CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12345678910... 15Next
Return Post new threads
Show: 96595|Reply: 370

BUASIR & RAWATAN

[Copy link]

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 31-5-2004 03:47 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by blackmore at 4-12-2009 02:27

cheq saja nak share pengetahuan ngan hangpa semua. bukan nak promosi ubat tau. cuma nak bagi tahu......untuk membantu sapa2 yg memerlukan. ayah cheq memang pakar buat ubat nih. dia tak jual.....cuma kalau ada sapa2 yg jumpa dia, mintak ubat tu baru dia buat. Sebab proses nak buat ubat tu sendiri pun sgt susah.

Ingredient ubat tu (jenis serbuk):
- buah goqah (pokok buah ni hanya tumbuh di kawasan air payau)
- daun delima

cara minum:
- campur dgn susu lembu asli
- gula batu
- jgn lupa baca "Bismillah dan selawat"




[ Last edited by  blackmore at 11-7-2007 11:21 PM ]
http://www.cheqsue.com
Reply

Props Report

Moderator

~SexY~NaUgHTy~CheeKy~

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator Legenderer

Post on 31-5-2004 05:37 PM |All posts
;)

tHANK YOU CHEQ-SUE..TAPI RASANYAA....TOPIK NIE SESUAI DI BOARD Pharmacist & Medical Doctor online...:ah:
❣❤❣1981-2013 Ŗ0cқάMάN|άC❣❤❣
(◕‿◕)(◕‿◕✿)
Reply

Props Report

Superior

Pemberontak Forum Cari

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Post on 1-6-2004 12:09 AM |All posts
Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman yang merujuk kepada bengkak buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Jenis kedua ialah buasir luaran di mana bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur. Kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara berasingan atau serentak.

Dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada penduduk di negara-negara Barat akan mendapat buasir selepas mencapai umur 50 tahun. Buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir.

Ciri-ciri penyakit buasir  

Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah
rasa gatal pada lubang dubur,
rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar,
rasa sakit yang berdenyut-denyut,
sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.

Rawatan pengubatan sendiri  

Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:

1.      Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.

2.      Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.

3.      Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.

4.      Ketumbuhan pada kawasan dubur.

Ubat untuk meredakan buasir  

Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.

Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika langkah ini tidak juga berkesan pesakit boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucil ataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia.

Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

Pilihan ubat buasir  

Antara ubat yang boleh digunakan:

1.      Agen Anestetik setempat

2.      Pengecut saluran darah setempat

3.      Pengurangan kerengsaan atau kegatalan

4.      Astringen yang mengurangkan insipadu sel-sel

5.      Pengurangan kesakitan dan kegatalan

Disebabkan ubat-ubatan ini digunakan secara setempat pada kawasan dubur, maka penyampaian ubat kepada buasir secara langsung adalah amat penting untuk mendapatkan kesan ubat tersebut. Dalam hal ini, ubat akan disapukan ke atas bengkak buasir luaran manakala untuk buasir dalaman, ubat disediakan dalam bentuk supositori atau paip bagi memudahkan penyampaian ubat ke kawasan dalaman dubur.

Agen Anestetik setempat  

Agen anestetik atau bius setempat bertindak mengurangkan rasa sakit, gatal, pedih dan kerengsaan pada bengkak buasir melalui halangan kepada penyampaian isyarat sakit yang disampaikan oleh sistem saraf. Kebiasaannya penggunaan agen ini akan menyebabkan timbulnya rasa kebas pada bahagian yang sakit. Agen ini hanya digunakan pada buasir luaran kerana deria saraf hanya tertumpu pada bahagian luar dubur sedangkan saraf yang sama tidak terdapat pada bahagian dalaman dubur. Contoh ubat yang mempunyai tindakan menghilangkan rasa sakit adalah benzokain yang diletakkan pada buasir.

