CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6053|Reply: 37

CURAHAN CINTA NIAGARA - MAYA IRIS

[Copy link]
Post time 14-8-2007 11:21 AM | Show all posts |Read mode


Maya Iris
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 26.00 / RM 29.00 (Sabah & Sarawak)


Sinopsis

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216.

Mira Zahila, gadis yang mudah berkawan tetapi tidak mempercayai institusi perkahwinan telah menjadi rebutan dua orang lelaki. Air terjun Niagara Falls menjadi titik permulaan Farhan disapa oleh perasaan cinta pertama. Namun Farhan terpaksa memendam rasa kerana adiknya Faris yang sering memperolehi apa yang diingininya lebih dahulu menagih cinta Mira.

Di saat-saat menemui ajal, Faris telah memberi laluan kepada Farhan untuk merebut cinta Mira. Namun, Mira tidak dapat menerima cinta Farhan kerana cara hidup Farhan dirasakan asing baginya. Farhan pula mula sangsi dengan cintanya kerana sejarah silam Mira dan Faris bercanggah dengan prinsip hidupnya. Dalam keadaan terpaksa, Farhan menikahi Mira walaupun dia sendiri tidak pasti perasaan sayang atau benci yang bersarang di hatinya.Berjayakah Mira mencari kebahagiaan, merentasi lautan dari New York ke London dan Paris hingga ke Kuala Lumpur? Dan sempatkah Farhan membuktikan cintanya sehebat curahan Niagara?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haku bagi 4 Bintang utk Buku Maya Iris nie......bagus sbb byk diselitkan petikan al-quran dlm menerangkan ttg sst keadaan juga ketika menyelesaikan sesuatu permasalahan, musibah etc... ..paling menarik tika Kak Fisa ( senior Mira) berdebat dgn 2 org gadis pendakwah kristian ttg islam & kristian ttg isu larangan memakan b*b*........sgt2 menarik cara ia disampaikan....m/s 107-110)


Mira Zahila mengenali Faris Datuk Rashid ketika sama2 menuntut di US. Mira gadis yatim dr kg sedangkan Faris anak manja dr 2 beradik yg dibesarkan dgn penuh kemewahan. Mira dr awal tidak menyukai Faris yg terkenal sbg kaki perempuan dan cuba mengelak utk dirapati Faris yg sememangnya dr awal2 sudah tertarik dgn Mira yg dirasakan berlainan dgn teman2 wanita sebelumnya. Walaupun Mira & temannya Dina meminta tunjuk ajar Faris dlm 1 subjek kursus disebabkan kemahiran Faris dlm subjek tersebut Mira masih mengelak utk dirapati oleh Faris.Kedinginan Mira menguatkan azam Faris utk menawan hati Mira. Atas bantuan & tunjuk ajar Faris, mereka bertiga lulus cemerlang dan sekaligus menukar persepsi Mira terhadap Faris. Mereka menjadi akrab sbg teman namun Faris mengganggap Mira lebih dr itu.

Faris yg akrab dgn abangnya Farhan yg masih menuntut di peringkat sarjana juga di US sering menceritakan perihal Mira pada Farhan. Saat pertama kali bertemu Mira, Farhan terkejut kerana adiknya menggilai gadis bertudung sedangkan Faris seseorg yg sgt sosial. Farhan dlm diam, menggagumi Mira dan jatuh hati padanya tapi terpaksa mengalah kerana Faris lebih dahulu mengenali & teramat menyintai Mira.Faris cuba beberapa kali melamar Mira tapi ditolak dgn alasan tanggungjawabnya terhadap ibu & adiknya perlu didahulukan. Mira juga merasakan perkahwinan ketika masih bergelar pelajar akan membebankan mereka. Akibat desakan Faris yg tidak mengenal jemu, Mira cuba menjauhkan diri tatkala mereka sudah di tahun akhir lebih2 lagi Dina sudah berpindah sesudah berkahwin dgn teman Faris, Amir. Suatu insiden berlaku tatkala mereka berempat merancang utk bercuti dan akibatnya Mira menghalau Faris dr rumahnya. Dlm perjlnan pulang Faris ditimpa kemalangan, dia koma, parah dan menjadi lumpuh. Mira yg rasa bersalah, menemani Faris sepjg berada di hospital. Atas dasar tanggungjawab Mira bersetuju menerima lamaran Faris & mrk berkahwin. Farhan yg tidak menyangka Mira sanggup mengahwini Faris yg sudah tidak sempurna sukar menerima hakikat tersebut.

Mereka pulang ke tanahair. Ibu Faris, Datin Faridah  masih menyalahkan Mira sebagai punca kemalangan tersebut dan teramat membenci Mira lebih2 lagi disebabkan Mira bertudung disebabkan peristiwa silam yg menimpa perkahwinannya dgn Datuk Rashid. Mira yg sentiasa sabar melayan karenah Faris & ibunya yg adakala amat menyedihkan hatinya sering mendpt simpati Farhan.Ketabahan Mira akhirnya dpt mengubah sikap Faris utk kembali bertaubat & kembali ke jln Allah walaupun keadaanya sudah semakin tenat. Faris akhirnya meninggal dunia dan Mira pulang semula ke kg. Ketika sesi pembacaan wasiat Faris, mereka semua dikejutkan dgn sepucuk surat terakhir dr Faris yg mewasiatkan agar Mira berkahwin dgn Farhan kerana Faris mengetahui abangnya Farhan juga menyintai Mira. Farhan yg merasakan peluang utknya memiliki Mira cerah semula menjadi keliru tatkala mendengarkan salah satu isi kandungan surat tersebut yg menyebut perihal kejadian Faris & Mira di malam kemalangan tersebut . Farhan menjadi ragu2 dgn Mira tambahan pula Mira enggan mengulas ttg perkara tersebut kerana baginya itu adalah perihal antara dirinya & Faris. Farhan makin terkejut bila diberitahu bahawa Faris rupa2nya menghidap HIV. Mira meminta Farhan agar tidak meneruskan perkahwinan mereka jika tidak dpt menerima/ragu2 dgn keadaan dirinya walaupun dia disahkan bebas dr virus tersebut. Tambahan pula sikap Farhan yg adakalanya sukar diramal membuatkan Mira sangsi utk menerima Farhan sebagai suami.

