View: 42863|Reply: 107
|
Wajib,Sunat,Makruh dan Haram - Harus Bukan Hukum
[Copy link]
|
|
Rasa-rasanya semua orang tahu hukum Islam yang biasa kamu pelajari iaitu:
Wajib - Wajib Ain dan wajib kifayah dan berpahala melakukannya dan berdosa disebaliknya juga wajib kifayah;orang lain buat kita tak payah.
Sunat - Sunat biasa dan sunat muakad(sunat yang beratkan) iaitu buat dapat pahala tak buat tak apa-apa.
Makruh - Buat tak dapat dosa,tak buat boleh pahala.
Haram - Buat dapat dosa dan tak buat dapat pahala.
Harus - Buat atau tak buat,tak dapat apa-apa.
Itulah serba sedikit penjelasan sebelum persoalan mengenai 'harus' ini dibincang.
Kalau kamu baca dan pelajari,kamu akan dapat mengetahui bahawa kesemua hukum yang diterang diatas adalah hasil daripada perbuatan. Kamu setuju! Kamu pun tahu bahawa Allah SWT akan menghisab manusia walaupun perbuatan baik yang dilaku sebesar zarrah akan dapat balasannya.
Bukti: Surat Az-Zilzaal Ayat 7 dan 8
Firman Allah:"Barang siapa mengerjakan kebaikan,meskipun seberat zarrah akan dilihatnya balasan kebaikan itu.Barang siapa mengerjakan kejahatan meskipun seberat zarrah akan dilihatnya balasan kejahatan itu."
Ada orang kata,makan itu hukumnya harus,betul ke? Sebabnya kalau kita makan benda yang halal lagi baik( seperti yang tersebut di dalam AlQuran) sudah tentu mendatangkan kebaikan dan ini mendapat pahala. Jadi dimana letaknya hukum harus ini sekiranya setiap perbuatan kita dihisab!
Lagi satu,harus ini mereka sabitkan dalam mempelajari sifat-sifat Allah. Contohnya,wajib beriqtikaq pada 99 sifat-sifat Allah dan 99 sifat-sifat mustahil bagi Allah dan 1 harus iaitu Harus bagi Allah menjadikan Alam ini. Kenapa? Sebab orang ada tanya kenapa Allah jadikan Alam dan kehidupan ini. Itulah jawapan iaitu harus bagi Allah menjadikan Alam dan kehidupan ini. Itu sahaja penggunaaan hukum harus. Itu pun sekiranya manusia beriktiqaq seperti itu akan diberi ganjaran pahala kerana kepercayaan sebegitu adalah amalan baik yang akan mendapat ganjaran.
Oleh itu,dimana letaknya kedudukan hukum 'harus' yang telah anda semua pelajari?
|
|
|
|
|
|
|
|
ini sudah menjadi perbahasan feqah dan aqidah..
cukup sy terangkan secara ringkas menurut pendapat/ilmu yg sy ada..
harus atau mubah itu seperti yg saudara sebutkan
contoh makan adalah harus, sekira-kira tiada niat melainkan hendak mengenyangkan perut sahaja..makanya tiada pahala dan dosa..
melainkan diniatkan kerna Allah Taala, dan pula bagi boleh menanggung akan ibadat kepada Allah Taala, maka perkara makan itu menjadi sunat dan mendapat pahala
maka harus bagi Allah Taala menjadikan alam ini difahami akan saya, Allah Taala tidak berkeperluan untuk menjadikan alam ini, jadi atau tidak menjadikan alam ini tidaklah menjadi tambah atau kurang pada Allah itu.. hanya sanya ia adalah kehendak Allah Taala jua..
-moga penjelasan ini membantu-
pinta muzakarah bersama tuan guru yg mengajar ilmu aqidah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 sa2_gwa's post
contoh makan adalah harus, sekira-kira tiada niat melainkan hendak mengenyangkan perut sahaja..makanya tiada pahala dan dosa.
melainkan diniatkan kerna Allah Taala, dan pula bagi boleh menanggung akan ibadat kepada Allah Taala, maka perkara makan itu menjadi sunat dan mendapat pahala
hukumnya bah menjadi sekiranya makan tanpa keperluan, boleh mendatangkan musibah sekiranya makan yang berlebih-lebihan - terlebih kenyang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 13-11-2007 12:24 PM
Lagi satu,harus ini mereka sabitkan dalam mempelajari sifat-sifatAllah. Contohnya,wajib beriqtikaq pada 99 sifat-sifat Allah dan 99sifat-sifat mustahil bagi Allah dan 1 harus iaitu Harus bagi Allahmenjadikan Alam ini. Kenapa? Sebab orang ada tanya kenapa Allah jadikanAlam dan kehidupan ini. Itulah jawapan iaitu harus bagi Allahmenjadikan Alam dan kehidupan ini. Itu sahaja penggunaaan hukum harus.Itu pun sekiranya manusia beriktiqaq seperti itu akan diberi ganjaranpahala kerana kepercayaan sebegitu adalah amalan baik yang akanmendapat ganjaran.
Oleh itu,dimana letaknya kedudukan hukum 'harus' yang telah anda semua pelajari?
Jika kita kaitkan dengan dosa pahala, HARUS itu hukum yang pertengahan (tak dosa tak pahala)
Contoh, apakah hukum menaiki kereta untuk pergi kerja?
Kalau dapat pahala, zaman dulu takde kereta rugi la orang dulu?