Pengecutan saluran darah setempat  

Pengecutan saluran darah akan menyebabkan saluran darah yang terdapat pada kawasan dubur mengecut dan seterusnya menyebabkan bengkak buasir turut mengecut. Pemahaman mengenai tindakan ubat ini mudah difahami dengan mengambil contoh pengurangan air sungai yang dikawal oleh sebuah empangan. Sekiranya air sungai yang disekat mengalir, maka paras air sungai akan menurun sama seperti bengkak buasir yang reda akibat pengurangan bendalir yang masuk ke kawasan tersebut. Contoh ubat yang dikategorikan sebagai pengecut saluran darah adalah noradrenalin pada kepekatan 0.005 hingga 0.001 peratus yang disapukan pada bengkak buasir. Di samping itu, ubat ini juga meredakan rasa gatal pada bengkak buasir melalui kesan bius yang lemah.

Pengurangan kerengsaan atau kegatalan

Pengurangan kegatalan dengan cara menahan kehilangan air serta lembapan kulit menyebabkan timbulnya rasa gatal akibat kulit yang kering. Apabila darjah lembapan meningkat, bengkak menjadi lembut yang seterusnya mengurangkan kesakitan disebabkan tekanan yang terbentuk di atas bengkak buasir. Contoh bahan yang dapat menahan kehilangan air ini adalah seperti gliserin atau salap petrolatum yang membentuk lapisan berminyak di atas permukaan bengkak buasir.

Astrigen  

Astringen bertindak melalui halangan ke atas kehilangan air atau lembapan daripada permukaan bengkak buasir. Juga, astringen mempunyai kesan tambahan ke atas sel-sel bengkak dengan memendakkan protein yang terdapat pada sel-sel tersebut. Contoh ubat yang mempunyai kesan astringen adalah krim zink oksida atau losyen kalamin yang apabila disapu pada permukaan kulit akan meninggalkan rasa sejuk pada permukaan kulit. Dengan kesan tersebut, rasa panas atau pedih pada bengkak buasir dapat diredakan.

Pengurang kesakitan dan kegatalan  

Ubat jenis ini akan bertindak pada sel-sel bengkak ataupun juga dikenali sebagai sel radang dengan mengurangkan proses tindakbalas yang menyebabkan timbulnya sel-sel bengkak. Apabila tindak balas keradangan dikurangkan, maka proses pengecutan sel boleh terjadi dan buasir dapat diredakan. Contoh ubat yang mempunyai aktiviti seperti ini adalah krim hidrokortison pada kepekatan 0.5 peratus yang disapu ke atas buasir.

Sekiranya seseorang mengalami penyakit buasir, penjagaan kebersihan kawasan dubur amatlah penting untuk mencegah buasir. Langkah pencucian telah diterangkan dan paling penting adalah mengamalkan tabiat pembuangan air besar yang baik pada setiap hari. Pesakit selalunya akan dinasihatkan oleh para pengamal kesihatan untuk mengambil air yang banyak dan mengekalkan pemakanan yang seimbang dengan kandungan fiber yang tinggi untuk mencegah terjadinya buasir. Jika buasir terjadi berulangkali atau tidak reda selepas seminggu walaupun dengan menggunakan ubat buasir, maka segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut!
ape kena lar super mod giler kuasa nieh, kejap jadik Son of Odin, kejap jadik amazed.. lepas nie ntah jadik aper..miahahha
Reply

Props Report

Post on 16-6-2004 03:38 PM |All posts

buasir bole sebabkan kanser usus ke?

