CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: stuart

ALL about Honda City

[Copy link]
Post time 12-10-2007 08:05 AM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 11-10-2007 11:32 PM
vios...
pasang magsaver + surbo.. + turun bukit akina...

pembetulan

vios kalau jimat minyak kena pasang seperti berikut

pasang magsaver + surbo.. + turun bukit akina + sticker TRD tepi pintu ngan windscreen depan + sticker HKS power + sticker hotbits + sticker ENKEI Racing + sticker belang-belang kedai abang + side skirt + lampu fluoresent kat bawah body + tinted kaler itam + air filter HKS power flow + minyak fully sintetik castrol gold 0W40 + lampu HID + pasang sunroof + leather seat + pasang eksoz tail double + tukar head unit, amik KENWOOD, tukar speaker + cuci cermin guna rainX + kilatkan tayar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2007 09:32 AM | Show all posts

Reply #42 Fast-N-Furious's post

ko nak aku tambah lagi ke fast...??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2007 10:22 AM | Show all posts

Reply #42 Fast-N-Furious's post

fuiyooo...  free nampak bang?.. dah mood cuti tapi kena kerja kee?..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2007 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by ryo_takahashi1 at 12-10-2007 09:32 AM
ko nak aku tambah lagi ke fast...??


ko tambah ler...nanti aku bagi kredit 2 kati...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2007 10:45 AM | Show all posts

Reply #45 takumi86's post

huhhh... apa ada dgn kredit...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2007 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 12-10-2007 10:22 AM
fuiyooo...  free nampak bang?.. dah mood cuti tapi kena kerja kee?..

bukan kena keje.. sajer jer datang keje.. nanti rugi cuti..

sebab datang opis pong bukan wat keje.. miahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2007 02:44 AM | Show all posts
Originally posted by Fast-N-Furious at 12-10-2007 08:05 AM

pembetulan

vios kalau jimat minyak kena pasang seperti berikut

pasang magsaver + surbo.. + turun bukit akina + sticker TRD tepi pintu ngan windscreen depan + sticker HKS power + sticker h ...


ni bkn stakat jimat minyak je, horse power pun bole naik woo
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 02:16 PM | Show all posts
baru selesai service keta city aku... kat Honda SC -Kah Motor Puchong...

normal service, 60k mileage
tambahan tukar minyak gear (CVT)  RM80
brake pad depan RM170
brake pad belakang RM300

TOTAL = RM766.50
walaupun mahal.. lepas tengok barang, dan cara depa tukar dan buat kerja, aku redha walaupun ...

hari raya baru ni study FC...
perjalanan ke utara dapat clock 19.5km/l (speed maintain below 120kmj, rpm below 2.5k)
balik dari utara ke KL clock 9.5km/l (speed 150~180kmj, rpm about 4~6k vtec bukak memanjang)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2007 02:40 PM | Show all posts

Reply #148 nuqman's post

brake pad depan lagi murah dari brake pad belakang..???
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 02:56 PM | Show all posts

Reply #148 nuqman's post

60k service tak kena major service aircond ke?? kat SC yg selalu aku service dah bagitau aku awal2 bila sampai 60k kena buat major service aircond. Brake pad tu baru jln 60k km takkan dah tukau ko??
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by generasi2 at 18-10-2007 02:40 PM brake pad depan lagi murah dari brake pad belakang..???
brake depan pun RM300++ gak.. (original honda nyer).. tapi ada satu lagi recommended by honda (japan brand gak) cuma RM170++.... bukan local pad atau metalking tuh... tapi nak tukar dia agak rumit compare tukar brake pad waja aku tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by pendekar_jebon at 18-10-2007 02:56 PM
60k service tak kena major service aircond ke?? kat SC yg selalu aku service dah bagitau aku awal2 bila sampai 60k kena buat major service aircond. Brake pad tu baru jln 60k km takkan dah tukau ko??