Walaupun Farhan masih beranggapan negatif pada Mira kesan dr isi surat tersebut, dia masih meneruskan perkahwinan meraka kerana tidak mahu kehilangan Mira. Setelah berkahwin, Farhan menetapkan mereka tinggal berasingan bilik kerana masih belum dpt menerima Mira sepenuhnya. Mira yg sgt sedih dgn sikap Farhan tetapi cuba sedaya upaya memenangi hati Farhan.Dapatkah Mira membuktikan keadaan dirinya yg sebenar demi menangkis tuduhan Farhan yg maha berat pada dirinya?........kena baca sendirilah  ye...  ( dun worri.....apa2pun, cite nie hepi ending laa geng.....ahaaks )

[ Last edited by  aprilsnow at 15-8-2007 11:41 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2007 01:33 PM | Show all posts

Reply #1 aprilsnow's post

macam best...
april bagi berapa star kat buku nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2007 01:56 PM | Show all posts

Reply #2 mariss's post

macih sbb mariss ingatkan..asyik menaip sampai lupa nak letak personal rating utk cite nie...april dah edit posting april.......bagi 4 bintang utk CCN nie...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 02:12 PM | Show all posts
hmm..sinopsis cam not bad..
tapi tajuk dia x best sgt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2007 03:21 PM | Show all posts

Reply #4 tudung_bawal's post

tajuk tu dipilih (rasa2 haku lah kan..kalau salah, sori ye Maya... ) sbb masa 1st time melancong di Niagara Fall tulah saat tercetusnya rasa cinta Farhan buat pertama kalinya terhadap Mira...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 01:20 AM | Show all posts

Reply #3 aprilsnow's post

kat minerva @ mphade tak buku ni...
wah banyaknyer buku baru...
nampak gaye buku ni pun masuk list gak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2007 08:32 AM | Show all posts
:victory: :victory: :victory: chaiyok! chaiyok! april muahhh syg ko best2 sinopsis ko nie:flower: :flower: :flower: :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 10:05 AM | Show all posts
april, bila nak gi kutip kredit kat book review competition tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2007 11:44 AM | Show all posts

Reply #6 mariss's post

mmg beli kat port biasa(minerva) mariss.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 11:47 AM | Show all posts

Reply #7 jujun's post

weii otroman sejak bila kala lak nie ko panggil haku april nie.....cam bukan geng jiwang karatz haku jerr bunyinya.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 11:51 AM | Show all posts

Reply #8 limau_nipis's post

orang dah kutip lerr puan limau...tapi kalau nak bagi tacang lagi boleh gak kan...ahaaks
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 12:43 PM | Show all posts

Reply #11 aprilsnow's post

ops sori
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 03:17 PM | Show all posts

Reply #10 aprilsnow's post

alamak kuc memory ada kna virus la terlupe la darling.....   lama dh tk menyibuk kat sini.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 03:17 PM | Show all posts
bab2 ekspres rakyat ni serah je kat cing.
sis jujun, karang kita beli sama2 kat minerva tu ek
si nicky mana ek? holiday ye dia. langsung tak tinggalkan jejak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 03:56 PM | Show all posts

Reply #14 silencez's post

ok bebeh no problem.....pastu kite pg pwtc hehe kan kuc kt ada bookfair sempena merdeka....

nic ni mesti bertapa kat gunung stong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 04:31 PM | Show all posts

Reply #13 jujun's post

virus ape nyer jun...byk lah ko nyer virus eek....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2007 04:44 PM | Show all posts

Reply #14 silencez's post

express rakyat x laju sil...ERL KLIA Express lagi laju lerrr......ahaaaks

eek..sil ko ckp "karang" nak gi ngan otroman tu, otroman dah mendarat kat KL ker weeii ?

[ Last edited by  aprilsnow at 15-8-2007 04:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 04:53 PM | Show all posts

Reply #17 aprilsnow's post

heheh otroman kata "biarla rahsia".......dia pesan sabar menunggu   siap sedia kapet merah, plawer gurl, boot kuning, dan yg sewaktu dengan nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 04:54 PM | Show all posts

Reply #15 jujun's post

jun, hang dah mendarat kat Tanah Semenanjung ker?... , then boleh ramai2 kita gi ala2 rombongan cik kiah ke PWTC kan........ahaaks

nick kat gunung stong cari ilham kot....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 04:55 PM | Show all posts

Reply #17 aprilsnow's post

belum la darling. sekarang ni otomen tengah sibuk cas bateri. kita siap sedia je lah   
si nick ni dia hilang sebab nak praktis utk show nanti ke cing?
ohh.. express klia lagi laju ek. kita tak naik lagi. one fine day kita cuba.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.346030 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list