CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11092|Reply: 86

Belum layak masuk politik - DS Siti Nurhaliza

[Copy link]
Post time 23-1-2008 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Oleh kerana thread yg sebelum ni dah kena kambus, ni aku bukak thread baru lagi...(since ada berita psl dia kat paper)
Belum layak masuk politik    Oleh Zul Husni Abdul Hamid

               

                   Dunia muzik masih tebal di hati Datin Seri Siti Nurhaliza

TULUS akui Datin Seri Siti Nurhaliza, pengaruh yang dibinanyaselama lebih sedekad bergelar insan seni belum cukup kuat untukmelayakkan dirinya menceburi bidang politik. Sebagai anggotamasyarakat, kata Siti Nurhaliza, dia menyokong kerajaan yang dipilihrakyat secara demokrasi di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, kata isteri kepada usahawan terkenal, Datuk SeriKhalid Mohd Jiwa untuk menceburkan diri sepenuh masa sebagai ahlipolitik adalah sesuatu yang belum pernah terlintas di fikirannya.        
    Bagi Siti Nurhaliza, jiwanya masih tetap beradadalam bidang nyanyian kerana lapangan seni juga mampu membawanya dekatdengan anggota masyarakat.

"Hati Siti masih lagi dalam bidang seni, tapi tak tahulah padamasa akan datang. Memang Siti ingin lebih mendekati masyarakat namun iatidak semestinya hanya menerusi politik.

"Menerusi Yayasan Nurjiwa yang Siti tubuhkan bersama suami,ia juga membantu Siti untuk mendekatkan diri dengan masyarakat. Banyakcara untuk memainkan peranan membantu usaha kerajaan dan penubuhanyayasan itu adalah satu di antaranya," kata Siti yang ditemui padamalam Cipta Ekspres 2008 di Port Dickson, baru-baru ini.


DETIK BERMAKNA; Memotong kek ulang tahun yang dihadiahkan MACP, baru-baru ini, sambil disaksikan Habsah Hassan dan Khalid.

                            SitiNurhaliza membuat penjelasan demikian selepas ditanya mengenai ura-urayang mendakwa beliau merancang untuk menceburkan diri sebagai ahlipolitik suatu masa nanti.

Pastinya sebagai insan seni, Siti Nurhaliza turut memainkanperanan dalam membantu kerajaan untuk menjalankan sesuatu kempen bagikepentingan rakyat.

Malah, sebelum ini penyanyi yang baru menyambut ulang tahunke-29 pada 11 Januari lalu, pernah terbabit dalam pelbagai bentukpersembahan yang bertujuan menyalurkan mesej kerajaan kepada rakyat.

"Setiap kita ada peranannya yang tersendiri dan Siti jugamenjalankan tanggungjawab sebagai rakyat mengikut cara Siti. Apa yangpenting, setiap kita mengharapkan kehidupan yang baik, aman dansempurna.





BERSATU UNTUK SITI: Barisan komposer, penulis lirik dan penyusun muzik yang terbaik dalam Cipta Ekspres 2008.                            "Sebagaiinsan seni, Siti mengharapkan diberikan lebih ruang untuk berkarya bagimemajukan lagi industri hiburan. Jika mahukan sesuatu yang baik,pastinya kita juga perlu memberikan yang terbaik," katanya lagi.

Bagi Siti, imej bersih yang dibawanya bukan untuk memohonsanjungan, juga tidak pernah menagih kepada umum supaya mencontohidirinya. Baginya, dia hanya memberikan yang terbaik dan terpulangkepada umum untuk mentafsir kerana mereka yang menilai.

"Siti cuma melakukan apa yang sudah menjadi tanggungjawab.Apa yang Siti lakukan ini bukan atas kehendak orang lain tetapi keranakemahuan sendiri. Tiada paksaan kerana Siti perlu jujur dengan dirisendiri," katanya.

Hadiah daripada komposer

MALAM Cipta Ekspres 2008 anjuran badan Perlindungan Hak CiptaKaryawan Muzik (MACP) yang berlangsung selama tiga hari bermula 14Januari lalu memberikan kenangan yang cukup manis kepada penyanyi ini.

Malam yang menghimpunkan nama besar dalam industri penciptaanlagu bersatu untuk menghasilkan sentuhan kepada penyanyi bersuara lunakitu bagi dimuatkan dalam album terbarunya.

Bagi Siti Nurhaliza, pencarian selama tiga tahun untukmelengkapkan album tradisionalnya diharap akan berakhir apabila 12 lagudihasilkan sepanjang tiga hari acara itu diadakan.

"Apa yang ada hari ini lebih daripada mencukupi. Semua laguyang dihasilkan cukup indah, apatah lagi ia dicipta oleh komposer yangdisegani dan terbukti kemampuan mereka selama ini. Siti melihat inisebagai satu usaha yang positif, malah ia membantu industri mewujudkanlagu tradisional ciptaan tempatan supaya tidak pupus ditelan masa. Sitisangat berterima kasih dan berjanji tidak akan mempersiakan usaha ini,"katanya.

