CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5646|Reply: 19

Jasa wira-wira negara kian dilupakan

[Copy link]
Post time 1-8-2007 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Jasa wira-wira negara kian dilupakanRencana Pengarang

SEMALAM berlangsung upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena Hari Pahlawan.

Ia menjadi acara simbolik setiap tahun bagi memperingati wira-wira negara yang gugur semasa mempertahankan negara.
Namun sejauh mana tanggal 31 Julai diingati sebagai hari istimewa untuk kita berfikir sejenak tentang perjuangan anggota tentera yang bermandikan darah menentang penjajah dan anasir komunis?

Adakah tarikh itu tersemat di fikiran generasi muda atau sebenarnya tiada siapa peduli tentang pengorbanan sekumpulan manusia yang hakikatnya menjadi pengasas kepada kewujudan negara Malaysia yang merdeka?

Mahu tidak mahu kita terpaksa mengakui bahawa Hari Pahlawan tidak tersenarai sebagai tarikh penting berdasarkan promosi yang amat kurang sehingga ada di antara kita terlupa mengenainya.

Tiada poster, kain rentang, panji-panji jauh sekali iklan-iklan promosi mengenai Hari Pahlawan mungkin kerana tiada nilai komersial yang boleh mendorong syarikat-syarikat korporat untuk berbuat demikian.

Seolah-olah jasa yang dihulurkan oleh para pahlawan tanah air puluhan tahun lalu begitu rendah nilainya sehingga tiada siapa mahu mengetengahkan jasa mereka di khalayak umum.

Bukankah sumbangan perajurit kita amat berkait rapat dengan ulang tahun kemerdekaan tanah air ke-50 tahun ini kerana tanpa mereka Malaysia tidak akan mencecah ke usia gemilang.

Justeru selayaknya promosi mengenai Hari Pahlawan mendapat tempat setaraf dengan sambutan Hari Kemerdekaan kerana kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.

Kita tidak mahu Hari Pahlawan hanya diingati oleh kaum keluarga perajurit yang terkorban manakala rakyat yang hidup aman damai hasil darah dan keringat mereka alpa tentang jasa golongan tersebut.

Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran mesti berbuat sesuatu untuk memastikan sambutan Hari Pahlawan bukan sekadar tradisi tahunan.

Program menghayati jasa-jasa pejuang tanah air terutama di kalangan generasi muda bermula di peringkat sekolah rendah lagi mesti dimulakan dari sekarang.

Malah sepatutnya pada tarikh ini setiap sekolah mempunyai program sendiri untuk menerapkan minat di kalangan para pelajar bagi mencari jawapan di sebalik sambutan tersebut.

Kita tidak mahu satu hari nanti tarikh 31 Julai luput sama sekali daripada ingatan rakyat Malaysia manakala Tugu Peringatan Negara hanya menjadi monumen tontonan umum tanpa siapa pun mengetahui nilai di sebaliknya.

Jangan hanya kerana kita hidup selesa dan aman damai maka jasa wira-wira negara dilupakan begitu sahaja. Hakikatnya tanpa mereka siapalah kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2007 09:26 AM | Show all posts
selalu bila kita bilang pasal merdeka, kita hanya tertumpu2 pada sekelompok manusia saja.

tapi bila nak sebut semua, mesti banyak.

tingin nak tahu yang banyak tuh, takpe kalau nak sebut semua.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 1-8-2007 09:26 AM
selalu bila kita bilang pasal merdeka, kita hanya tertumpu2 pada sekelompok manusia saja.

tapi bila nak sebut semua, mesti banyak.

tingin nak tahu yang banyak tuh, takpe kalau nak sebut sem ...