Jazz nak tanya....pasal bos jazz di pejabat, selalu sangat pergi ke tandas...pastu keluar bilik air dengan peluh-peluh nya....

jazz dapat tahu dia sakit buasir...patutlah....tak lama pastu makin teruk sakit dia.....macam2 ubat dalam bilik dia...macam klinik lah pulak pasal bau ubat yang kuat.....pastu dia ada admit ospital KL...then buat minor operation...

sekarang dah 3 bulan sakitnye makin teruk kerap sangat ke bilik air 8 hingga 10 kali satu hari....badan makin kurus, muka makin cengkung.... kata dia nak sembahyang pun susah mesti ter".....", kesian jugak....dia ni masih bujang dan tengah cari calon isteri....

adake dia dah ke tahap kanser usus besar....
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 22-6-2004 11:51 AM |All posts
Definisi buasir (haemorrhoids, piles)

Buasir ialah saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :

Buasir dalam. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.

Buasir luar. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.


Sesetengah pesakit mengalami buasir dan luka (anal fissures) manakala sesetengahnya hanya menderita akibat anal fissures tersebut. Thrombotic haemorrhoids (sekiranya darah di dalam saluran venus yang membengkak ini menjadi beku), pesakit mungkin akan mengalami pendarahan (tidak kira sama ada buasir dari jenis dalaman atau luaran). Sakit yang dialami oleh penderita thrombotic haemorrhoids ini selalunya menjadi semakin teruk bila adanya irritasi atau pertambahan tekanan (contohnya bila batuk).

Sebab-sebab berlakunya buasir

Tekanan (pressure)

Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.

Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama


Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar. Sila lihat di atas.

Sembelit

Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

Mengandung

Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Adakah buasir penyakit keturunan ?

Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.

Adakah buasir akan menyebabkan kanser ?

Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).

Pencegahan

Pemakanan yang sihat

Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit.

Pengambilan ubat laxative

Ubat laxative terutamanya bulk laxative bertindak sama seperti pengambilan serat yang tinggi. Ia akan memudahkan pembuangan air besar tanpa perlu melakukan teranan yang kuat.

Senaman

Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir.

Amalkanlah DETOFIBRE diperkaya dengan serat dan nutrient
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 28-10-2004 12:54 PM |All posts

buAsiR

ika nak tanya u all ,mcm mana nak rawat buasiR ni yee..?? then kata la buasir ni dah elok but then buasir ni effect sistem perkumuhan ..such as susah nak control aliran time buang air kencing...kira x leh nak tahan la air kencing tu dari flow...nak buat camana yee...??my friend kena buasir, dia ni lelaki..married guys...but lepas kena buasir,die cam x leh nak control time buang air kecil...just flow mcm tu je...pity on him....then die pun cam x ade nafsu nak bersama dgn wife die..seem like cam x tahan lama la if bersama pun...:stp::stp:...me ni segan nak tanya tapi mintak tolong sgt u guys kat sini...dia nak log in sini pun x reti then he asked for my favour..any dr,anybody...please help..:tq::tq: in advance..
Reply

Props Report

Post on 3-11-2004 04:28 PM |All posts

Buasir...

Ini sekadar perkongsian peribadi, semoga dapat membantu yg ada masalah buasir.

Sewaktu i baru married, i dapat tahu my wife ada masalah buasir, memang i tahu dia ni tak suka makan sayur.. bila pergi toilet memang darah menitik dari buasir.. then i come to know ayah mertua i pun ada masalah yang sama.. soon i realize their family memang jenis yang tak suka makan sayur.

So number sep number one, sebagai suami i guna kuasa veto :-) buat pertama kalinya supaya dia mula makan sayur... dan bila pulang ke kampung i akan masak pelbagai jenis sayuran yg sedap2 utk mereka...

Sekarang dah masuk 11 tahun wife i tanpa masalah buasir... she is now vege and fruits lover... my father in law pun hardly get buasir sebab dia dah mula regular makan sayur.

So i believe the key to counter buasir is... eat a lot of food rich in fiber.. soluble and insoluble fiber from vege and fruits.

