CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 34987|Reply: 69

Dengkur dan Rawatannya

[Copy link]
Post time 4-12-2007 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Saya nak tanya sesiapa ada petua untuk menghilangkan masaalah berdengkur. Adik saya mengalami masaalah ni, makin lama makin teruk.. nak kata gemuk x lah... dia kurus and tinggi.. x tahu nak buat macam mana... sesiapa boleh tolong x?

[ Last edited by  amazed at 17-12-2008 05:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2007 12:58 PM | Show all posts
bkn nie ada prob kt salur pernafasan ke..mm..xtau ler plak..neway...since tanyer petua..abg ipar ada amalkan 1 petua nie..rendam badam yg x dibuang kulit dlm air masak semalaman..then pg sok minum airnyerr....wat selama mana pon yg kite nk..lama2 tgk makin kurang dengkur dia...kire cam okla petua nie..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 01:11 PM | Show all posts
gi pasang besi kat anak tekak tu ..kan skrg teknik tu yg doc syorkan..supaya tido anak tekak tu tak bergetar..gi la mana2 doc yg ada wat menda ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 01:44 PM | Show all posts
oohhhh....tido seperti ISLAM anjurkan...mengiring ke kanan..insyallah takkan berdengkur...

tidur telentang...confirm berdengkur...kadang2 bunyi turbo, kadang2 bunyi VTEC tgh on...mcm2 arr bunyi kuar...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 03:43 PM | Show all posts
pernah terbaca dalam majalah kalau tak salah majalah rapi...kalau ikut apa yg ditulis berdengkur ni bahaya juga..kesan daripada masalah kesihatan lain, kegemukan n saluran pernafasan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 07:08 PM | Show all posts
Dr pemerhatian sy, kalau kedua ibu bapa jns tdr berdengkur...., kemngknan besar
anak2nya kelak pun tdr berdengkur.... mcm keturunan jg. Maafkan sy kalau
salah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2007 01:27 AM | Show all posts
adik saya pun berdengkur jugak...berdengkur yang amat dahsyat..sampai berombak dada dia...mmg takut tgk...bunyi toksah ckp la...tapi dah pi jumpa pakar..pakar dah scan..hasilnya..takde apa-apa..normal jer...mmg tak sangka betul pakar boleh kata normal...ingatkan ada masalah pernafasan ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 01:59 AM | Show all posts
Originally posted by rizzii at 5-12-2007 01:27
adik saya pun berdengkur jugak...berdengkur yang amat dahsyat..sampai berombak dada dia...mmg takut tgk...bunyi toksah ckp la...tapi dah pi jumpa pakar..pakar dah scan..hasilnya..takde apa-apa..n ...
....kalau dengkurnya amat dashyat dan sehingga dada berombak...it is worthwhile for u to seek a 2nd opinion...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2007 11:00 AM | Show all posts

Reply #8 blackmore's post

err perlu ker?u mean, jumpa pakar lain plak ker? tak terfikir plak kitorang satu family...tq anyway for your suggestion....nanti i bagitau adik....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 04:39 PM | Show all posts
normally, org berdengkur neh bcz of da sleeping position yg tak btul....cube time die tgh tido tuh, angkatkan sket  dagu die...kire biar kepale die agak mendongak...tapi jgn le sampai hyperextension plak...sket jek...hihih...neh lecturer aku yg ajar...sejauh mane kebenaran, tak penah try lagi....

[ Last edited by  wb_8w at 5-12-2007 04:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 08:40 PM | Show all posts
tul ke tido mengiring ke kanan tak berdengkur..sy tgk abg saya tido mengiring ke kanan pun berdengkur gak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 06:42 AM | Show all posts
Bahaya Apnea tidur dan rawatan terkini

OLEH: NURUL ANUAR KARI


MING Tian menunjukkan kesan rahang pendek atau bersaiz kecil pada penghidap OSA.


BILA disebut mengenai tidur, pasti anda terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan serta membolehkan fungsi sistem badan diseimbangkan semula sebelum bermula hari baru keesokannya.