dedulu ayah Bub juga terlibat ngan pasukan utk memerangi komunis n lelain pasukan berseragam.... bukan nak minta nama tapi Bub lihat seakan org tak hargai pon.... mcm syed kata, harnya sanjungan utk golongan2 tertentu shj...so, sejak itu Bub da ilang semangat tuk berbakti mcm ayah Bub....kalu perang aker aper ker?.... bub tak join...nak masuk askar?.. Bub tak minat....pendek kata, ape2 yg melibatkan perjuangan mcm tu, Bub tak nak terlibat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 11:03 AM | Show all posts

Reply #3 bubpallo's post

ini lah yang saya nak baca
saya nak tahu cerita2 mcm nih

media pinggirkan
tapi saya nak tahu




ayah bub dulu btugas kat area mana?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 1-8-2007 11:03 AM
ini lah yang saya nak baca
saya nak tahu cerita2 mcm nih

media pinggirkan
tapi saya nak tahu




ayah bub dulu btugas kat area mana?



kite org kat kedah....maser tu darurat...so ayah Bub join ngan pasukan under british... kene berjaga sbb maser tu komunis kacau sangat..... kene serang ngan komunis tu perkara biasa la.... semua penduduk kg maser tu kene tinggal kat tmpat yg disediakan oleh pihak british sbb berada dibawah perintah berkurung.... ayah kene berjaga di barisan..... komunis ni mmng enti coz mereka da tersekat bekalan. tak ada beras n makanan.  datang ajer kampung terus merompak sbb perlukan bekalan... sape yg malang alamatnya mati ler...ade member ayah yg kene tangkap ngan pihak komunis ni....last2 mati kene bunuh.... di suruh utk jadi tali barut utk bekalkan bekalan makanan, mati atau setuju.... pilih ajer lah....
ayah kene serang kat sungai muda masa berakit, masa tu mereka berkait dari kuala nerang... rakit plak mereka terpaksa buat macam himpunan buluh2 sbb buleh jadi benteng time kene serang....mmng susah maser tu...
ape yg bub tahu, dapat lah jugak mase tu ayah di istihar sbb bekas polis pencen.... dapat satu kad...itu ajer la yg ader...
bukan nak minta ganjaran ape2, tapi atleastnya pemimpin sekarang harus juga sedar dgn kewujudan mereka yg terdahulu yg betul2 telah menja keamanan negara..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 11:32 AM | Show all posts

Reply #5 bubpallo's post

oohhh mcm tu ceritanya.

ada tak cerita lain yang mencemaskan yang penah dilalui oleh ayah bub sepanjang dia bertugas?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2007 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 1-8-2007 11:32 AM
oohhh mcm tu ceritanya.

ada tak cerita lain yang mencemaskan yang penah dilalui oleh ayah bub sepanjang dia bertugas?



kene serang hendap ngan komunis.....bule tak?..... time kawan kene tembak ngan komunis depan mata..wat cara ala2 jepun nak pancung org...tapi tembak kat kepala?.... time komunis masuk rumah....tapi ada anak gadis n  istri yg kene pertahan?...... mmmmm.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 01:56 PM | Show all posts

Reply #7 bubpallo's post

boleh.
pls ceritakan.

tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 06:05 PM | Show all posts
nak tahu kenapa dilupakan.... nak buat tugu peringatan pun ada orang bangkang...

buktinya:

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 10:39 AM | Show all posts
The 憉nknown
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 10:39 AM | Show all posts
Aziz kept bucking his British bosses

ABDUL Aziz Ishak was born in Perak in 1922, the descendant of prominent Sumatran Malay Datuk Jannatun who migrated to Penang in 1759 or 15 years before Francis Light arrived on the island.

Uneasy with the rapid changes taking place in Penang, which he saw as making the Malays more materialistic, Datuk Jannatun moved to Terong in Perak in the mid-19th Century. Aziz and his father were born there.

His father joined the colonial Fisheries Department and rose to a senior position. Aziz followed a similar career path before joining the world of journalism.

Denied entry into the Malay College Kuala Kangsar because of his non-aristocratic background, Aziz went to school in Singapore; first at the Victoria Bridge English School and later the more prestigious Raffles Institution.