Akui Siti yang pernah terbabit dalam proses penghasilan lagu,perjalanan untuk melengkapkan sebuah ciptaan bukan sesuatu yang mudah.Ada ketika ia memakan masa kerana ia menuntut ruang imaginasi, rasamalah naluri.

Namun katanya, melihat kesungguhan kesemua komposer yangterbabit dalam usaha itu membuatkan hati Siti Nurhaliza begitutersentuh.

"Mereka membuktikan dalam masa singkat, (tetapi) mampumenghasilkan karya seni yang indah dan halus. Ini semua memberikankejutan buat Siti dan Siti kagum dengan kreativiti mereka walaupun masayang diperuntukkan begitu singkat.

"Daripada lagu yang dihasilkan itu, ia sedikit sebanyakmemberikan Siti bayangan bagaimana untuk mencorakkan album tradisionalitu nanti. Lagipun, proses penghasilannya baru bermula dan Siti sendirimemerlukan ruang untuk mempromosikan album pop yang baru saja menemuipeminat.

"Insya-Allah lagu yang ada ini mempercepatkan prosespenerbitannya kerana Siti sendiri memang berusaha keras mencarisentuhan terbaik untuk dimuatkan. Ciptaan yang singkat namun bagi Siti,ia tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri terutama pada susunanlagu yang kontemporari namun tidak melupakan elemen Melayu.

"Itu yang membuatkan Siti sangat bertuah kerana berpeluangmendengar lagu yang dihasilkan khusus untuk Siti. Ia menjadi hadiahyang sangat istimewa sempena hari ulang tahun kelahiran Siti," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2008 09:13 AM | Show all posts
adoi..
politician ke..
maybe better kalo dia perlengkapkan ilmu sedalam2nya dulu..
then only she can be a politician..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 09:15 AM | Show all posts
heheheeheh ye la .. mana leh lawan suami... dato' K yang nak masuk politik sebenarnya.... incase ct pun join politik  kalau election, mesti siti menang punya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 09:18 AM | Show all posts
siti masih terlalu muda utk masuk politik.....lagipun aku tak yakin dia leh jadik wakil rakyat yg baik kalau ada 'penasihat' mcm Datuk K....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 09:22 AM | Show all posts
selekeh betollll aku nengok si mekti ni......

jam ngan gelang dier....tak kene betol ngan baju...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 09:27 AM | Show all posts
oloh org kaya yg paling ulu pilih baju aku yg tak berduit nih tak berkenang ngan semua baju dia............pelik tul lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2008 09:29 AM | Show all posts
3 hari jer hasilkan lagu2 tradisional.. aku kagumm. kpd siti, xpayah masuk politik.. tumpakan kpd bidang nyanyian sahaja.. jgn dipergunakan dalam politik... nanti karier ct dalam nyanyian akan sedikit terganggu dgn kerja2 politik nie..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by akuwanita at 23-1-2008 09:13 AM
adoi..
politician ke..
maybe better kalo dia perlengkapkan ilmu sedalam2nya dulu..
then only she can be a politician..


Kalau Zainudin Maidin boleh...CT pun boleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2008 09:33 AM | Show all posts
biar betul .. rs mcm tak sesuai lagik
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 09:36 AM | Show all posts
hmm..siti ni masih bersemangat memperjuangkan duniawi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 09:38 AM | Show all posts
pelik haku nengok fashion CTipu tu .
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 09:57 AM | Show all posts

Reply #1 Lailawati's post

i've never like this girl.
she can only be a good singer,.but not a politican please.
bukan nak rendah2 kan dia, tapi dia ni memang tak pandai.

ambik english course ngan Mahadzir Lokman,....tapi haram tak pandai2 pon.
English lintang pukang gile , sampai cikgunye give up nak ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 10:24 AM | Show all posts
hajjah teLur d pipi
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 10:23 AM | Show all posts
macam ni pun boleh jugak ker??
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 10:41 AM | Show all posts

Reply #11 diamondvii's post

aku rasa ok jek penampilannya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 10:43 AM | Show all posts
dato K nie mmg takde keje ker...
mane ader ct..dia mesti aderr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2008 10:43 AM | Show all posts
BELUM LAYAK.... tak layak sebenarnya... akal sejengkal... tapi mek ni pandai dalam bab putar belit.. tabur janji... bleh lah agaknya kot join politik... hehhehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2008 10:46 AM | Show all posts

Reply #16 kepoci's post

kan kije dia ikut CT gi memana...kije gak le namanyer tu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 10:52 AM | Show all posts
Originally posted by kepoci at 23-1-2008 10:43 AM
dato K nie mmg takde keje ker...
mane ader ct..dia mesti aderr....


Ha'ahkan.
Tak kira function tu siang atau malam.
Kalau dah terbiasa sgt menunjukkan diri...nanti sesekali takder, mesti org kuat speku.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 10:53 AM | Show all posts
tul la lately nie aku tgk dia....pakai benda semua x kena..cam sakit betul mata aku nie.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.582927 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list