Tetapi sedarkah anda perkara sebaliknya yang berlaku dan waktu tidur mungkin menjadi tempoh paling berbahaya kepada badan anda.

Tidur dan dengkur kini makin menjadi kebiasaan dan diterima ramai sebagai satu perkara yang normal di kalangan lelaki dan wanita.

Tanpa mengira punca daripada berat badan berlebihan, diwarisi daripada ibu bapa atau masalah struktur salur pernafasan, terlalu ramai yang mengambil ringan masalah dengkur dan tidak berusaha mendapatkan rawatan.

Masalah dengkur hadir dalam dua bentuk iaitu dengkur tabiat atau dengkur lembut dengan bunyi perlahan seperti bunyi dekus kucing, tiada halangan laluan udara dan tidak berbahaya.

Jenis kedua adalah dengkur halangan saluran udara iaitu dengkur kuat akibat laluan udara tersekat yang menyukarkan udara masuk ke paru-paru dan sangat berbahaya.

Namun, tumpuan di sini bukan kepada dengkur itu sendiri tetapi punca seseorang berdengkur iaitu halangan pada saluran pernafasan, sehinggakan berlakunya apnea tidur. Perkataan apnea sendiri membawa makna 憈iada nafas
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 06:43 AM | Show all posts
Masalah berkaitan OSA

* Penghidap OSA akan mengalami kekeringan mulut, pening dan rasa tidur yang tidak puas.

* Emosi juga akan terganggu akibat keletihan daripada tidur tidak nyenyak menyebabkan penghidap OSA kelihatan murung, enggan berkomunikasi dan cepat marah.

* Tindak balas dan fungsi kognitif penghidap akan menjadi perlahan dan terjejas. Ini meningkatkan risiko bagi mereka yang mengendalikan mesin-mesin berat atau berbahaya.

* Rasa mengantuk yang melampau pada waktu siang yang menandakan pesakit mengalami OSA dan kekurangan oksigen ketika tidur.

* Tertidur ketika sedang membaca, berbual, menonton televisyen, duduk, menaiki kenderaan dan juga ketika memandu. Kajian juga menunjukkan penghidap apnea mempunyai risko enam kali ganda lebih tinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya.

* Apnea berpanjangan boleh menyebabkan peningkatan tahap karbon dioksida dan perubahan pH darah sehingga berlakunya asidosis metabolik.

* OSA yang menyebabkan tidur tidak nyenyak untuk lebih tiga malam berturut-turut akan meningkatkan risiko diabetes secara mendadak. Keadaan ini berpunca daripada keupayaan badan memproses glukosa (gula) di dalam darah yang didapati jatuh mendadak sejajar dengan kadar tidur nyenyak tidak diperoleh.
* Selain itu penurunan oksigen di dalam darah juga mungkin menyebabkan berlakunya sawan walaupun jika tidak pernah mengalami masalah epilepsi.

* OSA di kalangan kanak-kanak berdengkur jauh lebih berbahaya dan meninggalkan kesan lebih teruk kepada kesihatan dan pertumbuhan mereka. Kekurangan oksigen ketika membesar (sewaktu tidur) juga akan membantutkan perkembangan otak menyebabkan masalah pembelajaran dan kognitif diri.

* Kekurangan oksigen ke otak turut meningkatkan risiko penyakit Alzheimer apabila usia penghidap OSA semakin meningkat.

* Terdapat juga teori berlakunya Sindrom Kematian Mengejut Bayi berkaitan dengan apnea tidur.

* Sebahagian daripada individu yang mengalami OSA mengalami peningkatan tekanan darah yang seterusnya meningkatkan risiko sakit jantung dan juga strok.

* Komplikasi paling teruk OSA adalah kegagalan fungsi jantung. Bagi golongan dewasa dengan masalah jantung, kekurangan oksigen boleh membawa kepada masalah angina, arithmia dan serangan jantung.

Dengkur akibat halangan salur udara

Bunyi dengkur berlaku akibat getaran udara yang cuba menembusi halangan pada salur pernafasan ketika menarik nafas.

