CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Show: 2515|Reply: 21

[MERGED] Autism / Sindrom Asperger (Autism Spectrum Disorder)

[Copy link]

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 31-1-2008 05:22 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

RM30,000 untuk NASOM

Menerusi jualan roti halia sebanyak 3,000 keping, Hotel Palace ofthe Golden Horses dan Hotel Palace Beach and Spa, Seri Kembanganmeneruskan kegiatan amal mereka kepada rumah-rumah kebajikan.


PESAKIT autisme mempunyai masalahkemahiran dalam
bidang pemotoran, keseimbangan, merefleksikan tindakan
dan masalah kepekaan. - Gambar hiasan

SETELAH berjaya mengumpul kutipan amal sebanyak kira-kira RM11,000untuk disumbangkan kepada Rumah Faith, Kajang, Selangor pada bulanDisember 2006, kegiatan kebajikan dua hotel iaitu Hotel Palace of theGolden Horses dan Palace Beach and Spa, Seri Kembangan, Selangor tidakterhenti di situ.

Baru-baru ini, kegiatan amal itu diteruskan lagi. Kali ini iadidedikasikan kepada Persatuan Autism Kebangsaan Malaysia (NASOM).

NASOM adalah organisasi amal tidak berasaskan keuntungan yangberdaftar dan ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa dan profesional padatahun 1986, dengan matlamat untuk menyediakan khidmat seumur hidup buatpesakit autism di negara ini.

Ia menyediakan rangkaian perkhidmatan sokongan yang luas untukmembantu pesakit autism terutamanya kanak-kanak dan ahli keluargamereka.

Autism adalah masalah neurologi kompleks sepanjang hayat yangmenjejaskan keupayaan pesakit untuk berkomunikasi, bergaul dengan oranglain dan mempamerkan pergerakan yang aneh.

Tabiat pesakit autism bukan sahaja menyukarkan mereka bahkan jugaahli keluarga, pihak yang menjaga kesihatan mereka serta guru. Pesakitjuga mempunyai masalah kemahiran dalam bidang pemotoran, keseimbangan,merefleksikan tindakan dan masalah kepekaan.

Selepas sebulan, para pekerja kedua-dua hotel itu berusaha menjualroti halia Krismas pada harga minima RM10 setiap satu, hotel tersebutakhirnya mampu menggandakan pengumpulan wang berbanding kempenterdahulu.

Dengan jualan 3,000 keping roti halia yang dihasilkan oleh jabatanpastri hotel di bawah chef pastri Kumar, mereka berjaya mengumpulkanRM30,000.

Pengurus Besar Hotel Palace of the Golden Horses dan Hotel PalaceBeach and Spa, Sally Wong, pada pertengahan Januari lalu telahmenyampaikan cek kepada ahli lembaga pengarah NASOM, Datin Rosalind Keedi sebuah majlis minum teh kecil yang berlangsung di NASOM, BandarPutri Klang.

Selepas majlis penyampaian cek itu, ketua-ketua jabatan dan parapekerja dari hotel-hotel berkenaan telah dibawa melawat ke rumah-rumahkumpulan NASOM.

Kemudian, pihak hotel berkenaan bermurah hati menyediakan minumanteh kepada kira-kira 50 orang dari NASOM manakala pekerja-pekerjanyamenghiburkan mereka dengan persembahan nyanyian Carol Krismas.

Sebagai tanda penghargaan kepada orang awam yang menderma dalam kempen yang dinamakan Wish Upon A Star itu, setiap mereka mempunyai peluang untuk memenangi satu daripada enam hadiah cabutan bertuah, ihsan dua hotel berkenaan.
Apabila mereka membeli roti halia tersebut, mereka diberikan sebuahkadbod berbentuk bintang untuk dituliskan doa peribadi mereka bersamanombor telefon untuk dihubungi.

Bintang-bintang tersebut kemudian dikumpul dan dipamer padapokok-pokok yang terletak di kedua-dua hotel. Semasa majlis penyerahancek inilah cabutan bertuah tersebut dilakukan.

