CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13927|Reply: 42

Sejarah Tunku Anom dan Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam

[Copy link]
Post time 29-10-2007 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Kebijaksanaan Tunku Anom kembalikan takhta negeri Kedah
Oleh : WAN SHAMSUDIN MOHD YUSOF


AKIBAT serangan dan penaklukan Siam ke atas Kedah melalui armada Ligor pada 12 November 1821, Sultan Kedah yang ke-22, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845) telah kehilangan takhta. Baginda yang pada mulanya mendapat suaka di Pulau Pinang tetapi akibat kesan Perjanjian Burney 1826, Baginda terpaksa tinggal dalam pembuangan di Melaka sehinggalah ke tahun 1841.

Sementara itu, tindak-balas pejuang-pejuang Kedah terhadap tentera Ligor di Kedah terutamanya pusat-pusat kepentingan mereka di Alor Ganu dan kota Kuala Kedah dilaksanakan dengan pelbagai cara yang berkemuncak dengan serangan besar-besaran pimpinan Tunku Mahammad Saad sekitar 1838-1839 yang memaksa tentera Ligor diundurkan dari Kedah. Tunku Anom bin Tunku Abdul Rahman, putera saudara kepada Sultan Ahmad Tajuddin yang sebelum 1821 pernah dilantik sebagai Ketua Pengantar Bunga Emas dan dikurniakan gelaran 慣unku Paduka Raja Jambangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


dempol This user has been deleted
Post time 29-10-2007 06:57 PM | Show all posts
Tunku Anom ni moyang...TDM kan..sebelah bondanya..Wan Tempayan
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 07:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2007 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by dempol at 29-10-2007 06:57 PM
Tunku Anom ni moyang...TDM kan..sebelah bondanya..Wan Tempayan


Nama ibu Tun Dr. Mahathir ialah Wan Tempawan, bukan Wan Tempayan...
Untuk pengetahuan semua, tempawan bermaksud 'kata sanjungan untuk wanita yang cantik'..
istilah ni dari negeri Selangor (sumber dari kamus dewan)..

Mengenai Tunku Anom ni moyang TDM atau tidak, aku tak pastilah...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 29-10-2007 10:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 10:01 AM | Show all posts
Gua tempat latihan Tunku Anom dan askarnya berperang boleh dilawati sekarang ini.Terletak kawasan Bukit Keplu di Kodiang Kedah.Gua tersebut dikenali dengan nama Gua Kerbau.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 10:02 AM | Show all posts
double post lagi.hampeh komputer ni.


Gua tempat latihan Tunku Anom dan askarnya berperang boleh dilawati sekarang ini.Terletak kawasan Bukit Keplu di Kodiang Kedah.Gua tersebut dikenali dengan nama Gua Kerbau.

[ Last edited by  sayapghaib at 30-10-2007 10:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2007 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 29-10-2007 10:37 PM


Nama ibu Tun Dr. Mahathir ialah Wan Tempawan, bukan Wan Tempayan...
Untuk pengetahuan semua, tempawan bermaksud 'kata sanjungan untuk wanita yang cantik'..
istilah ni dari n ...


istana kedah xda kena mengena ngan TDM..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 11:21 PM | Show all posts
Makam tu dah berubah sepenuhnya skang...siap ada pagar lagik.

Dua makam kecik sebelah makam Tunku Anom tu adalah makam anak dia...

Dulu masa sekolah rendah, kat makam ni la aku selalu lepak petang-petang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 09:51 AM | Show all posts
another history forgotten.. sepatutnya sejarah macam ni lah yang patot diangkat dalam buku sekolah budak2 sekarang..  termasuk juga sejarah Tunku Kudin
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 01:39 PM | Show all posts

Balas #9 dCrook\ catat

Cerita Tunku Anom ada dalam buku teks sejarah tingkatan 3, tapi versi yang lama punya...

Dalam buku tu Tunku Anom di refer sebagai 'Tunku Daei'.

Dulu sebelum makam ni dipagar, ada banyak orang mai bawak pulut kuning, ayam hitam sebab nak mintak nombor ekor.

Kisah mistik Tunku Anom penah dapat cover story Mastika awal tahun 2000. Tapi yang spoilnya reporter Mastika letak gambar pompuan baju putih dekat cover dan tulis tajuk "Inikah Tunku Anom?"  

Mungkin dia taktau Tunku Anom tu sebenarnya lelaki...excited sangat nak tulis crita seram sampai lupa nak refer fakta sejarah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by Halilintar at 14-10-2008 01:39 PM
Cerita Tunku Anom ada dalam buku teks sejarah tingkatan 3, tapi versi yang lama punya...

Dalam buku tu Tunku Anom di refer sebagai 'Tunku Daei'.

Dulu sebelum makam ni dipagar, ada banyak or ...