takde... service air-cond masa 50k dah buat... tapi tak le mahal sgt rasanya...
alaaa... biasala... keta auto.. byk layan bukit... layan traffic light lagi.... layan jem lagi... cepat le habisnya pad tuh main brake ajer...
agak2nya brake pad vios lagi murah ke ek..??
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 04:18 PM | Show all posts

Reply #148 nuqman's post

keter ko dah abis honda waranty kan?
minyak itam pakai jenis apa bradder?

ko memang antar ke Honda SC ke?.. hantar ler ke kedai ahkeongg jer tak ley kee?..  
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 18-10-2007 04:18 PM
keter ko dah abis honda waranty kan?
minyak itam pakai jenis apa bradder?

ko memang antar ke Honda SC ke?.. hantar ler ke kedai ahkeongg jer tak ley kee?..  


free service dah habis sampai 40k ajer.. warranty extend until 80k... engine oil still guna honda VTEC nyer minyak...
sorry bang.. no ah keong or pokok cherry shop... aku plan nak continue aje hantar kat honda SC... at least sampai 100k kot...
semua resit, itemised bill aku buat summary.... senang bila ada perkara berbangkit bule claim kat tribunal pengguna...

hari ni dapat pelajaran baru dari chief mechanic HONDA SC tu...
bila tukar tayar atau hantar keta buat alignment... JANGAN SESEKALI TERPEDAYA DENGAN PUJUKAN KEDAI TU UTK TUKAR CHAMBER SCREW... selagi kita takde accident (impak yg teruk)... chamber screw tu masih boleh digunakan... yg ni utk keta honda aje atau semua keta aku lupa plak nak tanya....

so bro takumi still hantar vios tu ke Toyota SC ke? sampai bila...??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 05:24 PM | Show all posts

Reply #154 nuqman's post

Ooo... bagus tips aku plan nak servis DIY jerr...heheee
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 06:07 PM | Show all posts

Reply #154 nuqman's post

every time buat alignment... mesti dorang buat tawaran nih!!...TUKAR CHAMBER SCREW.. sekali pon den tak buat..!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2007 10:27 PM | Show all posts
haha.. cerita pasal chamber screw ni, aku pon dah tertipu. bila dah tuko baru tahu bende ni takyah tuko. lagi tuko lagi bahaya la pulak katanya sebab yang ori tu dah takleh ejas2 punye....   Takpe le jadi pelajaran baru bagi aku.

Pasal brek pad lak, baru je aku tuko baru, tapi kat kedai luar la - brand tah lupa apa tapi honda punye la. Kuat no abuk dia sampai itam abih sepot rim putih aku.. hampeh.. nak tuko lain pun wat rugi jer.. Kena la tahan 4-5 tahun lagi kalau nak tuko pon..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 11:03 AM | Show all posts
Sabar ajelah

Originally posted by Volfeed at 20-10-2007 10:27 PM
haha.. cerita pasal chamber screw ni, aku pon dah tertipu. bila dah tuko baru tahu bende ni takyah tuko. lagi tuko lagi bahaya la pulak katanya sebab yang ori tu dah takleh ejas2 punye.... :shake ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 12:16 AM | Show all posts
Penuhi keseronokan memandu
Oleh Mohd Razlan Salleh

PRAKTIKAL, luas, berkuasa dan menjimatkan minyak menjadi elemen penting bagi orang ramai dalam mencari kenderaan sesuai untuk seisi keluarga.

PRAKTIKAL, luas, berkuasa dan menjimatkan minyak menjadi elemen penting bagi orang ramai dalam mencari kenderaan sesuai untuk seisi keluarga.

Anggapan orang ramai terhadap kenderaan Honda memang tidak lari dengan ciri kemewahan dan kehebatan teknologi VTECnya.

Namun, pengeluar mengadaptasikan ciri mewah itu untuk dinikmati keluarga berpendapatan sederhana sehingga lahirnya model Honda City.