Hadiah utama ialah penginapan satu malam di suite mewah Minister diPalace of the Golden Horses sementara hadiah kedua menerima penginapansatu malam di bilik Chalet Palace Beach and Spa.

Hadiah ketiga dan keempat masing-masing ialah penginapan satu malamdi bilik Deluxe Palace of the Golden Horses dan penginapan satu malamdi bilik Superior Palace Beach and Spa.

Selain itu, ada juga hadiah untuk pemenang berupa bufet makan tengahhari bagi dua orang di Carousel Cafe, Palace of the Golden Horses danbufet makan tengah hari untuk dua orang di Restoran Abdul dan Charlie,Palace Beach and Spa.

Acara cabutan bertuah telah diadakan selepas upacara penyerahan cek.Para pemenang telah dimaklumkan melalui telefon pada hari yang sama.

Palace of the Golden Horses dan Palace Beach and Spa merupakan hotellima bintang di bandar resort MINES. Kedua-dua hotel terletak di lokasiyang strategik iaitu hanya 25 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, 45minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepangdan 20 minit dari Putrajaya.


DATIN Rosalind Kee (dua dari kiri) menerima cek
daripada pihak hotel.


[ Last edited by  amazed at 29-10-2008 11:04 AM ]
YES! I AM AWESOME. Move along now.
And your crybaby, whiney-assed opinion would be......?
I'm not ignoring you. I just don't give a shit.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 31-1-2008 10:31 AM |All posts
mcmn kite nk kenal org yg mnghidap penyakit autisme nie?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
aku,kau dan dia
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 27-10-2008 04:36 PM |All posts

Sindrom Asperger (Autism Spectrum Disorders)

Salam semua...
saya mempunyai seorang anak lelaki. umo 4 tawon. Baru2 ni, doktor sahkan anak saya menghidap PDD (Pervasive Developmental Disorders) . Antara percaya tidak, saya pegi lagi jumpa pakar dr NGO. Lepas beberapa ujian ke atas anak saya, anak saya memang kena PDD & lebih spesifik lagik anak saya dikatakan mengidap Sindrom Asperger salah satu pecahan autisme. sedihnyer tak terkata...ye la kan..anak sorang jer...   
Secara  ringkasnya FYI, seperti  yang  dialami  anak  saya, sindrom ini merujuk kpd kesukaran  berkomunikasi  dan  berinteraksi sosiol walaupun anak saya mempunyai kemampuan verbal yang normal.

Sekarang ni, saya sedang mengumpul info2 tentang sindrom asperger ni bg memudahkan saya memahami anak saya.  Sebelum ni, saya ingat dia mcm bebudak lain. Masa  saya  panggil  dia, dia  tak pedulik, siap  ler saya  gi marah sebab  dah byk kali ajar pon, masih tak pedulik kalau kena panggil. Mcm2 kerenah lagik ler yang saya memang tak phm....

Kepada forumer semua, kalo ader di antara anda yg tahu pasal sindrom ni, terutama yg ader pengalaman...sudi-sudikan la kongsi kat sini yer.    Saya sangat2 memerlukan lebih byk info....
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 27-10-2008 05:19 PM |All posts

Reply #1 mini's post

ni link yg sy dpt..kat wiki jer...

http://en.wikipedia.org/wiki/Asperger_syndrome
Senarai Homestay di Langkawi
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 27-10-2008 05:24 PM |All posts
erm..nk tnye leh..die cenderung kepada aper ek?...
Senarai Homestay di Langkawi
Reply

Props Report

Fighter

Je suis Musulman

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 27-10-2008 05:25 PM |All posts
aha...aspergers.

