CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cheq-sue

BUASIR & RAWATAN

  [Copy link]
awanbiru1 This user has been deleted
Post time 10-10-2006 01:44 PM | Show all posts

Buasir dan mengandung...

awan ada baca tread2 lepas pasal berak berdarah tu... tapi tak ada pulak sebut tentang masalah buasir kepada ibu mengandung..

betul ke ibu yang melahirkan mudah dapat buasir (proses meneran semasa melahirkan?)..
ada tak cara nak atasi masalah buasir ini, khususnya bagi ibu mengandung..

apa punca buasir ini sebenarnya??? ada tak kaedah rawatan tradisional yang mujarab? (awan dengar, elok berendam dalam air panas untuk kecutkan buasir...betul ke??)

semoga boleh tambah pengetahuan kita bersama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2006 09:11 AM | Show all posts

NAK TAU PASAL BUASIR

KEMUSYKILAN TENTANG BUASIR..................
BUASIR 2 MCMANA?
MCMANA IANYA BOLEH TERJADI?
DAN APAKAH CARA UTK UBATI?
CARA MODEN OR TRADISIONAL?
BAHAYA KE PENYAKIT NI?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 05:06 PM | Show all posts
buasir ni dinamakan dalam english 'piles' atau lebih proper dalam term medic 'haemorrhoids'

buasir disebabkan salur darah dalam linings (dinding) usus berdekatan dgn anus (lubang dubur) membengkak ataupun membesar....menyebabkan simptoms2 seperti sakit, berdarah, gatal2, rasa seperti ader sesuatu menyekat lubang dubur....

buasir boleh dikategorikan kepada:
1. type I= piles tersebut masuk balik dgn sendiri kedalam usus
2. type II= piles kena tolak dgn jari, baru masuk balik dalam usus
3. type III, di mana complete prolapse aataupun, tak boleh tolak dah

buasir type II atau II, masih ok....kadang2 sembuh sendiri...antara sebab2 termasuk, pregnant, constipation (sembelit), obese/terlampau gemuk, pekerjaan yang memikul beban...

type III, kena pegi buat operation haemorrhoidectomy (buang haemorrhoid) either guna stapler (piles tu distaplerkan ke dinding usus balik) aataupun remove terus....

nak avoid piles ni, sila lah makan makanan yang mengadungi fibre yang tinggi seperti pisang, cornflakes, roti gandum...dan exercise selallu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 04:02 PM | Show all posts
Semalam kawan mamason Call...

Dia menangis sebab sakit buang air besar.. kesiannyer..  'daging lebih' tu membengkak ajerk kalau dia susah nak buang air besar.  Kadang2 ok katanyer..kengkadang biler t**k keras tu..ya Rabbi..menangis dalam toilet..

Kesian betul larr..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 12:50 PM | Show all posts
penyakit buasir ni ada tak kena pantang makan pape?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 10:12 PM | Show all posts
tumpang tanya ye..mana nak dapat TF tu? n kawan kita dah tanya  dapat kelulusan KKM ke blum..tolong la confirmkan bro..lagi satu nak tanya..kalu amik ubat nie ade side effect tak? sbbnya i tengah try to conceive

bukan apa..i ada buasir nie since umur belasan tahun lg..but tak de la kronik..ade isi lebih..just this week je berdarah balik..nak membuang pun payah..pedih rasa..ade sesapa yang boleh tolong bagi cadangan cam ne nak ubatkan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Hboxx This user has been deleted
Post time 29-12-2006 09:04 AM | Show all posts
Banyak tips berguna dalam forum ini.

Secara umum pengambilan makanan berserat yang tinggi seperti sayuran dapat membantu dalam memudahkan pengeluaran air besar. Dari segi pemakanan tambahan fiber amat penting memandangkan pola pemakanan masyarakat kita amat kurang dalam pengambilan fiber.

Fiber yang perlu diambil meliputi fiber larut dan fiber tidak larut.

