CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9033|Reply: 20

Datuk Bahaman

[Copy link]
Post time 5-8-2007 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Jejak: Datuk Bahaman pencetus penentang British di PahangOleh Nasron Sira Rahim

KEHEBATAN beliau menyelinap ke dalam hutan rimba tanpa sesat terserlah sejak masih muda. Hutan menjadi padang permainannya dan tokoh pahlawan Pahang itu dikatakan berbakat dan bijak memburu haiwan yang bersembunyi di sebalik rimbunan semak belantara.

Datuk Bahaman dikatakan mempelajari kaedah memburu dengan meneliti bagaimana gerak geri anjing pemburu ketika ingin menangkap haiwan. Bagaimanapun, kemahiran memburu tokoh itu dikatakan lebih hebat daripada seekor anjing pemburu.

Beliau mampu menewaskan gajah ketika keluar memburu; tatkala berhadapan dengan haiwan gergasi itu, beliau bijak menyelinap untuk mengerat keting gajah seterusnya menumpaskan haiwan berkenaan.

Oleh kerana beliau mahir ketika berada dalam hutan menyebabkan Datuk Bahaman memahami bahasa Orang Asli dan adat istiadat kaum terbabit.

Disebabkan kebijaksanaannya, beliau dilantik sebagai Tok Peran iaitu guru berburu dan kepala kepada juak raja. Beliau juga seorang yang berani, pandai bersilat dan dikatakan memiliki 慽lmu kebal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2007 05:24 PM | Show all posts
1,000 ringgit gagal tangkap Orang Besar Delapan Pahang

BRITISH terkejut dengan kekalahan mereka kerana mereka memandang rendah kemampuan pahlawan Melayu. Clifford kemudian menemui Sultan Ahmad di Pulau Tawar dan menghasut sultan supaya menentang Datuk Bahaman. Sultan Ahmad terpaksa mengikut kehendak British dan mengisytiharkan Datuk Bahaman dan pengikutnya sebagai penderhaka.

Angkatan sultan diketuai Tengku Ali kemudian diperintah menyerang Datuk Bahaman di Semantan. Datuk Bahaman dan pengikutnya berundur dan berlindung dalam hutan kerana enggan menentang sultan.

Mereka sedar yang menentang sultan bererti mereka menderhaka dan itu bukanlah tujuan perjuangan mereka.

Mereka berjuang untuk memerdekakan bumi Pahang dan mengusir penjajah.

Sultan kemudian mengumumkan pengampunan beramai-ramai terhadap pengikut Datuk Bahaman yang tidak lagi menyertai perjuangan pahlawan itu.

Pengumuman itu menyebabkan ramai pejuang Melayu menyerah diri.

Pada 9 Mac 1892, Datuk Bahaman dan kira-kira 50 pengikut setianya sekali lagi menyerang balai polis Lubuk Terua dan berjaya menawannya dengan mudah. Kejayaan itu menyebabkan beberapa penduduk kembali menyertai perjuangan Datuk Bahaman.

British segera bertindak. Sepasukan tentera tempatan diketuai Tengku Ali bersama sepasukan tentera British bergerak ke Lubuk Terua untuk menentang pejuang Melayu itu tetapi sebaik sampai, mereka mendapati lokasi itu sudah lenggang.

Pejuang Melayu pimpinan Datuk Bahaman 慴ermain taktik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2007 05:28 PM | Show all posts
DATUK BAHAMAN MENAWAN SEMULA LUBUK TERUA


Tarikh Siaran: 09.03.1980

Tarikh Peristiwa: 09.03.1892

--------------------------------------------------------------------------------


  Pada hari ini dalam tahun 1892, Dato' Bahaman atau Orang Kaya Semantan, 1 menyerang dan menawan semula Lubuk Terua (satu tempat yang termasuk di dalam wilayahnya) dari kekuasaan Inggeris.
Meletusnya penentangan Dato' Bahaman secara aktif terhadap Inggeris adalah akibat dari tindakan gegabah C. E. B. Desborough (Pemangku Pemungut Hasil Semantan) menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman dengan tuduhan mengumpulkan hasil hutan tanpa izin. Penangkapan itu dilakukan ketika Desborough dan Townson (Merinyu Lombong) mengiringi satu pasukan Polis untuk memperkuatkan balai Polis di Lubuk Terua, dan membawa ketiga-tiga tawanan itu untuk diadili di Lubuk Terua juga. Menyedari tentang hal itu, Dato' Bahaman yang memang menentang keras pembinaan balai Polis di kawasannya itu dan percaya bahawa pasukan itu datang untuk menangkap beliau, telah menyerang pasukan Desborough itu, membunuh tiga orang, melukakan beberapa orang yang lain Ialu, membebaskan orang-orangnya. Selepas itu Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan memusnahkan gudang-gudang bekalan makanan dan barangan kepunyaan Syarikat Lombong bijih Bentong dan Raub.