Kalau berdosa, apa salahnya naik kereta untuk pergi kerja? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 sa2_gwa's post
aku setuju ngan kau. si amir tu dah keliru, makna harus dalam perbahasan ilmu feqah dan akidah adalah berbeza. sebab itu org dulu tidak mencampur aduk kan perbahasan bab aqidah, feqah dan tasauf. tapi perlaksanaan kena serentak, tiga2 kena jalan sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 13-11-2007 12:24 PM
Wajib - Wajib Ain dan wajib kifayah dan berpahala melakukannya dan berdosa disebaliknya juga wajib kifayah;orang lain buat kita tak payah.
Sunat - Sunat biasa dan sunat muakad(sunat yang beratkan) iaitu buat dapat pahala tak buat tak apa-apa.
Makruh - Buat tak dapat dosa,tak buat boleh pahala.
Haram - Buat dapat dosa dan tak buat dapat pahala.
Harus - Buat atau tak buat,tak dapat apa-apa..
minta maaf.. aku ni org jahil baru nak belajar.. jadi nak minta laluan utk bertanya..
betul ke tafsiran 5 perkara yg dikatakan sebagai "Hukum Islam" ini adalah tafsiran yg sebenar? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 goldraja's post
satu lagi contoh perkara yang harus adalah membotakkan kepada selain daripada untuk tahallul - ini hukum fekah.
Tapi kalau dalam amalan tasauf, ada yang kata membotakkan kepala boleh jadi sunat kalau dilakukan dengan niat nak bagi malu dngn kepala botak dan terpaksa pakai kepiah utk cover botak tu dan bila dah pakai kepiah tak leh lah buat benda2 yang tak semenggah... ie sebahagian dari membantu dalam proses mujahadah.
Satu perkara interesting pasal perkara harus ini adalah selain perkara wajib dan haram, perkara harus tak boleh dinazarkan. Contoh : nazar botak kepala, nazar berjalan kaki, dsbgnya.
Nazar yang betul adalah utk buat ibadat yg diakui sunat seperti puasa, bersedekah, buat kenduri dsbgnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 Amir's post
bukan 99 tapi 20.
Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Kalau tak faham, tak pandai saya nak terang di laman web ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 14-11-2007 12:57 PM
Mana boleh tak ada pahala,tak ada dosa!
Kan aku sudah kemukakan dalil AlQuran bahawa setiap perbuatan baik dan jahat walaupun sebesar zarrah akan dihisab. Tak baca ke?
Setiap perbuatan jangan dilihat bersendirian seperti yang kamu beri contoh naik kereta tetapi mesti dilihat berangkaian.
Contoh kamu,naik kereta pergi kerja. Pergi kerja itu perbuatan baikoleh itu naik kereta pergi kerja bukan lagi dikira harus tetapi disebutsebagai perbuatan baik. Kalau kamu naik basikal pun perbuatan baikkerana nak menyempurnakan kewajipan pekerjaan. Jadi naik kereta itudapat pahala.
Contoh: Kamu pergi masjid,boleh saje kamu berkereta atau berjalan kaki.Apa Nabi kata? Setiap langkah kamu satu kebaikan jugak satu pengamponandosa.
Kamu ada faham!
Anggaplah saya ni tak faham ilmu kamu ni.
Saya beri contoh:
Apa hukum menaiki kereta untuk pergi kerja?
Jawapan kamu kerja itu perbuatan baik, jadi naik kereta itu perbuatan baik dapat pahala. Jadi APA HUKUMNYA pada kamu?
SUNAT ke sebab pada kamu dapat pahala?
Kalau sesiapa kata naik kereta pergi kerja tu SUNAT dah tentu jadi BIDAAH pula |
|
|
|
|
|
|
|
penat tol melayan server ni.. post yg ke 10 kot
Ini pendapat I shj, kay...
Letak hukum harus..
- asal kpd hukum.
- Perbuatan kita yg dikategorikan sbg harus, bermaksud "boleh".
- Org yg melakukan atau meninggalkan tidak mendpt pahala atau dosa.
-
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
sy ingin bertanya...kita ada dosa kecil...ada tak pahala kecil...
contoh susun Al-Quran...kemas katil...
cuci tingkap...atau kebaikan selain dari sunnah nabi...
yang mana ia lebih baik dari tidak buat apa2...cuma pahalanya tidak sampai sebanyak pahala sunnah...
ada ka? |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi:
Perkara yang haram yang dilakukan dalam keadaan darurat hukumnya bertukar jadi harus.
Adapun darurat itu lawannya adalah ikhtiar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 always_typo's post
Harus (atau dipanggil juga mubah) hukum feqah lain dari harus hukum aqal dalam ilmu kalam.
Dalam hukum aqal ada tiga -
1) wajib aqal contoh Allah itu wujud
2) mustahil aqal contoh Allah itu tiada
3) harus aqal yang dibahagikan pula kepada tiga iaitu
-wajib adat, contoh lepas cukup makan, kenyang
-mustahil adat, contoh jasad yang kena air, mustahil tak basah.
-dan wajib aridhi (lupa lak contoh).
Sekadar introduction, kalau nak belajar kena beradab dan hadiri kuliah yang proper. |
|
|
|
|
|
|
izzahsmart This user has been deleted
|
tentang harus ni... ia merupakan salah satu hukum syarak .... kena belajar ilmu Usul Fiqh.... cari kat kedai buku ... byk... atau search online...
TQ |
|
|
|
|
|
|
| |
|