Disamping itu pertumbuhan sel baru amat penting. Maka pengambilan protein yang mengandungi 12 essential acid amino amat diperlukan. Jangan terkeliru dengan nama protein kerana setengah protein (eg gelatin adalah protein...tetapi tidak mempunyai nilai bagi badan manusia) tidak memberikan kebaikan/atau sangat minima bagi badan manusia. Digalakkan mengambil protein soya yang tidak mengandungi cholestrol dan lemak serta gula bagi mengelakkan penyakit2 yang berkaitan kolestrol pula.

Disamping itu multivitamin tambahan juga perlu kerana pola pemakanan kita tidak seimbang/mengcukupi.

Untuk mendapatkan penerangan lanjut dan pakej barangan yang berkesan dan selamat dari syarikat natural supplement no 1 dari USA yang telah menjalani 83000 kajian klinikal setahun sila email ke infosihat@gmail.com
Reply

Use magic Report

mc_nors This user has been deleted
Post time 2-1-2007 11:27 AM | Show all posts

BUASIR..

sesaper ler ada cara tuk memulihkan buasir ni.. Nor ada 2-3 org sedara yang terkena buasir ni.. yang sorang tu darah memancut masa buang air besar... & 2 org lagi membengkak kat d***r dia... dia kena masa pregnant..

klu boleh lah mereka nak berubat cara tradisi.. tak mo gi hospital.. sesapa yg pernah mengalami @ ada petua.. leh ler khabar2 kan erk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2007 08:58 PM | Show all posts
dah ade tread nie..cuba tengok2 kat page belakang2..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 12:11 AM | Show all posts
....satu pesanan aku buat rakan2 semua...

...sebelum buka topik baru...cubalah korang selak2 dulu tengok samada topik yang korang nak bukak tu dah de ke blom kat bod sini...ada 2 easy ways of doing it...

...first...since most of the topics here dah di digestkan...u can try clicking at the word Show Digest yang terdapat on top right hand corner of this page (atas New Topic)...bila click di situ...maka akan kluarlah semua threads yang sudah didigestkan...pilihlah mana2 thread digest yang sesuai ngan apa yang korang cari dan bley sambung berposting dari situ....


...secondly...u can perform a search for a particular topic yang korang nak bincangkan...just click that Search button yang terdapat di bahagian atas sebelah kanan yang bersebelahan ngan admin cp tu...then...just type in the words yang korang nak dalam box keywords tu...pastu...di bahagian bawah...u can see another box Search forum & from yang di dalamnya ada tertulis "search all open forums"....open this box and from here...choose Pharmacist & Medical Doctor online and then tekan button submit....it will auto generate the list of threads yang berkaitan ngan words yang korang nak carik...

...ok??...bley tak???...heh.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 09:29 AM | Show all posts
Buang air besar berdarah
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

PENYAKIT buasir memang begitu kerap berlaku di kalangan masyarakat moden yang stres. Umum sudah amat mengetahui tanda utama buasir iaitu pendarahan di dalam najis dari rektum.

Malangnya amat jarang diperbincangkan untuk tatapan umum masalah pendarahan di dalam najis itu sendiri secara keseluruhannya.

憫Sebenarnya permasalahan ini adalah lebih penting dari persoalan tentang buasir itu sendiri kerana terdapat bermacam-macam penyebab atau penyakit lain selain buasir yang juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam najis.

憫Contohnya penyakit kanser usus yang lebih bahaya daripada buasir,拻 kata Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, Columbia Asia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Menurutnya, rektum adalah sebahagian daripada usus besar yang terletak di atas lubang dubur (anus). Ia digunakan oleh usus untuk menyimpan najis sebelum sampai masa yang sesuai untuk dibuang.

Pendarahan di dalam najis berlaku apabila sel-sel darah merah normal yang terletak di dalam saluran dan pembuluh darah, telah keluar dari dinding-dinding usus dan mengalir serta bertakung di dalam rongga-rongga usus.