Honda City yang dihasilkan pusat penyelidikan Honda di Thailand menepati ciri-ciri kenderaan yang diperlukan sebuah keluarga.

Kesempatan memandu uji Honda City VTEC yang dipertingkatkan (facelift), baru-baru ini memberi jawapan mengapa kenderaan yang turut didatangkan dengan versi i-DSI menjadi pilihan popular sebagai model terlaris keluaran Honda di negara ini.

Dari sudut luarannya, City generasi kedua ini menerima perubahan dari segi gril depan yang lebih garang (menyamai Honda Civic generasi ketujuh), lampu belakang rekaan baru dan cermin sisi yang kini lengkap dengan lampu isyarat membelok.

Bagaimanapun, bahagian lain masih sama dengan model asal termasuk kapasiti ruang belakang meletak barang terbesar seluas 500 liter, terbesar dalam kelasnya.

Ruang dalamannya diberi warna gelap bagi menambahkan lagi ciri sporty City VTEC dan menampakkan perbezaan dengan versi i-DSI.

Bagi versi i-DSI, ia ditawarkan dengan warna cerah.

Stereng juga menampilkan rekaan baru dengan tiga jejari selain bahagian tengah yang menempatkan beg udara berbentuk seperti 'senyuman' yang kemas.

Paling menarik bagi semua model City, ia dilengkapi kawalan mod tujuh kelajuan (CVT) di bahagian stereng.

Model ini juga memiliki Ultra Seat yang membolehkan kerusi belakang dilipat dan diangkat dalam pelbagai cara.

Kedua-dua ciri ini memberi banyak kelebihan kepada City sehingga menjadi kenderaan pilihan keluarga.

Selain itu, kerusi City kini menerima fabrik kalis air yang sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil.

Ruang dalamannya agak luas untuk sebuah keluarga dengan dua anak tetapi kurang selesa jika dinaiki lima orang dewasa untuk perjalanan jauh.

Sistem hiburan juga dipertingkatkan apabila Honda menawarkan pemain audio cakera tunggal yang boleh menerima input daripada pemain audio luaran seperti MP3 atau pemain DVD menggunakan sambungan auxiliary (aux).

Daripada sudut pemanduan pula, Honda City sememangnya dicipta sebagai sebuah kereta yang bergerak di bandar.

Paduan sistem gear CVT dan kuasa dari enjin VTEC amat berkesan untuk pemanduan harian di bandar.

Dengan 110 kuasa kuda dan transmisi tujuh gear CVT, pemanduan menjadi lebih menarik di samping pecutan di lebuh raya pula tidak mengecewakan.

Malah, sistem suspensi McPherson menjadikan kenderaan pilihan ramai ini lebih stabil ketika melalui jalan berliku atau mengambil selekoh.

Kerusi pemandu sedikit tinggi dan ia memberikan penglihatan visual sekeliling yang cukup bagus.

Kepada pemandu yang mahukan sedikit keseronokan, fungsi manual pada gear CVT ini boleh digunakan untuk melepaskan kerinduan kepada transmisi manual biasa.

Dengan harga RM85,800 (termasuk insurans), Honda City sesuai bagi mereka yang mencari kenderaan praktikal ke tempat kerja dan pulang ke kampung berdasarkan kepada penjimatan minyak dan ruang kabin yang luas.



Spesifikasi

Enjin: Empat 4 silinder VTEC

Kuasa maksimum: 110hp @ 5800rpm

Tork maksimum: 143Nm @ 4800rpm

Transmisi: CVT dengan 7 nisbah terprogram

Ciri-ciri keselamatan: Beg udara berkembar, ABS dengan EBD

Harga: RM85,800 (termasuk insurans).



Tayar yang dicadangkan

ComfortContact-1

195/50R15 82V
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 10:28 AM | Show all posts
honda city xda kuar model baru ka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.078741 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list