His time at Raffles was an important learning experience. He mixed well with students of various ethnic backgrounds and was the school captain for two years, perhaps the only Malay to have held this distinction.

At Raffles, he formed a Malay literary association with friends including Hamid Jumaat, Sardon Jubir and Ahmad Ibrahim and contributed articles on the Malays and their plight to Warta Malaya, a leading Malay newspaper in Singapore. This was done through his brother Yusof who was already working as a journalist.

Upon completing his Senior Cambridge, Aziz joined the colonial service in the Fisheries Department based initially in Port Dickson in 1936, followed by Kuantan and then Batu Kurau where he was responsible for the northern region.

In Kuantan, his sympathy for the Malay fishermen did not go down well with officials, notably the English district officer, while in Kuala Kurau his immediate boss wanted him to read books on fisheries only and not literary works.

Frustrated with British officialdom and after being unfairly accused of collaborating with the Japanese by his European boss (who was humiliated by the Japanese during 1942-45 and imprisoned in Changi), Aziz left the colonial service to join his brother Yusof at Utusan Melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2007 12:02 PM | Show all posts
Jejak: Si Bongkok pahlawan Johor
Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)


Kebencian terhadap penjajah punca pendekar yang didakwa lanun bersama pengikut bangkit menentang British

ADA beberapa tokoh misteri yang nama mereka 慼ilang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2007 12:03 PM | Show all posts
Lirik lagu Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2007 12:03 PM | Show all posts
Inggeris label pemuda cacat sebagai pengganas

揝ELEPAS Si Bongkok menemui ajalnya di tepi pantai itu, mayatnya dijumpai seorang penduduk tempatan dikenali Uteh Jantan.

揔emudian Uteh Jantan bersama beberapa penduduk kampung membawa mayat Si Bongkok sehingga ke lereng bukit Tanjung Puteri dan pahlawan itu dikebumikan di situ secara rahsia,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2007 12:32 PM | Show all posts
Kami berjuang demi negara



WAN NIK WAN NGAH.
--------------------------------------------------------------------------------


MUKADIMAH

Pada Jumaat lalu kita menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara ini. Biarpun detik pertama kemerdekaan sudah 50 tahun berlalu tetapi kita tidak wajar melupakan mereka yang bertungkus lumus di sebalik kejayaan menggenggam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Selain daripada tokoh-tokoh politik, anggota pasukan keselamatan juga banyak memikul tugas memerangi komunis yang menjadi salah satu penghalang kepada kemerdekaan. Mereka mempertaruhkan masa depan dan nyawa dengan menyertai pasukan keselamatan untuk berjuang demi tanah air ini.

Sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan, bukan kecil jumlah anggota pasukan keselamatan seperti tentera dan polis yang terkorban. Kalau tidak terkorban pun mereka cedera parah dan menanggung sengsara seumur hidup. Tetapi mereka yang berjuang demi negara tidak pernah kesal dan menerima suratan takdir dengan reda.

Bagi mereka yang berjuang untuk negara, harga kemerdekaan itu terlalu mahal dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan harta benda.

揓agalah merdeka ini. Ini harta kita yang sangat mahal. Bukan mudah untuk kita mendapat kemerdekaan, banyak yang mati, cacat seumur hidup dan macam-macam lagi,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2007 12:32 PM | Show all posts
Pak cik di mana masa 31 Ogos 1957?

WAN NIK: Kalau tidak silap, masa itu pak cik dalam operasi di Tanjung Malim. Masa itu pak cik jadi Home Guard selepas berhenti jadi SC tahun 1953. Rasa gembira tidak dapat nak digambarkan. Bayangkan berapa tahun berperang baru merdeka. Segala penat lelah masuk Harimau Malaya, SC dan Home Guard hilang bila mendapat tahu kita sudah merdeka. Masa itu memanglah pak cik tidak faham sangat apa itu merdeka. Tapi dari cakap-cakap orang, British sudah serah negara ini kepada orang kita sendiri. Serah kepada Tunku Abdul Rahman. Tidak ada orang yang tidak gembira menyambut merdeka.