>> http://en.wikipedia.org/wiki/Heather_Kuzmich

ekceli org ada aspergers ni iq derang normal, bukanla mcm autism. cuma ada masalah bersosiol n interaksi dgn orglain je.
♫ Tarkan - "Adımı Kalbine Yaz" ♪
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 27-10-2008 06:44 PM |All posts
wah, nampak ada potensi jadi seorang yang bijaksana..
Selamat Hari-Hari!
2014 = 22 tahun
Silent Reader sejati
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 27-10-2008 08:14 PM |All posts
mini, for ur info, mak2 kepada anak autism ni bincang kat board parenting tip n issue
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 27-10-2008 08:54 PM |All posts

Reply #3 jebeng's post

tak tau nak cakap cam na...
yg saya perati aper2 yg dier minat, mesti dier akan baca n tulis bebalik...
biasanya dier mintak saya tulis dulu..pastu dier akan tulis...lagi..lagi..n lagi...
banyak benda dier boleh tulis n baca (mungkin dier dah hafal kot )...
dier hafal byk sign board bertulis..cth mcm Dilarang Merokok..
kalau bendera negeri2 kat Malaysia ni..jgn cakap ler..memang terer..
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 27-10-2008 08:55 PM |All posts

Reply #6 sayang_papa's post

yer ker..? tq papa..
nanti saya jenguk2 kat sana..
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 28-10-2008 09:30 AM |All posts
dulu ada sorang peserta American Next Top Model yg ada penyakit asperger ni
nmpk dia cam ok jek, cuma sensitif sket n idup dlm dunia sendiri
dia cam pendiam.

so, rsnya pengidap asperger nih kira ok la cos iq  etc semua ok
cuma kurang bersosiol, ok ler...anggap jek dia tuh cam yg jenis pendiam
lgpun yg normal nih pun ada gak yg tak reti bersosiol
Fresh Milk Goat : 100% tanpa bahan pengawet & perisa
PM for details
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 28-10-2008 10:20 AM |All posts

Reply #9 comei's post

anak saya banyak mulut...
dier paham org cakap..tapi nak balas perbualan tu memang tak reti..
alahaii..anakku...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 28-10-2008 11:32 PM |All posts

Reply #10 mini's post

owh...rsnya tade apa yg nak dirisaukan sgt kot mini
cuma kena selalu motivate dia
org sekeliling especially bebudak maybe xphm dgn situasi dia
n probably akan cr pasal dgn anak mini nnti
so, mini kena start ajar dia spy byk2 sbr
n klu blh jgn simpan dendam
ajar dia luah perasaan kat mini @ wat diary ke
Fresh Milk Goat : 100% tanpa bahan pengawet & perisa
PM for details
Reply

Props Report

drm  

Rank: 5Rank: 5

Post on 29-10-2008 09:25 AM |All posts

Syndrome Asperger

Mini,
nanti saya cuba kaji rawatan rawatan terkini untuk syndrome ni. Masa conference perubatan yang saya hadiri awal tahun dulu ada Dr yang bentangkan mengenai penggunaan stem sel untuk merawat autism ni dan ada yang berjaya. Biar saya check dulu.
For free health tips visit www.secrets2health.blogspot.com
Also visit www.secrets2health.usana.com
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 29-10-2008 10:37 AM |All posts

Reply #11 comei's post

anak saya blom pandai menulis..conteng2 boleh ler..
conteng benda yg sama...ninja boy..kampung boy..& beberapa benda yg dier suka..
memula dulu selalu gks gelak bila dier tulis tu..tp bila dah tau..
rasa kesian ler pulak...
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 29-10-2008 10:39 AM |All posts

Reply #12 drm's post

terima kasih yea drm..
budi mu ku kenang...
Reply

Props Report

drm  

Rank: 5Rank: 5

Post on 30-10-2008 09:30 AM |All posts

Balas #16 mini\ catat

Rawatan stem sel untuk autistic disorder ada di malaysia. Untuk maklumat lanjut, mini boleh contact BCRO (Bio-cellular Research Organization) @:
Office Address:
Level 10.2, Menara Asia Life,
No. 189, Jalan Tun Razak, 50400,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Email: halim@bcro-stemcells.com

Person to contact:
+60-12-8036666 (Michelle Wong, Patient's Support & Technical Director)
+60-19-3399441 (Dato Dr. Abdul Halim Jalil, Medical Director)

E-mail Address: info@bcro-stemcells.com    info@bcro-asia.com

Saya rasa mini perlu bincang dengan pakar pediatrik berkenaan dengan kesesuaian stem cell therapy tapi sebab procedure ni baru dan revolutionary, cuba dapatkan senarai Dr yang mengamalkan stem cell treatment kat Malaysia drp BCRO.

