CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Ikan hiasan & akuarium

[Copy link]
Post time 21-8-2007 05:04 PM | Show all posts
aquarium aku lakkk..ni sebenarnye makanan kelisa tp berseri jugak aquarium aku ade ikan2 kenit nie

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 05:09 PM | Show all posts
selain ikan..
aku de bela lobster 2 eko....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 10:54 PM | Show all posts

Kalui



Ikan ni slalu aku bagi makan bunga raya puteh..hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 11:56 PM | Show all posts
bunge raye putih je ke??
kaler lain tkleh??
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 07:45 AM | Show all posts

Reply #24 arnabkiut's post

hahaahh..aku memang dok agak akan ada orang tanya soalan nih..heheh

sebenarnya kat rumah aku ada bunga raya puteh saja...
sebab selalu ambik daun bunga raya puteh ni bila anak2 aku demam....letak kat kepala...(bagi sejuk)
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 02:21 PM | Show all posts
Originally posted by bijanpenang at 22-8-2007 07:45
hahaahh..aku memang dok agak akan ada orang tanya soalan nih..heheh

sebenarnya kat rumah aku ada bunga raya puteh saja...
sebab selalu ambik daun bunga raya puteh ni bila anak2 aku dema ...

ooooooooo....
mase aku kecik2 pon mak aku slalu letak bunge raye putihhh taim aku demam..
umah aku kt kampong macam2 kaler bunge raye ade...bapak aku aa rajin sangat.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2007 03:47 PM | Show all posts
SPESIES IKAN SUNGAI PAHANG: Ikan Tengas
oleh MOHAMED SEMAIL




BENARKAH ikan tengas (Acrossocheilus hexagonolepis) dikatakan klon kelah (Tor Tombroides). Ini berikutan perawakan wajah, bentuk, habitat dan pemakanan mereka hampir sama dan hanya sedikit perbezaan yang sukar antara kedua spesies ini.

Bahkan, sekali imbas kelah lebih "kacak" berbanding tengas berikutan ia "bersisik emas" manakala tengas "bersisik perak". Bagaimanapun, persamaannya, kedua-dua spesies ini memancarkan sinar jika dipantul cahaya lampu akuarium.

1. Sifat: Berbadan bulat dengan seluruh badan diselimuti sisik putih perak berkilauan. Mempunyai sepasang mata bulat, jernih serta dihiasi alis mata yang menawan. Justeru, kini ia mula mendapat tempat sebagai ikan hiasan berprestij dan berharga mahal.

Ia suka bergerak aktif, mundar mandir ke sana ke mari dan tidak suka menyepi diri sebagaimana ikan ketutu (Oxyleotris marmoratus).

Bentuk kepalanya lebih besar serta lebar daripada kelah. Sementara di bawah dagunya tidak terdapat lekok (seakan lesung pipit) sebagaimana kelah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2007 12:37 PM | Show all posts
Kolam koi makin ketinggalan
Bersama Desmond Ho (Pengarah Urusan Terra Garden Sdn Bhd)



PERANCANGAN teliti diperlukan sebelum membina kolam koi.


Gabungan elemen seperti tempat istirahat, bersantai bersama keluarga; susun atur pokok serta tumbuhan hijau

MASIH ingatkah satu ketika dulu bila bercakap mengenai taman di laman rumah, pasti terlintas di fikiran mengenai kolam ikan, atau lebih khusus kepada kolam koi. Kolam ikan buatan atau `koi pond' tidak lekang dalam masyarakat kita terutama bagi pemilik rumah yang mempunyai laman besar.

Tidak dinafikan sehingga hari ini keinginan segelintir pemilik rumah masih lagi menjadikan `koi pond' sebagai penghias utama ruang taman. Dalam konteks seni taman, inilah pengaruh budaya yang wujud sejak zaman Jepun menjajah Tanah Melayu.