Siapa nama adik pak cik yang terbunuh itu?

WAN NIK: Wan Ahmad Wan Ngah. Dia masuk SC tahun 1950 jadi escort. Tempat dia kena tembak jauh 18 batu dari balai Gerik. Lepas dia terkorban, pak cik diminta ganti tempat dia.

Kalau saya minta pak cik bagi pesanan kepada generasi sekarang, apa yang pak cik hendak kata?

WAN NIK: Jagalah merdeka ini. Ini harta kita yang sangat mahal. Bukan mudah untuk kita mendapat kemerdekaan, banyak yang mati, cacat seumur hidup dan macam-macam lagi. Bila sudah dapat merdeka, kenalah jaga betul- betul. Kerja kami zaman perang dulu sudah selesai dan sekarang tugas orang-orang muda pula untuk buat supaya kita terus merdeka.

Ada sesetengah orang menganggap merdeka telah berlalu dan tanggungjawab generasi sekarang memajukan negara. Apa komen pak cik?

WAN NIK: Memang betullah anggapan begitu. Masing-masing ada tanggungjawab untuk kita lakukan kepada negara. Tapi kita kena ingat juga sekiranya negara ini tidak merdeka, kemajuan apa yang hendak dijalankan? Kalau tidak merdeka kita tidak ada kuasa. Macam zaman British dulu, hendak buat sesuatu mesti rujuk dengan British. Mahu tidak mahu kita terpaksa mengakui semua ini datang dari kemerdekaan. Biarlah kalau ada orang kata telah lapuk tapi di situlah mulanya kita menjadi tuan di negara sendiri.

Bagaimana kehidupan pak cik sekarang?

WAN NIK: Hidup macam orang tua sajalah. Nak kerja sudah tidak terdaya lagi. Tapi syukur sangatlah umur 83 masih sihat. Kalau orang tanya, pak cik kata, pak cik kaya anak cucu. Anak ada 12, cucu dekat 50 dan cicit 20. Daripada 121 orang Harimau Malaya dulu, yang masih ada 13 dan yang datang ke perbarisan merdeka (di Dataran Merdeka) hanya empat orang. Yang lain uzur. Jadi pak cik bersyukur sangat bila diberi kesihatan macam ini. Dapat datang ke sambutan ini pun satu pemberian Tuhan kepada pak cik. Mungkin tahun depan kami dah tak ada lagi sebab yang sihat sikit kami berempat ni saja. Pak cik bersyukur sangat sebab dapat menikmati kemerdekaan selama 50 tahun. Sebab itu sekali lagi pak cik nak pesan, orang-orang muda jagalah baik-baik kemerdekaan ini.

Tidak pernahkah terdetik di hati pak cik rasa menyesal berjuang tetapi tidak dapat ganjaran yang setimpal?

WAN NIK: Sikit pun tak pernah menyesal. Sebab niat asal dulu hendak berjuang untuk kampung halaman dan negara. Bukan kerana gaji atau apa. Ganjaran tidak pernah terlintas. Bagi pak cik, kita merdeka adalah hadiah yang sangat besar. Cukuplah. Kita hidup ini kalau buat kerja dengan ikhlas, kita tidak rasa ralat apa- apa lagi. Macam tahun ini, syukurlah masih ada yang ingat dan jemput ke sini. Pak cik tidak minta untuk dikenang, tetapi kalau ada yang mengenang, kami bersyukur dan terima kasihlah.

Adakah pak cik fikir pak cik melakukan pengorbanan yang besar kepada negara?

