokongan bukan sahaja dari pencinta al-Quran tempatan dan asing tetapi para pemimpin dan ahli politik,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.061888 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list