Kekuatan pengaruh budaya yang diterapkan menerusi taman ala-Jepun, kebiasaannya mempunyai `koi pond' begitu menjadi ikutan. Begitu juga pada zaman British menduduki Malaya, mereka memperkenalkan taman botani seperti di Pulau Pinang yang menempatkan pelbagai spesies tumbuhan rempah ratus untuk tujuan perdagangan. Keadaan ini sudah cukup memberi gambaran, perlunya kita mencari jalan untuk mewujudkan seterusnya mendokong identiti taman Malaysia, kerana kita masih lagi tercari-cari identiti taman kita.

Konsep taman Neo Nusantara yang diketengahkan di Terra Garden adalah satu cabang usaha serta titik permulaan di mana perlunya kita mewujudkan sebuah taman yang mempunyai ciri-ciri budaya tempatan dan sekali gus mampu mencerminkan nilai pelbagai bangsa di Malaysia. Inilah! salah satu usaha mengekalkan dan memelihara nilai kemerdekaan negara kita yang sudah mencapai usia 50 tahun. Ini kerana kekuatan dan keutuhan pengaruh sesuatu tamadun atau bangsa adalah menerusi kesedaran budaya yang diselitkan dalam pembentukan taman. Sebagai contoh Tamadun Mesopotamia yang gah hingga ke hari ini dengan taman tergantung Babylon.

Berbalik kepada pemilik taman yang mempunyai `koi pond', sama ada sedia dibina atau sudah terabai, jangan terkilan dan kecewa. Di sini kami ingin berkongsi pengalaman sebagai pelopor taman Neo Nusantara memberi nafas baru kepada taman yang mempunyai `koi pond'.

Ada di antara pengunjung dan pelanggan datang memberitahu keadaan `koi pond' yang uzur, tidak berfungsi dan banyak lagi isu diperkatakan. Oleh itu, dengan berlandaskan konsep dan perancangan taman Neo Nusantara, tidak mustahil bagi pemilik taman yang mempunyai isu seumpama ini boleh mengubahsuai persekitaran `koi pond' yang ada kepada lebih bermakna dan praktikal. Seperti kita sedia maklum, untuk membina sebuah `koi pond' bukanlah murah apatah lagi ia bersifat kekal, sedikit sebanyak membuatkan kita pening memikirkan jalan penyelesaian. Inilah keadaan yang terjadi jika kita tidak merancang dan tidak faham tujuan mewujudkan sebuah taman. Seperti ruangan sebelum ini, aspek keindahan dan kegunaan taman sangat dititikberatkan.

Sebenarnya ruang taman yang mempunyai kolam adalah keinginan bagi kita semua. Air yang mengalir bersama ikan yang meliuk-lintuk memberi kesan tarikan kepada semua orang. Tetapi adakah cukup bagi kita dengan merancang `koi pond' semata-mata? Jawabnya, jika kita melihat dalam aspek ruang dan penampilan fizikal semata-mata, dengan wujudnya `koi pond' itu sudah memadai. Tetapi, kalau kita lihat dari sudut kegunaan serta kepentingannya dalam kombinasi sebuah taman, penilaian kita mungkin berlainan. Oleh itu, gabungan elemen lain seperti menyediakan tempat untuk beristirahat, bersantai bersama keluarga; susun atur pokok serta tumbuhan menghijau yang mampu mewujudkan suasana nyaman perlu dititikberatkan.

Relevannya, jika kita berupaya mewujudkan suasana seperti ini, kita akan tertarik untuk meluangkan masa yang lebih lama di taman dengan melakukan pelbagai aktiviti yang lebih bermakna. Jika dulu kita hanya keluar ke taman sambil berdiri memberi ikan makan, bayangkan jika di tepi `koi pond' terdapat pohon yang redup, di bawah pula ada pangkin, tempat duduk sambil menabur makanan ikan. Teringat akan kampung halaman, pabila kita bersama rakan-rakan sebaya menghabiskan masa di tepi sungai. Tambahan pula jika ada unjuran lantai kayu `timber deck' di pinggiran kolam, kita boleh duduk berhimpun beramai-ramai, bersembang sambil minum petang. Bagi mereka yang kerap mengadakan majlis ringan, pinggiran `koi pond' tadi boleh dijadikan ruang alternatif untuk meraikan tetamu, terutama bagi yang tidak gemar terperap di dalam rumah.