Selamat mencuba... dan menikmati hidup tanpa buasir.
Any NAZA RIA owner here? Visit us at www.riaclub.com anis710@yahoo.com Quote: "Even if you're on the right track, you'll get run over if you just sit there"
Reply

Props Report

T_Winkle This user has been deleted
Post on 8-11-2004 08:06 AM |All posts
Terima kasih semua kerana saya dapat information yang banyak di sini sebab saya baru kene buasir
Reply

Props Report

PowerGiler This user has been deleted
Post on 18-11-2004 03:32 PM |All posts

buasir

siapa-siapa nak ubat buasir boleh laa email kepada saya atau telepehone seperti dibawah:

husmawi
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 23-11-2004 01:04 AM |All posts
ubat pengecutan buasir, hemo-rid.

cream utk buasir

POM: Proctosedyl suppository.

OTC: anusol, neo-healer.
Reply

Props Report

zachry This user has been deleted
Post on 23-11-2004 07:26 PM |All posts
Jazz..mcm mane keadaan boss Jazz..?saje tanya sebab ada uncle kat kampung hadapai masalah yg sama..
Reply

Props Report

humbucker This user has been deleted
Post on 10-12-2004 11:36 AM |All posts
assalamualaikum semua sahabat,sudilah kiranye kalau ade sahabat kat sini dapat menolong penderitaan isteri saye yg mengalami buasir,setiap kali selepas isteri saye buang air besar mesti dia menangis kesakitan dan tak dapat nak buat kerja rumah,isteri saye mengidap buasir semasa ia lepas melahirkan anak pertama saye yg kini berumur 6 bulan skrg,klinik sudah pergi,hospital pun sudah tapi masih lagi memberi ubat yg sama,tapi keadaannye masih lagi begitu,jadi saye harap ade la sahabat kat sini yg dapat menolong isteri saye yg saye sendiri pun tak tahan melihat dia menderita setiap kali buang air besar,terima kasih assalamualaikum!
Reply

Props Report

Post on 21-12-2004 07:33 PM |All posts

humbucker

Bersimpati dengan isteri saudara...

Try Elken Spirulina.. tanyalah mana2 member2 u yg ahli, my wife last time ada buasir sekarang dah ok... dah dekat 8 th tak ada buasir.

Then dia kena banyakan diet sayuran dan buahan, tak ada pilihan lain, ubat is ubat, tapi makanan harian kena jaga, jangan makan benda pedas buat sementara waktu. Doa banyak2.

Semoga berjaya.
Any NAZA RIA owner here? Visit us at www.riaclub.com anis710@yahoo.com Quote: "Even if you're on the right track, you'll get run over if you just sit there"
Reply

Props Report

pelie This user has been deleted
Post on 23-12-2004 08:49 PM |All posts
aku dulu pun ader buasir jugak,punca kurang minum air dan langsung x makan sayur2an atau buah2an,akibatnye berak keras atau sembelit...hampir 5 tahun aku kene penyakit nie...aku punye buasir dalam...bile berak je mesti berdarah...mcm2 ubat aku cuba hinggalah aku secara x sengaja jadi member Cni...aku amik produk Cni selama hampir 1 tahun.....sekarang buasir aku semakin baik n x berdarah lagi...badan aku pun makin sihat....aku amik Organik beserta Royal jelly..produk nie bukan ubat tpi maknan kesihtn,tapi bagi aku yg dh agak lama mengamalkan nie yg terbaik berbanding makan ubat yg byk chemical....cuma satu yg ko harus hdapi....kena byk bersabar n ikut peratutan bile makan makanan kesihtn....kesan nya lmbt tpi amat berkesan....
Reply

Props Report

Post on 29-12-2004 04:39 PM |All posts
Aku tahu siapa supplier produk ni... memang bagus, aku dah test FOC, bila berak semua terapung je.
Any NAZA RIA owner here? Visit us at www.riaclub.com anis710@yahoo.com Quote: "Even if you're on the right track, you'll get run over if you just sit there"
Reply

Props Report

La_Botox This user has been deleted
Post on 23-5-2005 09:26 AM |All posts

Buasir

Nak tau la..
apa punca Buasir?
penyakit keturunan atau tak jaga kebersihan?
tanda2 awal nyer?
Reply

Props Report

prosperx This user has been deleted
Post on 23-5-2005 01:05 PM |All posts

HAEMORRHOIDS

Dikenali juga sebagai PILES adalah bengkak salur darah di hujung dubur samada dalam (internal haemorrhoids), luar (external harmorrhoids) atau kedua-dua sekali.