Sebelumnya, Dato' Bahaman memang memusuhi Inggeris kerana menyekat dan menuduh beliau (dalam tahun 1889) memungut cukai secara haram dan memberi amaran, . bahawa penerusan memungut cukai secara tradisi adalah terlarang,. . . .2 sedangkan itu adalah hak tradisi beliau sebagai pembesar di daerahnya. Inggeris juga menuduh beliau (pada tahun 1890) menulis surat kepada Residen Selangor, W. E. Maxwell meminta supaya Semantan dipersatukan dengan Selangor.3   Walaupun beliau menyangkal tuduhan itu Sultan telah memerintahkan Orang Kaya itu mengadap baginda di Pekan. Orang Kaya itu enggan Ialu menghilangkan diri di dalam hutan di tengah-tengah masyarakat orang-orang asli yang memang bersahabat baik dengan beliau, tetapi keluar apabila mengetahui orang-orangnya ditangkap oleh pasukan Desborough, menyerang pasukan itu dan membebaskan orang-orangnya.

Berikutan daripada itu pada 24hb Disember, 1891, Tengku Mahmud (Tengku Besar) bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap Dato' Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan polis Sikh.

Berikutan dari kegagalan itu "Gerakan Sultan" dilancarkan pada 22hb .Januari, 1892 dengan kekuatan 800 orang (140 daripadanya mempunyai senjatapi) yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Tidak terdapat sebarang aktiviti pihak Dato' Bahaman di sepan.jang bulan Februari itu. Untuk sementara daerah Semantan diletakkan di bawah jagaan Abdullah Bera. Tiba-tiba, pada hari ini dalam tahun 1892 Dato' Bahaman menyerang lagi dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Dalam serangan itu Abdullah Bera balik ke Bera dan Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato' Bahaman terhadap Inggeris.

Bagaimanapun, kejayaan Dato' Bahaman itu hanya sementara kerana tidak lama kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan menghantar satu pasukan seramai 300 orang yang diketuai oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise (Majistret di Temerloh). Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa mengundurkan diri sebagai satu strategi untuk melanjutkan penentangannya. Penentangan beliau itu ternyata telah merebak ke seluruh Pahang dengan melibatkan banyak lagi tokoh yang seperjuangan dengan beliau seperti anaknya Mat Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan lain



--------------------------------------------------------------------------------

  Nama sebenar Dato'Bahaman ialah Abdul Rahman. Beliau pada mulanya hanya scorang pekerja di Istana Sultan Ahmad. Oleh kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan kekanda baginda Wan Mutahir, beliau telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dengan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Beliau juga telah memimpin pasukan Pahang untuk membantu  Tengku Kudin dalam perang Saudara Selangor. Apabila Orang Kaya Indera Segara Temerloh meninggal dunia, Sultan Ahmad telah berkenan beliau menduduki tempat Orang Kaya Temerloh itu. Dengan itu kedudukan Dato' Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkaii diajak berunding oleh baginda Sultan. (Tan Ding Eing. A Portrait of Malaysia and Singapore, Oxford Universiti Press, Singapore, 1976 m.s. 147.

Peristiwa ini berlaku pada 1Shb Disember, 1891 ketika pasukan itu yang mengandungi 15 polis Sikh dan 6 Melayu memudiki Sungai Semantan. Di pertengahan jalan pasukan itu telah menangkap 3 orang pengikut Dato' Bahaman dengan tuduhan memungut hasil hutan tanpa izin. Orang-orang itu yang seharusnya dibebaskan dengan jamin sepatutnya dihantar ke Temerloh (ibu Daerah) tetapi sebaliknya dibawa ke Lubuk Terua untuk diadili. Ini tentunya menimbulkan kemarahan Dato' Bahaman dan malah menyakinkan Orang Kaya Semantan itu bahawa pasukan yang sedang menuju ke Lubuk Terua itu datang untuk menangkap beliau. (W. Linehan, the History ofpahang, MBRAS, 1971, Kuala Lumpur, m.s. 141).
Jang Aisjah Muttalib, Pemberontakan Pahang 1891 1895, Pustaka Aman Press, Kuala Baru, 1972, m.s. 149
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 6-8-2007 09:26 AM | Show all posts
Dato' Bahaman bukan hidup lagi ke...yg meninggal Mat Kilau je
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 11:19 AM | Show all posts
Berikut catatan Mengenai  Kedatangan Datuk Bahaman Ke Kelantan Versi Keturunan Long Gaffar