WAN NIK: Tidak pernah fikir begitu. Pengorbanan pak cik tidak sebesar mana kalau dibandingkan dengan negara beri kepada pak cik selepas merdeka. Negara kita aman macam sekarang ini tidak pernah pak cik mimpi masa zaman penjajah dulu. Bila semua ini kita capai, ia sangat bernilai. Kekacauan atau rasa takut macam zaman pak cik dulu sudah tidak ada lagi. Dulu komunis boleh bunuh kita bila-bila masa sebab tidak ada undang-undang.

Apakah erti kebahagiaan kepada pak cik?

WAN NIK: Diberikan tubuh badan yang sihat, ingatan yang terang dan dapat memberikan sumbangan yang terdaya kepada negara dan orang ramai. Kalau ada duit banyak sekalipun tetapi tidak sihat, ingatan kita hilang tidak guna juga. Pak cik bersyukur kerana ditakdirkan Tuhan untuk masuk berjuang. Pangkat dan duit tidak pernah fikir. Kalau fikir duit, pak cik tidak masuk Harimau Malaya atau SC.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2007 12:33 PM | Show all posts
Kami berjuang demi negara


AWANG AHMAD YAACOB.
--------------------------------------------------------------------------------


MUKADIMAH
Pada Jumaat lalu kita menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara ini. Biarpun detik pertama kemerdekaan sudah 50 tahun berlalu tetapi kita tidak wajar melupakan mereka yang bertungkus lumus di sebalik kejayaan menggenggam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Selain daripada tokoh-tokoh politik, anggota pasukan keselamatan juga banyak memikul tugas memerangi komunis yang menjadi salah satu penghalang kepada kemerdekaan. Mereka mempertaruhkan masa depan dan nyawa dengan menyertai pasukan keselamatan untuk berjuang demi tanah air ini.

Sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan, bukan kecil jumlah anggota pasukan keselamatan seperti tentera dan polis yang terkorban. Kalau tidak terkorban pun mereka cedera parah dan menanggung sengsara seumur hidup. Tetapi mereka yang berjuang demi negara tidak pernah kesal dan menerima suratan takdir dengan reda.

Bagi mereka yang berjuang untuk negara, harga kemerdekaan itu terlalu mahal dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan harta benda.

揓agalah merdeka ini. Ini harta kita yang sangat mahal. Bukan mudah untuk kita mendapat kemerdekaan, banyak yang mati, cacat seumur hidup dan macam-macam lagi,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2007 12:34 PM | Show all posts
Nasihat pak cik kepada generasi sekarang yang kurang memahami semangat perjuangan dulu?

AWANG AHMAD: Budak-budak sekarang susah hendak dinasihatkan. Mereka tidak mahu mendengar. Hidup dengan aman dan makmur menyebabkan mereka lupa kepada betapa sukarnya kita mahu memerdekakan negara. Saya banyak kali bercakap, berpesan, tetapi tidak mendatangkan kesan juga. Orang sekarang, celik mata sahaja, mereka mencari hiburan. Beginilah keadaan kalau hidup tidak pernah berasa susah. Kalau kita bercerita kepada mereka, mereka kata, itu cerita lama. Sekarang negara sudah merdeka. Mereka lupa tanggungjawab mereka untuk terus mengekalkan kemerdekaan yang kita capai.

Adakah pak cik melihat bahawa tanggungjawab mereka yang membantu memerdekakan negara dan yang mengekalkan kemerdekaan ini sama?

AWANG AHMAD: Tanggungjawab kita sama. Tetapi orang sekarang banyak yang sudah tak kisah. Mereka lebih suka mendekatkan diri dengan hiburan semata- mata. Ini yang menyebabkan mereka tidak nampak tanggungjawab sebenar. Orang dulu, mereka nampak apa yang berlaku kepada tanah air. Komunis bermaharajalela. Pengaruh luar kurang. Yang ada dalam kepala kita cuma mahu menyelamatkan negara daripada musuh. Bila ini ada dalam fikiran, kita akan berusaha menentang musuh-musuh kita dengan apa cara sekalipun, sehingga habis-habisan.