Punca biasa adalah kerana kerap sembelit dan juga mengandung. Ia juga bole berpunca dari penyakit usus & perjalanan darah tidak teratur dan kerapkali orang yang ada masalah hati (cirrhosis) & jantung akan mengalaminya. Tanda buasir adalah pendarahan, sakit, gatal & terasa berbiji di dubur.

Jika pada peringkat awal dan tidak serius ubatan OTC bole membantu iaitu Micronised Flavonoid spt Daflon, Hemo Rid & Dioflex. Di samping itu juga bole menggunakan krim buasir & ubat sisip buasir (suppositories) spt Anusol & neo Healer. Jika terlalu serius pembedahan diperlukan untuk membuangnya (haemorrhoidectomy) tapi berdasarkan pengalaman arwah Tok Wan saya dibedah di Pantai 'kalau aku tau camtu aku tak nak buang' sebab mungkin dah uzur amat menyakitkan.

Untuk mengelaknya pemakanan harus mengandungi serat yang tinggi dan air untuk tubuhbadan mencukupi. Kerap bersenam akan membantu perjalanan darah dan elakkan duduk di kerusi yang keras terlalu lama. Ini juga termasuk jamban moden di mana kerana terlalu selesa ramai yang suka membaca sambil membuang, di US kadar buasir amat tinggi dan terlalu biasa tak silap 1 drpd 5 orang. Kalau tidak suka menggunakan jamban cangkung pendekkan masa penggunaan jamban moden. Aktiviti berat haruslah dielakkan apabila mempunyai buasir dan ketika ingin mengangkat barangan berat gunakan cara yang betul.
Reply

Props Report

La_Botox This user has been deleted
Post on 23-5-2005 02:54 PM |All posts
kebanyakkan yg kena buasir ni lelaki atau perempuan?
rasanya lelaki kan?
kenapa eak?
Ubat OTC tu boleh didapati dimana?
Buasir memang bukan penyakit keturunan ker?
Reply

Props Report

PeTaLa_LANGIT This user has been deleted
Post on 23-5-2005 04:40 PM |All posts
BUASIR.........
bermula dengan SEMBELIT...biar, biar dan terus biar......
....pendarahan masa buang air besar.......biar, biar dan terus biar......buasir ringan-ringan,ahaksss......biar, biar dan terus biar.....buasir tahap kronik sampai terkeluar tu....aduuuuuhhhhh........duduk pun senget......nauzubillah.
Reply

Props Report

prosperx This user has been deleted
Post on 23-5-2005 06:49 PM |All posts
Statistik mengatakan lelaki mungkin lebih ramai kena mungkin juga kerana lupa saya nak beritahu buasir adalah common di kalangan pengamal gay. Lelaki juga kuat melakukan kerja-kerja berat dan perkara paling penting mereka malu untuk bercerita masalah buasir.

Ia bukan penyakit keturunan (heredity) tapi harus ingat jika dia dibiasakan dari kecil memakan makanan yang kurang serat maka berkemungkinan dia akan selalu sembelit dan akan berlarutan kepada buasir.

