CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3449|Reply: 16

enjin Campro

[Copy link]
Post time 14-11-2007 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Proton enjin Campro guna teknologi jimat petrol
EP Manufacturing Bhd (EPMB), pengeluar komponen dan sistem automotif tempatan, bekerjasama dengan pembekal sistem automotif global Robert Bosch GmBH dari Jerman, memperkenalkan modul bersepadu minyak udara (IAFM) bagi model kereta Proton yang digunakan enjin Campro.

Menerusi kerjasama itu, EPMB akan memasang IAFM untuk model kereta Proton yang menggunakan enjin Campro 1.3 dan 1.6 liter mulai awal tahun depan bagi meningkatkan prestasi tork kereta nasional itu.

Pemasangan IAFM akan membolehkan model kereta Proton yang menggunakan enjin Campro menikmati tindak balas tork lebih mantap, sekali gus melancarkan pemanduan pada kelajuan rendah tanpa memberi kesan terhadap penggunaan bahan bakar.

Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) EPMB, Zulkefly Baharuddin, berkata pihaknya sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Proton Holdings Bhd untuk membekalkan IAFM untuk model kereta yang menggunakan enjin Campro iaitu Satria Neo, Gen-2, Persona dan model baru Proton.

"Selepas melalui lima tahap prototaip, kami kini sudah bersedia sepenuhnya untuk mengeluarkan IAFM untuk digunakan bagi model kereta Proton," katanya pada taklimat media mengenai IAFM di Shah Alam, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah dan Presiden yang juga Ketua Eksekutif Robert Bosch Australia, David Robinson.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2007 10:22 AM | Show all posts

Dari kiri Hamidon Abdullah, David Robinson dan Zulkefly Baharuddin melihat produk IAFM yang dihasilkan oleh EP Manufacturing Bhd. di Glenmarie Shah Alam, semalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2007 10:24 AM | Show all posts
EPMB cadang bekal IAFM kepada Proton


SHAH ALAM 13 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 10:26 AM | Show all posts
for sure BLM ader benda nih.........
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 10:43 AM | Show all posts
tu dia ....... spent rm35 juta utk hasilkan produk tu ......... boleh jimat minyak katanye. Camne la ada org senang2 jual barang kasi power & jimat minyak dgn harge murah je
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 10:44 AM | Show all posts
enjin ni bleh guna air paip ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2007 11:42 AM | Show all posts
errr.. yang dah beli kete enjin campro setahun dua nie leh pasang benda nie ke??? atau just sume utk model2 akan keluar nie je... x de jual spare part kat PSerbis proton ke???
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 12:01 PM | Show all posts

Reply #7 limaukasturis's post

tu le pasal,
kalau enjin campro lama camna,
kasi up la skit,

kitaorg pun mau minyak kurang gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2007 01:24 PM | Show all posts

Reply #8 me_ai's post

aku rase mesti ade nye..die jual aftermarket..mane tau yg aftermarket lg power..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by waksir at 14-11-2007 10:43 AM
tu dia ....... spent rm35 juta utk hasilkan produk tu ......... boleh jimat minyak katanye. Camne la ada org senang2 jual barang kasi power & jimat minyak dgn harge murah je

Tu sebenarnya sistem variable-length intake manifold (VIM) laa, tujuan dier ialah untuk berikan corak aliran udara masuk yang berbeza ikut kelajuan enjin intuk improve tork dgn kuasa kuda laa. Time rpm rendah, salur yang lagi panjang dipilih, untuk main2 corak aliran udara supaya pembakaran lebih sempurna dan menyeluruh time rpm rendah, so low-end torque pun naik laa. Yang selama ni problem tork tak cukup kat enjin Campro sebelum ni pasal enjin Campro ni direka untuk pakai VIM tapi VIM tak digunakan time enjin tu start digunakan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 08:29 PM | Show all posts
teringin jugak nak pakai keta tanpa petrol   nak boikot petrol
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 08:42 PM | Show all posts
Tapi kan, susah gak nak cari alternatif yang segala-galanya lebih best daripada enjin petrol... macam enjin diesel, walaupun lajak kuat, tork kuat tapi pecutan kurang laa. Kalau keter letrik lak, sekali cas cuma tahan untuk jarak yang terhad jer tapi bila nak cas balik tu berkurun nak kena tunggu... even nak cas bateri handset pun kekadang kena tunggu 2 jam lebih (kalau handset aku laa...), inikan pulak keter letrik.

Kalau NGV lak, memang power dier kureng laa berbanding minyak petrol sebab kadar entalpi dgn tenaga dalam dier lebih rendah drp petrol. In fact, korang kena bakar 800 L gas asli untuk dapat tenaga yang sama kuat macam 1 liter petrol. Tu satu sebab apasal gas asli dipakejkan jadik NGV, satu lagi sebab pasal nak tukarkan dier jadik cecair nanti mahal la pulak.

So per2 hal pun, alternatif paling best setakat ni keter hibrid jer laa, tapi berapa ketul jer keter hibrid kat Mesia, tu pun Honda Civic Hibrid jer. Tu pun nak nampak seketul pun teramatlah susah, tak tau naper.
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 14-11-2007 10:53 PM | Show all posts
Pembuka thread tak mau cerita pasal "Lebai Top-up RA dan Salin Kulit" ke...prfghhhhhh


Teruskan Revolusi Wahai Revolusioner..

Kearah CI Bebas Kronisme dan Nepotisme..

Ini alkisah seorang Mod Current Issues
Pernah ditangkap dibod sukan krn menipu
Memang mukanya tak tahu malu
Agaknya muka dia macam katak puru



Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 14-11-2007 08:12 PM

Tu sebenarnya sistem variable-length intake manifold (VIM) laa, tujuan dier ialah untuk berikan corak aliran udara masuk yang berbeza ikut kelajuan enjin intuk improve tork dgn kuasa kuda laa.  ...


Mana hang tau dia guna system macam tu... dalam berita dia tak cakap pon....
kalu betol dia guna VIM musti nanti kat bontot keta proton ada sticker VIM....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 12:17 PM | Show all posts
Tu memang sistem VIM, bender tu takyah nak kena letak stiker pun sebab keter2 lain banyak yang dah buat dulu dah, Proton jer yang lambat. So, orang dah tak heran sesangat dah. Lagipun, VIM tu bukannya macam variable valve timing yang ada macam2 trademark cam VTEC, VVTi etc ker...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 09:55 AM | Show all posts
patut la enjin Cam tak Pro ni lembab, nak kena rpm atas 4,000 baru la ada power, abis tu takkan sentiasa nak menten rpm atas 4,000 je..!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2008 05:16 PM | Show all posts
waja xde ker??aku baru nak angkat waja mgu dpn..tgu loan approve ni..isk3..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.384240 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list