Walau bagaimanapun, pertembungan asas dua budaya dalam reka bentuk taman tidak boleh diletakkan sebagai satu halangan. Kita harus menerima kenyataan dan bersedia mencari jalan penyelesaian. Apa yang lebih penting, pemilik dapat kepuasan yang diingini dalam sebuah taman dan bersedia menerima dan memanfaatkannya. Bagi mereka yang gemar dan bercita-cita memiliki `koi pond' di taman mereka, dinasihat mendapatkan khidmat nasihat pakar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2008 10:43 AM | Show all posts
Kolam ikan koi kian popular
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my



Laman konsep Zen atau Taman Jepun semakin mendapat sambutan berbanding bali dan nusantara

MENGIKUT aliran terkini, laman konsep Zen atau Taman Jepun semakin mendapat sambutan ramai berbanding bali dan nusantara.

Apabila kita memperkatakan mengenai Zen, pastinya terlintas ikan koi atau kap yang menghiasi kolam kecil di laman.

Kolam ikan koi atau 慘oi Pond

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 09:21 AM | Show all posts
penah bela flower horn..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 10:00 AM | Show all posts
Bestnya ceta pasai ikan...haku da bela ikan mas...dari 6 ekoq tggai 5, 3 dan 2... yang 2 ekoq ni umuq panjang ...tggai 4 hari time balik cuti raya hari tu masih sihat wal afiat.... time malas sampai ayaq jadi kaler merah baru haku "terpaksa" rajin cuci...

Sblm p keja bg makan, nk tdo bg makan.....perot moncet mcm tuan dia..  

Selamat berenang ikan masku.....hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 10:28 AM | Show all posts
ikan gapi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 09:45 PM | Show all posts

Reply #32 Syd's post

ikan guppy ni paling senang membiak...memula ada kolam kecil saya cuma beli 5 ekor ikan guppy ni...dlm setahun dia membiak..waktu kemas kolam ikan..hubby tgk skrg ni dah ada 51 ekor ikan guppy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2008 10:10 AM | Show all posts

Reply #33 kasyfina's post

hohohho

banyak nye...


lain2 warna ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 07:21 PM | Show all posts
ikan guppy saya pon da membiak
aritu beli seko jantan,seko betina..tgk2 ada anak ikan..kecik2 lg
ingatkan berudu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 11:14 AM | Show all posts

Reply #35 pakupayung21's post

btul tu..skali dia membiak..BANYAK....saya pun ingatkan berudu..tgk betul2 ghupa2nya anak ikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2008 11:18 AM | Show all posts

Reply #34 Syd's post

saya punya yg pada row tgh barisan kedua (dari gambar yg u post) ..dan ada yg semua plain warna coklat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 02:13 PM | Show all posts
aku pun nak tempek la akurium kat umah aku

aku wat double deck.. aku minat ikan lahhh
segala macam ikan aku boh dlm nih


ini la double deck aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 02:14 PM | Show all posts

deck bawah nih kaloi
laki aku pancing dari kolam kat umah uwan aku
kecik je masa pancing ari tu.. skg besau dah..

aku rasa dah 3 minggu letak anak2 ikan tu
tak dimakan nya pulak, tp pellet dia mkn cam biasa
sebelum nih dia mkn je anak2 ikan nih

nak tukar jadik vegeterian gamak nya ek??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 02:17 PM | Show all posts

deck atas plak ada memacam ikan
paling lama ikan patin tu, ada dlm 3,4 tahun umur dia
kami amik dari kolam pak laki aku
depa bela patin utk meniaga kat pasar jerantut

yg lain2 tu, puyu 4 ekor, ikan kap 3 ekor kot
ikan DBKL tu sekoq.. aku letak memacam ikan
ikan2 yg jenis senang bela laaaa..
ikan2 mas ke aku tak minat, cepat mati
malas aku nak layan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.126201 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list