Bunyi dengkur terhasil daripada tisu lembut di dalam tekak yang bergetar apabila salur pernafasan menjadi lebih sempit (terhalang) seterusnya menyebabkan kelajuan dan tekanan udara semakin meningkat.

Halangan pada salur pernafasan ini mungkin berpunca daripada beberapa sebab yang sama ada diwarisi atau berpunca daripada masalah lain.

Pengambilan ubat penenang, pelali atau ubat tidur juga boleh menyebabkan tisu tertentu mengendur dan menghalang laluan udara.

Selain itu, tisu di sekitar tekak juga boleh dipenuhi tisu lemak akibat berat badan berlebihan yang akan menyebabkan salur udara mengecil.

Saluran pernafasan melalui hidung yang tersekat disebabkan alahan, demam selesema, resdung dan sebagainya juga boleh menyebabkan berlakunya getaran dengkur.

Tabiat tidur secara terlentang juga mungkin memburukkan lagi halangan saluran udara menyebabkan bunyi dengkur lebih kuat.

Pengambilan alkohol juga mendorong tisu-tisu di sekitar tekak mengendur ke dalam sementara tabiat merokok pula menyebabkan kerosakan tisu sehingga menjadi kendur dan menghalang laluan udara.

Masalah dengkur juga tidak mengira usia dan jantina dengan terdapatnya sebilangan kes di kalangan kanak-kanak sementara 32 peratus golongan lelaki dewasa dan 14 peratus golongan wanita dewasa menghidap dengkur tabiat.

Bagaimanapun, usia turut memainkan peranan memandangkan otot-otot tekak golongan berusia semakin lemah, mengendur ke dalam dan membentuk halangan pada salur pernafasan.

Terdapat kajian yang menunjukkan ukur lilit leher lebih memainkan peranan daripada indeks jisim badan di dalam terbentuknya halangan salur pernafasan, dengkur dan OSA.

Ukur lilit leher yang melebihi 17 inci dikaitkan dengan peningkatan risiko halangan salur udara kerana longgokan lemak di leher mungkin menekan saluran pernafasan.

Struktur tulang muka turut meningkatkan risiko halangan salur udara, termasuklah tulang rahang atas dan bawah yang tidak selari, seperti rahang bawah yang lebih pendek atau lebih kecil sehingga menyempitkan saluran pernafasan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 09:13 AM | Show all posts

Reply #11 ariatie's post

I cuba tidur mengiring ke kanan macam Islam ajar. It works. Memang tak berdengkur. I suggest you all cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 05:18 PM | Show all posts

Reply #14 zamzuri's post

betul ke menjadi? i dah cuba mcm2 cara dah utk hilangkan dengkur, tp sume x menjadi...... makin teruk adalah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 05:20 PM | Show all posts

Reply #2 lembayungsenja's post

betul ke? nak cuba gak la. mn tau dgn izin tuhan, petua u menjadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2008 01:12 PM | Show all posts

Berdengkur

Macam mana nak mengatasi masalah dengkur? sori ye kalau topik ni dah ade
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 01:37 PM | Show all posts
IALAH SAYA PON NAK TANYA BENDA YG SAMA. TENSION TIAP MALAM TIDO TAK LENA PASAL HUSBAND BERDENGKUR KUAT..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 01:50 PM | Show all posts
pernah jadi..aku tido ngan adik aku..dia dengkur kuat sangat sampai terkejut aku..
aku ambik bantal pukul kuat-kuat..trus senyap...
(jangan amalkan dekat suami anda)

tapi takdelah dengkur tu hilang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 01:51 PM | Show all posts
berdengkur perlahan lahan bila letih tu normallah tapi kalau kuat lepas tu tidur terkejut kejut dan berharmoni ada tiba tiba kuat, selau jee mengantuk, better check doktor sebab sleep apnea, boleh bawak mati dan sangat bahaya terutama untuk orang yang drive/bawak motor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.476307 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list