Mahathir
For free health tips visit www.secrets2health.blogspot.com
Also visit www.secrets2health.usana.com
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 30-10-2008 10:38 AM |All posts

Reply #17 drm's post

terima kasih bebanyak sebab byk membantu..
saya akan cuba hubungi contact no yg diberi...
terima kasih sekali lagi...
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 30-10-2008 10:43 AM |All posts

Reply #2 gadiz's post

yg paling ketara sekali..dorang tak pandai nak bersosiol dgn org sekeliling..
dalam ramai2 org tu..memang nampak ler kepelikan pengidap autism ni..
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 31-10-2008 12:53 PM |All posts
u hantar anak u kat mana?
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 31-10-2008 07:53 PM |All posts

Reply #20 ayamkatik's post

dulu tadika biasa jer tp baru ni bila dpt tahu dier ada sindrom ni...saya tak hantar memana lagik..
sebab doktor kata dia tak boleh masuk sekolah biasa...
tapi sebulan sekali saya kena hantar anak saya kat kota kinabalu  untuk jalani terapi..
start bulan disember ni...
tpt saya sekarang ni kat sandakan lum ada bdn kerajaan o NGO yg boleh buat rawatan tuk anak saya...
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 19-2-2009 02:30 AM |All posts
Kemahiran anak istimewa

Oleh SUBASHINI RAJANDRA

Mereka dilahirkan serba kekurangan, tetapi bakat yang dianugerahkan Tuhan kepada insan-insan tersebut sangat luar biasa.







JANGKAAN saya tepat. Jejaka muda berbaju merah yang menyambut saya di depan pintu pagar rumah adalah Angus Jude. Sebelum menekan bunyi loceng, dari bahu jalan raya lagi, saya dapat mendengar irama merdu dari sebuah piano yang berkumandang di udara.

Sebaik berkenalan dan dijemput masuk, Angus terus menggunakan jari-jemarinya untuk memetik setiap not piano yang berbaris di hadapannya. Dia memainkan sebuah lagu yang agak biasa dengan diri saya iaitu Only You daripada The Platters.

"Angus sememangnya seorang anak yang unik. Dia mampu bermain not piano hanya dengan mendengar lagu tersebut tanpa perlu menggunakan nota muzik," jelas ibunya, Nicolene Jude.

Sejak usia 16 tahun lagi, Angus berjaya menggamit perhatian keluarga menerusi kebolehannya bermain piano dengan sempurna. Sekali dengar, dia akan bermain setakat yang termampu. Apabila dia mendengar sebuah lagu kegemarannya berulang kali, Angus boleh memainkan lagu itu dalam versi penuh.

Berapa ramai daripada kita mempunyai bakat sebegitu? Jika dikira pemain piano yang pernah menghadiri kelas latihan muzik pun, belum tentu dapat bersaing dengan kemahirannya yang sungguh istimewa.



PENGHUNI Perkobp merakam waktu untuk keluar makan tengahari.

Angus, 33, merupakan seorang insan istimewa. Sekali imbas, anda tidak mungkin dapat mengagak masalah kesihatan yang dihadapinya. Hanya setelah berkongsi perbualan, barulah saya sedar bahawa dia mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan lancar.

"Dahulu, keadaannya lagi teruk di mana anda sukar memahami apa yang disebutnya. Lagipun, dia seorang hiperaktif dan sukar dikawal," cerita ibunya sambil memberitahu Angus juga mempunyai masalah ketidakupayaan belajar.

Kesulitan itu mungkin berkait-rapat dengan penyakit autism yang dihidapinya. Biasanya, kanak-kanak atau orang dewasa akan menghadapi kepayahan berkomunikasi secara sosial dan diselubungi dengan tabiat melakukan sesuatu berulang kali. Umpamanya bercakap sendiri.