憫Darah yang berwarna merah cerah menandakan pendarahan itu berlaku dari bahagian pembuluh darah arteri dan terletak di bahagian yang sangat hampir dengan lubang dubur seperti usus sigmoid ataupun rektum.

憫Manakala, darah yang berwarna merah gelap diandaikan berpunca dari sumber pendarahan yang lebih dalam iaitu bahagian awal usus besar seperti sekum ataupun bahagian akhir usus kecil iaitu ileum,拻 ujar beliau.

Walaupun tidak dianggap begitu oleh kebanyakan pesakit, kata Dr. Abd. Hamid, najis yang berwarna hitam pekat seperti tar di jalanan adalah juga sejenis pendarahan usus.

Darah boleh bertukar dari kebiasaan berwarna merah kepada hitam akibat proses tindak balas kimia oleh enzim-enzim penghadaman dan pencernaan yang berlaku kepada sel-sel darah yang keluar dari dinding- dinding perut ataupun usus kecil.

Punca pendarahan rektum

Pendarahan di dalam najis adalah sesuatu perkara yang amat dramatik bagi mereka yang belum pernah mengalaminya. Lebih dramatik jika pendarahan itu berlaku dengan banyak sekali.

Pesakit di kalangan ini sepatutnya terus berjumpa doktor ataupun pakar gastroenterologi dengan serta-merta.

Tindakan pantas ini memberi peluang awal kepada doktor untuk mengesan punca atau penyakit yang menyebabkan pendarahan itu sekali gus memberikan harapan yang lebih cerah kepada pesakit untuk pulih.

憫Malangnya, ada juga mereka yang telah mengalami pendarahan di dalam najis di dalam kuantiti yang sedikit dan jangka waktu yang bertahun-tahun, masih belum mendapat rundingan daripada doktor.

憫Jika pendarahan ini disebabkan oleh penyakit yang bahaya seperti kanser usus, maka kelewatan ini boleh membunuh,拻 kata Dr. Abd. Hamid sambil menambah, pendarahan di dalam najis adalah disebabkan oleh penyakit di dalam dinding usus itu sendiri.

Terdapat juga penyakit dalaman yang telah mengubah kecairan darah dengan menyebabkan sel-sel darah menyerap keluar dari dinding-dinding usus ke dalam rongganya seperti kanser sel darah, leukemia.

Gangguan kepada sistem yang mengawal kecairan darah juga boleh berpunca daripada pengambilan ubat seperti Warfarin oleh pesakit jantung.

Kebiasaannya, jika pesakit mendapati pendarahan di dalam najis itu berwarna merah cerah; dan ia keluar dahulu ataupun selepas najis, lazimnya perdarahan ini adalah disebabkan oleh buasir.

Sementara itu, pendarahan yang berwarna merah gelap dalam kuantiti yang sedikit dan bercampur-baur dengan najis menimbulkan syak tentang penyakit kanser usus.

Seterusnya, pendarahan hitam pekat selalunya disebabkan oleh penyakit radang di saluran esofagus, perut ataupun usus kecil (duodenum). Ia juga boleh disebabkan oleh ulser ataupun kanser di dalam organ-organ tersebut.

Tepat

Dr. Abd. Hamid berkata, terdapat juga punca-punca lain yang jarang ditemui pada pesakit tetapi amat penting untuk dikesan bagi memastikan rawatan yang tepat.

Contohnya, kanser rahim. Jika penyakit ini tidak dirawat dan dibiarkan membesar dan merebak, maka sel-sel kanser ini akan menghakis dinding-dinding organ yang berdekatan seperti usus besar/rektum dan menyebabkan pendarahan di dalam najis.