...Semasa di Machang, Long Mansur (cucunda Baginda Long Gaffar ) banyak menghabiskan masa dengan kegemarannya iaitu menjinakkan gajah yang diambil di Hulu Lebir (Hulu Kelantan). Pada satu masa, ketika baginda berada di sana, datang rombongan Dato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 12:21 PM | Show all posts
Pada "saat' kemunculan semula Datuk Bahaman atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Peramu itu...ramailah di kalangan pimpinan politik menziarahinya...antara yang terkenal yang saya tahu ialah Datuk Harun Idris....walaupun puas disiasat dan ditanya macam-macam...Tok Guru Peramu enggan mengakui bahawa dirinya adalah Datuk Bahaman...sehinggalah "sumber" (merupakan keturunan Long Gaffar) saya pergi melawatnya...barulah Tok Guru Peramu "mengaku" (...itupun secara tak langsung) bahawa belaiu adalah Datuk Bahaman...Tok Guru Peramu membahasakan dirinya "patik" setiapkali berbicara dengan sumber saya tadi memandangkan beliau KENAL dan TERHUTANG BUDI kepada nenek moyang "sumber" saya tadi (...rujuk catatan saya di atas)...tanpa Tok Guru Peramu sedari, perbualan beliau dengan sumber saya tadi dirakam dengan menggunakan perakam suara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
dempol This user has been deleted
Post time 6-8-2007 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 6-8-2007 12:21
Pada "saat' kemunculan semula Datuk Bahaman atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Peramu itu...ramailah di kalangan pimpinan politik menziarahinya...antara yang terkenal yang saya tahu ialah Datuk ...



memang la dia tak boleh mengaku diri dia sapa..sebab ade orang cakap(orang berilmu la)..diorang ni..Dato Bahaman..Mat Klilau..Tok Gajah(pahlawan pahang yg satu guru) dah buat bersumpah sebelum melarikan diri dari British dulu..diorang sumpah diorang akan muncul balik dan takkan mengaku siapa diri diorang sebenarnya..kalau diorang mengaku..umur diorang takkan lama..itu yg berlaku pada Mat Kliau..bile dia mengaku pada lepas Jumaat kat Masjid Pulau Tawar terus dia jatuh sakit dan meninggal tak lama kemudian...tak tahula..wallahuaqlam...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 01:22 PM | Show all posts
kagum dgn semangat juang org2 dahulu..
ternyata semangat merekalah yg memerdekakan kita pada
hari ni..ini barulah dikatakan PEMIMPIN..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 08:23 AM | Show all posts
memang la dia tak boleh mengaku diri dia sapa..sebab ade orang cakap(orang berilmu la)..diorang ni..Dato Bahaman..Mat Klilau..Tok Gajah(pahlawan pahang yg satu guru) dah buat bersumpah sebe ...


...agaknya berapa umur Datuk Bahaman saat kemunculan semula beliau ya...katakan usia  beliau semasa  menjadi Orang Kaya Semantan sekitar 30-an...maka pada lewat 1970-an dah lebih kurang 100 tahun...tapi kan aku rasa usianya pada ketika itu sudah lebih 100 tahun...mungkin sekitar 120 tahun....tak mustahil.

p/s...dalam kaset yang saya ada tu Tok Guru Peramu ada menurunkan ilmu dan amalan yang diamalkan...banyak ! Malas saya nak mendengarnya....lagipun kaset tu dah lama...macam-macam bunyi ada.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 08:33 AM | Show all posts
Saya ada mendapat maklumat antara punca menyebabkan Tok Guru Peramu enggan mengakui bahawa dirinya sebagai DatuK Bahaman dan juga keengganan "kerajaan" mengiktirafnya kemunculannya sebagaimana Mat Kilau berpunca dari masalah "tahta" Pahang....dikatakan bahawa kedudukan Datuk Bahaman dengan Bendahara Wan Ahmad ( Sultan Wan Ahmad) sebenarnya adalah SETARAF...maksudnya pada masa itu negeri Pahang yang besar telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa daerah pentadbiran dengan kuasa yang sama rata. Ini bermakna kedudukan Datuk Bahaman dan Bendahara Wan Ahmad adalah setaraf....Jadi jika Tok Guru Peramu itu diiktiraf sebagai Datuk Bahaman yang sebenar maka akan "kecoh" lah ke"RAJA"an Pahang....
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 7-8-2007 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 7-8-2007 08:33
Saya ada mendapat maklumat antara punca menyebabkan Tok Guru Peramu enggan mengakui bahawa dirinya sebagai DatuK Bahaman dan juga keengganan "kerajaan" mengiktirafnya kemunculannya sebagaimana Ma ...