Apa perasaan pak cik apabila melihat wajah Malaysia sekarang?

AWANG AHMAD: Kita patut bersyukur kepada Allah dan saya berharap keamanan yang dinikmati ini akan dijaga berterusan. Kita tak boleh leka. Percayalah bila kita aman, orang luar banyak yang sakit hati. Kalau kita sedar cabaran yang kita hadapi sekarang ini sebenarnya lebih besar lagi. Sebab kita tidak nampak siapa musuh kita. Dulu senang, jumpa komunis, kita boleh terus bunuh, bila darurat diisytiharkan, shoot to kill sahaja. Sekarang, kena bijak mengenal siapa musuh kita. Musuh kita pula bukan komunis lagi tetapi dalam macam-macam bentuk. Kalau kita leka, kita yang akan rugi. Usaha dan pengorbanan orang dulu akan jadi sia-sia. Sedar- sedar kita dijajah semula.

Pernahkah pak cik menjangka yang negara kita akan semaju apa yang kita lihat sekarang?

AWANG AHMAD: Kemungkinan itu ada sebab kita merdeka dengan cara kita sendiri. Kekuatan kita ialah kita mempunyai cara pemikiran sendiri. Kalau negara aman, apa sahaja pembangunan boleh kita lakukan. Kalau dulu kita berkeras dengan orang putih, mereka tentu tidak memberi peluang kepada kita. Jika diukur dari sudut kekuatan, mereka jauh lebih kuat daripada kita. Tidak mungkin kita dapat mengalahkan mereka.

Adakah negara sepatutnya lebih maju lagi?

AWANG AHMAD: Sepatutnya. Sebab itu kesinambungan penting. Kalau kita bersatu padu, apa sahaja orang luar buat, kita juga boleh buat. Jangan biarkan mereka menganggap kita bangsa yang bodoh. Dulu kita hendak buat sebatang jarum pun tak tahu, apa lagi membina kapal terbang. Sekarang walaupun kita belum mampu membina kapal terbang sendiri tetapi kita ada duit, kita boleh beli. Ini semua disebabkan ekonomi kita bagus.

Pak cik juga terlibat dalam perarakan kemerdekaan tahun ini. Apa perasaan pak cik bila dapat sama-sama merayakannya?

AWANG AHMAD: Ini sebenarnya kali kedua atau ketiga saya menyertai perarakan seperti ini. Setiap kali berarak, setiap kali itu juga semangat saya akan datang semula. Semangat juang ini sebenarnya tidak pernah luntur dalam diri ini.

Sekiranya negara diancam oleh anasir luar, adakah pak cik masih bersemangat untuk berada di barisan hadapan seperti ketika muda dulu?

AWANG AHMAD: Saya sanggup buat apa sahaja untuk negara. Kalau disuruh pegang senjata lagi pun saya sanggup. Selagi ada nyawa di badan, selagi itu saya mahu sama-sama berjuang. Pada saya, sayang saya pada negara ini tiada hadnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2007 10:23 AM | Show all posts
Jasa wira negara dilupakan

SAMBUTAN ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-74 baru-baru ini amat besar maknanya kepada pasukan tentera dan keluarga mereka. Ini kerana jasa yang dicurahkan sejak sekian lama demi keselamatan dan keamanan negara tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan wang ringgit atau penghargaan lain.

Bagi orang awam seperti saya, perasaan bangga dan patriotik terhadap negara mungkin sedikit 慿urang
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 07:59 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by Syd at 20-9-2007 10:23 AM
Namun, pelajar perempuan yang saya maksudkan tadi telah memberikan alasan yang amat mengejutkan.

Kata pelajar itu: 憫Buat apa saya hendak beri derma. Yang bekerja jadi tentera hanya orang Melayu sahaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.089168 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list