Keadaan ini dinamakan fistula
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 04:27 PM | Show all posts
GH dah try DAFLON.. 2 papan makan masa peknen.. tp lepas bersalin pon masih sama je...

ada ke ubat sapu..??
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 07:41 AM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 28-12-2005 03:53 AM
ubat yg mujarab ialah daflon - rm2.10 sebijik



kak ct.. saya dah makan daflon 2 papan tapi tak surut2 pon... ada ubat makan lain tak or ubat sapu../? ubat insert ade gak ke..??
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 10:18 AM | Show all posts

Reply #150 GreenHawa's post

tak silap ada ubat sapu namanya tak berapa sure tp ada kat farmasi...rasanya nama dia "ANOSOL". lebey kurang cenggitu la bunyinya...sapu kat tpt kena buasir tu la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 11:55 AM | Show all posts
Pilot..

anosol tu mahal tak rasanya.. so, kalau pi farmaacy nak kena prescribe kat pharamachist ke..?? atau ada kat rak2 ubat tu je..??
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 04:17 PM | Show all posts

Reply #153 GreenHawa's post

takde prescription leh beli je....harga tak pasti la maybe belas2 ringgit gak kot...cuba la tanya kat farmasi...tp tak silap dia soh beli ngan pil skali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 03:30 PM | Show all posts
masa saya bersalin anak kedua 3 thn lepas benda tu dah terkeluar tapi ignore je sebab tak sakit then lama-lama dia hilang sendiri. Bila org bercerita pasal buasir tak pernah ambik pot...last 3 days benda tu tekeluar lagi maybe sebab batuk terlampau kuat for 1 week..ubat batuk tak makan dengan alasan takut mengantuk kat ofis...then kali ni bila terkeluar terasa amat tidak selesa..perit semacam macam baru lepas cirit padahal takde cirit birit pun...sebelum tido sapu gamat cream...then bangun pagi still takde perubahan...bila jalan terasa ada benda kat situ memang tak selesa...tapi pegi ofis gak..masa duduk pun dah tersenget-senget ..pedih tapi still boleh tahan...jalan pun macam org baru lepas bersalin sebab takut punye pasal..tapi tak de lak darah kuar...ok post dulu dah panjang sangat
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 03:38 PM | Show all posts
ok sambung balik...balik keje bagitau hubby...dia suruh pi klinik..tapi saya tak nak sebab takut +malu..then dia cakap mana nak pegi sekarang atau pegi bila dah teruk nanti...sama jugak...so pegi la jugak...cari klinik mostly semua dr lelaki..last-last tu pi kpmc ...dr pompuan....bila citer kat dr...dr suruh baring sebab dia nak tengok...masa tu pasrah..apa nak jadik..jadik la...then dia ada masukkan satu alat macam scope...then dia bagitau saya punya buasir ni antara level 2 nak jadi level 3..maybe boleh masuk balik maybe tak boleh...kalau tak boleh kena buat bunching (ikat)...dr suruh monitor 2 minggu...dia bagi ubat daflon dan cream sapu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 03:43 PM | Show all posts
dah 3 hari makan ubat daflon ni rasa cam tak de kurang pun...cume pedih dah hilang sikit....sekarang ni ingat nak berubat tradisional je...betul ke ubat sensei mujarab? Betul ke buat bunching/ikat tu tak sakit sangat sebab my hubby kata susah-susah sangat buang je kalau tak buang nanti akan jadi balik..lagi susah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 05:08 PM | Show all posts
pg td i g toilet.. i berak berdarah.. tp tak sakit.. cumer pedih kat permukaan lubang montot jer.....

terkezut.. tak pernah berak berdarah cenggini... ptg td.. lap kat bahagian situ.. ada darah spoting jer.. tak banyak.. tp part situ rasa pedih mcm terhiris... takut nak berak lagi....

hubby suruh pg kinik mlm ni.. tp tak tahu nak pg kat mana?.. boleh pg mana2 kinik ker?...

i takut.. kalau buasir xpelah jugak... walaupun taknak.. tp yg i takut nyer.. kalau i ada kanser usus....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.111074 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list