Cuma sekarang, Angus tidak kerap berbuat demikian setelah berjaya mengenal pasti bakat yang ada di dalam dirinya. Bakatnya mula dikesan pada satu hari apabila dia terdengar abangnya, Darren bermain elektone (sejenis organ elektrik). Terbuai dengan keenakan muzik yang menusuk telinga, Angus memainkan lagu yang sama, Love Story daripada Andy Williams menggunakan papan nada mainan (toy keyboard) keesokan hari.


WONG KAR LUN menunjukkan lukisan yang diilhamkannya.


CHNG KUAN HUA menyusun pek sos cili dan sos tomato.


SEORANG penghuni Perkobp sedang sibuk bekerja.


ANGUS seronok bermain piano dan kini menerima banyak undangan dari hotel-hotel.


CHNG CHENG HUI

Sejak itu dan sehinggalah hari ini, anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik itu telah menguasai lebih 100 buah lagu tempatan dan antarabangsa, hanya dengan mendengar radio, menonton televisyen dan cakera padat (CD).

Angus yang mengasah bakatnya di bawah tunjuk ajar seorang guru muzik, membuat persembahan pertama pada tahun 1997 di Hyatt Saujana, Subang Jaya. Dia kemudian mendapat jemputan di Hotel Corus, Sunway Lagoon Resort, Hotel Armada, Palace of the Golden Horses, PWTC, Hotel The Legend, Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dan sebagainya.

Bapanya, Jude Lee memberitahu, Angus pernah ditawarkan bekerja sebagai pemain piano di Hotel Istana, Kuala Lumpur. "Kemahiran Angus bermain piano jauh lebih maju dan mantap daripada kami semua (sekeluarga). Dia tidak segan beraksi di hadapan ratusan orang penonton," katanya.

Angus pula memberitahu: "Saya suka bermain piano, di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Saya suka lagu Getaran Jiwa (P. Ramlee), My Love Will Go On (Celine Dion), Loius Armstrong, Elvis Presley dan lain-lain."

Walaupun 'dicipta' dengan kekurangan, Wong Kar Lun, 27, juga memiliki bakat tersendiri. Bakatnya disedari secara tidak sengaja oleh ibunya ketika melihat lukisan Kar Lun.

Semasa melawat Kar Lun di Pertubuhan Keluarga Orang-orang Bermasalah Pembelajaran (Perkobp) di Puchong, Selangor, dia menunjukkan beberapa lukisan yang diilhamkan dengan hanya menggunakan cat air. Salah satu lukisan tersebut menggambarkan kesibukan di pasar basah dengan papan tanda Dilarang Merokok dan Exit. Dengan papan tanda yang tertulis Kedai Meng Kee, pembeli berbangsa Cina dan India dilihat tawar-menawar harga ikan.

Satu lagi lukisannya memaparkan gambar sebuah perahu yang berlabuh di sebuah perkampungan nelayan. Lukisan ketiga juga berlainan yang mana ia menampilkan suasana kampung yang damai.

Dengan pemilihan warna-warna yang terang dan segar, Kar Lun juga bijak memberi efek bayangan gelap bagi menghidupkan lagi lukisan sebesar kertas A4.

Enggan diambil gambar atau menyentuh latar belakang keluarga, ibu Kar Lun, Wong hanya berkata, anaknya juga suka menyanyi lagu bahasa Cina dan Inggeris. Meskipun Kar Lun tidak bersuara, penulis dapat menyedari bahawa anak ketiga daripada tiga orang adik-beradik ini tidak susah untuk dijaga.

"Daripada mencuci pakaian, menjemur kain, menggosok pakaian, menyapu rumah hinggalah memotong sayur, Kar Lun dapat melakukannya dengan baik. Dia juga sesekali memanggil atau memberitahu sesuatu," ujar Wong yang menjelaskan biarpun Kar Lun tidak bersuara, dia faham apa yang kami bincangkan.