Mesti wartawan tu tak kaji dengan sebaik mungkin.Tak pun dia kena kelentong dengan orang yg ditemuramahnya.maklumlah temuramah main bedal je ,tak rujuk ahli sejarah yg betul.Kepada sesiapa yang nak tengok markas tempat Tunku Anom dan hulubalangnya mengatur siasah untuk membebaskan Kedah dari tawanan Siam bolehlah pergi melawat Gua Kerbau di Bukit Keplu.Tempat tu berhampiran dengan Pekan Kodiang Kedah.Cantik juga tempat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 14-10-2008 09:51 AM
another history forgotten.. sepatutnya sejarah macam ni lah yang patot diangkat dalam buku sekolah budak2 sekarang..  termasuk juga sejarah Tunku Kudin


Betul tu.Sejarah berkaitan Tunku Kudin juga unik.Ini kerana terdapat dua Tokoh penting yg bernama Tunku Kudin.Tunku Kudin yang menjadi menantu Sultan Abdul Samad dan Tunku Kudin yang berjaya menawan semula Kota Kuala Kedah dari tawanan Siam.Tunku Kudin inilah yang digelar Inggeris sebagai Royal Pirates.Sebenarnya beliau bukan lanun.Tetapi Inggeris telah memutar belit fakta. Sama juga seperti sejarah Si Bongkok yg diputar belit oleh Inggeris.Cuma Tunku Kudin ni sejarahnya kurang berjaya diputar belit kerana kejayaan beliau memimpin armada untuk menawan Kota bersejarah itu.Tunku Kudin telah terbunuh didalam Kota tersebut dalam satu serangan Siam yg menggunakan Bala tentera berjumlah lebih kurang 80 000 orang.Kematian beliau merupakan satu kegagalan Siam dan Inggeris yg mahukan beliau ditangkap hidup-hidup.Sebelum itu,kerana kegagalan menangkap beliau pihak Inggeris telah membakar rumah beliau di Seberang Prai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 01:25 PM | Show all posts

Reply #12 sayapghaib's post

kalo dalam buku the Blockade of Kedah, orang british tu menyamakan Tunku Kudin ni dengan William Wallace of Scotland.. Seriously, walaupun dia kalah akhirnya, tapi dia berjaya juga memerdekakan kedah masa awal2nya.. kan best kalau orang ade buat filem pasal dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 15-10-2008 01:25 PM
kalo dalam buku the Blockade of Kedah, orang british tu menyamakan Tunku Kudin ni dengan William Wallace of Scotland.. Seriously, walaupun dia kalah akhirnya, tapi dia berjaya juga memerdekakan k ...


Kalau William Wallace tu ceritanya macam mana?.Tunku Kudin berjuang bersama-sama Tunku Sulaiman dan Dato Muhammad Ali bin Dato Kermajaya.Kalau buat filem memang best.Siap ada pertempuran dilaut diantara kapal layar melayu yg terkenal laju dengan Kapal Api Inggeris yang besar dan lembab.Cuma kapal melayu kekurangan dari segi senjata api.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 05:25 PM | Show all posts

Reply #14 sayapghaib's post

mane tak nyer, orang lain perang pakai meriam caliber besar tapi org melayu zaman tu still stick ngan lela nganrentaka..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 11:09 PM | Show all posts
woi tempat aku woi!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2008 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 16-10-2008 05:25 PM
mane tak nyer, orang lain perang pakai meriam caliber besar tapi org melayu zaman tu still stick ngan lela nganrentaka..



Meriam Besar Ada maa..... tapi untuk pertahanan Kubu atau Sempadan atau Kota (Istana).. yang bagus pasal meriam Lela dan Rentaka sebab mudah alih senang di bawah ke mana-mana....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 02:10 PM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 16-10-2008 05:25 PM
mane tak nyer, orang lain perang pakai meriam caliber besar tapi org melayu zaman tu still stick ngan lela nganrentaka..


Pernah satu ketika Angkatan Sultan Kedah dengan bantuan puluhan kapal layar lanun dari kepulauan Sulu mengepung Pulau Pinang sehingga penduduk Pulau itu hampir keputusan bekalan beras.Namun hanya kepungan dapat dilakukan kerana untuk menyerang pihak Inggeris,Angkatan tersebut terpaksa berhadapan dengan Meriam-meriam bersaiz bagak yg sehingga kini kita dapat saksikan di Padang Kota.Kepungan itu akhirnya terpaksa di hentikan bila tiba bantuan kapal-kapal Inggeris yang membawa meriam-meriam bagak yg boleh menghancurkan kapal-kapal layar angkatan melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 02:24 PM | Show all posts
Dalam satu buku yang pernah aku baca ada cerita tentang kesilapan Lanun Melayu diperairan Terengganu yang tersilap dengan menyangkakan bahawa Kapal Api Diana yg menjadi kapal perang kebanggaan Inggeris itu adalah kapal yg terbakar dan hayut.Mereka telah menyerang kapal itu dengan pinis mereka yg kelajuannya cukup dikagumi Inggeris.Hasilnya pinis itu telah dibedil oleh  kapal Api Diana yang baru dibawa ke lautan melayu.
  Seronok baca buku yg macamni tapi sikap tak ambil berat aku dalam bab memelihara dan memulihara,  menyebabkan buku-buku ilmiah ini hilang entah kemana.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 08:39 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 19-10-2008 02:10 PM


Pernah satu ketika Angkatan Sultan Kedah dengan bantuan puluhan kapal layar lanun dari kepulauan Sulu mengepung Pulau Pinang sehingga penduduk Pulau itu hampir keputusan bekalan beras.Namun h ...



Tak Silap Aku '' Barangay '' digunakan kat Sini.  meriam V.O.C belanda tak der lah besar sangat mungkin kuasa tembak power sikit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.118552 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list