Ubat OTC tu boleh didapati dari mana-mana farmasi:
Oral - Daflon 30tabs RM60 / Hemo Rid 10tabs RM10 / dioflex 30 tabs RM29.90
Cream - neoHEALAR 30g RM23.80 / Anusol 50g RM 17.00
Suppositories - neoHEALAR 10supps RM12.75 / Anusol 12 supps RM14.80

[ Last edited by prosperx on 23-5-2005 at 06:56 PM ]
Reply

Props Report

drmnh This user has been deleted
Post on 23-5-2005 09:59 PM |All posts
Originally posted by La_Botox at 23-5-2005 14:54:
kebanyakkan yg kena buasir ni lelaki atau perempuan?
rasanya lelaki kan?
kenapa eak?
Ubat OTC tu boleh didapati dimana?
Buasir memang bukan penyakit keturunan ker?


OTC = over the counter i.e. tak yah prescription Dr.

Di hospital2 KKM Daflon, Anusol etc di bawah restricted list..the so-called List A drugs...cuma dr pakar aje yg boleh prescribe..how it becomes OTC items in private-owned  pharmacies puzzled me :stp:.

[ Last edited by drmnh on 24-5-2005 at 01:03 AM ]
Reply

Props Report

Conqueror

Dulu sorang...kini berdua.. ..

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 23-5-2005 10:25 PM |All posts
Originally posted by drmnh at 23-5-2005 21:59:


OTC = over the counter i.e. tak yah prescription Dr.

Di hospital2 KKM Dafilon, Anusol etc di bawah restricted list..the so-called List A drugs...cuma dr pakar aje yg boleh prescribe..how it  ...


...Anusol supp has been an OTC item for quite some time...proctosedyl supp still requires a prescription though...but if given the chance...i would choose proctosedyl supp...think it works better than anusol supp...ntah eh...lots of my pts responded well with proctosedyl supp compare to anusol...
...fark frendship!!...
Reply

Props Report

Conqueror

Dulu sorang...kini berdua.. ..

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 23-5-2005 10:38 PM |All posts
...but..im as puzzled as u doc...however...it seems that private-owned pharmacy somehow doesnt really care about prescription slips...during my holidays in melaka...i was able to buy norvasc and ventolin inhaler without any prescriptions....no questions asked too...:bgrin:...back here...its damn strict...for the above items...they wont dispense those items without a valid prescription...even if u want to buy procodin cough mixture...u have to fill in their book where they record down your particulars and address...:kant:...think the problem with these private-owned pharmacy is that either they are given too much of autonomy  or there is a lack in the govt system itself failing to check them on a regular basis...:kerek:
...fark frendship!!...
Reply

Props Report

prosperx This user has been deleted
Post on 23-5-2005 10:40 PM |All posts

KKM registration no.

DAFLON - MAL19910909X
ANUSOL cream - MAL20000061XS
ANUSOL supp - MAL1999139OX

well theres no A at the back of the reg. no :nana:
Reply

Props Report

drmnh This user has been deleted
Post on 23-5-2005 11:31 PM |All posts
Originally posted by prosperx at 23-5-2005 22:40:
DAFLON - MAL19910909X
ANUSOL cream - MAL20000061XS
ANUSOL supp - MAL1999139OX

well theres no A at the back of the reg. no :nana:


U jual ubat tapi KKM List A pun u tak tau maknanya..MasyaAllah..sama aje mcm jual ubat kat kaki lima.... KKM ada keluarkan buku ubat2an di mana ubat2 dikategorikan kepada beberapa kategori...e.g. paracetamol ada dlm list C di mana mana Dr dan MA boleh prescribe...nifedipine ada dalam list B di mana cuma Dr sahaja boleh prescribe..captopril di mana cuma pakar sahaja yg boleh prescribe dan alendronate ada dalam list A* di mana cuma subspecialist seperti ortho surgeon dan endocrinologist sahaja yg boleh prescribe.

BTW nombor2 yg u quote tu no pendaftaran ubat tersebut di Malaysia..semua ubat termasuk Panadol yg berdaftar dgn Kerajaan Malaysia ada nombor tu.. Genius!

[ Last edited by drmnh on 24-5-2005 at 12:15 AM ]
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 28-8-2014 07:13 PM , Processed in 0.475217 second(s), 24 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top