Eksekutif Akaun selaku guru bahasa Inggeris di Perkobp, Mei Ling berkata, ramai daripada penghuni di pusat latihan itu mempunyai kebolehan masing-masing. Adiknya, Mei Yen pandai menyusun teka-teki silang daripada 500 keping kepada 700 keping dalam masa yang singkat.

Sementara itu, Pengurus Projek, Chng Cheng Hui yang bekerja di pusat itu sejak tahun 2002 membawa saya melawat pusat tersebut yang beroperasi di sebuah dewan MCA.

Anaknya, Chng Kuan Hua, 22, juga didaftarkan di pusat tersebut.

Dengan 46 tenaga pekerja, mereka yang berusia 16 hingga 54 tahun ditugaskan di beberapa seksyen yang berlainan. Seksyen pertama menghimpunkan jumlah pelatih yang ramai. Tugas mereka ialah membungkus pek sos cili dan tomato dengan plastik.

Seksyen kedua ialah dobi. Terdapat tiga buah mesin basuh dan tiga lagi mesin pengering. "Pada masa kini, kami menerima kontrak membasuh tuala dari sebuah hotel. Selain menggosok, tiga orang pelatih dipertanggungjawabkan untuk membasuh, mengering, melipat tuala bersih dan dimasukkan ke dalam kotak," jelas Chng.

Seksyen ketiga ialah bakeri. Dapur itu hanya berasap pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Pada hari-hari tersebut, seorang chef Jepun singgah untuk mengajar dan memantau keadaan. "Seksyen terakhir terpaksa dibekukan sementara waktu iaitu berkebun atas sebab ketidaksesuaian tempat," tambahnya.

Menurutnya, setiap pelatih menerima sedikit upah mengikut tahap kerja. Tepat pukul 12 tengah hari, mereka beratur untuk merekodkan masa rehat dan membayar sebanyak RM3 untuk makanan yang dihidangkan.

Kenapa perlu bayar? "Sebab kami ingin melatih mereka untuk menikmati kehidupan sebenar seperti di luar. Ramai yang tidak tahu mengira atau berkomunikasi sesama sendiri. Di Perkobp, kami memupuk kemahiran hidup secara perlahan-lahan," jelas Chng yang menambah tujuh daripada pelatih itu tinggal di sebuah pangsapuri. Yang lain tinggal bersama keluarga.

Dengan bantuan seorang penjaga, penghuni-penghuni itu diajar berdikari seperti memasak, mencuci pakaian dan membasuh tandas.
"Saya tidak mahu ada individu mengambil kesempatan terhadap mereka pada masa akan datang," ujar Mei Ling merujuk selepas dirinya dan ibu bapa meninggal dunia.
Sungguhpun kekurangan dana bagi membina sebuah pusat latihan baru di Kampung Tengah, Puchong, Chng dan kakitangannya tetap akan meneruskan perjuangan bagi kebaikan anak-anak istimewa ini untuk bersosial dan menjalani kehidupan normal.

"Perkopb beroperasi atas sumbangan ibu bapa anak-anak ini serta dermawan. Tanpa platform ini, ke manakah hala tuju hidup mereka," soalnya.

Angus cukup bertuah kerana dengan kemahiran muzik yang dikecapi, dia menerima banyak jemputan. Dia juga gemar keluar membeli-belah bersa
ma keluarga. Katanya: "Angus like to go to The Curve, Ikea, Tesco. Angus like to go to restaurant. Angus sayang my mum and dad (Angus suka pergi ke The Curve, Ikea, Tesco. Angus suka pergi ke restoran. Angus sayang ibu dan ayah)."

Sebelum pulang, penulis dan jurugambar, Aby Baizura dihidangkan dengan lagu Getaran Jiwa oleh Angus.

JUDE LEE (kiri) dan Nicolene Jude memilih lagu dari
cakera padat yang digemari oleh Angus Jude (tengah).
YES! I AM AWESOME. Move along now.
And your crybaby, whiney-assed opinion would be......?
I'm not ignoring you. I just don't give a shit.
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 22-12-2014 05:11 PM , Processed in 0.146339 second(s), 27 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top