kan ke Negeri Pahang pernah diperintah oleh keluarga Bendahara..sebab itu la bendera Pahang warna hitam bermaksud pernah diperintah oleh bendahara(warna bendahara..raja warna kuning)..kalau diperintah oleh bendahara tak mustahilla Dato Bahaman ade hubung kait kekeluargaan..kalau diperintah dari keturunan di-Raja(keturunan Raja Ahmad Melaka) mungkinla Dato Bahaman takde kaitan kekeluargaan..itu lah kehidupan orang2 dulu..ade hubungan saudara satu sama lain..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 09:50 AM | Show all posts
Datuk Baham apa? baham.....
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 7-8-2007 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 7-8-2007 08:33
Saya ada mendapat maklumat antara punca menyebabkan Tok Guru Peramu enggan mengakui bahawa dirinya sebagai DatuK Bahaman dan juga keengganan "kerajaan" mengiktirafnya kemunculannya sebagaimana Ma ...



kan ke Dato Bahaman salah sorang dari Orang Besar Berempat Pahang yg bergelar Orang Kaya Semantan..kira kalau dalam level Orang Besar Berempat Pahang tu semua setaraf la...dalam tu termasukla Bendahara..Temenggong..Laksamana dll...mungkin sebab takut Dato Bahaman pertikaikan tarafnya adalah setaraf bendahara Wan Ahmad kerajaan Pahang tak iktiraf kot..takut perpecahan di pihak Istana..

p/s..kalau saudara ade baca buku bertajuk "Bendahara Wan Mutakhir Wan Ali"(kalau tak silap saya..tapi nama dia serupa ngan nama bendahara Melaka...yg Mmamak..ayah Tun Fatimah..Isteri Sultan Mahmud)....mungkin saudara faham kenapa bendahara Ahmad berkuasa...sebab buku ni tulis pasal ketidakpuasan keturunan Bendahara Wan Mutakhir terhadap keturunan Bendahara Wan Ahmad yg mana mereka anggap mengambil tahta Pahang secara tidak sah(setelah membunuh bendahara wan mutakhir)..buku ni ditulis oleh Tun Suzana Tun m.Osman(anak arwah M.Osman..adik beradik ngan aziz m.osman)..buku ni menyebut bahawa keturunan Bendahara Wan Mutakhir yg sepatutnya mewarisi tahta Pahang..wallahuaqlam
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 7-8-2007 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 7-8-2007 08:23


...agaknya berapa umur Datuk Bahaman saat kemunculan semula beliau ya...katakan usia  beliau semasa  menjadi Orang Kaya Semantan sekitar 30-an...maka pada lewat 1970-an dah lebih kurang 100 t ...



kata nak email kat saya..hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 11:02 AM | Show all posts
....bukan Wan Mutakhir....WAN MUTAHIR BIN WAN ALI....Wan Mutahir dan Wan Ahmad adalah adik beradik sebapa...bapanya Bendahara Wan Ali....
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 7-8-2007 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 7-8-2007 11:02
....bukan Wan Mutakhir....WAN MUTAHIR BIN WAN ALI....Wan Mutahir dan Wan Ahmad adalah adik beradik sebapa...bapanya Bendahara Wan Ali....


ha.seakan2..saudara pun ade baca gak ke...saya ade baca..tapi separuh aje..pasal ia bukan cerita berkisar sejarah..tapi lebih kepada ketidakpuasan keturunan wan mutahir(Tun Mutahir)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2007 11:06 AM | Show all posts
Saya tak penah baca pun  buku tu tapi tahu lah ada buku ttg Wan Mutahir dan Wan Ahmad tu...tapi saya pernah la berbual dengan penulis buku tu cerita tentang buku mereka yang satu lagi iaitu tentang Keturunan Ahlul Bait di Asia Tenggara...agak-agaknya panas punggung gak orang-orang di Istana Pekan kot...
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 10-8-2007 10:48 AM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 8-8-2007 11:06
Saya tak penah baca pun  buku tu tapi tahu lah ada buku ttg Wan Mutahir dan Wan Ahmad tu...tapi saya pernah la berbual dengan penulis buku tu cerita tentang buku mereka yang satu lagi iaitu tenta ...



itula..buku tu seperti lebih berkisar utk menuntut balik hak mereka yg dirampas..bukan nak cerita pasal sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 05:47 PM | Show all posts
kalu tak silap buku tu dah kena banned. kalau tak semalaysia pun, kat pahang mmg dah takleh jual buku tu.
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 14-8-2007 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by Vvenus at 10-8-2007 17:47
kalu tak silap buku tu dah kena banned. kalau tak semalaysia pun, kat pahang mmg dah takleh jual buku tu.



tak tahula pasal kene banned..buku ni pun beli dah lama..kat kinokuniya..KLCC...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.170387 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list